Wednesday, December 14, 2011

Azhar Idrus : Wahabi Yang Ekstrem

Komplot Syiah Iran ke atas Sunni Syria


Selama bertahun-tahun dan sepuluh tahun yang lalu, Iran beroperasi dan bekerja di Syria untuk menyebarkan Syiah iaitu membangun Husainiyyat (Syiah) dan membuka pusat-pusat Syiah. Mereka membeli orang-orang dengan wang dan memfasilitasi dengan rumah-rumah, akomodasi dan kenderaan agar orang-orang (Syria) itu menjadi Syiah.

Rejim bathiniyah di Syria dipimpin oleh Jenderal pembunuh, Hafez al-Assad dan kemudian setelah kematiannya (digantikan oleh) anaknya, pembunuh pula, iaitu: Bashar al-Assad.

Pemerintah Syria memberikan layanan kepada Iran dan membantu mereka merencanakan untuk menyebarkan Syiah di Syria, sebuah negara Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ada ribuan rakyat Iran, terdapat di Damsyik, Aleppo, dan Latakia; mereka membujuk orang untuk terlibat dalam doktrin Syiah. Kemudian, Iran telah mengirim (ke Syria) tentera Iran di Teheran, senjata dan ahli-ahli militer yang melibatkan diri dalam pembunuhan kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah di Dir’a, Homs dan Lattakia, Hama, dan Hibr as-Shafur, Idleb, Aleppo, Der Zordan kota-kota lainnya di Syria.

Dan terlibat (pula) dalam kejahatandan dalam pembunuhan rakyat Syria ini adalah kelompok Syi’ah Hizbullah berasal dari Lebanon dan Muqtada al-Sadr, Syiah yang datang dari Iraq.

Tindakan-tindakan kekejaman ini direstui dan didukung Israel dan Yahudi, Amerika dan Barat. Israel mengatakan: Hafez Assad dan gengnya di Syria adalah penjaga dan pelindung Negara Israel.

Ghiyath Abdul Baqias-Shuraiqi—asal Syria tinggal di Jeddah.


sumber

Monday, December 5, 2011

Fahaman Pluralisme, Islam Liberal Menyimpang

IPOH 17 Mei – Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

“Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

“Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

“Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Majlis yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Terdahulu, sewaktu merumuskan muzakarah tersebut, Harussani berkata, satu komuniti khusus perlu ditubuhkan untuk menyelidik serta menjawab kembali secara serius segala hujah aliran pemikiran songsang dan sesat di negara ini agar tidak tersebar di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, gerakan dakwah Islam tersebut perlu menggunakan metodologi yang lebih segar dan semasa dalam memberikan pemahaman tepat dan benar agar mudah diterima pelbagai lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

“Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu prihatin dan selektif terhadap pembiayaan sesebuah yayasan atau badan antarabangsa yang kadangkala menyalurkan fahaman serta aliran songsang kepada mereka,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu kerjasama antara majlis agama negeri dan Kolej Islam Darul Ridzuan perlu dijalankan bagi menjalankan satu kajian komprehensif terhadap pembetulan fakta-fakta sejarah Islam terutamanya melibatkan teks pengajian sekolah, kolej dan universiti.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm