JAKARTA 10 Jun - Majlis Ulama Indonesia (MUI) akan membantu kerajaan menguatkuasakan sekatan ke atas kumpulan ajaran sesat, Ahmadiyyah.
Pengerusi MUI, Ma'ruf Amin hari ini berkata, pertubuhannya akan memantau dan melaporkan aktiviti yang dijalankan oleh Ahmadiyyah.
Satu perintah yang dikeluarkan oleh Kabinet Presiden Susilo Bambang semalam mengarahkan kumpulan tersebut berhenti menyebarkan ajarannya atau menghadapi hukuman penjara lima tahun.
"Jika Ahmadiyyah mengingkari perintah itu atau meneruskan kegiatan sesatnya, kami akan melaporkannya kepada pihak berkuasa dan mengesyorkan supaya Presiden membubarkan Ahmadiyyah," kata Ma'ruf.
Aktivis Islam menyifatkan perintah kerajaan semalam itu sebagai tidak memadai dan tidak menepati tuntutan mereka supaya Ahmadiyyah diharamkan terus.
Mereka berikrar akan meningkatkan tekanan ke atas kerajaan.
Setiausaha Agung Forum Umat Islam Indonesia (FUI), Muhammad Khaththath berkata, perintah kerajaan itu boleh mencetuskan lebih banyak konflik.
- AP
sumber
No comments:
Post a Comment