PANDUAN UNTUK PENDAKWAH
Petikan yang sangat menarik dan penuh bererti daripada sebuah buku yang ana baca beberapa tahun lalu:
Setengah-setengah pendakwah menyangka Islam sebagai bunga-bungaan indah yang boleh ditanam di mana-mana negara di dunia ini. Bagaimanapun hal ini tidak sedemikian dalam kehidupan yang sebenarnya.
Islam adalah seumpama suatu set bunga-bungaan yang unik yang boleh dikemukakan pada tiap-tiap negara dengan pelbagai gubahan. Setiap jenis tanah dan iklim mempunyai suatu set bunga-bungaan khusus yang sesuai untuk negara tersebut. Bunga-bungaan itu mempunyai citarasa tempatan yang sesuai dengan negara tersebut. Gabungan negara-negara inilah yang menjadikan ummah Islam berwarna-warni, penuh dengan sumber, dan menarik.
Semasa menggambarkan sifat-sifat khusus yang utama hasil daripada kepercayaan kepada ciri ghaib, syumul dan alami yang terdapat dalam Islam, poendakwah juga perlu menunjukkan kesesuaian dengan adat resam tempatan, citarasa, pakaian, bahasa, dan kebudayaan negaranya sendiri. Pada masa sekarang tidak ada keseimbangan dalam sistem pendidikan Islam. Kita lebih mengambil berat tentang kehidupan masyarakat umum membentuk teori, tetapi kurang memahami keperluan khusus dan tempatan.
Namun masih banyak orang yang mengaku pendakwah hari ini, tidak memahami perkara di atas.
Buku PANDUAN LATIHAN BAGI PETUGAS ISLAM oleh Dr. Hisham Yahya Altalib ms 19.
Terjemahan oleh Wan Izzuddin Wan Sulaiman, terbitan NURIN ENTERPRISE Kuala Lumpur 1992
ASAL: http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=93&mode=&order=0&thold=0
No comments:
Post a Comment