Saturday, January 5, 2008

Mengapa Tidak Bersama Tabligh Lagi?

Wlksm Tuan Abu Qudamah.

Terima kasih banyak kerana sudi berkunjung ke blog dhaif saya ini. Isi kandungan blog ini tidaklah semenarik mana, c uma hampir semua 'posting' adalah nukilan ana sendiri- jarang sangat 'copy n paste'. Itulah sedikit keistimewaannya kalau ada pun.

Jemaah Tabligh satu jemaah yang bagus, cuma saya jenis yang rajin mengkaji dan membanding (dan pastinya juga memohon GERAK daripada Allah SWT). Jadi saya lihat jemaah ini sepatutnya LEBIH SYUMUL. Begitu jugalah dengan kebanyakan jemaah Islam yang ada, BUKAN jemaah Tabligh sahaja. Biasanya mereka akan tumpu kepada dua tiga aspek sahaja dan meninggalkan ataupun mengurangkan banyak aspek penting yang lain.

Dalam dakwah Tajdid Segar, ada beberapa saranan yang mungkin dapat menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan kepada anta.
Harap tuan dapat membaca dan memikirkan is kandungan semua yang di bawah ini.

Jaringan Tajdid Segar 1: SATU UMAT
Dalam banyak jemaah Islam (termasuklah Tabligh), tidak ada pendedahan seperti ini. Kadang-kadang seolah-olah dipinggirkan langsung.

Blog MENGAPA ISLAM
http://mengapaislam.wordpress.com/
Dalam banyak jemaah Islam (termasuklah Tabligh), tidak diajarkan ilmu perbandingan agama. Jika ditanya “mengapa anda memilih agama Islam?”, “Mengapa anda tidak memilih Kristian?”, “Mengapa Islam saja yang betul?” dan seumpamanya, para pendakwah ini tidak dapat memberikan satu jawapan yang dapat memuaskan hati penyoal (terutamanya penyoal yang bukan beragama Islam). Jawapan yang diberi hanya dapat memuaskan hati kita yang menjawab sahaja. Penganut agama Hindu pun boleh memberikan jawapan begitu jika ditanya , “Mengapa anda memilih Hindu dan bukan Islam?”.

Belum ada jemaah (termasuklah Tabligh) yang memikir dan berusaha untuk menggerakkan umat Islam sebagai gerakan satu umat, sebaliknya terus selesa dengan apa yang dilaluinya zaman-berzaman sahaja. Hasilnya- kedudukan umat ini masih sama seperti puluhan tahun yang lalu. Jika kita masih sekadar meneruskan apa yang ada pada hari ini, maka keputusannya untuk puluhan tahun akan datang pun sama seperti hari ini juga. Tambahan pula dengan sikap sesetengah jemaah yang tidak ada pun rasa ingin mengikat kerjasama dengan jemaah-jemaah lain.

Kebanyakan jemaah (termasuklah Tabligh) menghidangkan ahli-ahlinya dengan ulama –ulama dan kitab-kitab jemaah mereka sahaja. Tidak digalakkan pun mengambil buah fikiran ulama dan kitab selain aliran mereka. Ini menjadikan minda para pengikut mereka agak tertutup. Rugilah. Dalam dakwah Tajdid Segar, lama-kelamaan kita akan rasa cinta dengan para ulama selain daripada jemaah kita, sama seperti kita mencintai ulama jemaah kita.
Bersama jemaah Tabligh dahulu, saya tidak didedahkan pun dengan pemikiran para ulama dan kitab-kitab mutaakhir selain daripada ulama dan kitab Tabligh. Akhirnya saya merasakan ulama-ulama dan jemaah Tabligh sajalah yang paling berjasa dan paling bekerja dalam seratus tahun terkemudian ini.
Apabila saya meluaskan sedikit minda dan mula mengkaji, ternyata ada lagi jemaah-jemaah dan para ulama yang kadang-kala lebih hebat daripada jemaah Tabligh. Alangkah baiknya jika semua gerak kerja para jemah ini dapat dibincangkan bersama lalu kita bergerak sebagai satu umat…

Jemaah Tabligh seolah-olah meninggalkan dakwah melalui media, tidak ada galakan sedangkan kita lihat begitu banyak surat dakwah Rasulullah. Al Quran sendiri satu media.

Kuliah ILMU TAUHID
Ini perkara asas dalam beragama. Saya tidak nampak para karkun (penggiat usaha Tabligh) didedahkan dengan hal ini. Di peringkat maulana tentu ada, tetapi ilmu mengenal Tuhan ini bukankah sepatutnya didedahkan kepada semua ahli?

Keseimbangan amalan.

Ada orang memberatkan zikir tetapi kurang ambil berita tentang dakwah. Ada orang memberatkan dakwah tetapi kurang ambil tahu tentang hal ehwal dunia Islam. Ada orang memberatkan membaca al-Qran tetapi kurang melakukan solat sunat. Begitulah seterusnya. Keadaan ini menghasilkan individu Muslim yang tidak seimbang amalannya. Hal ini berlaku bukan sahaja kepada sebahagian besar orang awam, malah kepada para ilmuan agama sendiri. Atas kedhaifan pengetahuan kita, kita belum lagi terjumpa ada satu seruan besar-besaran untuk umat Islam memperbaiki hal ini. Dengan itu kita menyerukannya melalui dakwah Tajdid Segar.

Perkara ini telah disentuh dalam artikel “MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG

dan sedikit sambungannya dalam “CONTOH BORANG MUHASABAH DIRI


Keseimbangan pengetahuan.

Ada individu yang secara sedar ataupun tidak menghadkan pengetahuannya dalam hal tertentu sahaja dan mengabaikan banyak cabang-cabang agama yang lain. Kita tidak menentang pengkhususan kerana kita faham kepentingan pengkhususan, tetapi menolak pengkhususan yang menjumudkan pemikiran.

Hal ini disentuh dalam “CARA MENYUSUN FOLDER AGAMA ISLAM” yang boleh direnungkan di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=60&mode=&order=0&thold=0
Kita lihat buku-buku di rumah seseorang pun sudah boleh agak sama ada seseorang itu berusaha untuk menyeimbangkan input ataupun larut dalam jemaah dan ilmu tertentu sahaja.

Saling isi-mengisi antara jemaah.

Walau apapun jemaah yang kita anggotai, apa yang baik dan daripada jemaah-jemaah lain hendaklah kita ambil tahu dan gunakan. Sikap hanya mengambil tahu persekitaran jemaah sendiri sahaja tidak akan membawa umat ini pergi lebih jauh.

Artikel berkaitan bakal menyusul tapi kita boleh mendapat serba-sedikit pemahaman dengan meneliti “PABILA KUAMBIL SESUATU” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=176&mode=&order=0&thold=0

BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Inilah saranan utama dakwah Tajdid Segar. Banyak jemaah gerakan Islam dan bagus-bagus, tetapi hingga ke hari ini belum kedengaran seruan untuk jemaah-jemaah ini mengerakkan umat untuk “bergerak sebagai satu umat”. Jemaah-jemaah ini seolah-olah sudah selesa dengan bergerak secara “jemaah-jemaah berasingan” sahaja. Kemudian mereka cuba membuat perhubungan dengan satu atau dua jemaah-jemaah lain yang agak sesuai dengan manhaj perjuangan mereka. Jika beginilah keadaannya, nasib umat Islam masih akan tetap seperti yang ada pada hari ini.

Jemaah-jemaah ini sepatutnya sudah mempunyai OIC sendiri. Negara-negara Islam hari ini mampu bergerak secara berjemaah (walaupun kurang berkesan) dengan menubuhkan OIC. Negara-negara yang saling berperangpun boleh duduk semeja dan berbincang, mengapa para pimpinan orang-orang soleh ini tidak boleh berbuat demikian?

Bayangkan kalau jemaah-jemaah Islam hari ini mempunyai OICnya sendiri! Bahkan kalau mampu membentuk majlis syura! Apa-apa isu sejagat dibincangkan bersama. Bayangkan apa yang boleh dibuat oleh himpunan orang-orang soleh ini! Agaknya apa reaksi musuh-musuh Islam? Apa reaksi Zionis?

“Bergerak sebagai satu umat” tidak akan mengurangkan apa-apa yang mereka bawa dalam jemaah masing-masing selama ini. Mereka masih bebas bergerak dan beramal dalam jemaah sendiri tetapi dalam masa yang sama ada organisasi di peringkat global bersama jemaah-jemaah lain.

Kita berangan-angan dahulu. Bayangkan semua jemaah Islam yang benar sudah ada satu organisasi di peringkat global. Katakanlah mereka berjaya membentuk syura. Antara ahli syuranya ada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin, pemimpin utama Jemaat Tabligh, pemimpin utama Jemaat-e Islami, pemimpin utama Naqsyabadiyyah, pemimpin utama Hizbut Tahrir dan pemimpin utama jemaah-jemaah lain sedang duduk semeja membincangkan masalah Palestine, masalah hinaan Barat kepada wanita Muslim berhijab, membincangkan hiburan alternatif untuk orang awam Muslim, membentuk satu dana bersama, menghantar pasukan bantuan kepada mangsa Tsunami di bawah panji-panji OIC jemaah-jemaah “Bergerak Sebagai Satu Umat” ini… masyaallah…!

Tapi kita faham kaum Salafi Wahhabi tidak akan menganggotai OIC ini kerana bagi mereka jemaah-jemaah yang ada tidak lain pelengkap kepada 72 golongan umat Islam yang sesat, mereka saja satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan. Kita buat juga tawaran, kalau mereka tidak mahu- lagi bagus. Dikhuatiri nanti akan menjadi virus kepada perpecahan pula. Kaum ekstremis Syiah juga begitu.

Kita kena faham, zaman Madinah kedua tidak akan berlaku selagi umat ini tidak “digerakkan sebagai satu umat”, percayalah.

Katakanlah kita berjaya mendapatkan daulah kehalifahan, apa akan berlaku kepada umat dalam keadaan jemaah-jemaah ini masih tidak punya hubungan sesama mereka? Kukuhkah daulah itu?
Rasulullah persaudarakan Muhajirin, Aus dan Khazraj terlebih dahulu sebelum membentuk daulah. Selain itu baginda persaudarakan juga para hamba dengan tuan-tuan dan masyarakat awam. Langkah-langkah ini berjaya mewujudkan sebuah daulah teragung di muka bumi. Fikirkan…

Persoalan terpenting- mampukah tokoh-tokoh berbilang jemaah ini bertolak-ansur sesama mereka padahal selama ini merekalah yang sering mendakwahkan agar manusia bertolak-ansur?
Mampukah mereka membuang ego (sekiranya ada) dengan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jemaah-jemaah lain?
Sanggupkah membuang ketaksuban (sekiranya ada) seperti “Jemaah aku yang paling sunnah”, “Jemaah akulah yang lebih tinggi darjatnya daripada semua jemaah yang ada” ataupun “Jemaah aku sajalah yang dijanjikan sebagai jemaah akhir zaman “ dan sebagainya?

Idea ini sentiasa disentuh dalam slogan saya ‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT” pada kebanyakan hasil karya.

Sedikit penerangan juga ada dalam “PENJELASAN UNTUK ENCIK IBRAHIM 2

dan

PELUMBA TAJDID” di

BERCIRI SALAFI SEGAR

Susah untuk Tabligh memuji ulama dan jemaah lain, seolah-olah tidak pernah terfikir untuk menjalin kerjasama dalam hal-hal yang disepakati. Dalam kalangan orang bawahan jemaah Tabligh, sering pula timbul perasaan memandang rendah para ulama dan usaha jemaah-jemaah lain.

Dialog ana dengan seorang karkun beberapa tahun dahulu. Mungkin yang ini lebih menjelaskan beberapa hal, dan dapat membandingkan antara dakwah Tabligh dengan saranan Tajdid Segar.
sini

Sikap pimpinan dan ahli.

Sehingga kini, jika seseorang penggiat Tabligh ingin bercerita kepada saya tentang usaha-usaha Tabligh termasuklah ‘Bayan 2 Setengah Jam’, saya dengan senang hati bersedia mendengarnya. Tetapi kemudian, apabila saya pula ingin bercerita tentang usaha dakwah jemaah yang saya anggotai ataupun jemaah-jemah lain, dia tak mahu dengar. Kalau didengarnya pun dengan wajah yang mencuka sedangkan ketika saya mendengar dakwahnya wajah saya cerah. Ia boleh mendakwahkan fahamannya kepada orang tetapi orang lain tidak boleh mendakwahkan fahaman mereka kepadanya. Umat Islam boleh maju dengan cara begini?

Sering rakan-rakan Tabligh mengajak saya kembali ke markas pada setiap malam Ahad. Ada juga yang mengajak ‘keluar 3 hari’. Saya boleh mengikuti aktiviti tersebut tapi dengan syarat ‘win-win’. Sanggupkah pula selepas ini dia mengikut aktiviti-aktiviti dakwah saya dan ‘keluar’ mengikut cara saya selama tiga hari? Setakat ini belum jumpa lagi.
Aktiviti jemaahnya disuruhnya kita ikut, tapi aktiviti jemaah kita tidak dipandangnya. Kenduri di rumahnya mesti kita pergi, tapi kenduri di rumah kita dia tak mahu datang (tamsilan). Adil?

Sikap sebeginilah yang mahu kita hapuskan dalam dakwah Tajdid Segar.
Pada saya, datanglah wakil dari jemaah manpun untuk memberi penerangan, saya suka untuk mendengarnya. Tapi… ‘win-win’- dua jam si wakil mempromosikan fahamannya, dua jam juga selepas itu untuk saya promosikan fahaman saya. Saling memberi dan saling menerima. Sekiranya untuk mendengar penerangan sebelah pihak sahaja, saya kurang berminat.

Begitulah antara sebab saya tidak dapat terus kekal dalam jemaah Tabligh sahaja. Apa-apa pun, saya menyentuh jemaah Tabligh di sini kerana soalan tuan begitu. Maksudnya, jemaah-jemaah lain pun ada beberapa kelemahan dan kekurangan tersendiri. Hendaklah difaham, saya tidak meninggalkan (dengan maksud tidak aktif) jemaah Tabligh sahaja, ada beberapa jemaah lagi yang saya tinggalkan. Ada yang belum sempat aktif pun, terpaksa saya tinggalkan.

Untuk menghubungi saya, tuan boleh gunakan ‘private message’. Rasanya tuan ada buat ‘testing’ dan berjaya. Boleh juga melalui e-mail alexanderwathern@yahoo.com.
Wallahualam.

* Sesiapa yang belum meneliti kesemua link yang disertakan, tidak perlulah membuat sebarang komen kerana dikhuatiri anda komen sesuatu yang anda tidak faham sepenuhnya.

21 comments:

Musafir said...

Salam sayang sesama ummat...

Musafir said...

salam...

Musafir said...

Saya bukan orang tabligh. Tapi saya ramai kenalan yang aktif dengan usaha dakwah ini, dan saya pernah juga mengikuti program usaha ini, sehingga saya jatuh cinta kepadanya, kepada alim ulama' yang mendokongnya, dan kepada para salihin yang nampak keikhlasan didalam sifat dan amal perbuatan mereka didalam berbuat usaha agama ini.

Tujuan tulisan inipun, bukanlah untuk menentang pendapat saudara, jauh sama sekali. Cuma sekadar luahan pandangan peribadi, dan juga sama sekali bukan mewakili usaha dakwah tabligh ini.

Musafir said...

-Syumul-

Apabila saudara mengatakan jemaah ini sepatutnya lebih syumul', maka tergerak didalam fikiran saya untuk menyatakan sesuatu disini.

Selalu juga saya mendengar komen sebegini dari ramai orang. Kebiasaannya dari orang yang terlibat dengan usaha dalam jemaah lain, yang kebiasaannya digelar 'gerakan Islam'. Selalunya mereka juga membandingkan usaha dakwah tabligh dengan usaha-usaha yang lain, sebagaimana yang saudara buat. Dan antara komen yang biasanya disebut, ialah perihal kesyumulan sesuatu usaha atau gerakan.

Musafir said...

Sebelum melangkah lebih jauh, saya bersyukur kerana saya dan saudara adalah sama-sama Ahlussunnah wal jamaah. Maka mudahlah bicara kita, kerana kita faham akan adab-adab berbeza pendapat, insyaallah. Bukan seperti 'satu pihak' itu yang selalu membid'ahkan sesiapa yang ada perbezaan dengan mereka.

Berbalik kepada persoalan tentang kesyumulan jamaah.

Kebiasaannya usaha dakwah tabligh dikatakan kurang syumul kerana tidak berpolitik.

Kalau kita katakan politik yang ada pada hari ini, maka kita merujuk kepada politik secara demokrasi yang perlu kepada proses pemilihan kerajaan berdasarkan pilihanraya. Politik demokrasi menjadi pilihan sesetengah gerakan Islam seperti PAS dan sebahagian dari Ikhwan Muslimin. Namun sesetengah ahli Ikhwan berpendapat politik demokrasi dan kepartian tidak dapat membawa kepada perubahan sebenar sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Keberhasilan melalui politik kepartian melalui tercapainya kuasa pemerintahan adalah sukar untuk bertahan lama. Politik dunia hari ini membuktikan hujjah ini. PAS Terengganu hanya menang satu penggal, yang kemenangannya banyak dipengaruhi isu politik semasa. (Apapun, syabas TG Hj. Abdul Hadi kerana usaha beliau dan rakan-rakan seperjuangan, semoga Allah menerima usaha mereka, amin).Begitu juga kemenangan parti Islam melalui proses demokrasi di Algeria. Kemenangan yang terus dicantas oleh rampasan kuasa tentera, yang dikatakan didalangi US. Kemenangan Hamas pun, tidak diiktiraf malah ditekan sepenuhnya oleh kuasa Yahudi dan Nasara. Semoga Allah menerima usaha-usaha mereka semua, amin. Cuma secara praktikalnya, nampak usaha politik kepartian ini tidak dapat memberi impak kepada keseluruhan usaha membangunkan agama seperti yang dirancang (merujuk kepada tulisan Hasan al-Banna - Da'watuna). Maka sebab itulah, wujud pula jamaah-jamaah seperti ABIM dan JIM yang mengambil pendekatan dakwah dan tarbiyyah secara berterusan, dengan berkeyakinan melalui kaedah dakwah dan tarbiyyahlah, agama ini dapat bangkit secara keseluruhan.

Musafir said...

Maka, rasanya sebab mengapa usaha dakwah tabligh tidak mengambil pendekatan politik kepartian dan demokrasi, terjawab dengan sendirinya. Cuma usul dakwah, ialah tidak menyentuh perkara politik sebegini, kerana ia memerlukan perbincangan yang begitu mendalam dan teliti diantara cerdik pandai Islam. Jika orang-orang awam yang terlibat didalam membincangkannya, hanya akan membawa kepada perselisihan yang emosional dan boleh mengakibatkan salah faham sehingga datang permusuhan dan berbalahan, na'uzubillah. Sedangkan perbezaan adalah rahmat untuk ummat ini. Hanya saja kita yang tidak tahu atau tidak berupaya menilainya secara bijaksana. Demikianlah, tingginya usul dan tertib yang disusun oleh Ulama' dan Masyaikh Dakwah & Tabligh. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan membantu mereka, Amin.

Semoga niat tulisan saya yang sekadarnya ini dapat difahami oleh saudara.

Musafir said...

-Dakwah Wali Songo-

Wali Songo tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka menjalankan dakwah & tabligh dikalangan masyarakat melayu nusantara ditengah-tengah pemerintahan kerajaan batil hindu/budha pada masa itu.

Usaha dakwah meningkat sedikit demi sedikit dengan bertambahnya pengikut dan penganut Islam yang ikhlas dan sedia turut serta didalam aktiviti dan safar dakwah para wali.

Untuk diringkaskan cerita, hasil dakwah para wali, kerajaan Islam Acheh telah berjaya didaulatkan, dengan rakyat dan pemimpinnya yang bertaqwa. Kerajaan ini bertahan ratusan tahun, sehingga dengan taqdir Allah, tewas ditangan kafir Belanda.

Demikianlah kekuatan dakwah & tabligh. Sebagaimana yang selalu kita dengar didalam seruan para masyaikh dakwah: Usaha ini tidak perlu harta atau kuasa, tetapi hanya perlu usaha Rasulullah, cara Rasulullah.

Musafir said...

-Islamnya Mongol-

Hadrat Maulana Abul Hasan Ali nadwi telah mengisahkan perkara ini dengan panjang lebar. Rasanya saudara sudah maklum dengan kisah ini.

Begitulah kekuatan dakwah&tabligh. Tidak pernah didalam sejarah peradaban manusia, golongan penjajah menganut agama golongan yang dijajah, melainkan Islamnya Mongol ditangan para Daie yang mukhlis pada ketika itu.

Pada masa jatuhnya Baghdad di tangan Mongol, ramai cendekiawan yang beranggapan bahawa Islam akan terkubur pada zaman itu. Namun Allah lah sebaik-baik perancang.

Musafir said...

Tanpa menafikan kepentingan dan kebenaran usaha-usaha yang lain, usaha dakwah & tabligh ini terus berjalan di tengah-tengah masyarakat Islam pada hari ini.

Kita dapat menerima wujudnya mazhab kerana terdapat perbezaan pendapat. Maka tentulah kita dapat menerima kepelbagaian bentuk jamaah kerana wujudnya perbezaan dari sudut pandangan didalam kaedah/method/cara dakwah bagi mengembalikan kekuatan dan kegemilangan Islam seperti di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Apapun, kita semua tetap berada didalam lingkungan Ahlussunnah wal jamaah.

Di akhirat nanti, kita akan persembahkan usaha kita masing-masing di hadapan Allah. Semoga semuanya diterima Allah hendaknya, Amin.

Musafir said...

Berkaitan dengan 'amar makruf' dan 'nahi mungkar', saya nukilkan pandangan beberapa ulama' di sini:

Penerangan Adakah Nahi Mungkar Tidak Dilaksanakan?

Soalan: Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan?

Jawapan 1:

Jawapan dari tulisan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, dalam buku 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh'

Mereka berkata: "Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Kami katakan :
"Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran.

Hal ini disebabkan oleh:

1. Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalarn masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, tidak menghasilkan manfaat sedikitpun. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat diingkari oleh orang yang memiliki kefahaman tentang keadaan ummat (saat ini).

2. Mereka mengganti pengingkaran kemungkaran dengan ucapan, dengan menghijrahkan pelaku kemungkaran dan menjauhkannya dari lingkungan yang rusak dan meletakkannya ditengah para pendidik yang bijak yang mengobatinya dengan perbuatan dan perkataan yang baik. Tidak lama kemudian dia akan meninggalkan dan mengingkari kemungkaran itu. Cara ini lebih bermanfaat daripada ucapan ucapan yang disampalkan dari atas mimbar atau di majlis talim sementara orang orang dalam keadaan lengah. Dan yang perlu perlu dipertanyakan : Orang orang yang mengingkari Jama’ah Tabligh dalam nahi mungkar, apakah mereka telah benar benar mencegah kemungkaran? Jawabannya mudah diketahui dan kenyataan (di lapangan) menjadi saksi. Kita harus banyak istighfar karena kita telah meninggalkan kewaj'iban amar ma'ruf nahi mungkar. Keadaan orang yang memburukkan Jama'ah Tabligh karena meninggalkan nahi mungkar, sedang ia sendiri tidak melaksanakannya, tidak ubah seperti apa yang diungkapkan oleh seorang penyair: “Janganlah melarang (seseorang) dari melakukan suatu perbuatan sedang engkau sendiri melakukannya. Kalau engkau berbuat yang demikian, itu merupakan aib yang besar pada dirimu”

Jawapan 2:

Terjemahan jawapan dari Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
(dipetik dari http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=6427)


Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan beberapa "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith. Untuk mencapai maksud tersebut, beliau telah bersungguh-sungguh mengingatkan orangramai dari kalangan umat ini tentang kepentingan dan tanggungjawab Amr bil Ma'roof dan Nahy anil munkar.

Masalaah yang berlaku pada hari ini ialah kita telah menyalahtafsirkan maksud sebenar Nahy anil munkar. Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya. Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi
(Sallallaahu Alayhi Wasallam), seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula membuang air kecil si satu sudut Masjid. Para Sahaabat (Radhiallaahu Anhum) segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam).
Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dsb. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

Hal inilah yang menjadi harapan tinggi Moulana Ilyas(RA). Dalam melaksanakan Amr bil Ma'roof sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita dalam jamaah tabligh, mereka memberi galakan kepada kita supaya memberi masa untuk keluar ke jalan Allah Ta'ala, supaya apabila kita berada dalam suasana agama yang betul, di dalam masjid, barulah kita dapat menilai akan kepentingan usaha agama dan memahami kesan-kesan buruk dalam menjalani kehidupan bermaksiat dan engkar.

Dan Allah Ta'ala jualah yang Maha Mengetahui.

Musafir said...

Sebagai pendokong Ahlussunnah wal jamaah yang bertaqlid kepada mazhab, kita dapat menerima wujudnya perbezaan diantara Imam-imam mazhab. Kita juga berpandangan, adalah penting untuk kekal didalam satu mazhab dan mengambil dan mengamal keseluruhan pendapat didalam satu-satu mazhab, tanpa menafikan kebenaran mazhab lain. Kita khuatir, jika kita mengambil sebahagian pandangan ulama' Syafii katakan, dan pada sebahagian lain, kita menurut pula mazhab Hanafi, atau yang lainnya, maka kita akan akhirnya ditunggangi oleh hawa nafsu sendiri.

Begitu juga, jika kita sudah bai'at dengan satu-satu tariqat, maka sebaik-baiknya kita kekal suluk didalam tariqat tersebut sehingga mencapai hasilnya; hakikat Ihsan. namun, tidak bererti kita menafikan tariqat-tariqat lain.

Semua mazhab dan tariqat muktabar berada diatas landasan kebenaran, Alhamdulillah.

Jika dalam hal aqidah kita ada Imam Asy'ari dan Maturidi, dalam hal fiqh kita ada Hanafi, Syafi'i, Maliki dan Hanbali, dalam hal tasawwuf kita ada Naqshabandi, Cyishti, Qadiri, Syazili dll, maka apalah yang menjadi keberatan untuk kita menerima wujudnya beberapa kaedah dakwah yang disusun oleh ulama' muktabar, sehingga wujudnya usaha seperti Ikhwan Muslimin dan Dakwah Tabligh?

Alangkah mudahnya agama, alangkah kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya, kerana asbab kepelbagaian ini, ummat menjadi begitu mudah untuk mengamalkan Din ini.

Dan semuanya dibawah payung Ahlussunnah wal jamaah, Alhamdulillah.

Jika didalam bermazhab kita ditekankan agar bertaqlid, maka didalam belajar berbuat usaha dakwah tabligh ini, Ulama' dakwah & tabligh menekankan kepentingan 'istikhlas'.

Maka, setelah menulis apa yang tertulis diatas, dan jika difahami dengan baik, saya percaya, mungkin kenyataan saudara yang berbunyi:

'Ia boleh mendakwahkan fahamannya kepada orang tetapi orang lain tidak boleh mendakwahkan fahaman mereka kepadanya.'

boleh ditukar kepada

'Kita sentiasa mendakwahkan kebesaran Allah kepada manusia yang lain. Semoga Allah menerima usaha kita. Dan mereka juga mendakwahkan kebesaran Allah kepada orang lain dengan cara mereka. Semoga Allah juga menerima usaha mereka.'

DR. SALAFI MUDA said...

Wlksm Tuan Sirat, semoga sihat walafiat di samping Kekasih kita Allah SWT.

Saya juga bukan karkun/ daie jemaah Tabligh. Juga seperti tuan, saya pernah ‘rapat’ dengan jemaah ini dan masih punyai hubungan baik sehingga kini. Saya turut jatuh cinta kepada jemaah Tabligh dan para ulamanya, sama seperti saya mencintai jemaah-jemaah Islam yang lain bersama para ulama mereka. Kenangan-kenangan indah bersama jemaah Tabligh dulu masih segar diingatan, sesekali bermain-main di ruang fikiran.

Ada kebenarannya kata tuan itu, banyak juga orang mengaitkan jemaah Tabligh kurang syumul kerana ‘tidak berpolitik’. ‘Tidak berpolitik’ itu yang mereka nampak. Sedangkan pada diri saya sendiri, lebih banyak perkara yang saya kaitkan dengan ‘kesyumulan’, tidak terhad kepada satu dua perkara. Hal ini boleh tuan perhatikan dalam tulisan-tulisan saya tentang dakwah Tajdid Segar.

Kata tuan: “Namun sesetengah ahli Ikhwan berpendapat politik demokrasi dan kepartian tidak dapat membawa kepada perubahan sebenar sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.”

Memang benar. Tapi kita kena faham betul-betul pandangan Ikhwanul Muslimin dalam hal ini. Politik ialah ‘salah satu cara’, bukan ‘satu-satunya cara’ untuk membawa kepada perubahan sebenar sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

DAN… jika ada 100 cara ke arah itu, seboleh-bolehnya Ikhwan tidak akan sengaja meninggalkan (menyia-nyiakan) walau ‘satu cara’ kecualilah jika memang tiada kemampuan. Sebab itulah Ikhwanul Muslimin tidak meninggalkan politik sekalipun mereka tidak berpolitik . Pengasas Ikhwan, Asy-Syahid Hasan al-Banna sendiri pernah melibatkan diri dalam pilihanraya. Hal ini diteruskan oleh para pejuang selepasnya sehinggalah ke hari ini.
Kita di sini tidak perasan calon-calon Ikhwan dalam semua pilihanraya di Timur Tengah kerana mereka tidak menggunakan nama Ikhwanul Muslimin ketika bertanding.

Dalam tarbiahnya, Ikhwan menekankan ‘Allah lebih melihat usaha berbanding hasil’. Yang penting kita tanam seberapa banyak pokok durian walaupun kita tahu kita tidak sempat menikmati buahnya nanti. Ikhwan menamakannya ‘perjuangan nafas panjang’.

Sekalipun kemenangan parti-parti politik Islam agak rapuh seperti contoh PAS di Terengganu, FIS di Algeria dan HAMAS (cawangan langsung Ikhwanul Muslimin di Palestin) yang tuan beri, itu semua adalah HASILNYA. Padahal kita berbangga atas USAHA lebih daripada HASIL. Jika kita berjuang untuk terus melihat hasil, lebih baiklah kita menyertai kumpulan pengganas antarabangsa yang berlindung di sebalik nama ‘Islam’. Kita bom orang (dan kita sendiri), musuh mati dua tiga orang dan kita ‘gerenti’ masuk syurga- itu doktrinnya. Hasil serta-merta.

Allah SWT sedia tahu yang Firaun tidak akan beriman, tapi mengapa Dia mengutus Nabi Musa untuk berdakwah juga kepada Firaun? Salah satu ‘jawapan syariat’nya yang itulah… Allah lebih melihat usaha berbanding hasil.

Saya ada sedikit pembetulan, diharap tuan tidak tersalah faham. Begitulah adab bersahabat, saling membetulkan.

Tuan menyebut para Wali Songo punyai aktiviti dan safar dakwah. Hal ini memang betul. Cuma lebih baik jika kita ‘hi-lite’ sama ‘PERANG’ para wali dan ‘POLITIK’ mereka. Selain daripada beramal ibadah dan berdakwah, mereka juga umumnya para pendekar terbilang dan memegang jawatan-jawatan besar dalam pentadbiran terutamanya dalam Kerajaan Islam Demak dan Giri. Kerajaan Acheh tidak punya ‘hubungan rapat’ dengan para Wali Songo. Kerajaan Acheh juga tidak pernah ‘tewas’ kepada mana-mana kuasa penjajah termasuklah Belanda jika yang dimaksudkan dengan ‘tewas’itu ialah ‘jatuh’ ataupun ditakluk. Di sini baru nampakkan.., betapa pentingnya pemahaman tentang politik untuk kita faham duduk perkara ini (kisah Acheh) dalam sejarah. Acheh ditawan oleh siapa sebenarnya?

Lagi satu, kadang-kadang orang tersalah faham antara ‘tabligh’ dengan ‘jemaah Tabligh’. Mereka menyangkakan kedua-duanya hal yang sama padahal jauh berbeza.

Tabligh ialah satu usaha dakwah. Kini usaha tabligh didokong oleh semua pendakwah Islam dan semua jemaah Islam.

Jemaah Tabligh pula ialah satu ‘usaha khusus’ yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas dan seterusnya menjadi satu jemaah yang tersendiri.

Ringkasnya, ‘tabligh’ ialah seorang ibu yang punya beberapa orang anak seperti Nahdatul Ulama, Muhammadiah, Naqsyabandiah, Chistiyyah, Ikhwanul Muslimin, Jemaat Islami, orang-orang perseorangan dan lain-lain. ‘Jemaat Tabligh’ sendiri ialah salah seorang daripada anak-anaknya. Begitu.

Dalam pandangan dakwah Tajdid Segar, semua jemaah Islam sedang melakukan usaha Rasulullah dan mengikut cara Rasulullah. Tidak ada satu jemaah pun yang layak mengatakan ‘hanya kami yang buat usaha Rasulullah dan ikut cara Rasulullah’ ataupun ‘ini saja caranya’, ‘inilah satu-satunya jalan’ Jika begitulah pendirian mana-mana jemaah, maka dalam hal ini mereka tidak ada bezanya dengan ekstremis Syiah dan kaum Salafi Wahabi.

Pada perkiraan saya, tuan sebenarnya kurang tahu sejarah Wali Songo, Acheh dan Monggol. Maafkan saya jika saya tersalah anggap. Wallahualam

Saya salah seorang peminat Wali Songo, jadi tahu jugalah serba-sedikit susur-galur perjuangan mereka. Ada antara para wali yang terlibat dengan permasalahan politik Majapahit dan kerajaan-kerajaan kecil lain. Para wali juga terlibat dengan beberapa pertempuran berdarah yang memakan korban. Sunan Kudus sendiri adalah ketua panglima perang Demak Bintoro. Perang mereka bukan dengan penganut agama Hindu –Buddha sahaja, tetapi dengan orang-orang Islam yang menyeleweng.

Dalam kisah Monggol, mereka Islam hanya setelah mereka tewas dengan pasukan dari Mesir (kalau tak salah saya). Boleh dikatakan mereka tidak pernah kalah teruk, tetapi pukulan terakhir dari Mesir telah menghancurkan kekuatan Monggol itu buat selama-lamanya. Selepas itulah baru mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam. Seandainya mereka tidak dipukul dengan angkatan perang tersebut, boleh jadi mereka menjajah seluruh Afrika dan Eropah, dan tidak beragama Islam.

Selepas menakluk Baghdad, Monggol belum Islam. Setelah Monggol jatuh dipukul tentera Mesir, barulah hati mereka terbuka untuk memeluk agama Islam. Jadi, untuk mengaitkan pengIslaman Monggol dengan dakwah dan tabligh sahaja… rasanya tidak tepat.

Benarlah seperti kata tuan, semua jemaah yang benar tetap ASWJ (semua buat usaha Rasulullah dan ikut cara Rasulullah). “Di depan Tuhan, kita akan persembahkan USAHA…”… saya sangat bersetuju.

Wallahualam.

DR. SALAFI MUDA said...

Dua posting terakhir tuan baru saya baca sekejap tadi, akan saya ulas kemudian insyaallah.

Di samping itu, ada baiknya tuan kaji dahulu idea-idea dakwah Tajdid SEgar dalam bahagian SARANAN & INTIPATI untuk tuan lebih memahami pemikiran saya dna tidak tersalah faham.

Wallahualam.

DR. SALAFI MUDA said...

TUAN SIRAT MENULIS:

Berkaitan dengan 'amar makruf' dan 'nahi mungkar', saya nukilkan pandangan beberapa ulama' di sini:

Penerangan Adakah Nahi Mungkar Tidak Dilaksanakan?

Soalan: Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan?

Jawapan 1:

Jawapan dari tulisan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, dalam buku 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh'

Mereka berkata: "Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Kami katakan :
"Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran.

Hal ini disebabkan oleh:

1. Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalarn masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, tidak menghasilkan manfaat sedikitpun. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat diingkari oleh orang yang memiliki kefahaman tentang keadaan ummat (saat ini).

2. Mereka mengganti pengingkaran kemungkaran dengan ucapan, dengan menghijrahkan pelaku kemungkaran dan menjauhkannya dari lingkungan yang rusak dan meletakkannya ditengah para pendidik yang bijak yang mengobatinya dengan perbuatan dan perkataan yang baik. Tidak lama kemudian dia akan meninggalkan dan mengingkari kemungkaran itu. Cara ini lebih bermanfaat daripada ucapan ucapan yang disampalkan dari atas mimbar atau di majlis talim sementara orang orang dalam keadaan lengah. Dan yang perlu perlu dipertanyakan : Orang orang yang mengingkari Jama’ah Tabligh dalam nahi mungkar, apakah mereka telah benar benar mencegah kemungkaran? Jawabannya mudah diketahui dan kenyataan (di lapangan) menjadi saksi. Kita harus banyak istighfar karena kita telah meninggalkan kewaj'iban amar ma'ruf nahi mungkar. Keadaan orang yang memburukkan Jama'ah Tabligh karena meninggalkan nahi mungkar, sedang ia sendiri tidak melaksanakannya, tidak ubah seperti apa yang diungkapkan oleh seorang penyair: “Janganlah melarang (seseorang) dari melakukan suatu perbuatan sedang engkau sendiri melakukannya. Kalau engkau berbuat yang demikian, itu merupakan aib yang besar pada dirimu”

Jawapan 2:

Terjemahan jawapan dari Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.
(dipetik dari http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=6427)


Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan beberapa "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith. Untuk mencapai maksud tersebut, beliau telah bersungguh-sungguh mengingatkan orangramai dari kalangan umat ini tentang kepentingan dan tanggungjawab Amr bil Ma'roof dan Nahy anil munkar.

Masalaah yang berlaku pada hari ini ialah kita telah menyalahtafsirkan maksud sebenar Nahy anil munkar. Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya. Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi
(Sallallaahu Alayhi Wasallam), seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula membuang air kecil si satu sudut Masjid. Para Sahaabat (Radhiallaahu Anhum) segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam).
Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dsb. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

Hal inilah yang menjadi harapan tinggi Moulana Ilyas(RA). Dalam melaksanakan Amr bil Ma'roof sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita dalam jamaah tabligh, mereka memberi galakan kepada kita supaya memberi masa untuk keluar ke jalan Allah Ta'ala, supaya apabila kita berada dalam suasana agama yang betul, di dalam masjid, barulah kita dapat menilai akan kepentingan usaha agama dan memahami kesan-kesan buruk dalam menjalani kehidupan bermaksiat dan engkar.

Dan Allah Ta'ala jualah yang Maha Mengetahui.



PENJELASAN ALEXANDERWATHERN:

Di sini insyaallah kita akan nampak jelas salah satu daripada sekian banyak perjuangan Dakwah Tajdid Segar.

Apabila mengutip pandangan para ulama tentang sesuatu masalah, sebaiknya kita petik pandangan banyak ulama daripada aliran yang berbeza-beza. Kemudian baru kita nyatakan pilihan kita dengan menekankan pandangan para ulama jemaah kita ataupun yang cenderung kepada fahaman jemaah kita. Kaedah ini dapat menunjukkan yang kita berpandangan luas dan tiada sikap taksub kepada para ulama kita sahaja. Di samping itu, orang jemaah lain akan melihat kita sebagai menghormati juga para ulama mereka.

Apakah kita mengharapkan agar mereka yang berfahaman Tajdid Segar yang datang daripada jemaah-jemaah yang berbeza akan menerima pendapat dua orang ulama ini sahaja? Bagaimana dengan pandangan ulama-ulama saya? Bagaimana dengan pandangan ulama-ulama mereka?

Mengapa mereka mesti lebih mendengar cakap-cakap ulama orang lain berbanding ulama-ulama mereka yang tidak kurang hebatnya? Mereka juga mendakwa dalam jemaah mereka ada para wali dan kekasih Allah, ada mujaddid, sohibuzzaman dan sebagainya.

Bagaimana jika seorang ahli Parti Islam mengatakan ‘berpolitik dan mengundi’ wajib lalu dipetiknya sebahagian tulisan Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Harun Taib SAHAJA? Bolehkah anda menerimanya? Apakah semua karkun akan meninggalkan fahaman jemaah Tabligh lalu menyertai demokrasi dan piliharaya hanya dengan hujah dua orang ulama daripada aliran tertentu sahaja? …….



Seterusnya kita lihat secara TELITI kupasan dua orang ulama itu. Tentu kita sedia maklum bahawa hanya Rasulullah yang maksum. Para wali Allah juga melakukan beberapa kesalahan sepanjang hidup mereka. Hanya wahyu yang tidak boleh dipertikai. Jadi kedua-dua orang tokoh itu juga tidak mustahil mengeluarkan pandangan yang lemah ataupun salah.

(YANG TUAN DAKWA SEBAGAI SOALAN):
Soalan: Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan?

Jawapan 1:

Jawapan dari tulisan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, dalam buku 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh'

(SEDANGKAN SOALAN SEBENAR YANG HENDAK DIJAWAB OLEH TOKOH INI IALAH):
Mereka berkata: "Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Kami katakan (JAWAPAN SI TOKOH) :
"Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran.”


Jelas di sini si tokoh tidak menjawab persoalan “Adakah Nahi Mungkar Tidak Dilaksanakan dalam Tabligh?” Ataupun “Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan oleh Tabligh?”

Dia mahu menjawab kritikan sebahagian orang yang mendakwa kononnya jemaah Tabligh mencegah kemungkaran dan menyeru kebaikan DENGAN CARA YANG SALAH. Tapi kemudiannya dia jawab yang lain.


Dari mana tuan salin perkataan-perkataan ini? Siapa penulisnya? Perkataan-perkataan ini banyak berisi kekeliruan dan pertentangan. Siapa yang membikin keliru di sini, si ulama ataupun penulis?

Soalan di atas sekali berbunyi:
Mengapa Nahi Mungkar tidak dilaksanakan?

Sedangkan si tokoh meletakkan soalan yang hendak dijawabnya ialah:
"Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Tuan boleh nampak tak perbezaannya?


Kemudian kita lihat pula jawapan si tokoh ke atas soalan yang ditulisnya itu:
Kami katakan :
"Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran.”

Yang dipertikaikan ialah ‘cara’, bukan ‘ada buat ke tidak’?.

Jadi jawapan yang sepatutnya diberi ialah:
“Cara kami mencegah kemungkaran dan menyeru kepada kebaikan adalah benar dan selaras dengan sunnah…bla bla bla…”
Barulah kena dengan soalan.
Ini tidak, soalan lain jawapan lain.


“Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalarn masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, TIDAK MENGHASILKAN MANFAAT SEDIKITPUN.”

Tidak ada manfaat walau sedikitpun? Tak ada manfaaat 100%? Jika benarlah ini kata-kata si tokoh, saya secara ikhlas dan terus-terang mengatakan mengatakan dia tidak benar dalam HAL INI walau sebesar mana pangkatnya dan sebesar mana pengikutnya. Bagaimana kenyataan begini boleh keluar daripada seorang yang dikatakan ‘ulama’?

Kalaupun dia tidak bersetuju dengan cara ratusan ulama lain pun, dia tidak boleh taksub sampai begitu sekali. Alangkah baiknya jika dia mengatakan:
“Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalam masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, pada pandangan kami KURANG BERMANFAAT. Namun begitu banyak juga para ulama lain yang mengatakannya bermanfaat. Jadi kita saling meraikan pandangan dan kaedah masing-masing.”

Beginilah baru dikatakan kalam ulama. Sampaikan TIDAK ADA MANFAAT SEDIKITPUN…? Saya tidak fikir para ulama adil yang lain menyokong kenyataan ini.
Betulkah tuan menyokong kenyataan tokoh ini? …


Bahagian seterusnya, si tokoh mengkritik orang-orang yang mengatakan Tabligh tidak melaksanakan nahi mungkar sedangkan MEREKA SENDIRI tidak bernahi mungkar. Yang ini, mana-mana jemaah pun bersetuju. Jadi tidaklah kita panjangkan di sini kerana tidak ada kaitan dengan perbincangan kita.



Dalam jawapan kedua pula, penulis itu hanya menolak fahaman mereka yang mengatakan nahi mungkar itu tidak lain ialah dengan cara keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata dan lain-lain seumpamanya. Lihat betul-betul tulisannya:

“Masalaah yang berlaku pada hari ini ialah kita telah menyalahtafsirkan maksud sebenar Nahy anil munkar. Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya.”

Kata-kata sebegini (yang mengatakan nahi mungkar hanyalah dengan cara-cara di atas) tentunya datang daripada si jahil. Ulama mana dan jemaah mana yang berpendirian begini? Tak ada! Kumpulan pengganas yang bertopengkan Islam dan seumpamanya tentu saja kita tolak.

Jadi penulis hanya mengkritik kembali mereka yang buat tafsiran salah tentang nahi mungkar. Nampaknya tidak ada apa-apa kaitan dengan perbincangan kita kerana kami dan jemaah-jemaah lain pun mempunyai pandangan yang sama. Tidak pernah kita fahami bahawa nahi mungkar itu hanya dengan cara kasar dan tidak ada cara lembut. Tapi kita bimbang juga kalau-kalau ada orang yang tersalah faham bahawa nahi mungkar itu mestilah dengan cara lembut SAHAJA. Penjelasan lanjut boleh didapati dalam tulisan saya “APA MAKSUD BEDAKWAH SECARA BERHIKMAH” http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=151
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=152
Ada kaedah lembut, ada kaedah kasar. Bergantung kepada situasi dan keberkesanannya.


“Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan BEBERAPA "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith.”

Jelas, Maulana Muhammad Ilyas hanya mengeluarkan BEBERAPA USUL daripada al-Quran dan hadis, bukannya KESEMUA USUL. Banyak lagi usul-usul yang diperuntukkan Allah untuk umat selepasnya dan akan datang yang belum dikeluarkan. Takkanlah menolak pentajdidian 100%.


Seterusnya, untuk menunjukkan yang nahi mungkar itu mestilah dengan lemah-lembut SAHAJA, tuan meletakkan SATU SANDARAN iaitu peristiwa seorang Badwi kencing di dalam masjid. Cukupkah SATU SANDARAN SAHAJA untuk kita keluarkan hukum-hukum? Cukupkah satu sandaran untuk kita membuktikan nahi mungkar mesti dengan lemah-lembut sahaja? Guru mana yang mengeluarkan kaedah sebegitu…?

Jika kita berpegang kepada fahaman ‘nahi mungkar mestilah dengan lemah-lembut shj’, maka kita telah mengetepikan sebahagian cara al-Quran, Rasulullah, Saidina Abu Bakar, Imam al-Ghazali dan lain-lain sebagaiaman contoh-contoh di bawah:

1. Dari al-Kitab. Al Quran sebagai contoh. Ia mengandungi ayat-ayat dorongan yang diseimbangkan dengan ayat-ayat ancaman. Ia membawa khabar baik yang diseimbangkan dengan berita-berita buruk. Ia menyatakan pujian kepada pihak-pihak tertentu yang diseimbangkan dengan kecaman kepada pihak-pihak tertentu. Hairan kita, bagaimana seseorang itu boleh mengatakan, “Ikutlah cara berdakwah dalam al-Quran… lemah-lembut… tidak kasar.” Ini maksudnya dia baru membaca SEBAHAGIAN al-Quran. Bolehkah al-Quran diambil sebahagian-sebahagian sahaja?.......

2. Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!

3. Selepas al-Quran dan as-sunnah, lihat pula tindakan sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, ada pihak yang tidak mahu membayar zakat padahal ajaran-ajaran Islam yang lain umumnya masih mereka laksanakan. Apa tindakan Saidina Abu Bakar untuk membetulkan masalah ini? Dia menghantar pasukan perang! Majoriti sahabat terhampir tidak bersetuju pada mulanya tetapi Saidina Abu Bakar meneruskan juga tindakannya. Dan KESANNYA, pembayaran zakat selepas peristiwa ini menjadi beres. Umat Islam di wilayah-wilayah lain mendapat pengajaran daripada peristiwa ini. Bagi pihak yang diserang, sebahagian mereka mati terbunuh dan tidak boleh membayar zakat lagi. Nyatalah bukan mereka sasaran utama dakwah berhikmah Saidina Abu Bakar tetapi umat Islam di seluruh wilayah. Begitulah bijaknya sahabat. Begitulah membetulkan secara berhikmah. Yang utama dipandang ialah kemungkinan KEBERKESANANNYA, bukan kaedahnya- selagi selaras dengan agama.

4. Generasi selepas zaman sahabat. Rajin-rajinlah tambah ilmu, luaskan pandangan kita. Lihat kaedah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegur Ibnu Sina dan para penerus fahamannya dalam kitab al-Munqiz min adh-Dhalal. Orang yang berfahaman “berhikmah” itu “lemah-lembut” sahaja, pasti akan mengatakan Imam al-Ghazali tidak pandai berdakwah, tidak berhemah, tidak berhikmah. Cara Imam Ghazali ini boleh diperhatikan lagi dalam kitabnya ar-Risalah al-Laduniyyah ketika menolak pandangan sempit seorang ahli tafsir. Begitu juga dalam Tahafut al-Falasifah.

5. Orang bukan Islam pun faham hal ini. Cuba lihat filem “Kingdom of Heaven”. Selepas bapa kepada watak utama (Ballian) menyampaikan amanat-amanat pentingnya, dia menampar muka Ballian sekali. Tujannya supaya Ballian teringatkan tamparan itu dan sekaligus mengingati kesemua amanat pentingnya. Ternyata kaedah penuh hikmah ini berjaya mengekalkan ingatan Ballian akan kata-kata bapanya. Bayangkan, pembuat filem ini yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam pun faham apa itu “berdakwah secara berhikmah”.

6. Dari amalan orang Melayu. Apabila anak kecil memanjat tiang ataupun pokok, dan kita hendak menyuruhnya turun. Biasa kita dengar orang tua-tua berkata, “Hah, panjatlah lagi, panjaaat! Panjat lagi tinggi-tinggi!” dengan wajah kegeraman dan suara yang keras. KESANNYA memang bagus. Si anak serta-merta turun. Tapi kalau kita guna cara lemah-lembut, biasanya si anak buat dengar tak dengar saja. Betul tak? Begitulah kaedah menegur secara berhikmah.

7. Kaji pula kem-kem motivasi untuk para pelajar. Mereka yang tidak faham pasti membuat anggapan bahawa kem motivasi tentunya dipenuhi dengan seruan lemah-lembut, merangsang, memujuk, ikram, menggembirakan, memberi semangat dan seumpamanya. Kalau berpeluang ikutilah malam kemuncaknya, kita akan lihat bagaimana kekerasan, ancaman, makian, hinaan dan lain-lain yang nampak kasar tetapi program pada malam itulah yang paling berkesan dan berbekas di hati pelajar. Bahagian itulah yang biasanya membawa perubahan kepada minda peserta. Kita dapat dengar jeritan, kemarahan dan herdikan para motivator yang disulami dengan nada hiba dan penyesalan. Keluarlah kata-kata “kamu memang bodoh”, “anak derhaka”, “akulah anak yang bebal”, “tidak mengenang budi”, “menyusahkan ibu bapa dan guru-guru” dan sebagainya. Maka menangislah para pelajar apabila pemikiran mereka dikasari secara berhikmah yang memungkinkan berlakunya perubahan sikap.

8. Agaknya semua guru sekolah tidak berhikmahlah. Ini kerana mereka kadang-kadang menegur atau membetulkan dengan kekasaran, hukuman dan kekerasan. Seringlah kita dengar ada pelajar yang dirotan (kasar dan mendatangkan kesakitan), ketuk ketampi dua puluh kali, jalan itik depan kelas, pusing padang dua “round” dan sebagainya. Yang tidak berhikmahnya ialah jika guru zalim seperti menendang, hantuk kepala pelajar ke dinding, hukum ketuk ketampi seribu kali, berdiri dua jam tengah panas dan seumpamanya- ini baru dikatakan tidak berhikmah.

9. Kaji pula dunia ketenteraan. Mereka umumnya dilatih dan dibentuk dengan berhikmah. Untuk membentuk ketahanan minda dan fizikal, sangat biasa mereka dihukum “pumping” berpuluh kali, kawad berjam-jam, “jogging” sambil membawa beban batu-bata, meniarap seolah-olah menanti musuh selama satu jam, dilatih ketahanan minda dengan kejian, makian dan gertakan, dan sebagainya. Bolehkah kita katakan semua kekerasan ini sebagai tidak berhikmah?

10. Kisah para nabi terdahulu. Nabi Musa yang baru pulang dari Bukti Tursina amat terperanjat melihat sebahagian besar kaumnya menyembah patung anak lembu. Dengan kasar dia menarik janggut Nabi Harun dan mengherdiknya. Siapa berani kata Nabi Musa tidak berhikmah?


Persoalannya, siapa kita yang begitu berani hendak menidakkan para pelaku di atas dan menghadkan nahi mungkar kepada lemah-lembut sahaja?

Mengapa beri satu contoh kelembutan sahaja iaitu kes Badwi kencing di dalam masjid? Salahkah cara kasar Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Imam al-Ghazali?

Kita kena fikir panjang sebelum memetik sesuatu kalam.

DR. SALAFI MUDA said...

TUAN SIRAT MENULIS:

Sebagai pendokong Ahlussunnah wal jamaah yang bertaqlid kepada mazhab, kita dapat menerima wujudnya perbezaan diantara Imam-imam mazhab. Kita juga berpandangan, adalah penting untuk kekal didalam satu mazhab dan mengambil dan mengamal keseluruhan pendapat didalam satu-satu mazhab, tanpa menafikan kebenaran mazhab lain. Kita khuatir, jika kita mengambil sebahagian pandangan ulama' Syafii katakan, dan pada sebahagian lain, kita menurut pula mazhab Hanafi, atau yang lainnya, maka kita akan akhirnya ditunggangi oleh hawa nafsu sendiri.

Begitu juga, jika kita sudah bai'at dengan satu-satu tariqat, maka sebaik-baiknya kita kekal suluk didalam tariqat tersebut sehingga mencapai hasilnya; hakikat Ihsan. namun, tidak bererti kita menafikan tariqat-tariqat lain.

Semua mazhab dan tariqat muktabar berada diatas landasan kebenaran, Alhamdulillah

Jika dalam hal aqidah kita ada Imam Asy'ari dan Maturidi, dalam hal fiqh kita ada Hanafi, Syafi'i, Maliki dan Hanbali, dalam hal tasawwuf kita ada Naqshabandi, Cyishti, Qadiri, Syazili dll, maka apalah yang menjadi keberatan untuk kita menerima wujudnya beberapa kaedah dakwah yang disusun oleh ulama' muktabar, sehingga wujudnya usaha seperti Ikhwan Muslimin dan Dakwah Tabligh?

Alangkah mudahnya agama, alangkah kasih dan sayangnya Allah kepada hamba-hamba-Nya, kerana asbab kepelbagaian ini, ummat menjadi begitu mudah untuk mengamalkan Din ini.

Dan semuanya dibawah payung Ahlussunnah wal jamaah, Alhamdulillah.

Jika didalam bermazhab kita ditekankan agar bertaqlid, maka didalam belajar berbuat usaha dakwah tabligh ini, Ulama' dakwah & tabligh menekankan kepentingan 'istikhlas'.




PENJELASAN ALEXANDERWATHERN:

Saya jelaskan secara ringkas…

PERTAMA… Dakwah Tajdid Segar menerima wujudnya perbezaan antara jemaah-jemaah Islam, tidak pernah ‘tidak menerima’.

KEDUA… Dakwah Tajdid Segar juga perpandangan ‘adalah penting’ untuk kekal dalam satu-satu jemaah, tidak pernah ada saranan untuk merojakkan sebagaimana yang diperlakukan oleh Salafi Wahabi terhadap mazhab-mazhab fiqh.

KETIGA… Dakwah Tajdid Segar tidak pernah menafikan kebenaran mana-mana jemaah. Semua jemaah benar. Jika kita dapat mengesan sebarang kelemahan ataupun kesalahan, kita tegur dan membuat saranan-saranan pentajdidan.

KEEMPAT… dalam Dakwah Tajdid Segar, apabila seseorang itu kekal dalam mana-mana jemaah, tidak pernah kita cop orang itu sebagai ‘menafikan jemaah-jemaah lain’. Yang kita nafikan HANYALAH apabila dia mengeluarkan kenaytaan-kenyataan yang bertentangan dengan sunnah seperti:

“Inilah (cara jemaah akulah) SATU-SATUNYA JALAN…”. Maksudnya jemaah-jemaah lain semuanya ikut jalan salah.

“Kamu hendak buat cara kamu, terpulang. Tapi kami buat usaha Rasulullah, ikut cara Rasulullah.” Maksudnya jemaah-jemaah lain tidak buat cara Rasulullah, tidak ikut cara Rasulullah. Dia saja yang ‘Rasulullah’.

“Hanya dengan cara Rasulullah saja kegemilangan umat Islam dapat dikembalikan”… sambil gayanya menunjukkan dia merujuk kepada jemaahnya sewaktu dia berkata-kata itu. Maksudnya dia dan jemaahnya sajalah yang ikut cara Rasulullah.

Apa beza mereka yang berkata seperti ini dengan fahaman ‘aku saja yang betul’ pada golongan Salafi Wahabi, Qadiani dan ekstremis Syiah…?

Saya pernah jadi AJK sebuah surau lebih kurang sepuluh tahun lalu. Di papan kenyataan saya pamerkan kisah-kisah para wali Allah bersama tariqat-tariqat mereka. Kebetulan serombongan jemaah Tabligh datang dan mereka membacanya. Salah seorang yang berbadan sasa ditugaskan untuk bercakap atas iman dan amal kepada semua hadirin. Antara kata-katanya:

“Tak payah tarekat-tarekat (gayanya merujuk kepada papan kenyataan), kita ikut tarekat Nabi Muhammad saja!”

Apa perasaan kita? Apakah Syeikh Abdul Qadir Jilani tidak ikut Rasulullah? Apakah Tok Kenali dan Syeikh Said al-Linggi tidak ikut ‘tarekat Rasulullah’? Bagaimana pula dengan pengasas jemaah tabligh sendiri iaitu Maulana Muhammad Ilyas yang bertariqat Chistiyyah?...

Kalau yang ini, memang kami tentang. Selain itu, kekallah dengan mana-mana jemaah pun, tiada sebarang masalah.

KELIMA… dalam Dakwah Tajdid Segar, kita tidak pernah keberatan menerima mana-mana kaedah yang disusun oleh ulama muktabar yang berlainan jemaah, semua kita sokong. Yang kita tolak hanyalah jika sesuatu kaedah itu jelas salah ataupun lemah. Sebagai usaha untuk mengatasinya, kita mengeluarkan saranan-saranan pentajdidan.

Contohnya, jemaah Tabligh tidak ada hari riadah jasmani ‘khusus’ mingguan ataupun bulanan, kita berikan saranan agar dibuat. Dengan itu, dunia dakwah dan perjuangan ini akan mereka nampak lebih luas sebenarnya. Hendak terima ataupun tidak, terpulang. Tugas kita sebagai pencadang ke arah pembaikan, pesyumulan dan pengukuhan sahaja (pentajdidan).

Jemaah Tabligh tidak punya hubungan rapat (maksudnya usaha bersama dalam beberapa hal yang disepakati) dengan jemaah-jemaah lain, kita keluarkan saranan agar mereka buat perhubungan rapat dan seterusnya bersedia untuk bergerak sebagai SATU UMAT walaupun dalam keadaan berbilang jemaah. Dengan cara ini maka zaman kegemilangan Islam kali kedua lebih dekat rasanya untuk kita realisasikan.

Jemaah Tabligh kurang aktiviti ekonomi umat termasuklah yang fardhu kifayah. Kita sarankan agar diwujudkan produk-produk Muslim tapi mestilah melalui ‘perbincangan strategi’ bersama jemaah-jemaah lain. Jangan pula nanti jemaah Tabligh keluarkan minyak masak, jemaah B minyak masak, jemaah C pun minyak masak… tentu kurang berkesan kerana ‘memecahkan kuasa membeli’. Sebab itu Dakwah Tajdid Segar menyarankan agar semua jemaah-jemaah ini duduk semeja dan berbincang baik di peringkat antarabangasa mahupun negara dan seterusnya. Slogan yang selalu saya laungkan- PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT walaupun kita berbilang jemaah.

Dalam jemaah Tabligh ada saranan-saranan sebegini?...


Apakah dengan mengeluarkan saranan-saranan pentajdidian begini maka kita dihukum sebagai menolak kaedah dakwah yang disusun oleh para ulama Tabligh?
Apabila sahabat Nabi memberi saranan kepada Rasulullah agar kedudukan pasukan Islam dalam satu peperangan diubah berdekatan sumber air… dia dikira tidak menerima strategi Rasulullah?

Tapi sikap Rasulullah dalam hal ini sangat sukar untuk dipraktikkan oleh kebanyakan orang. Rasulullah insan teragung, tapi dia menerima cadangan pengukuhan daripada seorang sahabat, manusia biasa. Dia tidak berasa ‘jatuh standard’ ataupun mengatakan kepada sahabat itu, “Apa ilmu kamu? Apa taraf kamu? Setakat mana kefasihan dan pemahaman bahasa Arab kamu? Setakat mana iman kamu berbanding aku yang kamu pandai-pandai buat cadangan ni? Aku lebih kasyaf. Aku lebih maulana. Aku ada tiga PHD…”

Tidak…. Rasulullah tidak begitu!




TUAN SIRAT MENULIS:

Maka, setelah menulis apa yang tertulis diatas, dan jika difahami dengan baik, saya percaya, mungkin kenyataan saudara yang berbunyi:

'Ia boleh mendakwahkan fahamannya kepada orang tetapi orang lain tidak boleh mendakwahkan fahaman mereka kepadanya.'

boleh ditukar kepada

'Kita sentiasa mendakwahkan kebesaran Allah kepada manusia yang lain. Semoga Allah menerima usaha kita. Dan mereka juga mendakwahkan kebesaran Allah kepada orang lain dengan cara mereka. Semoga Allah juga menerima usaha mereka.'



PENJELASAN ALEXANDERWATHERN:

Di sini nampaknya wujud satu salah faham yang jauh melencong daripada apa yang saya maksudkan. Harap tuan akan lebih berhati-hati dalam menilai tulisan-tulisan saya.

Perkataan saya itu tidak perlu diubah menjadi perkataan yang baru tuan letakkan kerana ia langsung TIDAK ADA KAITAN. Bahaya kalau berterusan begini.

Yang saya maksudkan:

“Seorang karkun boleh mendakwahkan fahamannya kepada orang lain (iaitu saya contohnya) tetapi orang lain (iaitu saya contohnya) tidak boleh mendakwahkan fahaman saya kepada karkun tadi.”
Ini sikap yang biasa kita temui dalam kalangan para penggiat jemaah Tabligh (karkun).

Saya bersedia mendengar penerangannya tentang jemaah Tabligh (ataupun mana-mana jemaah) selama dua tiga jam (sebagai contoh), tetapi selepas itu mahukah dia bersikap adil dengan bersedia mendengar idea-idea jemaah saya selama dua tiga jam juga?

Saya bersedia keluar 3 hari bersama jemaah Tabligh (sebagai contoh) sanggupkah dia keluar bersama jemaah saya juga tiga hari?

Setakat ini saya belum bertemu dengan karkun yang sanggup begitu (mungkin ada tetapi belum ketemu). Yang biasa saya temui, si karkun saja begitu ghairah bercerita tentang Tabligh dan saya mendengarnya dengan air muka yang cerah lagi berminat. Tetapi selepas itu apabila saya kata , “OK, sekarang giliran saya pula untuk bercerita tentang dakwah sekian sekian”, maka air mukanya berubah. Dia tidak sanggup berlaku adil kepada dirinya sendiri. Dalam dakwah, kita kena ada ‘give n take’, bukan kita saja yang ‘give’ dan orang lain kena ‘take’ sahaja.
HAL INI yang saya pertikaikan, yang perlu dibuat pentajdidan sebagaimana dalam saranan dakwah Tajdid Segar. Jika tidak selama-lamanyalah kita kekal dengan sikap yang merugikan ini.


Saya berasa hairan bagaimana perkataan di bawah boleh tuan sarankan sebagai ganti:

'Kita sentiasa mendakwahkan kebesaran Allah kepada manusia yang lain. Semoga Allah menerima usaha kita. Dan mereka juga mendakwahkan kebesaran Allah kepada orang lain dengan cara mereka. Semoga Allah juga menerima usaha mereka.'

Saya tidak bercakap tentang ‘Karkun dakwah kepada ORANG LAIN, dan orang jemaah lain juga dakwah kepada ORANG LAIN PULA.” Bukan…. bukan ini!

Jika tuan membaca betul-betul tanpa ada rasa bias, tentu tuan faham yang saya maksudkan ialah , “Si karkun dakwah kepada si Hizbut Tahrir dan kemudiannya si Hizbut Tahrir tadi pula dakwah kepada si Karkun”. Ia tidak melibatkan DAKWAH KEPADA ORANG LAIN tetapi saling tukar dakwah antara seorang karkun dengan seorang ahli jemaah selain karkun (seperti juga dialog antara agama, bukan debat antara agama). Banyak manfaatnya untuk perpaduan ummah dan memperkasakan dakwah sejagat.


'Kita sentiasa mendakwahkan kebesaran Allah kepada manusia yang lain. Semoga Allah menerima usaha kita. Dan mereka juga mendakwahkan kebesaran Allah kepada orang lain dengan cara mereka. Semoga Allah juga menerima usaha mereka.'…. yang ini saya pun sedia maklum. Tidak pernah pula saya membantah malang sentiasa menyokong dulu, kini dan selamanya.

Kesimpulannya, ada salah faham kerana kurang penelitian. Jadi, ayat saya itu tidak perlu ditukar kerana ganti yang tuan sediakan itu tidak ada kaitan.

Dalam Dakwah Tajdid Segar, perkataan-perkataan di atas akan menjadi:

“Kita sentiasa mendakwahkan kebesaran Allah kepada manusia yang lain dan sesama kita. Semoga Allah menerima usaha kita. Dan mereka juga mendakwahkan kebesaran Allah kepada orang lain dan sesama kita dengan cara mereka. Semoga Allah juga menerima usaha mereka. ‘Kita dan mereka’ juga akan mendakwahkan kebesaran Allah kepada manusia yang lain. Semoga Allah menerima usaha ‘KITA’ bersama.”

Wallahualam.

Musafir said...

Sekadar maklumat tambahan:

Syaikh Dr Muhammad Abul-fath Al-Bayanuniy berkata:

"... saya teringat semula kepada satu peristiwa atau suasana yang mudah-mudahan dapat menjelaskan perselisihan sumpama itu iaitu semasa saya bersama yang mulia Ustaz Al-Syaikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rahimahullah merupakan seorang pendakwah yang masyhur pada masa itu. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1387H bersamaan 1963M semasa saya membuat lawatan ke India. Semasa lawatan tersbut saya telah meluangkan masa untuk menziarahi serta tinggal di masjidnya bersama-sama selama beberapa hari. Semasa saya berada di sana, saya ada mendengar srta melihat ikhwah dari Jamaah tabligh menyebut dalam ucapan mereka semasa menerangkan asas dkwah merekaiaitu mereka menjauhikan diri daripada perbincangan-perbincangan politik dan khilafiyyah. Saya memang amt memahami ucapan tersebut. Saya juga mempunyai sangkaan yang baik terhadap kata-kata itu dengan merujuk kepada tabiat dakwah mereka yang meluas ke seluruh dunia.

Kalaulah tidak kerana apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pendakwah mengenai siasah serta tabiat dakwahnya dan ketulusan niatnya terutama sekali apabila terdapat sestengah golongan mengaitkannya dengan Qadyaniyyah yang menolk konsp jihad Islam, sebagaimana banyak berlaku kepada pengikut Qadyaniyyah, nescaya kita menyangka buruk kepada mereka dan sesetengahnya pula menghukum mereka dengan sesat, menyeleweng atau sebagainya.

Melalui ziarah ini sayatelah mendapat satu peluang untuk mengemukan beberapa soalan yang akan menjelaskan sudut yang bahaya ini iaitu masalah jihad mengikut pandangan beliau(Jamaah Tabligh). Beliau menjawab soalan itu berdasarkan ilmu dan pengalaman sama ada secara umum atau khusus selari dnegan manhaj mereka dalam masalah ini. Saya tidak mempunyai cara lain melainkan bertanya scara terbuka dan berterus terang. saoalan saya, "Apa pandangan jamaah tuan mengenai jihad fi sabilillah dan apa pula pandangan tuan mengenai Marhalah Tanfiziyyah yang dilakukan oleh jamaah lain?"

Tuan syaikh hairan dengan soalan ini dan tersenyum seraya berkata, "Kalaulah kami mempunyai pandangan khusus dalam masalah jihad yang merupakan kemuncak Islam, nescaya kamutidak akan dapati dalam buku kami Hayat al-Sahabah berita-berita tentang peperangan, jihad Rasulullah s.a.w. dan Sahabatnya yang muliaitu, dan buku ini tersebar luas dan dimiliki oleh saudara-saudara kami di seluruh pelusuk dunia."

Alhamdulillah dengan jawapan yang diberikan oleh tuan Syaikh tadi dapatlah saya memahami tujuannya lalu saya meminta maaf kerana mengemukakan pertanyan-pertanyan tersebut. Dengan itu hilanglah kekusutan yang menyelubungi diri saya.

... Sebenarnya sikap sesetengah pendakwah yang mengelak diri daripada medan politik atau daripada membicarakan persoalan politik dalam dakwahnya bukanlah bermakna menolak dan mengingkari kepentingan serta kewujudannya, tetapi sikap mereka yang diambil itu lebih merupakan perancangan kerja yang telah dipersetujui bersama. Dan ini adalah merupakan ijtihad mereka dalam melaksanakan kerja, sama ada betul atau salah terserahlah kepada Allah s.a.wt...."
[ Dr Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayanuniy, Penyatuan Kerja Gerakan Islam : Di Antara Harapan dan Kenyataan (terj. oleh ABIM), Budaya Ilmu Sdn Bhd : Petaling Jaya,Selangor, 1992, m.s. 20-21 ].

(petikan ditulis oleh saudara alhaqir-wal-faqir, bicara-sufi)

Musafir said...

Sekadar maklumat tambahan:

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

'Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam 'Fuyuzul Harmain' bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan 'luaran' atau 'zahir' kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah 'dalaman' atau 'spiritual' (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; 'luaran' dan 'dalaman'.

Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia - negara orang-orang Islam - juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas naib nabi melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)'

(Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999)

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

'Langkah pertama didalam kebangkitan struktur teokrasi Islam didalam Negara orang-orang Islam ialah dengan 'pengorientasian semula agama' didalam kehidupan masyarakat Islam. Dengan ini, kita maksudkan pengalihan pemerhatian dari keghairahan keduniawian kepada keghairahan keakhiratan, dengan matlamat supaya menjadi mudah bagi mereka untuk mengetepikan kecintaan materialistik kepada mencapai keredhoan Tuhan. Tiada jalan yang lebih mudah dari ini. Sejarah telah membuktikan kebenaran kenyataan ini dan roh dalaman Islam juga menuntut perkara ini. Melainkan dengan kesedaran agama diusahakan dikalangan masyarakat Islam, usaha peningkatan tahap negara orang-orang Islam kepada pembentukan Negara Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya pada zaman kita ini, hanyalah mimpi kosong. Ini adalah proses yang susah dan memerlukan pengorbanan besar, tetapi tiada alternatif lain, tiada jalan singkat lain bagi pembentukan kerajaan Islam. Walaupun dengan secara tidak sengaja sistem Islam terbentuk di mana-mana, adalah mustahil baginya untuk berfungsi dengan jayanya melainkan keintelektualan dan mekanisma emosi masyarakat Islam yang hidup dibawah naungannya (kerajaan Islam tersebut) dan amalan mereka didominasi oleh kesedaran agama dan moral. Sistem (yang terbentuk secara tidak sengaja) ini akan dikoyak-koyakkan kepada cebisan-cebisan oleh orang-orang Islam (yang tidak ada kesedaran agama) itu sendiri.'

(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 132, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999)

Maulana Manzoor Nukmani menulis:

Persoalan mengenai perlantikan khalifah; yang timbul selepas kewafatan Baginda Nabi SAW, tidaklah seperti yang disalah anggap oleh sesetengah orang, iaitu (beranggapan bahawa) ia adalah sama dengan perlantikan ketua bagi sesebuah negeri (head of state). Isu sebenar yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum ialah untuk menentukan siapakah diantara mereka yang berkelayakan untuk menanggung beban tanggungjawab yang besar didalam mendakwah dan menyebarkan risalah keimanan, pengarahan kerohanian, bimbingan, Jihad dan Amar makruf Nahi mungkar yang baginda Nabi SAW telah wariskan kepada ummat sebagai sebahagian dari misi ketuhanan bagi pengislahan ummat dan organisasi dan pengurusan keduniawian menurut kehendak Allah Taala. Kita mempunyai (bukti atas kebenaran pernyataan ini dari) sumber yang sahih, iaitu kandungan khutbah yang disampaikan pada satu perhimpunan oleh Hazrat Abu Bakar r.anhu (diantaranya) seperti berikut: Muhammad SAW telah wafat; sekarang menjadi satu keperluan bagi melantik seseorang yang berkemampuan untuk bertanggungjawab diatas urusan keimanan.

(terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 122, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999, diterjemahkan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Asif Kidwai)

ana_salafi said...

Saya juga pernah mengikuti jemaah tabligh dahulu (pernah keluar 40H). Alhamdulillah, selepas mengikuti program/kuliah hadis dari para ustaz salaf, terbuka hati ini untuk mengkaji berkenaan pegangan/manhaj tabligh ini. J.T ini mengikuti manhaj Muhammad Ilyas iaitu manhaj Sufi.

Buktinya ada di dalam buku2 karangan beliau dan Muhammad Zakaria. Saya mempunyai hampir kesemua buku2 terjemahan J.T saya perolehi dari Msj Sri Petaling. Fadhilat Amal, Sedekah, haji semua cerita Sufi. Yg paling menyedihkan adalah apa yg ditulis oleh. maulana Zakaria di dalam Fad. Selawat (Darood). Buku ini pernah dijual di Msj Sri Petaling tetapi sudah tiada di sana (saya sempat membeli buku itu). Cerita2 di dalam memang merosakkan akidah kita. Semoga Allah mengampunkan mereka ini.

Sesiapa yang ingin dapatkan buku Fatwa Ulama Seputar Jamaah Tabligh (Syaikh Dr. Rabi bin Hadi Al-Madkholi) atau Dakwahnya Jamaah Tabligh? (Muhd bin Nashir Al-Ur'aini/ Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al-Fauzan), juga fatwa mengenai Khuruj (Syaikh Al-Albani), Ghast (Syaikh Al-Utsaimin), Nur Muhammad (Syaikh Ied Hilali), audio tentang Nur Muhammad (Ust Maulana Asri Yusof) boleh dapatkan dari saya PERCUMA.

Martha said...

saya tergerak untuk menulis.
Pemahaman orang yang kalian sebut jamaah tabligh didapat dengan korban waktu uang dan meninggalkan kesenangan mereka untuk mencari ridho allah, mereka tak pernah mengklaim diri mereka ahlus sunah dan menjelekan yanglain. karena bukan itu misi mereka. Yng mereka niatkan adalah memperbaiki diri keluarga lingkungan mereka. Dengan ahklak mulia jlan mereka pun akan menjadi sebab hidayah. jalan- jlan mereka ke hutan-hutan , bukit2, gunung2 akan menjadikan hamba2 dilangit memohonkan ampunan untuk mereka. maafkan apabila ada salah

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dalam kepesatan salafi-wahabi membina jaringan maklumat di internet,ada juga salafi yang masih dapat diterima pakai.. Saya ada beberapa soalan..
1.Apa pandangan pemilik blog(pb) tentang firqah al-ahbasy - mereka ni saling dan ditentang habis-habisan oleh salafi-wahabi
2.Di kampus saya kebanyakan guru adalah dari kalangan salafi yang berfahaman Dr Asri,jadi boleh ke saya berada di majlis-majlis mereka,dengan menapis beberapa pandangan mereka??

Alhamdulillah,saya khuruj beberapa kali,tentang sufi,saya belum ketemu lagi...

kerana yang utama adalah bercakap tentang kebesaran Allah,membetulkan solat,perbanyak mencari Ilmu fadhail dan Masail,memuliakan sahabat2,memuliakan mana2 Ulama,bershuhbah dengan Ulama,memuliakan orang Islam,dan banyak lagi.

Ada beberapa Ulama pondok di sini pun pernah keluar 3 hari dengan kami,boleh juga saya belajar sesuatu..

Ustaz-ustaz di markas sini selalunya bercakap tanpa menyebut tentang mana-mana maulana dari india,sebaliknya hadith nabi,kisah sahabat.

Alhamdulillah buat usaha di tanah Tok Kenali..,tanah kelahiran ratusan Ulamak tariqat,sufi,dan murid-murid Al-Fathaniy..

Ada juga yang terpengaruh dengan sufi setelah aktif dalam usaha,tapi terkesan dengan ajaran dari kitab Al-Hikam yang diajar di kampus kami.juga diajar oleh ustaz karkun... Alhamdulillah...


Wallahualam

Salam perkenalan...

DR. SALAFI MUDA said...

Wlksm Ibnu Mutalib,

1. Sama seperti amna-mana jemaah di dunia ini, pasti ada bahagian yang kuat dan ada bahagian yang lemah serta kadang-kadang ada bahagian yang tersalah. Salafi Wahabi juga begitu. Jadi kita berbalik kepada cara Tajdid Segar, iaitu dengan mengambil APA YANG BAIK daripada mana-mana pihak pun.

2. Tidak ada masalah untuk pergi ke majlis mereka, tambahan pula anda mampu menapis.

Memang benarlah kutamaan yang anda nyatakan, cuma bagi dakwah Tajdid Segar, yang lebih utama ialah MEMBETULKAN SEMBAHAN kerana tersalah sembahan memungkinkan semua ilmu dan amal kita terhapus sia-sia.Untuk itu perkara paling utama ialah memahami ilmu tauhid terutamanya Ilmu tauhid Sifat 20. Keutamaan kedua ialah memebtulkan solat.

Nampaknya anda memang aktif sebagai pejuang agama. Teruskan! Kami menyokong segala usaha baik anda tidak kira dengan kumpulan baik mana anda bergerak.

WA