Thursday, November 8, 2007

CARA MENYUSUN “FOLDER” AGAMA ISLAM

CARA MENYUSUN “FOLDER” AGAMA ISLAM

Banyak umat Islam yang menggunakan komputer tidak membuat pengurusan “folder” AGAMA ISLAM mereka dengan berkesan. Ini menyulitkan mereka untuk menyusun, mencari dan menggunakan maklumat. Ada pula yang membuat susunan tetapi skop maklumat Islamnya terhad kepada beberapa bahagian sahaja. Ini dalam jangkamasa panjang akan menyempitkan pemahamannya terhadap agama Islam. Berikut adalah contoh pengurusan “folder” agama. Dalam “folder’ ISLAM, buat beberapa “folder” lagi seperti:

AL QURAN
* Apa saja berkaitan al-Quran seperti tafsir, sejarah, pembuktian kebenaran dan sebagainya

FIQH
* Hukum-hakam, mazhab, usul fiqh, fatwa dsb

SUNNAH
* Hadith, mustalah hadith, sejarah dsb

JEMAAH
* Pelbagai jemaah dan aliran yag berkaitan dengan agama Islam
* Saya cadangkan buat folder untuk IKHWAN (Ikhwanul Muslimin), WAHABI (Salafi Wahabi), SYIAH, TABLIGH, NAQSH (Tariqat Naqsyabandiah), JEMAAHKU (untuk jemaah yang anda sertai), RUFAQA (untuk Arqam/ Rufaqa), HIZBUT TAHRIR dsb.
* Buat folder LAIN-LAIN untuk jemaah-jemaah selain di atas kerana biasanya info tentang mereka tidak begitu banyak dan jarang kita rujuk seperti untuk Qadiani, Ajaran Sesat, Muhammadiyyah, Nahdatul Ulama, Hamas, Bilalians, Irsyad Islamiah, al Qaeda, Ayah Pin dsb

KARYA
* Apa saja tulisan kita berkenaan agama – sajak, cerpen, novel, apa saja puisi, dialog, luahan dsb

SAINS
* Penemuan Sains yang selaras dengan Islam, pembuktian, kajian dsb

SEJARAH
* Apa saja berkaitan sejarah Islam terutamanya sirah Nabi Muhammad saw

SENI
* Apa saja berkaitan seni dan hiburan Islam

TARBIYYAH
* Bahan-bahan pendidikan agama, perjuangan , tazkirah, kaunseling dsb.

TASAUF
* Apa saja berkaitan dunia sufi, akhlak, permainan hati, falsafah dsb

TAUHID
* Apa saja berkenaan tauhid, aqidah, kepercayaan dsb

TOKOH
* Siapa saja tokoh yang berkaitan dengan agama Islam

Tambahkan lagi “folder” yang dirasakan sesuai. Sebagai contoh, kita boleh melihat susunan Forum Kebenaran Mutlak di http://p2.forumforfree.com/no2christ.html

Pembahagian topik-topik di forum itu sesuai untuk melahirkan muslim berpandangan global insyaallah.

Sebagai pengkayaan, sila baca tulisan saya bertajuk MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=59&mode=&order=0&thold=0

. Ada kaitannya secara tidak langsung untuk membentuk generasi berminda global.



‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”


Alexanderwathern
9 DIS 2006

No comments: