Monday, December 5, 2011

Kita Bertaqwa, Berpetunjuk dan Beruntung?

Adakah kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa, mendapat petunjuk dan beruntung?

Ya?

Tidak?


Mari kita buat senarai semak. Antara ciri-ciri orang bertaqwa, beroleh petunjuk dan beruntung sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 ialah:

1. Meyakini akan hal-hal ghaib (seperti Allah, dosa pahala, malaikat, syurga neraka, iblis syaitan dan lain-lain).

2. Melaksanakan solat.

3. Menginfakkan atau mengeluarkan sebahagian dari rezeki (seperti wang dan harta) yang dikurniakan Allah kepada kita untuk jalan Allah, termasuklah yang wajib (zakat) atau tidak.

4. Meyakini keseluruhan isi Al-Quran dan percaya kewujudan kitab-kitab dan suhuf-suhuf kepada nabi-nabi terdahulu.

5. Yakin akan hari akhirat, yakni kehidupan selepas kematian.

Anda dapat markah penuh 5 per 5?

Alhamdulillah... syukur.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

1. Alif Laam Miim.

2. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, (ia menjadi) petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

3. (Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4. Dan mereka yang beriman kepada yang diturunkan (Al-Quran) kepadamu dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelummu, dan mereka yakin adanya akhirat.

5. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.


http://alexanderwathern.blogspot.com/2011/07/kita-bertaqwa-berpetunjuk-dan-beruntung.html

No comments: