Pejam celik, pejam celik tahun 2007 sudah sampai ke penghujungnya. Ibarat sekelip mata, begitulah cepat masa berlalu. Kebelakangan ini nama tajdid di bawa ke sana ke mari oleh pelbagai pihak. Aduhai, sampai bilakah kita ingin membelakangkan adab, akhlak dan kebenaran dengan justifikasi kita sahaja yang paling betul dan terbaik? Atau dalam makna yang lain. " Kerana manhaj kami yang sohih maka kami akan menggunakan apacara sahaja untuk mempertahankannya? Akhlak dalam beramal walau bagaimanapun kita merasa betul jangan sampai kita merasa pihak lain lebih rendah dari kita. Terlalu banyak isu dan masalah lain yang perlu dibincangkan dan ditangani bersama.


Menggunakan nama gelaran pihak lain untuk mengusung permusuhan dalam perkara khilafiyat dan zonniyyat bukanlah adab para Salafiyyun sejak berkurun yang lalu. Lain pula halnya akan permasalahan yang berhubung kait dengan qot’iyyat dilaalah dan qotiyyat thubut. ( Maaflah ye, sudah termasuk istilahat usuli ). Em, sebenarnya tuan 'site' ini menulis sekadar basa-basi sahaja. Kalau ingin tahu tentang isu-isu yang dibangkitkan mereka rujuklah majlis ijmaie atu Majlis Fatwa Kebangsaan dan tok-tok guru kita yang mengaji secara salasilah, bersanad denan cetakan kitab yang asal lagi sohih. Untuk duduk halnya para Sufi, bolehlah tanya Sidi-sidi kita yang arif lagi berumur bukan pada tuan 'site' ini yang hijau dan mentah. Boleh juga rujuk kitab " Fatawa Hadithiyah" dan " Al-Hawi Kabir" oleh Ibn Hajar al-Haithami sambil bertanya kepada ahli ilmu yang adil lagi bijaksana.


Wallahua’lam


# Malaysia, bersih oh bersih- kasihan.


Untuk tulisan tajdid yang terbaru bolehlah sahabat-sahabat membaca dari blog tajdid segar yang asli. Tulisan sederhana dan jelas oleh saudara kita, Ustaz Raja Mukhlis.



http://alqasam.blogsome.com/2007/11/16/tajdid-oh-tajdid/