Dedaun Tajdid Segar
* Artikel ini menggunakan bahasa kiasan yang tinggi, calang-calang pembaca tidak mampu memahami isinya. Oleh itu, tuan puan bacalah dengan berhati-hati dan cuba gambarkan suasananya. Untuk membantu mereka yang tidak berjiwa sastera dan seni, saya masukkan sedikit penerangan dalam kurungan. Tapi, hilanglah sikit nilai sasteranya. Begitulah kalau orang sastera berkarya.
Berkerut dahi Bang Guru mendengar soalan salah seorang pendengar kuliah tajdidnya. Kemudian Bang Guru meneruskan lagaknya seperti seorang yang berwibawa sambil tertawa dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“He he he he… maaacam-macam la orang Melayu ni. Belum habis dengan bid’ah, timbul pulak Tajdid Segar. Ini pun satu lagi bid’ah orang Melayu.”
“Adoooiii… mana pulak datang Tajdid Segar ni? Kalau tajdid tu, tajdid je la… macam yang saya kuliahkan… macam yang tuan-tuan perjuangkan selama hari ini. Apa pulak nak Tajdid-tajdid Segar ke, Tajdid Bugar ke, Tajdid Hambar ke…. Ini semua mengarut. Inilah dia fitnah akhir zaman.”
Bang Guru menghirup air kosong yang disediakan untuknya lalu menyambung, “Zaman sahabat ada ke pembahagian tajdid? Tapi ini bukan benda yang mengejutkan, sebab bid’ah pun mereka buat macam-macam pembahagian. Biarlaaah… setiap bidaah sesat dan setiap yang sesat akan ke neraka.”
“Ha ha ha..” para peminat Bang Guru tertawa seronok mendengar hamba-hamba Allah yang sebangsa dan seagama dengan mereka, termasuklah bapa-bapa dan datuk nenek mereka dahulu akan masuk neraka.
Begitulah antara aksi-aksi yang bakal muncul tidak lama lagi. Biasalah, para pejuang Tajdid Segar sememangnya melatih diri mereka untuk berpandangan jauh ke depan tanpa meninggalkan perkara-perkara berguna dari masa lalu. Seimbang begitu. Biasanya mereka sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku. Ini berbeza dengan mereka yang mengaku Salafi tetapi memperjuangkan Tajdid Lapok atau Tajdid Hambar, fokus mereka lebih banyak melihat ke belakang daripada ke depan. Mereka mahu umat Islam terus mundur ke belakang dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan perbalahan masa silam dan membawanya ke masa akan datang.
Ibarat orang memandu kereta, pandangan banyak ke hadapan, sesekali melihat ke belakang melalui cermin sisi. Dalam pada itu, gear (Al Quran) dan stereng (as-Sunnah) masih bersentuhan dengan diri. Begitulah pemandu kereta Tajdid Segar.
Tapi bagi golongan Salafi Lapok atau Salafi Hambar, sambil memandu mata lebih banyak melihat ke belakang melalui cermin. Akhirnya pedal tersilap tekan dan stereng terubah haluan lalu terlibat dengan kemalangan. Dalam pelumbaan, asyik tewas dengan lawan-lawannya (musuh-musuh Islam).
Lawan-lawannya dalam kereta-kereta lain (musuh-musuh Islam) memang seronok berlumba dengan pemandu kereta Tajdid Lapok atau Tajdid Hambar sebab mereka tahu… pemandu jenis ini akan lebih banyak melihat ke belakang daripada melihat ke depan. Tapi kalau dengan pemandu kereta Tajdid Segar, mereka cukup gerun.
Sungguhpun para pemandu Tajdid Segar dan Tajdid Lapok berada dalam satu pasukan (macam McLaren Honda) iaitu pasukan McSalam (agama Islam), tapi para pemandu Tajdid Hambar sangat susah mahu mewujudkan semangat berpasukan dan semangat kekitaan. Mereka asyik pertikaikan sesama ahli pasukan McSalam terutamanya kepada para pemandu Tajdid Segar- siapa lebih hebat, siapa lebih betul, siapa paling tulen (paling salaf) dan pelbagai lagi isu-isu yang membuahkan perbalahan. Bahkan sesama pemandu Tajdid Hambar pun wujud lima enam klik yang saling sesat-menyesat antara satu sama lain.
Yang hairannya, dua pasukan yang saling bermusuhan sampai berbunuh-bunuhan iaitu pasukan McChrist (Kristian) dan McJew (Yahudi) boleh pula bekerjasama dalam mengalahkan kereta-kereta pasukan McSalam.
Sebab itulah, dalam mana-mana litar pelumbaan pun baik di Suzuka, Jepun (ekonomi), Sepang (budaya), di Eropah (teknologi) dan lain-lain sentiasa saja dimenangi oleh pelumba-pelumba pasukan McChrist ataupun McJew. Pelumba-pelumba McSalam… sejak ujian masa lagi sudah menempah petak-petak terakhir.
Namun para pemandu Tajdid Segar tetap berusaha mewujudkan perpaduan dan sedia bertolak-ansur sesama sendiri walaupun berbeza pembawaan. Ini kerana mereka datang dari tempat-tempat yang berlainan. Ada yang dari Desa Naqsyabandiah, ada yang dari Kampung Tabligh, ada dari Bandaraya Ikhwanul Muslimin, dari Bandar Hamas, Rumah Murah Ahmadiah, Pos ABIM, Tebok JIM, Sungai ISMA, Changkat Parti Islam, Kuala Qadiriah, Batu 16 Syaziliah dan lain-lain.
Untuk mewujudkan perpaduan, mereka menumpukan usaha dalam hal-hal yang disepakati. Hal-hal yang dikhilafkan mereka berusaha menghindarkannya, tapi jika ada lebihan masa dan keadaannya sesuai, mereka tetap bertukar-tukar fikiran dalam suasana damai.
Sebelum ini, para pelumba kereta Tajdid Segar belum benar-benar bersatu. Mereka menentang cara para pemandu Tajdid Hambar secara sendiri-sendiri. Sebenarnya mereka telahpun memperjuangkan idea-idea Tajdid Segar, cuma belum dicetuskan secara global. Kini, dengan adanya inisiatif golongan muda dalam pasukan Tajdid Segar, idea-idea Tajdid Segar sudah berdiri sebagai satu ilmu dan bersifat global.
Fenomena ini amat menggemparkan pasukan-pasukan yang anti-McSalam terutamanya McChrist dan McJew. Belum pernah mereka melihat pasukan McSalam yang bersatu sebagaimana yang dibuat oleh para pemandu kereta Tajdid Segar. Di mata mereka sudah terbayang kekalahan. Zaman kegemilangan pasukan McSalam ketika diterajui oleh pemandu lagenda Muhammad bin Abdullah dulu dirasakan akan berulang kembali.
Tapi… rupa-rupanya barisan pemandu Tajdid Hambar lebih ketakutan! Sebahagian pemandu mereka sudah berpaling tadah menyertai barisan Tajdid Segar. Sebahagian lagi masih bersama Tajdid Hambar namun sudah tidak melaksanakan kesemua idea-idea Tajdid Hambar. Yang benar-benar perjuangkan idea-idea Tajdid Hambar kini hanyalah golongan mereka yang baru menceburkan diri dalam sukan lumba kereta (dunia agama) yang kebanyakannya berusia belasan tahun dan dua puluhan, masih berhingus dan menyokong tanpa ilmu lumba kereta yang memadai. Mereka taqlid buta kepada syarahan-syarahan dan artikel-artikel tokoh-tokoh pelumba Tajdid Hambar. Satu lagi golongan yang masih banyak dalam barisan pelumba Tajdid Hambar ialah mereka yang sudah ada nama, ataupun sudah ada pangkat ataupun yang ada kepentingan maruah dan periuk nasi saja lagi. Nampaknya, era pasukan Tajdid Hambar sudah sampai ke penghujung, senasib dengan era pasukan McChrist dan McJew.
Kepada para pelumba baru ataupun pelumba lama yang ingin aktif kembali, kami menawarkan tempat untuk anda dalam kumpulan Tajdid Segar di bawah naungan pasukan McSalam. Idea-idea kejayaan berada di tangan kami dengan izin Allah. Bahkan sejak dahulu kami masih menjadi “pelumba pertama” untuk pasukan McSalam, maka jentera kami adalah yang terbaik daripada jurutera dan mekanik pasukan McSalam.
Anda, wahai pelumba pada jalan Allah… pasukan manakah yang anda pilih? Tajdid Segar atau Tajdid Hambar?
Jawapan: ……………………………………..
PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Alexanderwathern
19 APRIL 2007
PELUMBA TAJDID

No comments:
Post a Comment