Thursday, November 29, 2007

Mufti Perlis Hentam Parti Islam Lagi!

Menyanggah tanggapan keliru Mufti Perlis tentang politik, dakwah
Lifeboat
Thu | Nov 29, 07 | 2:21:58 pm MYT

Dalam artikelnya di Mingguan Malaysia, 25 November lalu (Apabila berpolitik tanpa prinsip), Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan yang pada hematnya menggunakan agama bagi kepentingan politik.

Beliau antara lain menulis:"Hal ini berbeza dengan orang politik kepartian. Dia suka jika musuhnya buat salah, supaya ada isu yang boleh diperkatakan dan menguntungkan politiknya. Dia tidak gembira jika musuhnya berbuat positif. Dia akan tafsirkan kebaikan dengan wajah kejahatan atau sekurang-kurangnya akan kata 'ada udang di sebalik batu'. Jika hal yang sama dilakukannya atau puaknya, pentafsirannya berbeza. Niat musuh selalunya busuk, niatnya didakwa selalu jujur.

"Bagaimana dia berfikir, demikian dia menyangka orang lain juga. Semua parti politik yang goyah prinsipnya hampir semazhab dalam hal ini. Maka dalam politik, musuh sekelip mata boleh bertukar menjadi kawan dan kawan boleh bertukar menjadi musuh. Sekalipun kawan ataupun musuh tadi belum menukar prinsipnya. Maka yang anti-Islam boleh bergabung dengan yang kononnya hendakkan Islam. Apa yang penting, sesiapa yang menguntungkan cita-cita politik 'kerusi' maka dia dianggap kawan.

"Sesiapa yang dirasakan tidak menguntungkan hasrat politiknya, maka dia musuh. Orang dakwah yang berprinsip tidak demikian¦Hal inilah yang membezakan antara pendakwah dan ahli politik ala jahiliah. Maka orang dakwah mungkin berpolitik demi dakwah tetapi tidak berdakwah untuk kepentingan politik. Politik boleh bagi mereka jika mendekatkan diri kepada Islam. Bukan menampal Islam untuk politik."

Adalah agak menyedihkan apabila tulisan seorang yang dianggap sebagai terdidik bukan sahaja tidak disokong bukti ilmiah tetapi begitu terkeluar daripada konteks politik moden.

Sekiranya tulisan tersebut merupakan satu sindiran kepada PAS kerana PAS memperjuangkan Islam, maka apakah Umno terkecuali daripada tanggapan Sahibus Samahah sedangkan politik Umno juga bercirikan politik kepartian, bahkan Umno lebih awal didaftarkan berbanding PAS.

Mungkin beliau tidak memahami makna politik kepartian seperti yang diakuinya sendiri dalam tulisan tersebut. Justeru, beliau tidak memahami perspektif atau pandangan ahli politik sesuatu parti dengan perspektif dan pandangan rakyat terhadap kerajaan dan negara.

Kita semua tahu, matlamat parti politik untuk mendapatkan kerusi-kerusi dalam pilihan raya. Suka atau tidak, dan dalam keterbatasan tertentu, perebutan kerusi politik ini bercirikan politik Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara (sila rujuk Nicollo Machiavelli, The Prince dan Discourses on Livy yang membincangkan republikanisme).

Dalam kata lain, mereka yang menduduki kerusi kuasa akan sedaya upaya mendapatkan kembali kerusi tersebut dalam pilihan raya umum walaupun terpaksa menyogok pengundi, menggunakan jentera dan media kerajaan, menggunakan pengundi hantu dan pelbagai cara lain. Dan mereka yang belum mendapatkan kerusi kuasa pula berusaha menarik sokongan rakyat dengan berdakwah.

Kalaulah berdakwah boleh diibaratkan sebagai satu cara bagi mendapatkan kerusi (dalam sebutan Machiavelli) maka sudah tentulah ia jauh lebih mulia daripada mereka yang melakukan hal yang sama dengan menyogok pengundi, menggunakan jentera dan media kerajaan, menyebabkan berlakunya proses pengundian yang tidak adil dan berat sebelah, dan pelbagai lagi muslihat yang bukan sahaja bercanggah dengan undang-undang, bertentangan dengan moral kemasyarakatan tetapi juga tidak halal di sisi Islam.

Jika pemimpin yang dianggap menggunakan Islam dan berdakwah kerana 'ada udang di sebalik batu' ini akhirnya berkuasa dan menjadi kerajaan, dan sekiranya mereka tidak ikhlas dalam berdakwah, rakyat setidak-tidaknya lebih yakin bahawa mereka ini takut untuk berbuat dosa dengan sewenang-wenangnya menipu rakyat.

Mereka mungkin akan membuat kesilapan atau mempamerkan kesilapan, tetapi untuk sengaja melakukan pengkhianatan kepada negara dan rakyat, dengan membelakangkan undang-undang bersabit kewangan dan sebagainya atau menafikan hak keadilan seseorang dibicarakan, sebagaimana kehendak Islam dan juga seperti yang termaktub dalam konvesyen politik 'non-dictatorial', tentulah tak mungkin.

Pada perkiraan terakhir, politik adalah bagaimana keseluruhan rakyat dapat menerima sesuatu parti politik. Pernah berlaku beberapa ketika dulu apabila majoriti rakyat termasuk penyokong PAS sendiri dapat menerima Umno mengetuai kerajaan. Waktu itu peranan PAS dilihat hanya sebagai pembangkang yang bertindak dalam mekanisme 'semak-dan-imbang' untuk kerajaan.

Namun hari ini persepsi rakyat telah banyak berubah. Malah mereka yang tidak pernah seumur hidup pergi mendengar ceramah PAS juga mahukan perubahan. Dan ia bukan berlaku berpunca daripada apa yang dianggap sebagai so-called dakwah PAS tetapi kerana rakyat sudah semakin sedar betapa kuasa mutlak yang tidak dicabar untuk sekian lamanya hanya akan mengundang kepada kerosakan. Yang menjadi mangsa kelak bukan ahli politik, tetapi rakyat sendiri.

Politik bukanlah berkenaan parti politik, tetapi ia adalah berkenaan rakyat. Kita harus kembali melihat dunia sebagai satu kebun (Ibnu Khaldun). Bolehkah tukang kebun selamanya melihat buah-buahan dalam kebun tanpa diberikan habuannya sedangkan pemilik dan pentabdir kebun sentiasa dalam keadaan senang-lenang? - mks.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/menyanggah-
tanggapan-keliru-mufti-perlis-tentang-politik-dakwah.html

Wednesday, November 28, 2007

Jangan Abaikan Seni Tempur & Beladiri

Umat Islam sangat digalakkan mempelajari dan mengamalkan seni tempur dan beladiri. Dalam detik-detik kecemasan sedikit-sebanyak ia berguna juga kepada kita dan orang-orang di sekeliling kita. Lihatlah para Wali Songo yang terkenal dengan keampuhan mereka dalam dunia kependekaran, Imam Syafie yang handal berkuda dan memanah, Saidina Ali yang tidak pernah tewas dalam mana-mana ‘duel’, Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang menjadi pejuang seumur hidup hingga tidak sempat menunaikan fardhu haji, Sultan Muhammad al-Fateh pembuka Konstantinople yang bertariqat Naqsybandiah dan banyak lagi.

Di bawah ini ada beberapa video tentang pertempuran sebenar, tapi bukannya pergaduhan ala ‘cowboy’ sebaliknya ‘berisi’. Mungkin ini akan dapat menaikkan semangat generasi anda dan muda kita.

Sebelum itu dimaklumkan bahawa penulis berbicara sebagai seorang yang bukan ahli seni tempur dan beladiri. Pernah di zaman remaja belajar silat-silat kampung tetapi penulis kurang berbakat dan kurang pula bertekun. Tambahan pula setelah menyedari diri tertinggal jauh dalam bidang agama, maka penulis terpaksa korbankan beberapa hobi untuk mengejar balik apa yang jauh tertinggal itu. Kini, sekiranya ditakdirkan penulis terlibat dengan sesuatu pergaduhan, ‘silat koboi’ lah yang akan dibuka. : ) Tambahan pula penulis gemar berjubah dan berkain pelekat. Nak beraksi seperti seorang ahli tae kwondo tentulah tidak praktikal. Terlondeh habis! : )

Jadi, setara umur penulis ini dan dengan komitmen yang ada kini rasanya tidaklah sesuai lagi untuk bergelanggang. Cukuplah sebagai perangsang kepada generasi muda kita. Jangan jadi seperti penulis, rugi.

Baiklah. Kita lihat video pertama. Seorang lelaki berhadapan dengan tiga orang lawan serentak. Ulasannya selepas ini.



Lelaki berbaju kuning ini mungkin seorang pengamal kung fu. Bayangkan jika situasi begitu berlaku kepada kita, bagaimana? Alamatnya ‘terpeleot’lah kita dihenyak ketiga-tiga orang lawan. Dari pemerhatian penulis, lelaki ini bijak mencari sasaran (makan gerak di dalam gerak). Dia sudah belajar dan mengamal sampai ke peringkat ‘petua’. Dia tahu cara untuk berhadapan dengan lebih daripada seorang musuh serentak. Sebab itu dia tidak melompat ke sana sini seperti dalam filem-filem Once Upon A Time in China (Jet Li).

Penulis teringat Tok Guru Nurul Zaman (Silat Sabil Indera Sakti). Beliau mengajar apa yang dipraktikkan oleh lelaki berbaju kuning itu tadi. Memang berkesan dan menjimatkan.

Kita lihat video kedua. Situasinya mugkin ada sedikit persamaan jika kita diserang samseng jalanraya.



Tukang ‘upload’ video ini menamakan aksi si hero sebagai Aikido, tapi memang tidak ada langsung gaya Aikido di sana.

Jauh bezakan antara empat orang yang ‘berdada kosong’ dengan seorang yang berilmu? Dalam hal ehwal agama, beginilah antara contoh perbezaan orang awam dengan seorang ulama.

Walau apa pun seni tempur si hero, yang jelasnya dia mahir menggunakan tangan gaya tinju Barat/ boxing. Penulis tidak nampak dia menggunakan kaki menunjukkan dia tidak datang dari aliran savate, kick boxing, tae kwondo, capoeira, shaolin, tae kyon dan seumpamanya. Tidak juga ada berseni kalari payat, silat, muay thai, krabi krabong, krav maga, kali eskrima, bando dan seumpamanya.

Yang paling penting, si hero mahir dengan ‘jarak pertempuran’. Hal inilah yang menjadi penyebab utama kejayaannya menumpaskan empat lawan sekaligus- dua kalah kiraan mata, satu TKO dan satu lagi KO- terpaksa berusung. : ) Dia juga mahir dengan ‘penjimatan’. Kita boleh lihat dia tidak melepaskan banyak pukulan tetapi apa yang dilepaskannya memang sentiasa ‘dapat markah’. Pukulan-pukulan yang dilepaskannya juga ‘bermutu’, sekali kena terus tumbang.

Penulis ada sedikit pemahaman tentang video ini kerana pernah mendapat sekelumit pendedahan tentang Jeet Kune Do (Bruce Lee) dan konsepnya dengan Cikgu Saiful Zelwany (kini pelakon drama). Tapi penulis tidak katakana hero kita dari aliran JKD, sebab kelihatan dia tidak menggunakan kaki di tempat-tempat yang dia boleh gunakan.

Apa-apa pun, jika si hero membuka kelas seni beladiri selepas ini, pasti dia boleh jadi seorang hartawan. Video ini sudah cukup sebagai promosi untuk kelasnya. : )

Video ketiga- selepas menontonnya mungkin kita akan terfikir… kalaulah nak isteri aku diganggu orang, apa yang mampu aku lakukan (ikhtiarkan)?



Hero kita kali ini juga nampaknya mahir dengan tinju Barat. Dari satu segi dia lebih hebat daripada hero berbaju hitam di atas tadi kerana dia mampu ‘menyerang’, padahal menyerang lebih susah daripada menanti kalau mengikut konsep kebanyakan seni tempur dan beladiri. Sungguhpun dia bernaluri ‘penyerang’ tetapi mindanya waras. Dia menghukum setakat kesalahan lawannya sedangkan dia boleh saja membelasah mereka hingga lembik. Yang ‘kesian’nya lelaki berjaket hitam pun kena ‘lepuk’ juga walaupun dia nampaknya tidak menyetujui tindakan rakannya. Begitulah, berkawan dengan tukang besi, bau hangit besi melekat juga pada diri kita. Moralnya- pilihlah kawan-kawan yang baik. : )

Jom tengok video ke-empat. Belajar seni beladiri memang ada manfaatnya.



Gayanya sejenis kung fu. Maaf cakap, dalam dunia hari ini gaya sebegini kurang praktikal jika lawan kita seorang ahli tempur juga. Kita sukar menyerang, gerakan mudah dibaca dan pertahanan pun agak rapuh. Untuk buat kejutan, menang moral dan kemudiannya lari menyelamatkan diri memang praktikal. : )

Budak ini memang banyak atas sebab nasib dan kelemahan lawannya. Si lawan jelas bukan seorang kaki gaduh, gaya ‘street fighting’ pun tidak ada. Tapi yang sangat penulis puji ialah keyakinan hero kita. Dia tidak malu membuka langkah perguruannya pada zaman ini. Kalau kitalah belajar Monkey Fist, Drunken Fist, Silat Pagar Ruyung, Kalari Payat, Gayong Fatani dan seumpamanya, belum tentu kita sanggup berlangkah di depan umum… malu konon. Malu punya pasal, kita kena ‘cepuk’… apa guna…?

Tapi kan, katakanlah hero kita tadi kalah… tentu malu besar. Untuk mengelakkan kita malu besar, maka belajarlah hngga ke peringkat tinggi sikit. Tanpa perlu membuat gaya yang bermacam variasi itu pun kita boleh menang insyaallah.

Baiklah, para pembaca dan penonton mungkin sekarang sudah bermotivasi untuk berlatih ataupun sekurang-kurangnya seperti penulis-sekadar menggalakkan generasi baru. Hendak sambung belajar sudah tua. : ) Walau setinggi manapun semangat anda, tak perlulah bersemangat setinggi ISS seperti dalam video di bawah.



Alhamdulillah, tamat sudah kupasan dhaif penulis.

Apa kaitan hal ehwal seni tempur dan beladiri di blog ini? Dalam dakwah Tajdid Segar, kita menyarankan agar perkara ini diambil berat oleh umat Islam. Bukankah Allah lebih menyukai seorang Muslim yang gagah berbanding yang tidak? Kurang sedap rasanya melihat para ilmuan agama Islam lembik-lembik dan tidak berjiwa pejuang. Lainlah kalau kita memang tidak berupaya dan tidak berpeluang. Sekurang-kurangnya kita menjadi penggalak.

Selain itu, dalam salah satu artikel terbaru tentang dakwah Tajdid Segar nanti, penulis akan menggunakan dunia seni tempur dan beladiri sebagai tamsilan. Sebelum ini pernah penulis tamsilkan dengan dunia lumba kereta professional dalam artikel bertajuk ‘PELUMBA TAJDID’. Kesannya bagus., apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan. Jadi tulisan dan tontonan ini bolehlah dianggap sebagai ‘warm-up’.

Wallahualam. : )

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

Alexanderwathern
28 NOV 2007

Nota Tentang Ahmadiah Qadiani

1. Ahmadiah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad (1835-1908) di India.

2. Penubuhannya mendapat dokongan penjajah Inggeris.

3. Markas utama Ahmadiah hari ini terletak di London.

4. Mirza mendakwah dirinya Imam Mahdi.

5. Para pengikutnya menganggap Mirza seorang Nabi.

6. Lebih kurang setengah juta orang penganut ajaran Ahmadiah di Indonesia dan bebrapa ribu orang di Malaysia.

Saturday, November 24, 2007

Zaman Kejatuhan Islam... sedihnya...



Selagi umat Islam tidak BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT, zaman kegemilangan Islam kali ke-dua tidak akan menjadi kenyataan. Sekiranya datang kekhalifahan dalam keadaan umat Islam masih belum BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT, kekhalifahan itu adalah kekhalifahan yang rapuh. Ia akan jadi seperti negara Pakistan.

Teruskan bersama Dakwah Tajdid Segar, dan kita sama-sama hasilkan apa yang belum pernah dihasilkan sejak hilangnya khalifah-khalifah ar-Rasyidin di dunia ini- BARISAN INTERNASIONAL.

'PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT'

Iselam Liberal Bermaharajalela Dalam Filem GUBRA



Tak tergamak nak sebut ISLAM, ganti dengan ISELAM sajalah.

Fahaman Wahhabi Meracuni Generasi Muda Indonesia



Di abad ini, muncul kelompok-kelompok pergerakan Muslim yang membuat para pemuda Muslim tertarik untuk menyertainya. Kelompok-kelompok ini memang selalu mengobarkan semangat juang para pemuda, sehingga tidak sedikit pemuda Muslim yang memiliki jiwa mujahid yang kemudian bergabung. Tetapi sayangnya, ilmu pemuda itu tidak setinggi semangat jihad mereka, sehingga tidak jarang mereka terjerumus kepada kelompok-kelompok yang beraqidah menyimpang. Di antara kelompok-kelompok itu ada yang berfaham mirip dengan fahaman Wahabi.

MENGHARAMKAN MENGIRIM HADIAH BAGI MAYIT

Mereka mengharamkan mengirimkan hadiah kepada mayat. Mereka beranggapan bahawa pekerjaan yang demikian tidak dicontohkan oleh nabi. Tetapi jika kita membuka kitab Fiqih Sunnah oleh Sayyid Sabiq, pada jilid IV halaman 185-191, kita akan menemukan bahwa nabi telah memberikan penjelasan yang sangat jelas mengenai hal ini.

1. Berdo’a dan memohon ampun bagi mayat. Hal ini disetujui secara ijma’.
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (Q.S. Al Hasyr: 10)

2. Sedekah.
Imam Nawawi telah menceritakan adanya ijma’ bahwa sedekah berlaku atas mayat dan sampai pahala kepadanya, baik ia berasal dari anak, maupun dari lainnya. Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, dan lain-lain dari Abu Hurairah:
Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAAW, “Ayahku meninggal dunia, dan ia meninggalkan harta serta tidak memberi wasiat. Apakah dapat menghapus dosanya bila saya sedekahkan?” Ujar Nabi SAAW, “Dapat!”
Dari Hasan yang diterimanya dari Sa’ad bin Ubadah:
Ibu Sa’ad bin Ubadah meninggal, maka tanyanya kepada Rasulullah SAAW, “Ya Rasulullah, ibuku meninggal, dapatkah saya bersedekah atas namanya?” Ujar beliau SAAW, “Dapat!” Lalu tanyanya lagi, “Sedekah manakah yang lebih utama?” Ujar beliau SAAW, “Menyediakan air.”
Kata Hasan, “Itulah dia (sejarah) penyediaan air dari keluarga Sa’ad di Madinah!”
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar!
Dan tidak disyariatkan mengeluarkan sedekah itu di pekuburan, dan makruh hukumnya bila dikeluarkan beserta jenazah.

3. Puasa.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar. (HR. Bukhori dan Muslim)

4. Hajji.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa seorang wanita dari Juhainah datang kepada Nabi SAAW lalu bertanya, “Ibuku bernadzar akan melakukan hajji, tapi belum juga dipenuhinya sampai ia meninggal. Apakah akan saya lakukan hajji itu untuknya?” Ujar Nabi SAAW, “Ya, lakukanlah! Bagaimana pendapatmu jika ibumu berhutang, adakah kamu akan membayarnya? Bayarlah, karena Allah lebih berhak untuk menerima pembayaran.” (HR. Bukhori)

5. Shalat.
Diriwayatkan oleh Daruquthni bahwa seorang laki-laki bertanya, “Ya Rasulullah SAAW, saya mempunyai ibu bapa yang selagi mereka hidup, saya berbakti kepadanya. Maka bagaimana caranya saya berbakti kepada mereka, setelah mereka meninggal dunia?” Ujar Nabi SAAW, “Berbakti setelah mereka meninggal, caranya ialah dengan melakukan shalat untuk mereka disamping shalatmu, dan berpuasa untuk mereka disamping puasamu!”

6. Membaca Al Qur`an. Ini merupakan pendapat jumhur dari Ahlus Sunnah.
Berkata Imam Nawawi, “Yang lebih terkenal dari madzhab Syafi’i, bahwa pahalanya tidak sampai pada mayat. Sedangkan menurut Ahmad bin Hanbal, dan segolongan sahabat-sahabat Syafi’i, sampai (pahalanya) kepada mayat. Maka sebaiknya setelah membaca, si pembaca mengucapkan: Ya Allah, sampaikanlah pahala seperti pahala bacaan saya itu kepada si fulan.”
Hanya saja disyaratkan agar si pembaca tidak menerima upah atas bacaannya itu. Jika diterimanya, haramlah hukumnya, baik bagi si pemberi maupun si penerima, sedang bacaannya itu hampa, tidak beroleh pahala apa-apa.
Dalam Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah: Berkata Ahmad bin Hanbal, “Apa pun macam kebajikan, akan sampai kepada si mayat, berdasarkan keterangan-keterangan yang diterima mengenai itu, juga disebabkan kaum muslimin biasa berkumpul di setiap negeri dan membaca Al-Qur`an lalu menghadiahkannya kepada orang-orang yang telah meninggal di antara mereka, dan tak seorang pun yang menentangnya, hingga telah merupakan ijma’.”

Berkata Ibnu Al-Qayyim, “Ibadah itu dua macam, yaitu mengenai harta dan badan. Dengan sampainya pahala sedekah, syara’ mengisyaratkan sampainya pada sekalian ibadah yang menyangkut harta, dan dengan sampainya pahala puasa, diisyaratkan sampainya sekalian ibadah badan (badaniyah). Kemudian dinyatakan pula sampainya pahala hajji, suatu gabungan dari ibadah maliyah (harta) dan badaniyah. Maka ketiga macam ibadah itu, teranglah sampainya, baik dengan keterangan nash maupun dengan jalan perbandingan.”
Berkata Ibnu ‘Ukeil, “Jika seseorang melakukan amal kebajikan seperti shalat, puasa, dan membaca Al Qur`an dan dihadiahkannya, artinya pahalanya diperuntukkannya bagi mayat muslim, maka amal itu didahului oleh niat yang segera disertai dengan perbuatan.”

Saya hanya ingin memperingatkan Muslimin terutama para pemuda yang aktif di parti-parti dan organisasi dakwah agar mereka berhati-hati dengan fahaman Wahhabi. Karena aktivis Muslim saat ini memang banyak. Tapi sayang, banyak antara mereka yang telah tercemar dengan ajaran wahhabi. Bahkan salah satu pimpinan partai Islam merasa resah dengan fahaman wahhabi yang telah mencemari sebagian besar kadernya. Dan dia berniat untuk membersihkan/membenahi kadernya agar membuang segala paham sesat terutama wahhabi dari tubuh partainya.

Salah satu pimpinan partai Islam itu adalah Pak Tiffatul Sembiring yang berharap agar fahaman Wahhabi, yang selama ini dianut sebagian besar kadernya, dapat terkikis dari tubuh PKS. Pak Tiff berharap agar kader PKS mulai mengikuti Sunnah Rasul dan mengakui bolehnya acara maulid, pembacaan rawi, tawassul dengan nabi, tahlilan, dsb. Keinginannya untuk membersihkan PKS dari fahaman Wahhabi ini beliau sampaikan kepada pimpinan Majlis Rasulullah SAW beberapa waktu yang lalu. Pak Tiff juga menghimbau kepada seluruh petinggi PKS untuk membenahi kader PKS dari fahaman Wahhabi Beliau juga berpesan agar semua aktivis PKS mendukung penuh kegiatan Majlis Rasulullah SAW. Hal ini juga disampaikan di hadapan Bapak Nur Mahmudi Ismail, kader PKS yang menjadi Walikota Depok saat ini.

* Artikel asal dalam Bahasa Melayu Indonesia

http://myquran.org/forum/index.php?topic=28525.0

Himpunan Saranan Tajdid Segar

Saranan-saranan dakwah Tajdid Segar berada secara terpisah-pisah dalam tulisan-tulisan saya dengan tajuk yang berbeza-beza. Membaca satu dua artikel berkaitan pastinya tidak dapat memberi banyak gambaran sebenar tentang Tajdid Segar atau disebut juga Tajdid Sebenar ini. Banyak lagi artikel-artikel oleh individu-individu lain dan sebahagiannya bawaan teman-teman yang ada dikumpulkan di laman PRO-TAJDID (Segar) di http://protajdid.blogspot.com/ . Atas sebab itulah artikel ini disusun untuk memberi gambaran lebih menyeluruh tentangnya.

Ada yang tersalah anggap apabila menyangkakan dakwah Tajdid Segar ini hanyalah berkisar tentang hal ehwal pertentangan Kaum Tradisional dengan Kaum Salafi Wahhabi sahaja. Kalau itu sahajalah dunianya, tentulah tidak cukup layak untuk dinamakan Tajdid Segar kerana dakwah sebegitu sudah berlaku sejak ratusan tahun dahulu. Apa yang sedang kita bangunkan adalah lebih besar daripada hal itu. Tidak setakat tajdid fiqh, tapi jauh lebih syumul.

Artikel-artikel yang ditulis tidaklah menghuraikan secara terperinci setiap elemen tajdid yang hendak disegarkan itu, cuma mencetuskan idea dan menghuraikannya secara ringkas. Ia terpaksa dihidangkan begitu untuk menjimatkan masa. Banyak buah fikiran yang datang dari sehari ke sehari tetapi belum berkesempatan untuk dicanai dan dihidangkan. Kita lihat hasil karya Hasan al-Banna sebagai contoh- ringkas, beridea dan padat. Idea-idea besar dalam tulisan-tulisannya dikembangkan oleh orang-orang terkemudian.

Selain itu, saranan-saranan yang memerlukan perubahan tingkah-laku terpaksa saya dan keluarga contohkan terlebih dahulu. Tujuannya supaya “cakap serupa bikin”. Ini memakan masa juga sebelum sesuatu idea diutarakan kepada orang lain.

Idea-idea yang belum diartikelkan tidaklah dinyatakan di sini kecuali atas sebab-sebab mendatang, kerana dikhuatiri menimbulkan salah faham jika tiada sandaran apa-apa bahan tulisan.

Berikut adalah himpunan beberapa idea yang menjadi saranan-saranan dalam dakwah Tajdid Segar berdasarkan tulisan-tulisan yang pernah saya hasilkan. Semasa membaca, sila buat perbandingan tetang situasi sebelum ataupun situasi hari ini dengan situasi yang cuba diketengahkan dalam dakwah Tajdid Segar. Dengan cara ini barulah nampak perbezaannya, nampak “tajdid”nya.

1. SEIMBANGKAN AMALAN
Ada orang memberatkan zikir tetapi kurang ambil berita tentang dakwah. Ada orang memberatkan dakwah tetapi kurang ambil tahu tentang hal ehwal dunia Islam. Ada orang memberatkan membaca al-Qran tetapi kurang melakukan solat sunat. Begitulah seterusnya. Keadaan ini menghasilkan individu Muslim yang tidak seimbang amalannya. Hal ini berlaku bukan sahaja kepada sebahagian besar orang awam, malah kepada para ilmuan agama sendiri. Atas kedhaifan pengetahuan kita, kita belum lagi terjumpa ada satu seruan besar-besaran untuk umat Islam memperbaiki hal ini. Dengan itu kita menyerukannya melalui dakwah Tajdid Segar.
Perkara ini telah disentuh dalam artikel “MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid=
59&mode=&order=0&thold=0
dan sedikit sambungannya dalam “CONTOH BORANG MUHASABAH DIRI di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
gate.html?name=News&file=article&sid=1
67&mode=&order=0&thold=0

2. SEIMBANGKAN PENGETAHUAN HAL EHWAL AGAMA
Ada individu yang secara sedar ataupun tidak menghadkan pengetahuannya dalam hal tertentu sahaja dan mengabaikan banyak cabang-cabang agama yang lain. Kita tidak menentang pengkhususan kerana kita faham kepentingan pengkhususan, tetapi menolak pengkhususan yang menjumudkan pemikiran.
Hal ini disentuh dalam “CARA MENYUSUN FOLDER AGAMA ISLAM” yang boleh direnungkan di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid=
60&mode=&order=0&thold=0

3. BETULKAN KEKELIRUAN DAN PENDUSTAAN DALAM MASALAH “TAKWIL”
Ada pihak mendakwa “salaf tidak takwil” manakala “khalaf takwil”. Dakwaan umum begini sama ada disengajakan ataupun tidak, membawa kekeliruan bahkan salah faham. Saranan untuk membetulkan masalah ini boleh dibaca dalam “DAKWAH TAJDID SEBENAR” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid=
121&mode=&order=0&thold=0

4. TERAPKAN NILAI-NILAI SUFI
Tidak semua orang mampu mengikuti tarbiah kesufian. Masing-masing ada kesibukan dan pandangan tersendiri. Namun begitu nilai-nilai global yang sesuai dikongsikan bersama hendaklah kita sebarkan. Banyak jemaah yang bukan aliran kesufian memandang sepi ataupun tidak memandang langsung nilai-nilai yang baik ini. Padahal nilai-nilai ini tidaklah bertentangan dengan pegangan merekapun bahkan melengkapkan lagi apa yang ada pada mereka. Sikap “jemaah aku bukan jemaah tasauf, tak perlulah ambil tahu apa-apa tentang dunia sufi” hendaklah kita tinggalkan.
Artikel khusus tentang hal ini belum ditulis, namun kita boleh mendapatkan serba-sedikit sentuhan awalnya dengan meneliti artikel “ZIKIR MENURUT HASAN AL-BANNA” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid=
44&mode=&order=0&thold=0

5. BETULKAN KEUTAMAAN DALAM TARBIAH
Banyak orang bercakap tentang Islam tetapi ke mana sebenarnya mereka mengajak manusia? Kita berbicara soal KEUTAMAAN, bukan menidakkan usaha-usaha orang lain. Susunan keutamaan mestilah tertib. Yang pertama ajak manusia kepadaTuhan. Kedua kepada Nabi Muhammad dan al-Quran. Kemudian barulah yang lain-lain. Kasih sayang juga begitu.
Ada pihak MELEBIHKAN/ TERLEBIH ajakan kepada guru, kepada pemimpin, kepada ibu bapa, kepada jemaah, kepada pembentukan negara Islam dan sebagainya. Kita juga menggerakkan diri dan manusia ke arah itu tetapi dari segi KEUTAMAAN hendaklah tepat.
Ceramah saya bertajuk “REMAJA: CABARAN & PENYELESAIANNYA” bahagian 3 ada menyentuh sedikit hal ini. Dapatkan di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid
=71&mode=&order=0&thold=0

6. MEMAHAMI PENGERTIAN SEBENAR “MASA DEPAN”
Apabila ditanya “Apakah cita-cita anda untuk masa depan?” Kebanyakan manusia memandang hari-hari mendatang yang tidak cukup jauh. Ada yang menjawab berkisar tempoh selepas tamat belajar sahaja, ataupun setakat selepas bekerja dan berkeluarga sahaja, ataupun setelah mendapat PHD, ataupun selepas pencen (hari-hari tua). Setakat itu sahaja masa depan yang ada dalam perancangan mereka. Mereka mengharapkan kejayaan dan kebahagiaan pada tempoh-tempoh tersebut.
Jadi di mana perancangan dan cita-cita untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan semasa melalui “masa depan” ketika sakaratul maut, ketika di alam kubur, ketika di padang masyhar, ketika amal-amal ditimbang, ketika hendak melalui titian sirat, selepas titian sirat, ketika di dalam syurga dan ketika berada di hadapan wajah Allah?
Artikel berkaitan belum sempat ditulis, saya sentuh sedikit di sini kerana ada kaitannya dengan saranan Tajdid Segar di bawah.

7. SETIAP KELUARGA HENDAKLAH MEMPUNYAI HALATUJU
Perkara ini hampir-hampir tidak kedengaran didakwahkan sedangkan ia sangat penting; Ketua keluarga dan orang-orang dibawahnya terutama si ibu perlu berbincang dan meletakkan halatuju tertentu berseuaian dengan MASA DEPAN- apa yang hendak dicapai di dunia dan apa yang hendak dicapai di akhirat.
Jadi dalam dakwah Tajdid Segar, kita mengajak semua keluarga sama ada yang berjemaah ataupun tidak untuk merangka dan melaksanakan HALATUJU KELUARGA masing-masing.
Sekadar satu contoh, bolehlah kita melihat-lihat artikel “HALATUJU KELUARGAKU” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid=
58&mode=&order=0&thold=0

8. MENGEKANG KISAH-KISAH WAHHABILIYYAT
Kita bangun menentang bahaya-bahaya Israiliyyat tapi memejamkan mata akan bahaya-bahaya Wahhabiliyyat. Padahal kedua-duanya berbahaya. Kita istilahkan ia sebagai “Wahhabiliyyat” agar ia dilihat sebagai masalah kepada umat dan bukannya masalah kepada golongan tertentu sahaja. Dengan itu usaha-usaha mengekang dakyah Wahhabiliyyat dapat kita bangunkan di peringkat global. Menjadikan ia isu global belum pernah dibawa oleh mana-mana pihak dan kita mengasaskannya mulai hari ini.
Artikel berkaitan (belum siap sepenuhnya) boleh dilihat di
sini
dan
sini
serta
sini
Bahagian ke-empat akan menyusul insyaallah.

9. BACALAH KITAB-KITAB AGAMA LAIN ASAL SELESAI ASAS-ASAS AGAMA DAN “BERPANDU”
Umat Islam umumnya masih takut-takut untuk membaca kitab agama-agama lain termasuklah para ilmuan agama. Kita gentar apabila para pendakyah Kristian menyebarkan Bible secara percuma. Padahal itulah peluang kita untuk mendapatkan Bible tanpa perlu tercari-cari dan mengeluarkan wang saku sendiri. Dalam dakwah Tajdid Segar, kita menggalakkan mereka yang mempunyai KELUANGAN MASA terutamanya para agamawan untuk menyelidiki kitab-kitab tersebut dan menghidangkannya “MENURUT PANDANGAN ISLAM” kepada umat manusia.
Artikel khusus tentang hal ini mungkin tidak berapa perlu untuk saya sediakan. Cuma ada disentuh sedikit dalam “PENJELASAN UNTUK ENCIK IBRAHIM 2” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
gate.html?name=News&file=article&sid=
160&mode=&order=0&thold=0
Tulisan tentang agama-agama dunia pernah saya hasilkan pada awal penglibatan dalam penulisan. Ia tidaklah sebaik mana kerana pengetahuan dan pemahaman saya ketika itu tentulah masih muda. Bagaimanapun, para pembaca boleh melihat sebahagian daripadanya di
(laman ini sudah tidak berfungsi)
dengan tajuk ‘MENGAPA KITA TIDAK MEMILIH SELAIN ISLAM”.

10. SALING ISI-MENGISI ANTARA JEMAAH-JEMAAH ISLAM
Walau apapun jemaah yang kita anggotai, apa yang baik dan daripada jemaah-jemaah lain hendaklah kita ambil tahu dan gunakan. Sikap hanya mengambil tahu persekitaran jemaah sendiri sahaja tidak akan membawa umat ini pergi lebih jauh.
Artikel berkaitan bakal menyusul tapi kita boleh mendapat serba-sedikit pemahaman dengan meneliti “PABILA KUAMBIL SESUATU” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
gate.html?name=News&file=article&sid=
176&mode=&order=0&thold=0

11. JEMAAH-JEMAAH GERAKAN ISLAM ADALAH “SATU GOLONGAN”
Pihak-pihak taksub dengan kesunnahan mereka mendakwa jemaah-jemaah Islam seperti Ikhwanul Muslimin, Jemaat Tabligh, Naqsyabandiyyah, parti-parti Islam, Nahdatul Ulama, Sayaziliyyah, Chistiyyah dan lain-lain adalah pelengkap kepada 72 golongan umat Islam yang “tidak selamat” daripada 73 golongan. Sebenarnya jemaah-jemaah ini masih berada dalam satu golongan yang terselamat itu, cuma mereka belum digerakkan sebagai satu jemaah besar dan seterusnya bergerak sebagai satu umat. Dakwah Tajdid Segar menolak sama sekali pembahagian yang dibuat oleh golongan tersebut.
Artikel khusus tidak ada namun ideanya boleh didapati dalam ‘PELUMBA TAJDID” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
modules.php?name=News&file=article&sid=1
30&mode=&order=0&thold=0

12. BERDAKWAH SECARA “BERHIKMAH”
Definisi “berhikmah” tidaklah kita sempitkan kepada “berlemah-lembut” SAHAJA tsebagaimana yang difahami oleh segolongan manusia tetapi BIJAKSANA- lembut dan keras disesuaikan dengan keadaan asalkan masih dalam batas-batas yang dibenarkan agama.
Bahan berkaitan bertajuk “APA MAKSUD BERDAKWAH SECARA BERHIKMAH?” ada di
sini
dan sambungannya
sini

13 KEUTAMAAN “CINTA” BERBANDING “HARAP” ATAUPUN “TAKUT”
Bagi kebanyakan ahli tasauf, hal ini beres. Tapi kepada jemaah-jemaah bukan beraliran tasauf dan orang awam, hal ini sangat kurang dijelaskan kedudukannya untuk dipegangi. Ketidakjelasan dan kesalahfahaman menyebabkan tidak kurang manusia yang menolaknya.
Artikel khusus bakal menyusul.
Saya pernah menyusun satu ulasan dan huraian bab Cinta daripada Ihya’ Ulumiddin yang saya kira sangat bermanfaat kepada mereka yang belum tahu ataupun masih ragu-ragu akan hal ini. Dapatkan “ALLAH CINTA AGUNG: TAMAN SYURGA KELUARGA SUFI” di:
(laman ini sudah tidak berfungsi)

14. KETEPIKAN ISU-ISU KHILAF/ ISU-ISU YANG SUDAH BERKEPUTUSAN
Umat Islam banyak menghabiskan masa dalam hal-hal yang sudah ada keputusan. Ratusan tahun dahulu hal-hal ini telah dibicangkan dan jawapannya “khilaf”. Jika dibincangkan lagi untuk ratsuan tahun akan datang, jawapannya tetap khilaf. Mengapa membuang masa membincangkan perkara-perkara yang sudah ada keputusan? Ada pihak yang “membawa umat ke belakang” dengan menjadikan isu-isu khilaf sebagai agenda utama perjuangan mereka. Musuh-musuh Islam tersenyum senang melihat umat Islam menyibukkan diri dalam hal-hal sampingan tetapi lalai daripada permasalahan utama.
Dalam “DAKWAH TAJDID SEBENAR” yang anda baca di
sini
telahpun menyentuh hal ini.

15. BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Inilah saranan utama dakwah Tajdid Segar. Banyak jemaah gerakan Islam dan bagus-bagus, tetapi hingga ke hari ini belum kedengaran seruan untuk jemaah-jemaah ini mengerakkan umat untuk “bergerak sebagai satu umat”. Jemaah-jemaah ini seolah-olah sudah selesa dengan bergerak secara “jemaah-jemaah berasingan” sahaja. Kemudian mereka cuba membuat perhubungan dengan satu atau dua jemaah-jemaah lain yang agak sesuai dengan manhaj perjuangan mereka. Jika beginilah keadaannya, nasib umat Islam masih akan tetap seperti yang ada pada hari ini.

Jemaah-jemaah ini sepatutnya sudah mempunyai OIC sendiri. Negara-negara Islam hari ini mampu bergerak secara berjemaah (walaupun kurang berkesan) dengan menubuhkan OIC. Negara-negara yang saling berperangpun boleh duduk semeja dan berbincang, mengapa para pimpinan orang-orang soleh ini tidka boleh berbuat demikian?

Bayangkan kalau jemaah-jemaah Islam hari ini mempunyai OICnya sendiri! Bahkan kalau mampu membentuk majlis syura! Apa-apa isu sejagat dibincangkan bersama. Bayangkan apa yang boleh dibuat oleh himpunan orang-orang soleh ini! Agaknya apa reaksi musuh-musuh Islam? Apa reaksi Zionis?

“Bergerak sebagai satu umat” tidak akan mengurangkan apa-apa yang mereka bawa dalam jemaah masing-masing selama ini. Mereka masih bebas bergerak dan beramal dalam jemaah sendiri tetapi dalam masa yang sama ada organisasi di peringkat global bersama jemaah-jemaah lain.

Kita berangan-angan dahulu. Bayangkan semua jemaah Islam yang benar sudah ada satu organisasi di peringkat global. Katakanlah mereka berjaya membentuk syura. Antara ahli syuranya ada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin, pemimpin utama Jemaat Tabligh, pemimpin utama Jemaat-e Islami, pemimpin utama Naqsyabadiyyah, pemimpin utama Hizbut Tahrir dan pemimpin utama jemaah-jemaah lain sedang duduk semeja membincangkan masalah Palestine, masalah hinaan Barat kepada wanita Muslim berhijab, membincangkan hiburan alternatif untuk orang awam Muslim, membentuk satu dana bersama, menghantar pasukan bantuan kepada mangsa Tsunami di bawah panji-panji OIC jemaah-jemaah “Bergerak Sebagai Satu Umat” ini… masyaallah…!

Tapi kita faham kaum Salafi Wahhabi tidak akan menganggotai OIC ini kerana bagi mereka jemaah-jemaah yang ada tidak lain pelengkap kepada 72 golongan umat Islam yang sesat, mereka saja satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan. Kita buat juga tawaran, kalau mereka tidak mahu- lagi bagus. Dikhuatiri nanti akan menjadi virus kepada perpecahan pula. Kaum ekstremis Syiah juga begitu.

Kita kena faham, zaman Madinah kedua tidak akan berlaku selagi umat ini tidak “digerakkan sebagai satu umat”, percayalah.
Katakanlah kita berjaya mendapatkan daulah kehalifahan, apa akan berlaku kepada umat dalam keadaan jemaah-jemaah ini masih tidak punya hubungan sesama mereka? Kukuhkah daulah itu?
Rasulullah persaudarakan Muhajirin, Aus dan Khazraj terlebih dahulu sebelum membentuk daulah. Selain itu baginda persaudarakan juga para hamba dengan tuan-tuan dan masyarakat awam. Langkah-langkah ini berjaya mewujudkan sebuah daulah teragung di muka bumi. Fikirkan…

Persoalan terpenting- mampukah tokoh-tokoh berbilang jemaah ini bertolak-ansur sesama mereka padahal selama ini merekalah yang sering mendakwahkan agar manusia bertolak-ansur?
Mampukah mereka membuang ego (sekiranya ada) dengan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jemaah-jemaah lain?
Sanggupkah membuang ketaksuban (sekiranya ada) seperti “Jemaah aku yang paling sunnah”, “Jemaah akulah yang lebih tinggi darjatnya daripada semua jemaah yang ada” ataupun “Jemaah aku sajalah yang dijanjikan sebagai jemaah akhir zaman “ dan sebagainya?

Artikel berkaitan sangat penting untuk ditulis tapi kekangan masa melewatkan kemunculannya. Paparan yang sedikit di sini tidaklah dapat menyatakan keseluruhan idea dalam hal ini, kena teliti dulu artikelnya apabila disiapkan kelak. Sebab itulah isi yang ke-15 ini pun sudah jadi sedemikian panjang- takut “pandang kali pertama” sudah membawa kekeliruan.

Idea ini sentiasa disentuh dalam slogan saya ‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT” pada kebanyakan hasil karya.
Sedikit penerangan juga ada dalam “PENJELASAN UNTUK ENCIK IBRAHIM 2” di
sini
dan
“PELUMBA TAJDID” di
sini

Saranan-saranan dakwah Tajdid Segar yang lain akan dihidangkan dalam siri ke-2 nanti. Kesimpulan setakat ini, gabungan saranan-saranan sebeginilah yang menjadi seruan untuk membuat pembaharuan “dalam” agama yang diistilahkan sebagai Tajdid Segar. Kita lihat sepintas lalu, ada antara saranan di atas yang belum pernah disaran, ada yang pernah disaran tetapi untuk kelompok tertentu sahaja (tidak bersifat sejagat) dan ada yang seakan-akan pernah disaran tetapi kemudiannya diam begitu sahaja. Oleh kerana namanya SARANAN, maka kita maklumlah yang ia bukanlah paksaan.

Alexanderwathern
7 JUN 2007

Ke Mana Boleh Dihalakan Wang Perokok?

Posted on Friday, November 23 @ 11:02:45 MYT by SongkokPutih Tranungkite Online
Artikel Oleh alexanderwathern

" Cuti sekolah akhir tahun baru bermula. Para remaja yang tidak terlibat dengan peperiksaan besar punyai banyak masa lapang yang boleh diisi. Usrah remaja yang biasanya dijalankan secara mingguan ataupun dwi-mingguan dihentikan buat sementara waktu. Namun begitu sebelum mereka berehat panjang, minda mereka perlu dihenyak lebih sedikit sebagai bekalan dalam jangka masa sebulan setengah ini. Oleh itu aku dan rakanku mengambil inisiatif mengadakan usrah selama empat hari berturut-turut pada cuti minggu pertama ini.

Dalam salah satu slot yang aku kendalikan, para remaja ini diminta memerah otak mereka dalam satu ‘bengkel mini’. Sebelum itu kita baca dulu petikan akhbar Utusan Malaysia 21 November 2007 di bawah:

“BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TIGA juta rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari bagi membeli rokok dan lebih 10,000 kes kematian setahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat gejala itu.
Itulah antara maklumat terbaru daripada kajian Kementerian Kesihatan berkaitan tabiat merokok di kalangan rakyat kita.

Pembaziran, penyakit dan kematian tidak dapat dipisahkan daripada merokok. Tetapi realitinya rata-rata perokok tidak kisah semua itu hanya kerana ketagihan mereka.
Awang sedih dan adakalanya bingung melihat gejala ini, lebih-lebih lagi melihat makin ramai termasuk wanita muda merokok.

Sebab itu Awang boleh faham mengapa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kian agresif dalam usahanya membendung gejala merokok.
Beliau bertalu-talu menggesa para imam dan pemimpin berhenti merokok. Malah berjanji tidak akan memilih perokok sebagai calon pilihan raya akan datang.
Kita perlu ada pemimpin seperti Nik Aziz yang bersungguh-sungguh melawan gejala merokok.

Isu ini agak sensitif bagi perokok. Demi sayangkan mereka - perhebatkanlah usaha kita.

Awang – Pernah jadi perokok.”

Sebahagian daripada para remaja ini sudah dua setengah tahun bersama kami. Mereka ada sedikit-sebanyak kefahaman tentang Islam sebagai ad-Din dan gerak kerja dakwah. Aku meminta mereka berbincang dan mencetuskan idea-idea bernas melalui soalan berikut (lebih kurang):

“Bayangkan yang para perokok di negara ini cuti daripada merokok selama sebulan. Kita dapat kumpulkan RM 450 juta. Anda diberi mandat oleh negara untuk menguruskan wang ini. Apa yang boleh anda lakukan?”

Remaja dalam lingkungan usia enam belas tahun ini ternyata punya kesedaran yang lebih baik daripada para perokok kita. Berikut ialah antara isi-isi yang mereka bentangkan:

  1. Banyakkan program-program dakwah terutamanya kepada para remaja secara percuma (malah kita boleh beri duit saku lagi kepada mereka yang hadir)
  2. Menghulurkan lebih bantuan kepada umat Islam yang mengalami kesusahan di serata dunia
  3. Menaiktarafkan infrastruktur sedia ada terutamanya di kawasan pedalaman (silap-silap tol pun percuma)
  4. Letakkan lampu-lampu di tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi lokasi maksiat
  5. Berikan lebih ganjaran dan keselesaan kepada para muallaf
  6. Memberikan bantuan kepada umat Islam yang tidak mampu mengerjakan haji untuk mengerjakan haji
  7. Perbanyakkan majalah-majalah dakwah (majalah sedia ada pun boleh juga, apa kata kita sebarkan secara percuma)
  8. Mengadakan program ‘JOM DAKWAH’ sebagai menyaingi ‘JOM HEBOH’ di semua negeri (alangkah bagusnya cadangan budak ni…)
  9. Memberi lebih bantuan kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya
  10. Menyediakan rumah yang lebih selesa kepada golongan berpendapatan rendah
  11. Salurkan kepada pusat-pusat pengajian dan rumah sakit (biasiswa percuma, rawatan murah, kos pembedahan dan lain-lain)
  12. Menganjurkan pertandingan-pertandingan aktiviti keagamaan dengan hadiah yang lebih mewah
  13. Terbitkan rancangan keagamaan dan disiarkan di televisyen

Begitulah antara buah fikiran anak-anak kita. Jika kita yang dewasa ini berfikir tentangnya, tentulah pelbagai lagi jalan-jalan yang sesuai lagi berkesan dapat kita fikirkan. Persoalan kita, apakah para perokok mahu berfikri ke arah ini dan sanggup berkorban?

Katakanlah perokok Muslim membayar RM 10 juta sehari, sebulan sudah RM 300 juta. Setahun? Billion tu… boleh beli Apache tu… Sepuluh tahun? Dua puluh tahun?... (Malaysia boleh pergi ke angkasa lepas dengan roket sendiri?)

Apa kata kita adakan kempen ‘Sehari Cuti Dalam Sebulan’? Maksudnya ‘datang bulan’lah lebih kurang. Melalui kempen ini, para Muslim perokok mestilah tidak merokok pada satu hari dan wang membeli rokok untuk hari itu disalurkan kepada satu tabung khas. Tak dapat RM 10 juta, dapat RM 1 juta pun rasa-rasanya sudah sangat bagus, kan?

Jadi selepas ini, apabila ternampak seseorang sedang merokok, kita hendaklah membayangkan yang orang itu sedang membuang RM 10 juta sehari dana umat Islam.

Wallahualam.

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

Alexanderwathern
23 11 07
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/
http://tajdidsebenar.blogspot.com/
http://spaceofilmu.blogspot.com/

Kita Tidak Ada 'Jantan' Lagi

Sejarah Bukan Sekadar Melihat - Teguran Untuk Mufti Perlis
Posted on Saturday, November 24 @ 08:40:23 MYT by greenboc
Artikel Oleh Azizi Abdullah

aMengimbau sejarah memang baik. Tapi sejarah bukan saja untuk diimbau melainkan memetiknya lalu dijadikan iktibar. Iktibar tidak boleh diklasifikasi atas sebab status atau kedudukan. Apabila dikatakan iktibar, ia tidak sekadar imbauan dengan catatan nama dan fakta tetapi ia perlu menjadi asas teguran masa kini.

Jika di zaman sahabat, Mu`awiyah (sekadar sebutan contoh) dianggap melakukan hukuman dan tindakan melampau, ia bukan sekadar sebuah cerita menganggap Mu`awiyah melampau tetapi mereka yang melakukan seperti Mu`awiyah masa kini mesti juga dianggap melampau dan diperlukan tindakan. Dan sebutan bukan lagi ‘mereka’ tetapi mestilah A atau B.


Mahu menyalahi kesalahan Mu`awiyah mengikut cerita sejarah tentulah mustahil kita hendak menggali kubur Mu`awiyah untuk membuktikan batang tubuh itu salah. Tetapi jika yang melakukan seperti Maayiwah kini, ia bukan sejarah tetapi ia mengulangi sejarah seperti Mu`awiyah maka ia perlulah disebut siapa dan perlu dihukum.

Saya melihat tulisan Dr.Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Perlis di dalam MM muka 6, keluaran 28 Oktober 2007 sangat tidak adil, mempunyai unsur ketidakberanian menyatakan melalui imbauan sejarah, tidak berani berterus terang dan mempunyai agenda yang berat sebelah.

Saya melihat sejak akhir-akhir ini tulisan Sahibussamahah seakan membodek pihak tertentu dan menyalahkan pihak tertentu dari tiupan nafas politik yang disenangi dan tidak disenangi, dari roh politik yang terjamin dan tidak terjamin.

Jika atas niat ingin menyatakan ramai manusia yang teraniaya disebabkan berita palsu yang direka, kemudian memberitahu penderitaan atau kezaliman, cerita bohong, penyelewengan fakta melalui imbauan sejarah Nabi Isa, sesungguhnya malang fakta dan hujjah ini bukan saja diketahui umum tetapi seakan nampak Sahibussamahah ingin menyatakan sesuatu yang terkini tetapi agak takut pernyataan itu melantun ke muka kembali.

Sepanjang setengah muka surat akhbar Mingguan Malaysia yang lebar itu, tidak ada satu contoh, sebutan kes, fakta, pembohongan, penyelewengan, kezaliman yang disebut berlaku masa kini, yang tentunya belum lagi menjadi pekasam sejarah. Sepatutnya inilah yang mesti disebut, diberi peringatan dengan hujah dan dalil Al-Qur`an serta hadis.

Misalnya penyelewengan hakikat Nabi Isa, penyelewengan tentang Saidina Ali sampai lahirnya fahaman Syiah, apakah relevannya kes beribu tahun itu sedangkan masa kini penyelewengan tentang konsep, dasar Islam termasuk penambah baik Hadhari yang masih dipertikai? Mengapa tidak ada sebutan dan ganjaran pembalasan terhadap si anu dan si dia yang melakukan penyelewengan itu.

Ini bukan kes CIA atau SB. Ini bukan sejarah tapi realiti.

Dinukilkan surah Al-Baqarah ayat 79, dipetik juga Al-Hujurat ayat 6 tentang dosa penyelewengan, pembohongan dalam sejarah yang lalu. Ayat 79 surah Al-Baqarah, ayat 6 surah Al-Hujurat sememangnya mempunyai sebab turunnya ketika itu, tetapi ayat-ayat ini relevan, menjadi peringatan, panduan hingga akhir zaman. Tulisan Sahibussamahah hanya menyebut permulaan para nabi, sahabat sedang ayat tersebut boleh diguna pakai, bagaimana penyelewengan wang negara, perbelanjaan yang tidak telus seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara. Kenapa tidak disebut langsung?

Kenapa tidak menyebut kementerian itu, jabatan ini dan anu-anu yang bertanggung jawab dalam sesuatu jabatan atau kementerian tersebut?

Kenapa pula mesti disebut Syiah zaman lampau sehingga memetik kata-kata Al-Ghazali sedangkan pakar-pakar ekonomi kita, ulama, agamawan sudah membongkar tentang berlaku tidak telusnya golongan tersebut. Apakah dengan menyebut Al-Ghazali, kita seperti tidak ada apa-apa yang berlaku?

Al-Ghazali dan imam-imam yang empat menulis dan menegur pemerintah atau khalifah di waktu itu dengan menyebut si polan – si polan, penguasanya tetapi kita tidak pernah menyebutnya. Kita hanya mengimbau sejarah dan memberi gambaran sejarah ribuan tahun yang lalu sedangkan di depan mata kita, kita tidak berani. Bukankah Al-Ghazali telah menegur Sultan Sanjar anak Raja Seljuk Gavenor Wilayah Khurasan di dalam satu majlis, di hadapan pengiringnya?

Ghazali juga menulis kepada seorang menteri, Fakhrul Mulk, Mujiruddin. Ghazali tidak menulis mengesahkan sejarah. Ghazali menghala tulisannya kepada individu.

Tapi malangnya tulisan seorang yang berkedudukan tinggi, yang tulisan tersebut mempunyai nilai yang tinggi, yang mempunyai kesan yang kuat, tidak mampu dilakukan seperti sejarah yang diceritakan.

Di zaman pemerintahan Dr. Mahathir selama 21 tahun bukan tidak ada penyelewengan, korup dan kezaliman dan bukan kita tidak tahu siapa yang telah ditentukan oleh pengadilan, mengapa kita ‘sereyau’ hendak menyebutnya?

Para sahabat, ulama, para imam-imam sering menegur dan menulis surat secara peribadi dan mengkritik secara terbuka tetapi kita masih juga memetik kisah sejarah ribuan tahun. Masalah pembunuhan beramai-ramai tahun 1985 di Mamali memerlukan orang-orang seperti Sahibussamahah mengkritik, menegur, kerana ia melibatkan umat Islam, tetapi kita tidak pernah membaca buah fikirnya. Penutupan sekolah agama, juga tidak pernah cuba memberi pandangan.

Kita tidak mendesak para Sahibussamahah seperti Mufti Kerajaan Perlis membuat hukuman di atas peristiwa yang berlaku. Tapi sebagai agamawan yang berstatus, kita ingin mendengar sesuatu; sama ada benar atau salah perkara tersebut. Tidak pernah ada sepucuk surat dari kalangan Sahibussamahah menulis kepada Perdana Menteri, baik kepada Dr. Mahathir atau sekarang menyatakan itu tidak betul, ini tidak betul berdasarkan surah dan ayat Al-Qur`an, seperti Al-Ghazali menulis kepada Sultan Sanjar., sedangkan kebobrokan dan penyelewengan berlaku berbilion-bilion.

Ini bukan soal politik. Al-Ghazali pernah menulis minta rakyat menjauhi pemerintah yang zalim, yang tidak adil. Tetapi kita, walaupun kezaliman dan tidak adil berlaku di depan mata, kita tidak pernah menulis seperti Al-Ghazali.

Dalam tulisan itu juga Sahibussamahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis tentang kebohongan di zaman Harun Aminurrashid. Tapi sayang sekali beliau tidak menyentuh langsung bagaimana saksi-saksi bohong bersepah-sepah dalam perbicaraan zaman kita, terutama di zaman pemerintahan Dr. Mahathir. Apa ertinya imbauan sejarah kalau realitinya kita membisu?

Lupakah kita bagaimana pendakwaan dan saksi mengubah tarikh-tarikh, saksi-saksi fasik, tuduhan liwat dan zina tanpa ada saksi syarak. Mengapa tidak disebut sedangkan imbauan sejarah disebut panjang lebar. Apakah saksi dan tuduhan di abad ini tidak ada nilai buruk seperti yang berlaku di zaman Aminurrashid? Apakah sesuai disebut imbauan sejarah sahaja?

Memang benar apa saja yang berlaku kini dilihat sebagai isu politik. Mungkin para mufti dan ulama, cerdik pandai tidak mahu mencampuri politik. Tetapi apakah kita mesti memejam mata tentang ketidak adilan, kezaliman, penyelewengan dalam politik? Apakah kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dalam politik menghalal cara, termasuk soal hukum agama?

Apa relevannya kisah kaki buli di zaman Abu Nawas ratusan tahun yang lampau sedangkan kaki belit dan penipun, penyelewengan sekarang ini berlambak-lambak? Jika kebenaran itu perlu dinyatakan mengikut persepsi agama, kenapa mesti dilindungi sebutan si A dengan sikap belitanya sehingga berjuta-juta. Di dalam Umno berlambak-lambak kaki belit, penipu. Di dalam kementerian juga ramai. Di dalam jabatan juga ramai, malah dalam urusan pembinaan masjid juga ramai.

Kenapa mesti disebut tentang dendam dan kebencian Yazid bin Muawiyah ratusan tahun yang lalu, sedangkan dendam dan benci yang berlaku di tahun 2000-2007 seperti tidak ada sebutir dosapun dilakukan oleh orang-orang seperti Yazid? Apakah tidak ada Yazid bin Muawiyah sekarang, seperti tidak adanya Abu Lahab sekarang?

Kenapa memetik ‘kod’ Ibn Taimiyah bagaimana tidak adilnya hakim-hakim ketika itu, sedangkan hakim-hakim yang tidak adil, hakim diperlekeh, hakim boleh dibeli tidak disebut masa kini.

Kenapa kita berkata pembunuhan Hussain bin Ali tidak ada bukti keterlibatannya sedangkan berapai ramai yang tidak terlibat dengan jenayah dan rusuhan merengkuk di dalam penjara hingga kini?

Saya secara peribadi tidak menafikan ilmu dan sejarah untuk dijadikan pengajaran sepanjang zaman. Tapi dengan hanya menyebut sejarah kemudian kita memejam mata apa yang berlaku sekarang, ia tidak membawa apa-apa makna.

Ulama, agamawan, apa lagi yang berkedudukan tinggi tidak sekadar memiliki ilmu tetapi kita memerlukan juga keberanian. Keberanianlah yang tidak ada kepada ulama dan agamawan sekarang. Sepanjang penulisan ulama, agamawan ataupun ceramah, kuliah, yang disebut hanyalah sejarah bukan realiti.

Dr. Mahathir yang melakukan kesalahan banyak perkara yang bersangkutan dengan agama, apabila ada golongan yang mengkritik, mereka dianggap ‘pembangkang’. Mana dia golongan yang berkedudukan tinggi dalam institusi agama, para mufti melainkan hanya seorang dua yang sanggup dipecat. Jika begitu keadaan, apa perlunya mengimbau sejarah?

Oleh yang demikian, bagi saya mengimbau sejarah tentang dosa penyelewengan, kezaliman dengan hujah Al-Qur`an dan fakta tidak membawa apa-apa faedah, melainkan untuk melengkap sebuah tesis kesarjanaan. Akan tetapi jika kritikan, teguran berdasarkan seperti apa yang berlaku dalam sejarah kemudian diikuti apa yang berlaku kini secara ‘khusus’ adalah lebih bermakna. Yang berlaku sekarang umum, bukan khusus. Disebut kezaliman tapi tidak disebut siapa yang melakukannya. Di sebut tidak adil tapi tidak disebut siapa. Disebut dosa penyelewengan, walaupun Laporan Audit Negara menyatakan berlaku, tapi tak siapa berani menyebut sebagai contoh.

Apabila kes di bawa ke mahkamah, disebut pula biarlah mahkamah yang menentukan. Tetapi apabila didapati bersalah, sepi semuanya. Tidak pun di sebut si A sama sejarahnya dengan Yazid bin Muawiyah yang memiliki sifat benci dan dendam.

Kita hanya berani menyebut, ‘sesetengah pihak, di antara mereka, mereka yang melakukannya.’ Tidak ada yang berani menyebut si A atau si B. Para ulama, agamawan, mufti, cerdik pandai yang mengimbau hal-hal sejarah buruk tidak berani membuat penilaian masa sekarang, sedangkan dalam soal ibadah merekalah yang selalu membuat penilaian dan perbandingan; misalnya solat berjemaah 37 kali pahala dari solat seorang diri.

Sampai bila kita hendak jadi berani? Memetik kata-kata Dr Sidek Fadil di Perhimpunan NGO Islam di Kelantan baru-baru ini; Kita tidak ada ‘jantan’ lagi.

http://www.tranungkite.net/v7/modules
.php?name=News&file=article&sid=4747

Saturday, November 17, 2007

MEREKA SANGGUP KETEPIKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH

MEREKA SANGGUP KETEPIKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH
(Evolusi & Mutasi Wahabi Untuk Mengelak Kepupusan)


PERTAMA
Asalnya Salafi Lapok/ Palsu mahu mengorek kubur dan mengubah jasad Rasulullah, Abu Bakar dan Umar ke luar daripada masjid. Pihak Syiah juga umumnya bercita-cita begini mahu mengorek keluar mayat khalifah pertama dan kedua itu kerana mereka menganggapnya dua berhala Quraisy. Ada persamaan pula.
Oleh kerana kaum Salafi Lapok takut akan kemarahan umat Islam sedunia, hasrat itu dibatalkan. Bukankah sepatutnya kita takut akan Allah? Kalau benarlah fahaman Tajdid Lapok mereka itu, semestinyalah ubah sahaja jasad-jasad itu. Kan itu tuntutan al-Kitab dan Sunnah?
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menjaga kepentingan politik.

KEDUA
Asalnya azan mereka tidak berlagu kerana kononnya mengikut sunnah, seperti laungan Bilal. Tapi kemudianya berubah. Kini para muazzin Salafi Lapok bukan main sedap lenggok azan mereka.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KETIGA
Asalnya mazhab-mazhab semuanya berdosa dan sesat (atas kata kunci bid’ah). Oleh kerana fahaman mereka tidak mendapat tempat, mereka berubah haluan dengan mengajar pula kitab-kitab mazhab seperti kitab-kitab Mazhab Syafie, tapi dengan huraian Tajdid Lapok. Dengan taktik ini maka pengikut mereka bertambah ramai. Maklumlah, yang mendengar kupasan kitab itu kebanyakannya jahil dan kurang kefahaman agama. Maka bertambahlah pengikut mereka.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KEEMPAT
Asalnya menghukum sesat dan berdosa (atas kata kunci bid’ah) ke atas semua jemaah-jemaah Islam. Katanya hanya 1 golongan selamat daripada 73 golongan. Populariti punya pasal, perlahan-lahan dikendurkan hukum bid’ah itu. Kemudian kaitkan beberapa orang tokoh jemaah-jemaah itu dengan fahaman mereka. Maka pengikut mereka pun bertambah ramai.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KELIMA
Mula-mula menghukum sesat dan berdosa (atas kata kunci bid’ah) kepada sambutan Maulidur-Rasul. Mereka membelakangkan al-Kitab dan as-Sunnah lagi apabila mengetahui yang Hasan al-Banna dan tokoh-tokoh Ikhwan memang menyambut Maulidurrasul. Laman-laman web Ikhwan seluruh dunia terpapar “banner” ucapan Maulidurrasul. Malah Maulidurrasul menjadi salah satu daripada hari kebesaran orang-orang Islam diambil peluang oleh Ikhwan untuk berdakwah. Dr. Qardhawi sendiri tidak membidaahkan Maulidur-Rasul walaupun baginya tiada bidaah hasanah. Nyatalah fahaman “tiada bidaah hasanah” bagi Qardhawi dan tokoh-tokoh Ikhwan sebenarnya tidak sama langsung dengan “tiada bidaah hasanah” kumpulan Salafi Lapok ini. Cuma mereka yang terperasan lalu menjaja nama Qardhawi ke sana sini.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menambah bilangan penyokong.

KEENAM
Mereka menentang kekhalifahan Islam. Mereka menyerang wilayah Turki Uthmaniyah. Mereka sebenarnya membantu Barat menjatuhkan kehalifahan Islam. Mereka menyerang kota Makkah. Mereka membunuh dan mengusir keturunan Rasulullah di Makkah. Mereka tidak pernah menyerang Yahudi. Tidak pernah menyerang Kristian. Tidak pernah menyerang musuh-musuh Islam. Sejarah berulang, mereka membantu lagi Barat menyerang sebuah negara umat Islam iaitu Iraq. Dihukumnya kafir pemerintah Iraq. Mereka kecam habis-habisan tokoh Syiah yang membantu kaum Tartar menjatuhkan kekhalifahan Islam di Baghdad. Tapi mereka sendiri yang membantu Barat menjatuhkan kekhalifahan Islam di Turki bagaimana? Mereka sendiri membantu tentera kufar menjatuhkan dan membunuh Saddam Hussein (sebenarnya umat Islam) di Iraq apa hukumnya? Mereka yang menyokong pembunuhan Mujahiddin (melalui Taliban) di Afghanistan selepas era Soviet apa hukumnya?
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menguatkan pengaruh dan kedudukan di muka bumi.

KETUJUH
Mereka hentam Sayyid Qutb bersama tafsir Fi Zilalil Qurannya. Ada yang menghukum kafir, wahdatul wujud (yang mereka tidak pernah faham apa maksudnya), sesat, bidaah dan sebagainya. Alih-alih Sayyid Qutb rupanya antara tokoh lagenda Ikhwan. Kitab tafsirnya menjadi teks rujukan utama Ikhwan malah dipuji sebagai paling relevan untuk kurun yang lalu oleh Buya Hamka (Muhammadiyyah, Indonesia). Maka mengendurlah pula dakwaan mereka terhadap Sayyid Qutb… nak jaga penyokong rupanya.
Mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menjaga jumlah penyokong.

KELAPAN
Mulanya mereka kata majlis kenduri arwah dan tahlil berdosa dan akan ke neraka. Sesiapa yang melibatkan diri dalam hal-hal kemungkaran maka dosanya sama seperti yang melakukannya, tidak berkurang walaupun sedikit.- itu hadis Nabi.
Samalah seperti kita yang tidak minum arak dan bergaul bebas dengan wanita-wanita bukan mahram, tapi kita duduk-duduk dalam majlis kawan-kawan kita yang sedang minum arak dan berpegang-pegang dengan wanita bukan mahram. Apa hukumnya?
Yang peliknya akhir-akhir ini sudah ada “trend” baru! Kalau ada jemputan tahlil arwah, sebahagian daripada mereka akan pergi! Mereka duduk sekali! Cuma tidak berzikir dan membaca apa-apa. Waktu orang makan mereka ada yang makan dan ada yang tidak makan. Kononnya dengan cara itu mereka tidak melakukan bidaah dan tidak berdosa.
Lucunya.
Lepas ini bolehlah kita duduk-duduk dalam majlis kawan-kawan kita yang menunggang arak asalkan kita tidak minum arak. Nak raikan kawan-kawan kononnya agar tak timbul masam muka.
Apa yang pasti, mereka sanggup mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah demi menjaga hati masyarakat.

Banyak lagi evolusi dan mutasi yang berlaku ataupun dilakuakn oleh penganut fahaman Tajdid Lapok ini. Mereka sendiri tahu tajdid yang mereka laung-laungkan adalah lapok, maka begitu banyak fahaman asal mereak kini sudah diubahsuai. Kalau tidak diubahsuai, tidak mustahil akan pupuslah perjuangan Salafi Lapok. Tapi tanpa mereka sedari dalam berevolusi dan bermutasi ini mereka sebenarnya sudahpun mengetepikan al-Kitab dan as-Sunnah- dulu kata tak boleh, kini sudah boleh.

Tinggalkan dakwah Tajdid Lapok yang tidak ada ketetapan pendirian ini, marilah bersama dakwah Tajdid Segar yang masih seperti itu juga sejak zaman Rasulullah SAW. Buatlah perubahan sekarang.

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexanderwathern

24 APRIL 2004

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?
name=News&file=article&sid=141&mode=&order=0&thold=0

BERSIH- Al Jazeera



Zikir Lailahaillallah menggegar hati.

MUFTI PERLIS DAN BERSIH- Az Abrar

Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid. Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan secara terbuka seperti yang di lakukan BERSIH .

http://spaceofilmu.blogspot.com/

WAHABI MENYAMAR- Jihad Wahabi

WAHABI MENYAMAR- Jihad Wahabi

Assalamualaikum ,

Kali ini saya tertarik untuk menulis tentang situasi yang baru sahaja berlaku baru-baru ini. Ketika melawat ke blog Bahrusshofa , saya terkejut apabila ada seorang yang yang menggunakan nick ar rifaie memberikan komen disitu. Kelihatan pada mulanya saya sangkakan adalah seorang daripada kita tetapi bila saya halusi isu yang dibawanya iaitu isu Nur Muhammad dan pengkafiran membuta tuli barulah saya sedar rupanya dia hanyalah musuh-musuh ahlussunnah yang menyamar.


Perkara yang sama juga berlaku kepada blog Abu Syafiq,dimana nick tersebut cuba mengapi-ngapikan permusuhan antara blog-blog anti wahabi. Apa sudah jadi?

Bila saya teliti gaya bahasa yang agak kurang ajar nick tersebut, saya agak yakin yang dianya bukanlah dari ahlussunah. Kelihatan nick tersebut hanya terdapat di blog ahlussunah sahaja seperti blog saya (Jihad Wahabi), Bahrusshofa, Abu Syafiq. Ini salah satu petanda lagi yang menunjukkan niat jahat pemunya nick untuk melaga-lagakan antara ahlus sunnah.

Nampaknya lakonan mereka ini tidak berjaya akhirnya.Saya telah meneliti hujah-hujah mereka ini contohnya

Isu Nur Muhammad.


-Jelas disini pemunya nick tersebut ingin menggunakan taktik kotor atas perbezaan pendapat antara Syekh Abdullah Alharari tentang nur Muhammad.Bagi mereka yang pernah mengambil ilmu dengan bersanad dengan Syekh Abdullah,semstinya itu adalah pegangan mereka dan tidak sama sekali kami akan menyerang sesama ahlussunah walaupun terdapat perbezaan dari segi pendapat (Nur Muhammad). Musuh jangan dicari, tetapi inilah taktik kotor wahabi menggunakan isu khilafiyyah untuk memecah belahkan ummat.


Isu Kafir tak Kafir?

-Lagi sekali saya menjumpai kata seperti kafir tak kafir ni. Didalam roudhah.net mereka yang menggunakan nick ibnhajar juga mengambil kesempatan menyamar kononnya mereka adalah ahlussunah tetapi menampakkan kemelampauannya dalam menulis.Ini tidak lain tidak bukan hanyalah niat jahatnya untuk memburuk-burukkan aliran ahlus sunnah. Hanya Jauhari yang mengenal manikam, saya tahu mereka ini hanyalah menyamar sebagai ahlussunnah tetapi menunjukkan kemelampauannya dalam usaha untuk memburuk burukkan sesuatu aliran ahlussunnah. Ini tidak menghairankan kerana terpalit dalam sejarahwahabi seperti agen agen Yahudi dalam usaha Wahabi untuk menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah. boleh rujuk juga di sini

http://yossyrahadian.wordpress.com/2007/03/14/peran-lawrence-di-balik-berdirinya-kerajaan-arab-saudi/


Tembelang pecah

Sebenarnya hujah mereka ini saya pernah lihat di website-website Wahabi seperti Aizam Jakim, Abu Syuaib dan beberapa yang lain,dan saya mengagak mereka menggunakan semula hujah tersebut sebagai reverse pshycology untuk menyerang ahlusunnah semula. Sudah-sudahlah, tembelang kamu (Wahabi)sudah dipecahkan , inikan pula mahu menyamar untuk melaga-lagakan ahlussunnah.Identiti mereka ini boleh diteka dengan mudah.

Ikhwah sekalian,setelah di kaji Wahabi ini sebenarnya inilah misi utama Wahabi untuk memecah belahkan umat. Mereka akan gunakan apa sahaja taktik kotor, tidak kiralah menyamar ,membunuh (*pernah berlaku dalam sejarah kebangkitan Wahabi) atau apa sahaja demi hajat mereka untuk memecah-belahkan umat Islam tercapai dalam masa yang sama memberi kemenangan (*secara tidak langsung) kepada pihak sekufu mereka iaitu Yahudi . Kepada wahabi, tidak usahlah kamu berselindung dengan nama Ahlussunah,Salafi, dan sebagainya. Semakin lama kamu menipu masyarakat semakin jelas penyelewengan kamu akan didedahkan.Wallahu a`lam.

Salam perjuangan
JIHADWAHABI


http://jihadwahabi.blogspot.com/2007/11/wahabi-menyamar.html

* ialah penjelasan Dr Salafi Muda

DR. SALAFI MUDA : Semakin menjadi-jadi permainan kotor mereka...

Baca Quran di Kuburan: Menolak Artikel Azwira

BACAAN AL-QURAN DITANAH PERKUBURAN


Oleh : Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari


Izinkan saya merujuk artikel HADIS PALSU MENYESATKAN MASYARAKAT oleh Dr Azwira Abd Aziz dari UKM yang disiarkan Utusan Malaysia, ruangan Agama-Mega, 5 November 2007. Saya pasti pandangan tersebut adalah pandangan peribadi. Ia bukannya satu pandangan rasmi Fakulti Pengajian Islam, UKM mahupun JAKIM. Sayangnya, pandangan beliau tidak cukup fakta, amat keras dan melampau. Para pembaca yang jujur diminta meneliti dahulu bait2 penghujahan Dr Azwira. Kemudian baru disusuli dengan hujjah saya. Jangan jadi penonton separuh masa kedua. Nanti tak tahu hujung pangkalnya. Terlebih dahulu, Minta ampun dan minta maaf..jika saya terikut-ikut dengan rentak Dr Azwira dalam penulisan ini.


REALITI PERMASALAHAN


Perlu disedari bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur merupakan permasalahan ranting agama. Ia bukannya permasalahan tunjang mendasari Iman dan Islam. Amalan ranting biasanya bersifat elektif bukannya subjek teras untuk seseorang mukmin. Oleh itu, mengamalkannya dikira satu kebaikan. Manakala meninggalkannya bukanlah satu kecelaan. Demikian betapa fleksibelnya hukum syarak dalam permasalahan ini.


SUSUNAN DALIL


Tinjauan permasalahan ini menemukan kita dengan beberapa dalil. Samada dari kitab Suci al-Qur’an mahupun al-Sunnah. Kekadang dalil berkaitan dapat difahami dan di hayati dengan baik. Kekadang ia gagal ditemui dan difahami. Lalu memanifestasi pelbagai tafsiran sonsang. Oleh itu, kita perlu memahami dalil secara jelas dengan sebaik-baiknya.


Dr Azwira jelas didapati gagal memahami hirarki dalil perundangan Islam. Sikit-sikit hadis, hadis, hadis…Macam dia tu perawi hadis, ulamak hadis, mahaguru hadis. Kenapa anda tidak merujuk al-Qur’an sebagai sumber utama.


Apabila kita membuka lembaran suci al-Qur’an didapati banyak ayat yang boleh dijadikan panduan bagi menjustifikasikan permasalahan ini. Antaranya :

1) Surah alThur ayat 21

2) Surah al-najm ayat 38 dan 39

3) Surah al-Baqarah ayat 261

4) Surah al-Kahf ayat 82

5) Surah al-A’raf ayat 204

6) Surah Surah al-Hasy ayat 10 DLL.


STATUS DALIL


Dalil syarak adakala bersifat qath’ie. Dan ada kalanya bersifat dzanni. Dalil Qath’ie adalah dalil yang jelas ketetapannya. Manakala dalil yang bersifat dzanni membuka ruang kepada ulamak untuk berijtihad. Justeru, perbezaan pendapat dikalangan ulamak adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi dalam permasalahan ranting agama. Namun, kita perlu mengambil pendekatan bijak dan bersikap sederhana ketika berinteraksi dengan situasi ini. Hal ini penting supaya aktiviti kehidupan kita menepati tuntutan syarak. Bahkan lebih akrab kepada taqwa. Sekaligus mengelakkan diri dari bersikap keras kepala terhadap amalan yang telah ‘diestablish’ para ulamak dan diperakui pihak berautoriti agama.


ANALISA FAKTA


Perlu diketahui secara insaf bahawa amalan membaca al-Qur’an di atas kubur berteraskan kepada dalil yang pelbagai. Adakalanya berstatus sahih, hasan, dhaif dan amat dhaif. Selain itu, kita juga yakin untuk menolak dari menggunakan hadis-hadis palsu. Antaranya ialah :


1. Imam Muslim meriwayatkan : “Setiap anggota tubuh kamu berpagi-pagian dengan sedekah ke atasnya. Setiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap tahlil adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh yang makruf adalah sedekah. Melarang yang mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diperolehi melalui dua rakaat solat di waktu dhuha.” (Muslim bin Hajjaj al-Neisaburi, Sahih Muslim, ed : Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi, t.th, Dar Ihya’ Thurath al-Arabi : Beirut, hlm 498 juz 1)


Imam al-Qurtubi mengatakan : “Berdasarkan dalil inilah para ulamak menggalakkan menziarahi kubur kerana bacaan al-Qur’an itu bagaikan buah tangan untuk si mati yang dibawa oleh penziarah kubur.”(al-Qurtubi, al-Tazkirah, Maktabah al-Iman : Mansurah, Mesir, hlm 74)


Imam Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari mengatakan : “Hadis ini memberi kita satu kefahaman bahawa bacaan al-Qur’an juga termasuk dalam erti kata sedekah menurut syarak.” (Abdullah bin al-Siddiq, Itqan al-Sun’ah fi Tahkik Makna al-Bid’ah, 1997, Maktabah al-Qaherah : Mesir, hlm 8)


2. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda SAW ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda SAW bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” (Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1)


Al-Qurtubi mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”


3. Imam al-Thabrani meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami al-Hussain bin Ishak al-Tustari, menceritakan kepada kami Ali bin Hajr, menceritakan kepada kami Mubasyir bin Ismail, menceritakan kepada kami Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah : “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)


Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawa’id hlm 44 juz 3 mengatakan bahawa rangkaian perawi ini terdiri dari kalangan perawi yang ditsiqahi (dipercayai). Manakala Imam al-Hakim membawa kesaksian hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak hlm 512 juz 3 (al-Hakim, al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).


Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhis al-Habir turut memperakui hadis ini. (al-Asqalani, Talkhis al-Habir, 1964, ed : Abdullah Hasyim al-Yamani, al-Madinah al-Munawwarah, hlm 130 juz 2). Juga tiada sebarang komentar dari Imam al-Zaila’ie di dalam Nusb al-Rayah hlm 302 juz 2.


Senario kesaksian ini juga turut dipersetujui oleh Sayyid Muhammad Alawi al-Makki di dalam kitabnya Hadaya al-Ahya’ Lil Amwaat (Hadiah Si Hidup Kepada Si Mati) hlm 57.


Pemerincian sanad hadis ini dibuat berdasarkan kepada beberapa pandangan para pengkritik hadis. Jika para pengkritik hadis bertauliah menerimanya..kenapa tidak dengan kita?


Hadis di atas secara jelas menaskan kepada kita bahawa Abu al-Lajlaj Abu Khalid (Seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Qur’an di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.


Ternyata amalan membaca ayat suci al-Qur’an di atas kubur bukanlah sesuatu bid’ah yang sesat. Bahkan ia diwarisi daripada Nabi SAW sendiri. Justeru, amalan ini merupakan satu sunnah yang terpuji.


4. Imam al-Baihaqi, al-Thabrani dan al-Hakim meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW : “Apabila salah seorang kamu meninggal dunia, jangan kamu menahan jenazahnya dan segeralah membawanya ke kubur. Bacalah disisi kepalanya Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)-lafaz al-Baihaqi bunyi : “..permulaan surah al-Baqarah dan di sisi kakinya penutup surah al-Baqarah di kuburnya.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir m/s 44 juz 12, al-Baihaqi, Syuab al-Iman m/s 16 juz 7)


Imam al-Haitsami di dalam Majma’ al-Zawaid m/s 44 juz 3 mengatakan : “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir. Padanya terdapat Yahya bin Abdullah al-Bablati. Dia merupakan seorang perawi yang lemah.” Seterusnya al-Haitsami mengintegrasikan sanad yang lemah ini dengan riwayat al-Baihaqi. Riwayat itu bersumberkan Abd Rahman bin al’-‘Ala bin al-Lajlaj yang diperakui kesahihannya.


Kedua-dua hadis ini secara jelas membuktikan kepada kita bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan dari Nabi SAW agar dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an di tanah perkuburan.


Walaupun riwayat dari Thabrani ini bertaraf dhaif, namun ia dibantu dengan beberapa riwayat yang sahih dari Imam Muslim dan al-Baihaqi sebagaimana di atas.


Tambahan pula, Imam Ibn Hajr al-Asqalani mendakwa bahawa ia berstatus hasan (baik). (al-Asqalani, Fath al-Bari, 1379H, Dar al-Makrifah : Beirut, hlm 184 juz 3)


Manakala Imam al-Ajlouni ketika membentangkan hadis ini menyatakan bahawa hadis yang diriwayat al-Thabrani ini adalah marfuk. (al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa’, 1405H, Muassasah al-Risalah : Beirut, cet 4, hlm 192 juz 1)


Al-Zurqani mengatakan : “Bahawa hadis : “Apabila seseorang kamu telah meninggal dunia jangan kamu menahannya..adalah diriwayatkan al-Thabrani dengan sanad-sanadnya yang hasan.” ( al-Zurqani, Syarh al-Zurqani, 1411H, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 127 juz 2). Kehasanan hadis ini juga turut diperakui oleh al-Syaukani di dalam Subul al-Salam. (al-Syaukani, Subul al-Salam, 1379H, Dar Ihya’ Thurats al-Arabi : Beirut, Cet 4, hlm 106 juz 2)


Justeru, kedhaifan sanad pada riwayat al-Thabrani secara automatik ditampung dengan riwayat yang sahih dan dhaif yang lain. Himpunan jaluran sanad yang dhaif menjadikan ia bertaraf hasan sebagaimana diperakui ulamak. Justeru, situasi ini sedikitpun tidak mencacatkan penghujahan terhadap amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Bahkan hujahnya kekal dalam kelasnya yang tersendiri.


5. Imam Ahmad, Abu Daud, al-Nasai’ie, al-Tirmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar bahawa Nabi SAW bersabda: “Hati al-Qur’an adalah Yaasin. Tidaklah dibaca surah itu oleh seseorang yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan dosanya. Bacalah Yaasin kepada orang mati kamu.”


Hadis ini dipandang sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim. Ibn Hibban menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan orang mati di dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati.. pendapat ini ditarjih oleh Ibn Qayyim dengan beberapa alasan yang diberikannya. Akan tetapi Ibn Rif’ah berpegang kepada zahir hadis di atas. Lantaran itu, beliau mengesahkan bahawa surah Yaasin boleh dibacakan kepada orang yang telah mati. Al-Syaukani pula berpendapat bahawa lafaz al-Mauta pada hakikatnya bermaksud orang yang telah mati. Dan maksud hakikat tidak boleh dipesongkan melainkan ada qarenahnya.


Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari berpendapat bahawa tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang hampir mati supaya dia dapat mentadabbur bacaan itu. Manakala tidak menjadi halangan dibacakan al-Qur’an kepada orang yang telah mati supaya seseorang itu mendapat manfaat pahalanya.” (al-Ghumari, Itqan al-Sun’ah, hlm 87 )


6. Imam al-Baihaqi meriwayatkan : “Menceritakan kepada kami Abu Abdullah al-Hafiz dari Abu al-Abbas bin Ya’qub dari al-Abbas bin Muhammad katanya : “Aku bertanya Yahya bin Ma’in tetang membaca al-Qur’an di atas kubur? Lalu beliau menjawab berdasarkan kepada riwayat Abd Rahman bin al-‘Ala bin al-Lajlaj daripada ayahnya dari Ibn Umar yang menggalakkan amalan sedemikian.”


Imam Ibn Hajr al-Asqalani di dalam Amali al-Azkar mengesahkan bahawa hadis ini bertaraf mauquf dan hasan.


Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Imam Yahya bin Ma’in (sarjana hadis yang mashyur) sendiri turut membenarkan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur.


7. Imam Muslim meriwayatkan : “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kawasan perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah(Muslim, Sahih Muslim, no: 870, hlm 539 juz 1).


Imam al-Tirmidzi mengatakan : “Perkara yang dimaksudkan ‘Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan’ bermaksud jangan jadikan ia (rumah) sunyi dari berzikir dan melakukan ketaatan (kebaikan) sepertimana tanah perkuburan dan orang mati..” (al-Tirmidzi, Tuhfah al-Ahwazi, t.th, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Beirut, hlm 146 juz 8)


Perintah hadis ini bersifat umum. Iaitu menggalakkan kita untuk membaca al-Qur’an di rumah atau di mana-mana sahaja kita berada. Asalkan bertunjangkan kepada niat, cara, tempat yang baik dan munasabah.


Kandungan hadis ini sama sekali tidak menjustifikasikan larangan membaca Al-Quran ditanah perkuburan. Ini kerana kebenaran membaca al-Qur’an di tanah perkuburan tsabit dengan pemerincian hadis-hadis di atas.


Oleh yang demikian, hadis yang bersifat umum tidak boleh digunakan hujjah untuk membatalkan galakkan yang bersifat khusus. Hal ini penting bagi mengelak percanggahan hadis.


Tambahan pula, galakkan Rasulullah SAW supaya kita membaca al-Qur’an khususnya surah al-Baqarah ternyata ada kelebihan tersendiri. Bacaan surah ini dapat menghalau syaitan dari bermastautin kerana penghuninya telah menghidupkan suasana rumah dengan ibadat.


Mafhum sebaliknya, jika kita tidak membaca al-Qur’an di tempat kediaman, maka jadilah tempat kediaman itu sunyi sepi bagaikan tanah perkuburan. Walaupun kediaman dihuni makhluk hidup tetapi suasana kediaman itu bagaikan dihuni orang mati apabila tidak diserikan dengan ibadat. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘Jangan jadikan rumah kamu seperti tanah perkuburan.’


Berdasarkan keterangan ini bolehlah diandaikan bahawa hujjah Dr Azwira yang mendakwa ‘kekerapan mereka membaca al-Qur’an di kubur daripada rumah menyebabkan segala syaitan yang ada di kawasan itu berpindah ke kawasan perumahan umat Islam” amat kelakar. Dan layak diketawakan sahaja kerana ucapan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan kiasan oleh seorang yang bergelar Doktor Falsafah dari Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini adalah contoh seni analogi yang fasid dan menyimpang dari kebenaran serta tidak diluahkan oleh orang-orang yang berakal.


Pembongkaran ilmiah ini juga menemukan hakikat bahawa Dr Azwira sendiri sebenarnya yang cuba memandai-mandai melarang umat Islam dari membaca al-Qur’an di tanah perkuburan. Secara tak langsung, Beliau memanifestasikan rekaan hadisnya: “Jangan membaca al-Qur’an di atas kubur, nanti Syaitan yang ada disitu akan datang ke kawasan perumahan kamu.” Renunglah wahai mereka yang mempunyai akal fikiran!


Sebenarnya, hadis-hadis yang bertali arus dengan amalan membaca al-Qur’an di atas kubur masih banyak, tetapi sengaja didatangkan beberapa hadis untuk disesuaikan dengan fokus perbincangan. Jika seseorang itu benar-benar celik hatinya dia pasti akan menerima hujjah dan kebenaran ini. Jika hatinya buta dan keras..hanya Allah sahaja yang mampu memberi hidayah.


PENDAPAT PARA ULAMAK


Sebenarnya isu klasik ini telah diselesaikan para ulamak dengan jayanya. Antaranya :


  1. Muhammad bin Ahmad al-Muruzi berkata : Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata : “Apabila kamu masuk ke kubur, bacalah fatihah al-Kitab dan ayat Muawwizatain dan surah al-Ikhlas. Jadikanlah pahalanya untuk penghuni kubur itu kerana pahalanya itu sampai kepada mereka.

  1. Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk : “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan : “Al-Syafi’ie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan : “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Qur’an. Mereka mengatakan : Jika mereka mengkhatamkan al-Qur’an kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah : Beirut, 1996, hlm 142 )

  1. Imam al-Zahabi di dalam Takzikah al-Huffaz ketika membicarakan biodata al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan : “Tatkala beliau meninggal dunia orang membacakan al-Qur’an di atas kuburnya dengan beberapa kali dikhatamkan.”

  1. Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata : “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Qur’an di kubur. Lalu beliau menjawab : “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya : “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Qur’an di sisinya.”

  1. Al-Khara’iti di dalam kitab al-Kubur menyebutkan : “Menjadi Sunnah kebiasaan ornag-orang ansar apabila mengusung mayat mereka membaca surah al-Baqarah.”

  1. Al-Qurtubi mengatakan : “Sebahagian ulamak kami mengemukakan dalil sampainya bacaan al-Qur’an ke pada si mati dengan hadis berkenaan pelepah tamar yang dibelah dua oleh Nabi SAW. Kemudian Baginda memacaknya satu di atas kubur orang ini dan satu lagi di atas kubur yang lain. Kemudian Baginda bersabda : “Mudah-mudahan ia dapat meringankan mereka berdua selagi kedua-duanya tidak kering.” Riwayat al-Syeikhain : Bukhari Kitab Wudhu 218 dan Muslim al-Thaharah 111/292)

Bagi saya, jika pacakan pelepah tamar yang basah dikubur boleh memberi manfaat kepada si mati, bagaimana pula halnya dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an yang dihadiahkan kepada si mati.? Tentunya bacaan ayat suci itu lebih istimewa dari pelepah tamar berkenaan.” Cumanya perbuatan Baginda memacak pelepah tamar tersebut adalah salah satu dari kepelbagaian yang boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Wallahu’alam.


  1. Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepad si mati beserta dalilnya) mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…” (Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159)

  1. Imam Ibn al-Solah ketika menjawab penghujahan ayat 39 surah al-Najm mengatakan : “ Apa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah seseorang itu tidak mempunyai hak atau menadapat balasan melainkan apa yang diusahakannya. Ini tidak termasuk amalan yang dilakukan untuknya secara sukarela oleh orang lain seperti membaca al-Qur’an dan berdoa…”

  1. Syeikh Ibn Taimiyyah mengatakan : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau;”Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, Dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya” (Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324)

  1. Imam Ibn Muflih al-Hanbali di dalam al-Furu’ mengatakan : “Tidak dilarang untuk membaca al-Qur’an di atas kubur atau tanah perkuburan. Telah dinaskan ke atasnya oleh Abu Bakar, al-Qadhi dan sebahagian ulamak dan ia merupakan pandangan mazhab…” (Ibn Muflih al-Hanbali, al-Furu’, hlm 304 juz 2)

KESIMPULAN


1. Amalan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an di atas kubur merupakan salah satu dari permasalahan ranting agama. Galakkan ini bersumberkan dalil-dalil yang sahih, hasan dan dhaif.

2. AL-Qur’an al-Karim sepatutnya dijadikan dalil utama. Manakala sumber hadis dijadikan dalil sekunder dalam apa jua permasalahan umat Islam.

3. Himpunan dalil yang ada menjustifikasikan amalan ini sebagai amalan sunat. Ia dilihat sebagai amalan aksesori sahaja.

4. Kita perlu memahami permasalahan usul dan furu’ secara menyeluruh beserta dalil-dalil dan kaedah syariah yang jelas. Hal ini penting supaya sesuatu isu yang dirumus benar-benar menepati tuntutan syarak. Di samping boleh mengelakkan diri dari bersikap fanatik dan melampau.

5. Dr Azwira gagal membuktikan bahawa amalan membaca al-Qur’an di tanah perkuburan sebagi bidah yang sesat. Pendapat seperti ini sebenarnya tidak diperkatakan oleh ahli ilmu. Amat malang bagi seseorang yang mempunyai Doktor Falsafah menduduki kerusi pensyarah Jabatan al-Qur’an dan al-Sunnah tetapi jahil tentang kedua-dua. Bahkan terus keras kepala bila hujjah ini dilihat menandasi pandangannya. Beliau hanya bijak memanjangkan ketaksuban terhadap al-Baani semata-mata. Sehinggakan membutakan mata hati beliau bahawa dari menilai kebenaran jumhur ulamak. Justeru, pandangan kontroversi ala Wahhabi ini perlu di tolak.


SYOR DAN CADANGAN


1. Fakulti Pengajian Islam, sepatutnya tidak membenarkan pensyarahnya mempergunakan jenama UKM untuk melariskan idea individu tertentu. Terutama dalam mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan arus perdana.

2. JAKIM perlu membuat penyelarasan dengan pihak media agar isu-isu kontroversi agama tidak dibincangkan secara meluas dan emosional. Situasi ini dikhuatiri menyemarakkan perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia.

3. Perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan generasi Salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak.

4. Para cendikiawan, profesional, pendakwah, pelajar Universiti sewajarnya sedar tentang aliran-aliran pemikiran yang tumbuh dalam persekitaran mereka. Jika anda mempunyai kekuatan, buatlah analisa secara sedar. Jika tidak, awasi dan jauhi diri anda dari pelbagai makhluk perosak zaman kini. Wallahu’lam.

http://jihadwahabi.blogspot.com/