Thursday, January 31, 2008

Balada Sebuah Kesedaran

Dengan apresiasi kepada Allah and His Messenger in Our Lives oleh Sheikh Hamza Yusuf ~
---

Mengembalikan sistem khilafah Islam adalah ibarat kita mahu mengubah dunia; kita tidak tahu hendak mulakan dari titik mana dan bagaimana. Mahu tumbangkan pemimpin Islam dan orang bawahannya yang korup, tamak dan bacul dahulukah? Mahu mengubah sistem kapitalis yang tidak berpihak kepada negara-negara Islam yang miskin dahulukah? Mahu hancurkan Amerika, Israel dan konco-konconya dahulukah? Untuk mengubah perkara-perkara ini dan sebagainya, ia banyak bergantung kepada pelbagai faktor.

'Kita' juga adalah agen kepada perubahan tersebut. Setakat yang saya tahu, 'kita' adalah faktor yang paling senang untuk diubah memandangkan kita belum tentu lagi mampu mengubah korupsi dan kebejatan sosial yang berlaku di sekeliling kita. Jika kita gagal mengubah diri sendiri ke arah yang lebih baik dari semalam, maka impian si Mat Jenin adalah lebih mudah untuk dilaksanakan kalaulah dia tidak mati terjatuh dari pokok kelapa di kala dirinya sedang leka dan asyik tersenyum menganyam angan-angannya. Jika begitu adanya, simpan sahaja hasrat untuk mengubah sebarang sistem yang gagal di sekeliling kita.

Proses mengubah diri ini memerlukan 'kita' memiliki satu kemahiran yang bernama kesedaran.

Kesedaran adalah sesuatu yang tidak dipunyai oleh seorang anak kecil berumur 2 tahun yang mana ia menyebabkannya berfikir menutup muka dengan tangannya bermaksud dia sudah berjaya menyembunyikan diri dari ibunya. Kesedaran adalah sesuatu yang mengingatkan monyet di hutan untuk menyorokkan pisang di belakang badannya dan hanya akan memakannya apabila monyet-monyet yang lain tidak melihatnya.

Kesedaran adalah sebutir permata yang dimiliki oleh generasi Salafus Soleh yang hidup di sekitar 3 kurun pertama Islam dan ia lenyap dalam majoriti Muslim hari ini. Dalam tulisan ini, kesedaran untuk memperindahkan akhlak adalah isunya.

MUKJIZAT BAHASA AL-QURAN

Allah bijak menyusun pencaturannya. Nabi Musa memiliki mukjizat untuk menukar tongkatnya menjadi ular kerana di zamannya manusia senang teruja dalam hal-hal sihir dan mistik. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat untuk menghidupkan orang yang sudah mati kerana di waktunya ilmu perubatan adalah sesuatu yang menjadi kegilaan. Maka Nabi Muhammad dianugerahkan Al-Quran selaku mukjizat paling besar yang dimiliki oleh Baginda.

Pada waktu itu walaupun bangsa Arab sedang berada dalam keadaan jahiliah, tetapi mereka adalah jaguh dari segi sastera dan linguistik. Kehebatan mereka bukan di tahap jaguh kampung kerana mereka dengan beraninya memberikan gelaran 'ajam, yang bermaksud 'buta bahasa' kepada bangsa Parsi dan Greek. Istilah 'ajam masih kekal digunakan sehingga sekarang, cuma kini ia lazimnya merujuk kepada sesiapa yang tidak tahu bertutur dalam lidah Arab.

Jadi apabila Al-Quran turun, mereka begitu terpana dan terkesima dengan keajaiban bahasa yang terdapat di dalamnya. Hatta golongan Musyrikin yang masih lagi tidak mahu memeluk Islam, kadang-kala akan mencuri-curi dengar bacaan Al-Quran yang Nabi baca ketika Baginda bersolat.

Namun di zaman ini, mukjizat keindahan linguistik Al-Quran tidak boleh lagi dijadikan senjata utama untuk mengajak manusia kepada Islam. Walaupun keindahan bahasa Al-Quran telah terbukti berjaya menarik ramai musuh-musuh besar Islam di zaman Nabi seperti Umar al-Khattab, namun di hari ini saya ragu-ragu bahawa George W. Bush akan lembut hatinya kepada Islam apabila dia mendengar bacaan Surah Taha[1] oleh Sheikh Sa'ad al-Ghamidi di dalam iPodnya[2].

Jadi, apa yang indahnya bahasa Arab sehingga ia berjaya menarik Umar kepada Islam tetapi berkemungkinan besar gagal mempengaruhi Bush?

Di dalam setiap hasil sastera sesebuah bahasa, sama ada novel, puisi, pantun, syair, prosa, gurindam dan sebagainya, pasti akan ada kecacatan bahasa di sana-sini. Kecacatan ini orang-orang sastera menggelarkannya sebagai baris lemah. Baris lemah wujud apabila sesuatu ayat dalam sesebuah hasil sastera masih belum cukup sempurna yang mana sebenarnya ia masih boleh diperbaiki lagi.

Dalam karya-karya sastera terbaik yang dikarang oleh William Shakespeare sekali pun, baris lemah tetap wujud, cuma ia tidaklah sebanyak yang terdapat dalam karya-karya yang digarap oleh penulis setahun jagung. Untuk memahami apakah baris lemah ini, kita lihat contoh ayat yang tidak memiliki kecacatan tersebut, iaitu To be or not to be; that is the question yang terdapat di dalam Hamlet. Kita tidak mungkin dapat mengungkapkan To be or not to be; that is the question dalam cara yang lebih indah dan maha sempurna.

Apa pula contoh ayat yang mengandungi baris lemah? Ia banyak terdapat di dalam tulisan saya di blog ini. Pakar bahasa Melayu yang hakiki akan mampu untuk mengolah semula ayat-ayat saya untuk mengurangkan bilangan baris-baris lemah.

Al-Quran mengandungi 6236 ayat dan tiada satu pun yang mengandungi baris lemah. Ini menjadi salah satu punca mengapa tiada seorang manusia pun yang mampu mendatangkan sesuatu yang lebih baik dari Al-Quran. Maka sebab itu apabila Musailamah al-Kadzaab yang mengaku dirinya sebagai Nabi, cuba membawa surah yang sama seperti Al-Quran, dia gagal melakukannya, padahal dia adalah antara bangsa Arab yang sangat fasih dan petah dalam berbahasa.

Hanya dengan keindahan ayat-ayat Allah itu sahaja, dan tanpa memerlukan penjelasan yang panjang lebar tentang apa itu Islam, cahaya iman berjaya menembusi hati-hati golongan Musyrikin waktu itu. Sebab itu seorang sahabat Nabi bernama Uthman bin Mad'ud pernah berkata:
Rasulullah sallahu alayhi wassalam begitu bersungguh-sungguh dan tidak jemu mengajak aku masuk kepada Islam. Akhirnya aku pun mengalah dan memeluk Islam. Namun iman tidak pernah langsung memasuki hatiku sehinggalah aku mendengar ayat[3]:



Harus diingat bahawa iman memasuki hati sahabat Nabi ini bukan kerana tertarik dengan keindahan akhlak Rasulullah, sebaliknya keindahan bahasa Arab itulah yang benar-benar membuka hatinya kepada iman walaupun dia sudah pun Islam di kala itu.

Namun bagaimana pulakah caranya di zaman dahulu, golongan 'ajam yang tinggal di luar jazirah Arab boleh tertarik kepada Islam?

Apabila Islam mula tersebar di luar Tanah Arab, keindahan bahasa Al-Quran sudah tidak begitu lagi relevan untuk memancing manusia kepada Islam. Bagaimana kita mampu untuk menghargai sebuah keindahan yang tidak kita ketahui hujung dan pangkalnya? Keindahan potret Mona Lisa hanya dapat dihayati dengan sebenar-benarnya oleh seorang pencinta seni yang sejati. Keindahan kalkulus hanya dapat dinikmati oleh seorang pencinta matematik yang hakiki.

Demikian jugalah dengan keindahan al-Quran. Ia hanya dapat dirasai oleh mereka yang sungguh-sungguh arif dalam bahasa Arab (menjadi orang Arab tidak bermakna seseorang itu sudah mahir dalam bahasa Arab dan majoriti Arab hari ini juga sebenarnya perlu belajar bahasa Arab).

Maka, akhlak para pendakwah yang merantau di tanah 'ajam memainkan fungsi yang lebih kritikal dalam proses penyebaran Islam di seluruh dunia. Kita ambil contoh bagaimana Islam dibawa masuk ke dalam wilayah Nusantara oleh para pedagang Arab[4]. Apabila pedagang Arab ini melakukan urus niaga dengan penduduk tempatan, mereka tidak melakukannya semata-mata untuk tujuan duniawi. Mereka tidak menipu dalam urusan jual beli. Mereka lebih mengutamakan harga yang berpatutan daripada membuat keuntungan. Apabila ada pelanggan yang tidak mampu untuk membayar hutang kepada pedagang Arab ini, mereka dimaafkan dengan mudah kerana kemaafan dari Allah adalah jauh lebih berharga[5].

Dengan kata lain, para pedagang yang sekaligus menjadi pendakwah ini telah menterjemahkan al-Quran dalam bentuk yang mudah difahami oleh penduduk tempatan yang tidak tahu sama sekali berbahasa Arab. Akhlak adalah satu-satunya terjemahan universal bagi Al-Quran.

SEBUAH KESEDARAN

Mengkritik seorang pemimpin sebagai tidak berakhlak, rendah moral, firaun dan sebagainya, bukanlah sesuatu yang dikeji jika ia terbukti benar. Malah, begitulah sebenarnya interaksi dua hala yang patut berlaku dalam sesebuah kerajaan. Jangan jadi rakyat yang memejamkan mata apabila kecurangan berlaku dalam pemerintahan. Pemimpin pula perlu mencontohi sifat Saidina Umar yang bersyukur apabila ada rakyat yang mahu membetulkan kesilapannya dengan mata pedang[6].

Fitnah dan kecelaruan timbul apabila kita sentiasa mencari kesalahan orang lain tetapi melupakan kekurangan diri sendiri. Kita menuduh kerajaan sebagai zalim dan tidak bertimbang rasa kepada rakyat, tetapi saya pernah juga berhadapan beberapa kali dengan segelintir manusia yang tidak jauh bezanya dengan sifat kerajaan yang didakwanya itu. Kita bersemangat mahu menegakkan negara Islam, tetapi perintah Nabi yang menyuruh kita berbuat baik, berlemah-lembut dan bertimbang-rasa sesama manusia kita abaikan. Di mana hilangnya akhlak kita?

Apabila saya membaca buku The Islamist dan menonton filem Rendition, saya menjadi semakin sukar untuk menolak kata-kata Sheikh Muhammad al-Ya'qoubi dalam Advice To Seekers. Katanya:
"...we need to change [the] direction of Islam in the West. And the way to change it is to bring it from a level of activism to a level of intellectualism. That is to say we need to bring the ummah to [the] higher intellectual level, where the concern of the ummah is the study of the deen and the deliberation on knowledge. Knowledge that belongs to Islamic civilization, knowledge that stems from the Book of Allah, the sunnah of the Prophet sallahu alayhi wassalam and the way of the ulama'.

Not the level of activism because activism is now stemming from a void, from nothing. Just from anger. The level of Islamic activities now is based on anger, frustration, complaints. It should stem from [the] understanding of our legacy. And no ummah, no nations in the world would succeed if it abandons its history, its legacy..."


Secara ringkasnya, perjuangan Islam kini kadang-kala lebih bersifat aktivisme yang lahir dari rasa kecewa, meluat dan sakit hati kepada sistem-sistem yang gagal di sekeliling kita. Tutup mata seketika dan cuba renungkan berapa ramai agaknya pejuang Islam hari ini yang benar-benar sudah khatam sekurang-kurangnya perkara-perkara asas dalam ilmu tauhid, fiqh, tasawwuf dan sirah?

Di samping menambah dan mengamalkan lagi ilmu tentang deen, maka mari juga kita lahirkan kesedaran untuk memperbaiki akhlak kerana ia adalah alat paling penting untuk menjernihkan banyak salah faham tentang Islam dewasa ini.

Bukankah saya sudah nyatakan tadi bahawa "akhlak adalah satu-satunya terjemahan universal bagi Al-Quran". Terjemahan ini dengan mudahnya dapat difahami dengan baik oleh bangsa British mahu pun bangsa Masai.

Rasulullah bersabda, "Aku diutus hanyalah demi menyempurnakan akhlak yang baik"[7]. Kurangkan sifat berkira semasa manusia, tanamkan sifat ihsan, dan semaikan akhlak yang murni, baik di dunia online[8] mahu pun offline.

Anda mahu mengubah dunia? Anda mahu Islam kembali gemilang? Silakan. Namun sedarkan diri anda bahawa yang paling penting, yang paling mudah, tetapi sering diabaikan adalah mengubah diri sendiri.

Kemudian sepanjang kita mencari penyelesaian ke atas masalah kemurungan ummah hari ini, kita akan mendapat satu lagi kesedaran bahawa kita tidak mampu aktif untuk berjuang dalam semua perkara. Maka di sinilah pentingnya pengkhususan dalam perjuangan kita sebagai khalifah Allah. Cari satu sahaja benda yang boleh kita perjuangkan untuk Islam, tidak perlu banyak-banyak. Namun dalam masa yang sama itu tidak bermaksud kita tidak perlu ambil tahu dalam perkara-perkara yang tidak kita pilih.

Apa pun jenis perjuangan Islam yang dipelopori, ia mestilah dilandasi dengan ilmu dan jangan pula kita sempitkan konotasi 'perjuangan Islam' itu semata-mata dengan memperjuangkan sebuah negara Islam. Tidak semua orang mampu mendukung aspirasi tersebut. Jadi realistik. Bahkan, Islam sendiri memerlukan perjuangan dalam pelbagai lapangan. Berbakti kepada kedua ibu bapa adalah berjuang di jalan Allah juga.

Biar pun perjuangan kita itu kecil dan tidak setanding dengan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam, tetapi saya kira semua orang ada peranannya yang tersendiri untuk memastikan bumi ini menjadi tempat yang lebih selesa dan selamat untuk didiami oleh manusia; tanpa mengira agama, bangsa dan jantina. Kepada yang masih mencari-cari apa yang ingin diperjuangkannya:
Do one thing and do it well because we don't want to become jack of all trades and master of none!
---

NOTA KAKI:

[1]^Saidina Umar al-Khattab terus memeluk Islam setelah adiknya, iaitu Fatimah, membacakan Surah Taha kepadanya.

[2]^Ya, Bush adalah pengguna iPod:
http://www.youtube.com/watch?v=Gb7iOvS7Akc

[3]^Surah an-Nahl, 90.

[4]^Ketika di sekolah menengah, mungkin kita ada belajar tentang teori kemasukan Islam ke Alam Melayu Nusantara. Ia melalui 3 cara; dari Arab, China dan India. Ketiga-tiga teori ini masing-masing ada bukti yang menyokongnya. Namun saya berpendapat bahawa Islam di Nusantara lebih kuat dipengaruhi oleh para pedagang dari Tanah Arab yang tinggal di kawasan Hadhramaut, Yaman. Sebabnya?

Pertama, kawasan Hadhramaut memiliki ramai keturunan Nabi sallahu alayhi wassalam. Keturunan Nabi yang ada di Nusantara ini juga sebenarnya adalah cucu-cicit kepada pedagang-pedagang Arab dari Hadhramaut yang datang ke tanah air kita beratus-ratus tahun yang lampau dan ia boleh disahkan melalui salasilah keluarga mereka. Malah seperti di Nusantara juga, penduduk Arab di Hadhramaut ini turut memegang mazhab Shafi'i dalam urusan fiqh seharian.


Klik gambar untuk paparan peta taburan mazhab yang lengkap.

Kedua, walaupun terdapat sub-teori yang mengatakan bahawa pedagang Arab itu sebenarnya adalah dari Mesir, dan bukan dari Hadhramaut, namun saya mengemukan pula Teori Kain Pelikat. Kain pelikat yang selalu digunakan oleh lelaki Muslim di Malaysia dan Indonesia adalah sesuatu yang sering dipakai oleh penduduk Arab di Hadhramaut. Jarang-jarang sebenarnya kita melihat orang Arab memakai kain pelikat. Walaupun lelaki Arab Mesir juga kadang-kala dilihat memakainya, namun menurut ustaz saya yang pernah belajar di Hadhramaut dan tinggal pula di Mesir, orang Arab Mesir biasanya memakai kain pelikat selepas mereka selesai berjimak dan bukannya untuk mendirikan solat.

[5]^Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, maka pada Hari Kiamat nanti Allah akan menaunginya di bawah naungan Arasy, yang mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali adalah naungan-Nya.
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

[6]^Sewaktu Saidina Umar al-Khattab baru diangkat menjadi Khalifah ar-Rasyidin yang kedua, seorang sahabat berkata, yang lebih kurang, "Wahai Umar, jika engkau tidak betul, akan aku betulkan engkau dengan pedangku!" Lalu Umar pula menjawab, "Alhamdulillah kerana ada di kalangan umat Muhammad yang mahu membetulkan kesalahan aku dengan pedangnya".

(Jika ada sebarang sumber yang mengandungi perbualan ini, sila beritahu saya. Saya tidak ingat tajuk dan pengarang bukunya kerana ia tiada pada saya)

[7]^Hadith riwayat Imam Al-Bukhari, Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada Abu Hurairah.

[8]^Walaupun internet menyediakan ruang anonymity, namun itu tidak bermakna kita boleh memaki-hamun, mengeluarkan kata-kata kesat, malah lebih teruk lagi melakukan fitnah!

sumber
Forgotten Lessons

Tuesday, January 29, 2008

TAJDID SEGAR TIDAK MENOLAK APA YANG BENAR & BERKESAN

SHAMIL MENULIS:

Assalamualaikum..
Segala puji hanya bagi Allah SWT.

Pelik!
Blog ini dibina atas unsur kritikan kepada salafi.
Apakah semua salafi itu sesat?
Yang pasti Ustaz Hasrizal pun adalah seorang salafi...

January 25, 2008 9:40 PM



PENJELASAN KITA:

Wlksm Tuan Shamil,

PERTAMA

Blog ‘TAJDID SEGAR TAJDID SEBENAR’ ini TIDAK SAMA SEKALI dibina atas unsur kritikan kepada salafi (Salafi Wahabi). Blog ini mengutamakan saranan-saranan Dakwah Tajdid Segar. SALAH SATU CABANG daripada saranan Dakwah Tajdid Segar ialah mengekang VIRUS-VIRUS DALAMAN ISLAM yang dikenali sebagai VIRUS 6 BERADIK. Salah satu daripada VIRUS 6 BERADIK ini ialah fahaman SALAFI WAHABI.

Jadi tuan sebenarnya baru melihat SATU RANTING daripada sekian banyak dahan-dahan Dakwah Tajdid Segar.

Bahan-bahan di bawah dapat memahamkan kita tentang Dakwah Tajdid Segar:


KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

DAKWAH TAJDID SEBENAR

PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG TAJDID SEGAR

HIMPUNAN SARANAN TAJDID SEGAR (bah 1)

SEPUTAR TABLIGH, JEMAAH-JEMAAH & TAJDID SEGAR (bah 1)

TIDAK BERMAZHAB BIDAAH TERBAHAYA- Ramadhan al Buti

6 VIRUS DALAMAN

Fatwa Hiburan: QARDHAWI jawab ALBANI

KATAKAN TIDAK KEPADA WAHABI





KEDUA

Adakah semua salafi itu sesat?

Hanya salafi yang sesat sajalah yang sesat.

Semua jemaah-jemaah Islam ‘salafi’. Mungkin yang anda maksudkan ‘salafi’ itu ialah Salafi Wahabi. Kita jangan terpengaruh dengan dakwaan kaum Salafi Wahabi kononnya mereka ‘salafi’ yang lain-lain tidak.

SALAFI SEBENAR punyai BANYAK ciri. Tiga antaranya berjimat, menyatu-padukan dan merugikan musuh-musuh Islam. Padahal fahaman Salafi Wahabi merugikan masa umat Islam (dengan menjadikan perbincangan isu-isu khilaf sebagai agenda besar mereka), memecah-belahkan perpaduan umat Islam (kerana umumnya mendakwa fahaman mereka sajalah yang bersesuaian dengan al-Quran dan as-Sunnah) dan secara tidak langsung membantu kerja-kerja musuh-musuh Islam menjahanamkan Islam (kerana memecah-belahkan umat).

Kesaimpulannya, mereka bukan ‘salafi’ tetapi Salafi Wahabi- dua manhaj yang jauh berbeza.

SESAT itu bergantung kepada maksud SESAT pada diri tuan. Apakah SESAT itu bermaksud:

masuk neraka?

terkeluar daripada Islam?

banyak bawa keburukan berbanding kebaikan?

ada kesalahan sedikit-sedikit di sana-sini?

ataupun yang lain-lain?

Dengan membaca tulisan-tulisan di bawah, para pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat lagi kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh fahaman Salafi Wahabi:


PELUMBA TAJDID

KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH

BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYAT (bah 1)

BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYAT (bah 2)

BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT (bahagian 3)

USTAZ ZAMIHAN vs USTAZ ASRI

USTAZ ZAMIHAN BETULKAN KESALAHAN DR. ASRI LAGI

QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK

KERESAHAN BANG GURU

FIKRAH AL-AHKAM DINILAI

SALAFI TULEN MENDAKWA DR. ASRI AHLUL BIDAAH?

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah. 1 dpd 2)

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah. 2 dpd 2)

SALAFI TULEN MENOLAK DEMOKRASI?

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MENOLAK SALAFI TUA

PENANGAN TAJDID SEGAR: Salafi Tua @ Wahhabi Mula Mengamok!

MENOLAK DAKYAH DR. ASRI





KETIGA

Ustaz Hasrizal seorang salafi.

Di sini kita boleh lihat SALAH SATU perbezaan yang jelas antara pendokong Tajdid Segar dengan Tajdid Salafi Wahabi. Berulang kali sudah kita jelaskan, Tajdid Segar hanya MENOLAK APA YANG SALAH dan APA YANG LEMAH sahaja daripada fahaman Salafi Wahabi dan VIRUS 6 BERADIK lainnya. APA YANG BENAR dan BERKESAN tidak pernah kita tolak.

Mungkin kita beranggapan sebegitu kerana kita terbiasa dengan cara Salafi Wahabi- apabila tidak sehaluan dengan seseorang itu biasanya mereka tolak habis-habisan termasuklah yang benar.

Thomas Alva Edison ialah salah seorang idola saya. Apakah hanya kerana saya mengambil apa yang baik dan berkesan daripadanya maka saya dihukum Kristian, ataupun Yahudi, ataupun sesat dan sebagainya? Tentu tidak kan?

Begitu jugalah dalam hal Ustaz Hasrizal.

Dan apa yang saya perhatikan daripada mindanya di blognya, kesalafiwahabiannya tidaklah seteruk mereka yang di al-Ahkam.net, Dr Asri mahupun Rasul Dahri.

Kita juga boleh lihat, artikel-artikelnya yang dipetik tetap disaring. Apa saja yang dilihat boleh membantu perkembangan dakyah Salafi Wahabi ada disertakan ulasan dalam kurungan.

Tulisan-tulisan berikut insyaallah dapat memantapkan lagi pemahaman kita:



HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira

CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA

LAGI CUBAAN BELA AZWIRA: Diskusi Alex-Aljauzi

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (6)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (5)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (4)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (3)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (2)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (1)

SEANDAINYA PENCERAMAH SALAFI TUA @ WAHHABI DATANG

SEANDAINYA PENCERAMAH SALAFI TUA @ WAHHABI DATANG (bah. akhir)

Mereka Sanggup ketepikan Al-Kitab & As-Sunnah



Baca, renung dan kaji, serta mohon petunjuk Tuhan.

Monday, January 28, 2008

Jenayah Iselam Liberal ke atas Al-Quran

Episod baru perkembangan liberalisme pemikiran (Iselam Liberal & Sekular) adalah penghujatan (kritikan ke atas) Al-Qur'an. Seorang dosen IAIN bahkan menulis "Edisi Kritis al-Quran." Baca CAP ke-97 Adian Husaini


Umat Islam Indonesia sekarang memasuki babak baru yang sangat penting dalam menentukan masa depannya. Arus sekularisasi dan liberalisasi yang kini diusung dan digelindingkan sendiri oleh sejumlah tokoh, kampus dan organisasi Iselam telah menemukan bentuknya yang mendekati apa yang sudah berlaku di dunia Kristian.

Gagasan liberalisasi yang ratusan tahun lalu digelindingkan di dunia Yahudi dan Kristian kini dipaksakan kepada Islam. Maka, apa yang selama ini tidak pernah terpikirkan oleh umat Islam, sekarang sudah mulai mesti dipikirkan.

Salah satu isu penting yang digelindingkan kaum liberal adalah masalah isu kesempurnaan al-Quran. Kaum Liberal yang menganut paham pluralisme agama (umumnya semua agama benar) tampaknya tidak rela, kalau kaum Muslim masih saja mendakwa, hanya agamanya saja yang benar, dan hanya Kitab Sucinya (al-Quran) saja yang benar.

Sesuai dengan fahaman pluralisme agama, semua agama harus didudukkan pada posisi yang sejajar, sedarjat, tidak boleh ada yang mendakwa lebih tinggi, lebih benar, atau paling benar. Begitu juga dengan pemahaman tentang Kitab Suci. Tidak boleh ada kelompok agama yang boleh mendakwa hanya kitab sucinya saja yang suci.

Oleh itu projek liberalisasi Islam tidak akan lengkap jika tidak menyentuh aspek kesucian al-Quran. Mereka berusaha keras untuk meruntuhkan keyakinan kaum Muslimin yang mengakui al-Quran adalah Kalamullah, bahwa al-Quran adalah satu-satunya Kitab Suci yang suci, bebas daripada kesalahan. Mereka mengabaikan bukti-bukti al-Quran yang menjelaskan tentang kesempurnaan al-Quran, dan kekeliruan dari kitab-kitab agama lain.

Kata seorang yang aktif menjadi penyebar fahaman liberal di Indonesia: "Tapi, bagi saya, all scriptures are miracles, semua kitab suci adalah mukjizat. (Jawa Pos, 11 Jan. 2004).



Jadi, orang tersebut tidak mahu mengakui al-Quran adalah satu-satunya Mukjizat yang masih tersisa di zaman akhir ini, yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Padahal, begitu banyak ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kesempurnaan al-Quran dan tindakan kaum Yahudi dan Kristian yang telah mengubah kitab sucinya sendiri, sehingga menurut al-Quran, kitab suci mereka itu sekarang menjadi tidak suci lagi. Misalnya, Allah SWT berfirman:

"Sebahagian dari orang-orang Yahudi mengubah kalimat-kalimat dari tempatnya."

(An Nisa: 46)

Juga firman-Nya:

"Maka apakah kamu ingin sekali supaya mereka beriman karena seruanmu, padahal sebagian mereka ada yang mendengar firman Allah, lalu mengubahnya sesudah mereka memahaminya, sedangkan mereka mengetahuinya."

(al-Baqarah:75)

Dan firman-Nya: "Sungguh celakalah orang-orang yang menulis al-kitab dengan tangan mereka, lalu mereka katakan: "Ini adalah dari Allah." (mereka lakukan itu) untuk mencari keuntungan sedikit. Sungguh celakalah mereka karena aktivitas mereka menulis kitab-kitab (yang mereka katakan dari Allah itu), dan sungguh celakalah mereka akibat tindakan mereka.

(al-Baqarah:79)

Itulah penjelasan al-Quran tentang kitab-kitab kaum Yahudi dan Kristian. Semestinya, sebagai orang yang mengaku Muslim, tentu ayat-ayat al-Quran itu menjadi pegangan hidup dan pedoman berfikirnya. Sebab, al-Quran adalah landasan utama keimanan seorang Muslim. Jika tidak mau mengakui kebenaran al-Quran, untuk apa mengaku Muslim!

Konsistensi berfikir seperti ini sangat penting, sehingga tidak memunculkan kerancuan dan ketidakjujuran dalam beragama. Bagi kaum Kristian yang percaya Bible, tentu akan menolak al-Quran. Itu sudah normal dan wajar. Aneh, kalau seseorang itu tetap mengaku Kristian, tetapi pada masa yang sama juga mengaku percaya kepada kenabian Muhammad saw dan kebenaran al-Quran.

Adalah aneh dan keluar dari logik kebiasaan, kalau ada yang mengaku Muslim tetapi mengingkari kesucian al-Quran dan sekaligus juga mengimani kesucian kitab-kitab agama lain saat ini, yang sudah jelas-jelas banyak bahagiannya yang bertentangan dengan al-Quran. Apalagi menyatakan bahawa semua kitab suci agama-agama lain adalah mukjizat. Sungguh pernyataan yang tidak masuk akal. Apakah Kitab Suci aliran kebatinan Darmo Gandul dan Gatholoco juga mukjizat?

Tetapi, rupanya para penyebar dan pengusung idea-idea liberalisme di kalangan kaum Muslim, tidak berhenti sampai di situ. Mereka kini aktif menulis berbagai buku dan artikel yang cuba menggoyahkan keyakinan kaum Muslim terhadap kesucian al-Quran.

Seorang dosen Ulumul Quran di satu IAIN di Indonesia menulis satu makalah berjudul "Edisi Kritis al-Quran", yang isinya menyatakan: "Uraian dalam paragraf-paragraf berikut mencuba mengungkapkan secara ringkas proses pemantapan teks dan bacaan al-Qur'an, sembari menegaskan bahawa proses tersebut masih meninggalkan sejumlah masalah mendasar, baik dalam ortografi teks maupun pemilihan bacaannya, yang kita warisi dalam mushaf tercetak dewasa ini. Karena itu, tulisan ini juga akan menggagas bagaimana menyelesaikan itu lewat suatu upaya penyuntingan edisi kritis al-Qur'an."

Jadi, si dosen itu ingin meyakinkan kepada kita, bahawa al-Quran kita saat ini masih bermasalah, tidak kritis, sehingga perlu diedit lagi. Dosen itu pun menulis sebuah buku serius berjudul "Rekonstruksi Sejarah al-Qur'an" yang juga meragukan keabsahan dan kesempurnaan Mushaf Utsmani.

Dia tulis dalam bukunya (2005:379-381): "Terdapat berbagai laporan tentang kewujudan bahagian-bahagian tertentu al-Quran yang tidak dirakam secara tertulis ke dalam mushaf oleh Zayd, dan karena itu menggoyahkan kesempurnaan serta integriti kodifikasi Utsman. Dengan demikian, pandangan dunia tradisional telah melakukan sakralisasi terhadap suatu bentuk tulisan yang lazimnya dipandang sebagai produk budaya manusia."

Jadi, sekali lagi, penulis buku itu cuba mendakyahkan mushaf Utsmani masih bermasalah, dan tidak layak disucikan. Yang ironis, buku ini diberi kata pengantar oleh Prof. Dr. Quraish Shihab, tanpa memberikan kritik yang bererti.

Dalam pengantarnya, Quraish menulis, "Kasarnya, ada sejarah yang hilang untuk menjelaskan beberapa ayat atau susunan ayat al-Quran dari surat al-Fatihah sampai surat al-Nas."

Penulis lain, seorang calon doktor dari satu Universiti di Australia yang juga rajin mempromosikan fahaman liberalisme, menulis sebuah catatan: "Sebagian besar kaum Muslim meyakini bahwa Al-Quran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara verbatim, baik kata-katanya (lafdhan) maupun maknanya (ma'nan).

Keyakinan semacam itu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan teologis (al-khayal al-dini) yang dibuat oleh para ulama sebagai bagian dari formalisasi doktrin-doktrin Islam."

Ada lagi sebuah tesis master di Universitas Islam Negeri Yogyakarta (Dulu: IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta), yang secara terang-terangan juga menghina Mushaf Utsmani. Tesis itu sudah diterbitkan dalam sebuah buku berjudul: "Menggugat Kesempurnaan Wahyu Tuhan", dan diberi kata pengantar dua orang doktor dalam bidang pengajian Islam, dosen di pascasarjana UIN Yogyakarta. Di dalam buku ini, misalnya, kita boleh menikmati hinaanterhadap al-Quran seperti kata-kata berikut ini:

"Setelah kita kembalikan wacana Islam Arab ke dalam dunianya dan melepaskan diri kita dari hegemoni budaya Arab, kini saatnya, kita melakukan usaha pencarian pesan Tuhan yang terperangkap dalam Mushaf Utsmani, dengan suatu metod dan pendekatan baru yang lebih kreatif dan produktif. Tanpa menegaskan besarnya peranan yang dimainkan Mushaf Utsmani dalam mentransformasikan pesan Tuhan, kita terlebih dulu menempatkan Mushaf Utsmani itu setara dengan teks-teks lain. Dengan kata lain, Mushaf itu tidak sacral dan absolute, melainkan profan dan fleksibel. Yang sakral dan absolut hanyalah pesan Tuhan yang terdapat di dalamnya, yang masih dalam proses pencarian. Karena itu, kini kita dibolehnkan bermain-main dengan Mushaf tersebut, tanpa ada beban sedikitpun, beban sakralitas yang melingkupi perasaan dan pikiran kita."

Fenomena menghujat al-Quran seperti dilakukan oleh para sarjana dari kalangan Muslim semacam ini adalah fenomena baru dalam sejarah Islam Indonesia. Selama 350 tahun dijajah Belanda, fenomena semacam ini tidak pernah ada. Hal semacam ini sudah begitu lumrah dalam tradisi Kristian. Kritik terhadap Bible sudah menjadi hal biasa. Mereka sudah mengembangkan satu bidang ilmu yang dikenal dengan nama "Biblical Criticism".

Tradisi Kristian semacam ini sekarang dibawa masuk ke dalam tradisi Islam oleh orang-orang dari kalangan Muslim sendiri, yang terpengaruh oleh tradisi Kristian. Jika kita semak sebuah buku berjudul "Penafsiran Alkitab dalam Gereja: Komisi Kitab Suci Kepausan" (Yogyakarta: Kanisius, 2003), tampak bagaimana pengaruh pengajian Bible telah merasuk ke dalam pengajian al-Quran di perguruan-perguruan tinggi Islam di Indonesia.

Para penyerang al-Quran sebenarnya hanya menciplak idea-idea dan bukti-bukti yang disodorkan oleh para orientalis Yahudi dan Kristian. Boleh jadi, mereka juga mengambil fakta-fakta yang telah ditulis oleh para ulama Muslim. Tetapi, dianalisa dalam perspektif sesuai kepentingan orientalis.

Jauh sebelumn itu, pada tahun 1927, Alphonse Mingana, pendeta Kristian asal Iraq dan guru besar di Universiti Birmingham Inggeris, sudah mengimbau bahawa "sudah tiba saatnya sekarang untuk melakukan kritik teks terhadap al-Quran sebagaimana telah kita lakukan terhadap kitab suci Yahudi yang berbahasa Ibrani-Arami dan kitab suci Kristen yang berbahasa Yunani (The time has surely come to subject the text of the Kur̢۪an to the same criticism as that to which we subject the Hebrew and Aramaic of the Jewish Bible, and the Greek of the Christian scriptures)."

Imbauan pendeta Kristian dan tokoh studi Islam itulah yang kini diikuti oleh begitu banyak sarjana dari kalangan Muslim. Fenomena penyerangan terhadap al-Quran ini semestinyanya menjadi perhatian paling serius oleh para ulama dan cendekiawan Muslim. Ini adalah bentuk kemungkaran yang sangat besar. Sebab, mereka telah membongkar satu asas keyakinan kaum Muslim yang paling asas, iaitu tentang kesucian al-Quran. Mungkin para penghujat al-Quran itu sedang khilaf. Mungkin ia merasa menemukan sesuatu yang hebat sehingga merasa dirinya lebih hebat dari para Imam dan ulama Islam terkemuka. Mungkin juga mereka sekedar iseng, karena motif-motif tertentu. Atau, mungkin juga ia merasa menemukan kebenaran.

Terlepas dari semua itu, buku-buku atau artikel yang mereka terbitkan, tidak boleh dibiarkan begitu saja. Cendekiawan muslim wajib menjawabnya dengan cara-cara ilmiah yang lebih baik dari karya-karya mereka.

Tentu saja ini bukan tugas yang ringan, dan memerlukan peruntukan kewangan yang sangat besar. Sebab, harus mengumpulkan literatur-literatur yang sangat banyak. Sayangnya, dalam Kongres Umat Islam yang baru lalu, masalah ini tidak disentuh. Padahal, masalah ini jauh lebih serius daripada masalah bencana alam, pornografi, dan sebagainya. Bukankah Rasulullah saw sudah berpesan, jika kita melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan, lisan, atau hati. Yang menjadi masalah besar saat ini adalah ketika para cendekiawan Muslim sendiri tidak faham, bahawa saat ini telah terjadi kemungkaran yang besar semacam ini. Wallahualam.

Artikel asal berbahasa Indoensia

(Jakarta, 29 April 2005/Hidayatullah.com).

Jangan Tumpukan Akhirat Sahaja

SOALAN:
Saya mempunyai rakan yang sangat obses kepada akhirat. Ini menyebabkan dia kurang bergaul dan hanya menumpukan masa kepada ibadat seperti solat dan membaca al-Quran.


Apa yang merunsingkan saya ialah dia melakukan ibadat tersebut tanpa mengira waktu termasuk semasa bekerja. Adakah perbuatan sedemikian bertepatan dengan syarak?


JAWAPAN:
Apabila seseorang itu sangat obses dengan akhirat, sepatutnya dia akan lebih kuat bekerja, banyak berusaha dan tidak menyerahkan kepada takdir tanpa berusaha. Malahan kalau kita maklum esok akan kiamat, hari ini masih lagi harus bercucuk tanam.


Ingat dan beriman kepada hari akhirat sangat dituntut supaya lahirnya sifat-sifat terpuji pada manusia. Kerana orang yang sebegini akan lebih berhati-hati dengan dunia. Akhirat adalah tempat kita beroleh hasil, dan hasilnya mestilah yang baik lagi berkualiti.


Ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat. Maka tidak akan diringankan seksa mereka dan mereka tidak akan ditolong. (al-Baqarah: 86).


Selagi mana kerja yang dilakukan tidak dicemari dengan perkara haram, maka selagi itulah kerja itu akan menjadi ibadat. Adapun perbuatan mengasingkan diri (*secara senagaj-pengendali) tidak mencampuri orang adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan Islam.


Jika lihat kepada petunjuk al-Quran, kita akan dapati ayat-ayatnya menyebut ……barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah…. Apa yang jelas di sini ialah apabila seseorang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat hendaklah menyusuli kata-kata atau pengakuan itu dengan perbuatan.


Ada juga disebut dalam satu athar di mana Rasulullah s.a.w pernah menegur golongan yang duduk di masjid tanpa berusaha mengharapkan belas ihsan orang lain.


Dalam sepotong ayat Allah s.w.t mendidik Nabi-Nya s.a.w yang bermaksud: Dan carilah pada apa yang Telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah Telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77).


Tiada manusia yang lebih zuhud terhadap dunia melainkan Nabi Muhammad s.a.w, namun Allah mengajar kekasih-Nya supaya tidak lupa pada dunia. Kalau Nabi s.a.w tidak memikirkan urusan dunia mungkin Madinah juga tidak tertegak. Malah, pastinya baginda tidak akan menyuruh umatnya mencari kehidupan dunia.


Nabi s.a.w mengajar umatnya berniaga, berdagang, berkerja, menegah kita dari berpeluk tubuh atau bersikap malas. Jika diteliti kita akan dapati baginda tidak mengabaikan tuntutan dunia, malahan mengajar umatnya akan bersikap sederhana dan tidak melampaui batas.


Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama, jika umat tidak mahu dunia, kita mahu berikan kepada siapa? Dan akhirnya umat Islam akan merempat di tanah air sendiri.


Adapun mengambil waktu kerja untuk melakukan ibadat sunat tidak wajar. Majikan membayar gaji kepada seorang pekerja berdasarkan akadnya dengan majikan. Gaji dibayar mengikut skop kerja yang kita lakukan.


Akad kita dengan majikan adalah amanah, orang mengabaikan amanah adalah orang yang kehilangan ciri keimanannya. Sedangkan kerja yang halal juga ibadat.


sumber

Saturday, January 12, 2008

Al-Ghazzali Sasaran Liberalisasi Agama

DISIARKAN DI MAJALAH I (*majalah ini banyak juga promosikan fahaman Salafi Wahabi, berhati-hati-Alex))KELUARAN SEPTEMBER 2005


Islam telah memberikan kedudukan yang penting kepada Ulama kerana mereka adalah penyambung kepada misi penyebaran risalah Islam yang ditinggalkan oleh rasul terakhir iaitu Muhammad bin Abdillah SAW. Peredaran masa dan perubahan persekitaran menjadikan ketulenan risalah Islam terdedah kepada cabaran ketidak mampuan manusia memikul beban menjaganya. Walaupun Allah SWT telah memberi jaminan untuk Bertindak dengan DiriNya sendiri sebagai Pemelihara syariat Islam [Al-Hijr 15: 9], namun Sunnatullah menetapkan kepada perlunya mengambil asbab. Oleh yang demikian, di bahu ulama Islam itulah terpikulnya amanah yang besar memindahkan Islam dari satu generasi ke generasi yang lain.


Abu Darda’ meriwayatkan di dalam suatu hadith yang panjang bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “… dan sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris kepada para Nabi” [riwayat Abu Dawood].


Oleh kerana itu, Allah SWT telah mengikat para ulama dengan beberapa kriteria utama, di antaranya adalah sifat mereka sebagai orang yang paling takut kepada Allah [Faathir 35: 28]. Kesedaran terhadap tanggungan mereka di hadapan Allah sebagai benteng pertahanan agamaNya, menimbulkan rasa takut yang terbit dari dalam hati dan seterusnya mengawal diri dari cuai dan cemar.


Amat mudah untuk kita menerima betapa rasionalnya penghormatan yang diberikan oleh umat Islam kepada institusi ulama’ kerana dari merekalah suluhan syariat Allah itu dipelajari. Walaupun begitu, penghormatan ini adalah atas nilai agama dan bukannya bersifat peribadi sehingga mengundang sifat taasub dan mengangkat para ulama ke darjat yang lebih daripada apa yang telah diperuntukkan oleh Allah SWT.


Di antara tokoh ulama yang terbilang di dalam sejarah keilmuan Islam adalah Abu Hamid al-Ghazzali. Ketokohannya dapat dilihat melalui pelbagai gelaran yang dinisbahkan kepada beliau seperti Hujjah al-Islam, Zayn ad-Din dan sebagainya. Al-Imam al-Ghazzali begitu cemerlang di dalam hampir apa sahaja bidang yang diceburinya sebagaimana yang diperakui oleh Ibn Katheer di dalam al-Bidayah.


CEMUHAN ASTORA JABAT TERHADAP AL-GHAZZALI


(*Selain golongan Iselam Liberal, golongan Salafi Wahabi juga banyak membuat kritikan melampau terhadap al-Ghazali)Amat mengejutkan apabila Astora Jabat selaku ketua editor Majalah al-Islam telah mengeluarkan suatu justifikasi yang luar biasa terhadap al-Ghazzali. Tulisannya di dalam majalah berkenaan, keluaran Mei 2005, telah menjadikan al-Ghazzali sebagai subjek tumpuannya di bawah tajuk ‘Ulama Mengkafirkan Ulama’. Beberapa hukuman telah dikenakan ke atas al-Ghazzali melalui artikel itu. Beliau dituduh melakukan ‘keganasan pemikiran’ kerana telah mengkafirkan idea al-Farabi dan Ibn Sina di dalam Falsafah.


Pertembungan al-Ghazzali dengan kedua-dua ilmuan Falsafah itu dihuraikan dengan bersandarkan kepada hadith-hadith yang berkaitan dengan Takfir (perbuatan seorang mengkafirkan seorang yang lain) sehingga menimbulkan satu antara dua. Sama ada al-Farabi dan Ibn Sina menjadi kafir sebagaimana yang dituduh oleh al-Ghazzali, atau tuduhan kafir itu terpulang balik dan menimpa al-Imam al-Ghazzali sendiri. Akhirnya, mahkamah Astora Jabat telah memutuskan bahawa perbuatan al-Ghazzali itu tidak membawa kepada pembatalan iman sebagaimana yang difahami secara literal melalui hadith-hadith rujukan beliau. Bahkan al-Ghazzali hanya berdosa besar kerana mengkafirkan al-Farabi dan Ibn Sina!


Agak sukar untuk ditentukan apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh Astora Jabat melalui isu semacam itu yang turut diperpanjangkan di dalam artikelnya yang menyusul di dalam Majalah al-Islam keluaran Jun 2005. Beliau mengkritik perbuatan al-Ghazzali dengan nada seperti mengkritik seorang ‘lebai kampung’ yang mengkafirkan seorang yang tidak sebulu dengannya. Atau seumpama seorang penceramah ‘gear lima’ parti Islam yang mengkafirkan seorang anggota parti Taghut yang menolak Islam! Ulasan Astora Jabat itu meninggalkan kesan negatif bukan hanya kepada al-Ghazzali tetapi kepada kedudukan ulama secara keseluruhan. Akhirnya, apa yang terbayang di fikiran pembaca, hanyalah kelakuan cela dan dosa besar para Ulama yang selama ini dianggap sebagai pemimpin rohani umat. Siapa lagi yang boleh diikut dalam soal beragama, jika al-Ghazzali sendiri telah jatuh tersepuk di kancah dosa besar? Akibatnya, ramai umat Islam yang mengambil keputusan untuk bebas diri, tidak terikat dengan suluhan ulama dan masing-masing terpaksa ‘ikut kepala sendiri’ untuk mengamalkan Islam kerana tiada siapa lagi yang boleh dipercayai.


ASAS SERANGAN AL-GHAZZALI TERHADAP AL-FARABI DAN IBN SINA


Karya pertama al-Ghazzali di dalam Falsafah adalah bukunya yang bertajuk Maqasid al-Falasifah yang telah selesai dikarang pada 488H / 1095. Di dalam buku ini, beliau telah menghuraikan asas kepada peripatetic philosophy yang diasaskan oleh Aristotle bersangkutan dengan Logik, Fizik dan Metafizik. Beliau menulis buku ini secara objektif tanpa kecenderungan kepada mana-mana aliran. Ia seolah-olah menjadi muqaddimah kepada kritikan yang bakal dibuat oleh al-Ghazzali terhadap beberapa aspek Falsafah di dalam buku keduanya iaitu Tahafut al-Falasifah.


Mungkin pendekatan al-Ghazzali di dalam Maqasid yang tidak mengkritik sebaliknya hanya membentangkan ajaran neo-Platonist Arab tanpa komen, menyebabkan sesetengah kita menuduh al-Ghazzali sebagai sebahagian daripada neo-Platonist sebaris dengan al-Farabi dan Ibn Sina. Namun perlulah diperjelaskan di sini bahawa, Maqasid al-Falasifah tidak sepatutnya dianggap sebagai sebuah hasil karya yang berdiri sendiri. Sebaliknya ia adalah bahagian pertama strategi al-Ghazzali untuk menembak Falsafah neo-Platonist yang dilakukannya di dalam karangan kedua beliau iaitu Tahafut al-Falasifah.


TAHAFUT AL-FALASIFAH DAN SERANGAN AL-GHAZZALI


Al-Ghazzali telah menyebut di penghujung al-Maqasid bahawa mereka yang ingin mengetahui tentang kebenaran dan kebatilan Falsafah hendaklah menelaah Tahafut. Di dalam Tahafut al-Ghazzali telah membahaskan secara terpeinci tentang 20 perkara; yang mana 3 daripadanya melibatkan soal kekufuran dan 17 perkara yang bersangkutan dengan soal bid’ah.


Ketiga-tiga perkara tersebut adalah pandangan ahli Falsafah tentang sifat qadim bagi alam, ilmu Allah tidak mencakupi perkara-perkara juz’i dan dakwaan mereka bahawa kebangkitan manusia pada hari Akhirat kelak hanya terhad kepada roh sahaja, tanpa jasad. [Tarikh al-Falsafah fi al-Islam, Professor T. J. De Bour, Amsterdam University, Dar an-Nahdah al-Arabiyyah]


Ahli Falsafah seperti al-Farabi dan Ibn Sina telah melakukan kesilapan kerana cuba untuk menundukkan persoalan di luar tabi’i dengan teori-teori yang bebas berpandukan akal semata-mata. Keterlaluan akal dan Falsafah di dalam hal ini telah mencetuskan kelahiran sekelompok pemikir bebas di kalangan umat Islam yang menolak beberapa ibadah dan syiar Islam seperti persoalan solat dan keperluan meninggalkan larangan agama. Pada rasional golongan ini, ajaran syariat tidak membantu pencapaian intelektual lantaran kekaguman melampau mereka kepada Socrates, Plato, Aristotle dan lain-lain. Bagi mereka, amalan agama hanyalah anasir ritual semata-mata. [Ketokohan al-Ghazzali di Dalam Bidang Logik oleh Dr Mohd Fauzi Hamat, Penerbitan Universiti Malaya]


Inilah yang mendorong al-Ghazzali menghukumkan kufur kepada pegangan sedemikian rupa kerana ia mengundang kepada pembatalan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Amat menghairankan, ketika al-Ghazzali bermati-matian mempertahankan kemurnian ajaran Islam dan menegah penyelewengan Falsafah, Astora Jabat menuduh bahawa al-Ghazzali itulah sebenarnya yang membuat keganasan pemikiran dan bukannya peruntuh agama dari kalangan ahli Falsafah berkenaan.


Apakah sebenarnya yang mahu diketengahkan oleh Astora Jabat? Adakah beliau mahu kembali mengambil modal neo-Platonist untuk membuat justifikasi kepada gejala liberalisasi Islam yang menular hari ini?


Memang benar, jika dinilai dari segi disiplin Falsafah serta kemegahan Tamadun Sains umat Islam, al-Farabi dan Ibn Sina adalah tokoh yang disegani. Namun pendirian mereka di dalam tiga persoalan Falsafah tersebut, adalah bertentangan dengan rukun Iman dan manusia dituntut supaya menilai dan menghukum pada yang zahir sahaja sedangkan kepada Allah jualah terserah apa-apa yang tersirat di sebalik kenyataan al-Farabi, Ibn Sina dan yang seumpama dengannya.


Tegasnya, serangan al-Ghazzali terhadap al-Farabi dan Ibn Sina mempunyai asas dan justifikasi yang kukuh dan jelas. Ia jauh sekali untuk dirujuk kepada penegasan Rasulullah SAW tentang fenomena Takfir. Ini bukanlah seperti perbalahan di kedai kopi antara dua manusia bebal yang bermain-main dengan kalimah iman dan kufur. Ia adalah suatu lukisan terhadap garis pemisah di antara iman dan kufur, di antara menyelamatkan agama Allah dengan kebinasaan pembatalan seluruh ajaran Islam itu sendiri.


PUNCA KEKERASAN AL-GHAZZALI


Menurut Dr Mohd Fauzi Hamat di dalam penulisannya bertajuk Ketokohan al-Ghazzali di Dalam Bidang Logik [Penerbitan Universiti Malaya ISBN 983-100-247-4], catatan sejarah menunjukkan bahawa al-Ghazzali tidak mempunyai guru yang khusus di dalam bidang Falsafah, berbeza dengan proses pembelajarannya di dalam bidang Fiqh, Tasawuf dan sebagainya. Beliau hanya diperkenalkan kepada asas ilmu Falsafah semasa menuntut ilmu Kalam bersama al-Juwayni dan sumber-sumber lain di Naysabur dan Madrasah al-Nizamiyyah di Baghdad. Ini diperakui sendiri oleh al-Ghazzali di dalam bukunya al-Munqidz min adh-Dhalal.


Ini dilihat sebagai punca yang membawa kepada pendekatan yang amat keras oleh al-Imam al-Ghazzali kepada ahli Falsafah seperti al-Farabi Ibn Sina. Walaupun kaedah pembelajaran seperti itu telah berjaya membawa al-Ghazzali kepada penguasaan ilmu Falsafah, ketiadaan bimbingan seorang guru dianggap sebagai faktor mengapa al-Ghazzali begitu lantang mengkritik Falsafah [Zaki Mubarak, Al-Akhlaq ‘inda al-Ghazzali, Beirut].


(*Pada bahagian ini, kita kena seimbangkan antara 'berguru' dengan 'ilmu laduni'. Tambah pemahaman kita dengan Risalah al-Laduniyyah oleh Imam al-Ghazali. 'Berguru' memang sangat penting tetapi ia bukan '100 peratus wajib' kerana Allah boleh mengurniakan ilmu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Al-Ghazali sendiri dalam kitab Munqiz itu mengakui dirinya sudah sampai ke kemuncak ilmu falasafah tanpa melalui perguruan. Siapa berani kata al-Ghazali 'tak sedar diri' , 'terperasan', 'sombong', 'membuat dakwaan PALSU' ataupun seumpamanya melalui kenyataannya ini?- Alex)


(*Perbezaan tanggapan bergantung kepada perbezaan tahap pemahaman. Kita nampak gajah 'fiendly' tapi orang yang biasa ke hutan, bertembung dengan gajah sangat tidak diingini. Kita nampak bahaya falsafah Ibnu Sina sebenar busut tetapi al-Ghazali atas ilmunya nampak bahaya tersebut sebesar bukit. Samalah dalam isu Salafi Wahabi. Orang yang tidak faham betul-betul permasalahannya akan nampak bahaya Salafi Wahabi sebesar busut sahaja, tetapi bagi mereka yang beul-betul membuat peneilitan, akan terpamer betapa membukitnya bahaya dan fitnah golongan ini. Taraf pemahamanlah yang menimbulkan perbezaan tanggapan dalam hal ini- Alex)


Kenyataan ini amat rasional di dalam menilai isu mengapa al-Ghazzali mengambil sikap sedemikian terhadap al-Farabi dan Ibn Sina. Ia tidak sewajarnya dilihat sebagai suatu statement untuk merendah-rendahkan al-Ghazzali. Namun ia adalah suatu dimensi yang perlu dipertimbangkan kerana asas interaksi kita bersama ulama adalah dengan berbaik sangka dan bukannya bertepuk tangan ketika bertemu kelemahan.


Sememangnya mengambil ilmu dari buku tidak sama dengan ilmu yang diambil dari seorang guru. Buku memberikan ilmu tetapi ia tidak membimbing sikap pembaca di dalam pemprosesan ilmu tersebut. Tetapi ilmu yang diambil dari seorang guru, adalah ilmu yang diselit dengan panduan dan bimbingan tentang bagaimana ilmu tersebut patut diproses, diamal dan disampaikan kepada orang lain. Barangkali jika al-Ghazzali berguru di dalam ilmu Falsafah, maka sentuhannya mungkin akan lebih bersederhana dan indah sebagaimana sentuhan beliau di dalam ilmu yang berkaitan dengan penyucian jiwa (tazkiyah an-nafs). Hal ini wajar diteliti dengan baik kerana tuduhan Astora Jabat terhadap al-Ghazzali adalah amat tidak wajar.


Beliau membangkitkan suatu isu yang kompleks dan mengelirukan masyarakat hanya untuk membuat justifikasi terhadap perkara kecil. Beliau mendedahkan kontroversi al-Ghazzali vs. al-Farabi dan Ibn Sina kepada pembaca hanya kerana mahu menerangkan bagaimana beliau dapat keluar dari belenggu ketaksuban terhadap ulama̢۪.


Sedangkan bagi kita semua, sikap taasub terhadap mana-mana ulama atau tokoh masyarakat, sememangnya tidak harus berlaku. Kita perlu berlapang dada menerima bahawa al-Ghazzali, asy-Syafi’e, Ibn Taimiyyah atau sesiapa sahaja adalah manusia yang tidak terjamin daripada melakukan ketidak tepatan di dalam menghuraikan maksud agama. Tetapi jauh sekali untuk kita bersorak gembira dan melepaskan diri dari ulama, atas kesedaran bahawa al-Ghazzali dan ulama lain itu telah juga berdosa besar, seperti kita! Pelik sungguh sifir ini…


Wallahu A’lam.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Cheras, Kuala Lumpur
12 September 2005


http://saifulislam.com/?p=322

Pendekatan Dakwah Hendaklah Bersifat Mesra Remaja

DALAM konteks masyarakat Islam di Malaysia, pembangunan bersifat insaniah tidak dapat dipisahkan dengan dakwah Islamiah. Dakwah Islam yang digerakkan mengajak umat ke arah pembentukan nilai murni untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan seharian.

Masa hadapan negara akan dicorakkan generasi muda sekarang. Oleh itu, untuk memastikan negara dapat meneruskan tradisi kecemerlangan, seharusnya kita menekankan aspek pembentukan jati diri remaja berteraskan nilai Islam yang menjadikan remaja berfikir secara matang dan bijak.

Tetapi timbul pula masalah apabila pendekatan dakwah yang diguna pakai tidak mendapat maklum balas positif daripada kebanyakan remaja. Hal ini menyebabkan kegagalan banyak gerakan dakwah mengajak majoriti remaja bersama-sama menyertai mereka. Akhirnya, ramai remaja akan terpinggir di dalam arus dakwah ini.

Memandang keseriusan masalah berkaitan remaja masa kini, perancangan dakwah dalam bentuk baru amat mendesak. Jika diambil kira pelbagai faktor, kita dapat mengenal pasti beberapa pendekatan yang mungkin mampu mengubah persepsi remaja terhadap gerakan dakwah.


Mendekati remaja sebagai 'member' atau kawan adalah antara strategi dakwah yang wajar diambil perhatian. Mengapa kita perlu mendekati mereka sebagai member atau "kawan"? Mengikut hukum sosial remaja, kawan dan rakan sebaya adalah tempat mereka berkongsi segala-galanya melebihi keluarga sendiri.

Banyak buruk dan baik serta kehendak remaja sekarang diketahui kawan berbanding ibu bapa. Kawan juga berperanan dalam mencorakkan hampir separuh warna kehidupannya. Suka atau tidak, itulah fakta yang perlu diakui.

Sebagai member, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan mendekati remaja. Tetapi imej yang ditonjolkan bukan seperti yang menjadi kebiasaan pendakwah dan alim ulama, tetapi imej yang ditonjolkan adalah mesra remaja. Apakah reaksi normal bagi remaja apabila melihat seseorang berjubah, memakai kopiah serta memegang tasbih menghampiri mereka dengan bertujuan ingin berkawan?

Pasti kebanyakan remaja seboleh mungkin mencari ruang untuk mengelakkan diri. Mereka berasa bahawa sesungguhnya mereka tidak layak atau mungkin tidak serasi dengan kawan sebegitu rupa. Kemudian selepas berkawan, adalah tidak wajar kita dengan melulu terus menceritakan mengenai dakwah, Islam, iman, akidah atau pelbagai istilah lain kepada remaja berkenaan, sebaliknya kita perlu belajar mengenali peribadi mereka.

Kita sering tersilap apabila secara terburu-buru ingin berdakwah terhadap remaja, sehingga kita selalu terlupa bahawa remaja tidak berfikir sama seperti apa yang kita fikirkan. Mereka melihat sesuatu perkara pada satu sudut pandang yang berbeza, begitu juga pendakwah daripada gerakan dakwah.

Selepas mengenali mereka dengan mendalam, kita akan mampu melihat bagaimana cara mereka berfikir dan apa sebenarnya masalah mereka hadapi. Selepas mengetahui corak pemikiran mereka, barulah dapat kita fikirkan pendekatan dakwah sesuai dengan peribadi mereka.

Setiap insan memiliki sifat dan cara berfikir berbeza. Kemudian secara perlahan, kita mula membawa sesuatu yang berunsurkan Islamik kepada mereka tanpa mereka sedar. Dengan cara tanpa sedar ini, kita mampu membentuk sifat remaja kepada cintakan dakwah dalam suasana harmoni dan tidak formal. Ini juga menimbulkan rasa selesa kepada remaja kerana dengan cara sebegini, ia dapat membantu membina sikap yang matang dalam berfikir dan tanpa terikat pada mana-mana situasi.

Tetapi perlu diingat, seharusnya dalam dakwah ini tiada paksaan. Tidak bijak apabila kita gagal mendekati remaja, kita menghukum mereka dengan mutlak bahawa mereka adalah generasi yang gagal dan tidak dapat diselamatkan. Kemudian kita mengasingkan mereka di suatu sudut, sehingga kadangkala tanpa kita sedar, kita beranggapan seolah-olah syurga mutlak milik kita.

Jika kita melihat rukun ikatan usyra yang digariskan Imam Hassan Al-Banna, beliau meletakkan tiga perkara asas yang penting iaitu berkenalan atau takaruf, bersefahaman dan berseimbangan. Perkara yang digariskan oleh tokoh hebat ini amat bersesuaian dengan pendekatan dakwah kaedah member ini. Cuma yang membezakan dari segi kaedah pelaksanaan bagaimana ia dilakukan.

Walaupun berbeza dari segi pelaksanaan, kita akan dapati ia menuju matlamat yang sama. Kita seharusnya menjadikan remaja sebagai kawan atau sahabat bagi merapatkan jurang pemisah yang sedia terbina di antara pendakwah dan remaja.

Jika kita gagal melakukannya, cita-cita kita untuk melahirkan modal insan berkualiti akan tinggal dalam bentuk penulisan saja.

Oleh Abdul Azim Roslan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Universiti Teknikal
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM)

sumber

Saturday, January 5, 2008

Mengapa Tidak Bersama Tabligh Lagi?

Wlksm Tuan Abu Qudamah.

Terima kasih banyak kerana sudi berkunjung ke blog dhaif saya ini. Isi kandungan blog ini tidaklah semenarik mana, c uma hampir semua 'posting' adalah nukilan ana sendiri- jarang sangat 'copy n paste'. Itulah sedikit keistimewaannya kalau ada pun.

Jemaah Tabligh satu jemaah yang bagus, cuma saya jenis yang rajin mengkaji dan membanding (dan pastinya juga memohon GERAK daripada Allah SWT). Jadi saya lihat jemaah ini sepatutnya LEBIH SYUMUL. Begitu jugalah dengan kebanyakan jemaah Islam yang ada, BUKAN jemaah Tabligh sahaja. Biasanya mereka akan tumpu kepada dua tiga aspek sahaja dan meninggalkan ataupun mengurangkan banyak aspek penting yang lain.

Dalam dakwah Tajdid Segar, ada beberapa saranan yang mungkin dapat menggambarkan apa yang saya cuba sampaikan kepada anta.
Harap tuan dapat membaca dan memikirkan is kandungan semua yang di bawah ini.

Jaringan Tajdid Segar 1: SATU UMAT
Dalam banyak jemaah Islam (termasuklah Tabligh), tidak ada pendedahan seperti ini. Kadang-kadang seolah-olah dipinggirkan langsung.

Blog MENGAPA ISLAM
http://mengapaislam.wordpress.com/
Dalam banyak jemaah Islam (termasuklah Tabligh), tidak diajarkan ilmu perbandingan agama. Jika ditanya “mengapa anda memilih agama Islam?”, “Mengapa anda tidak memilih Kristian?”, “Mengapa Islam saja yang betul?” dan seumpamanya, para pendakwah ini tidak dapat memberikan satu jawapan yang dapat memuaskan hati penyoal (terutamanya penyoal yang bukan beragama Islam). Jawapan yang diberi hanya dapat memuaskan hati kita yang menjawab sahaja. Penganut agama Hindu pun boleh memberikan jawapan begitu jika ditanya , “Mengapa anda memilih Hindu dan bukan Islam?”.

Belum ada jemaah (termasuklah Tabligh) yang memikir dan berusaha untuk menggerakkan umat Islam sebagai gerakan satu umat, sebaliknya terus selesa dengan apa yang dilaluinya zaman-berzaman sahaja. Hasilnya- kedudukan umat ini masih sama seperti puluhan tahun yang lalu. Jika kita masih sekadar meneruskan apa yang ada pada hari ini, maka keputusannya untuk puluhan tahun akan datang pun sama seperti hari ini juga. Tambahan pula dengan sikap sesetengah jemaah yang tidak ada pun rasa ingin mengikat kerjasama dengan jemaah-jemaah lain.

Kebanyakan jemaah (termasuklah Tabligh) menghidangkan ahli-ahlinya dengan ulama –ulama dan kitab-kitab jemaah mereka sahaja. Tidak digalakkan pun mengambil buah fikiran ulama dan kitab selain aliran mereka. Ini menjadikan minda para pengikut mereka agak tertutup. Rugilah. Dalam dakwah Tajdid Segar, lama-kelamaan kita akan rasa cinta dengan para ulama selain daripada jemaah kita, sama seperti kita mencintai ulama jemaah kita.
Bersama jemaah Tabligh dahulu, saya tidak didedahkan pun dengan pemikiran para ulama dan kitab-kitab mutaakhir selain daripada ulama dan kitab Tabligh. Akhirnya saya merasakan ulama-ulama dan jemaah Tabligh sajalah yang paling berjasa dan paling bekerja dalam seratus tahun terkemudian ini.
Apabila saya meluaskan sedikit minda dan mula mengkaji, ternyata ada lagi jemaah-jemaah dan para ulama yang kadang-kala lebih hebat daripada jemaah Tabligh. Alangkah baiknya jika semua gerak kerja para jemah ini dapat dibincangkan bersama lalu kita bergerak sebagai satu umat…

Jemaah Tabligh seolah-olah meninggalkan dakwah melalui media, tidak ada galakan sedangkan kita lihat begitu banyak surat dakwah Rasulullah. Al Quran sendiri satu media.

Kuliah ILMU TAUHID
Ini perkara asas dalam beragama. Saya tidak nampak para karkun (penggiat usaha Tabligh) didedahkan dengan hal ini. Di peringkat maulana tentu ada, tetapi ilmu mengenal Tuhan ini bukankah sepatutnya didedahkan kepada semua ahli?

Keseimbangan amalan.

Ada orang memberatkan zikir tetapi kurang ambil berita tentang dakwah. Ada orang memberatkan dakwah tetapi kurang ambil tahu tentang hal ehwal dunia Islam. Ada orang memberatkan membaca al-Qran tetapi kurang melakukan solat sunat. Begitulah seterusnya. Keadaan ini menghasilkan individu Muslim yang tidak seimbang amalannya. Hal ini berlaku bukan sahaja kepada sebahagian besar orang awam, malah kepada para ilmuan agama sendiri. Atas kedhaifan pengetahuan kita, kita belum lagi terjumpa ada satu seruan besar-besaran untuk umat Islam memperbaiki hal ini. Dengan itu kita menyerukannya melalui dakwah Tajdid Segar.

Perkara ini telah disentuh dalam artikel “MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG

dan sedikit sambungannya dalam “CONTOH BORANG MUHASABAH DIRI


Keseimbangan pengetahuan.

Ada individu yang secara sedar ataupun tidak menghadkan pengetahuannya dalam hal tertentu sahaja dan mengabaikan banyak cabang-cabang agama yang lain. Kita tidak menentang pengkhususan kerana kita faham kepentingan pengkhususan, tetapi menolak pengkhususan yang menjumudkan pemikiran.

Hal ini disentuh dalam “CARA MENYUSUN FOLDER AGAMA ISLAM” yang boleh direnungkan di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=60&mode=&order=0&thold=0
Kita lihat buku-buku di rumah seseorang pun sudah boleh agak sama ada seseorang itu berusaha untuk menyeimbangkan input ataupun larut dalam jemaah dan ilmu tertentu sahaja.

Saling isi-mengisi antara jemaah.

Walau apapun jemaah yang kita anggotai, apa yang baik dan daripada jemaah-jemaah lain hendaklah kita ambil tahu dan gunakan. Sikap hanya mengambil tahu persekitaran jemaah sendiri sahaja tidak akan membawa umat ini pergi lebih jauh.

Artikel berkaitan bakal menyusul tapi kita boleh mendapat serba-sedikit pemahaman dengan meneliti “PABILA KUAMBIL SESUATU” di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=176&mode=&order=0&thold=0

BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Inilah saranan utama dakwah Tajdid Segar. Banyak jemaah gerakan Islam dan bagus-bagus, tetapi hingga ke hari ini belum kedengaran seruan untuk jemaah-jemaah ini mengerakkan umat untuk “bergerak sebagai satu umat”. Jemaah-jemaah ini seolah-olah sudah selesa dengan bergerak secara “jemaah-jemaah berasingan” sahaja. Kemudian mereka cuba membuat perhubungan dengan satu atau dua jemaah-jemaah lain yang agak sesuai dengan manhaj perjuangan mereka. Jika beginilah keadaannya, nasib umat Islam masih akan tetap seperti yang ada pada hari ini.

Jemaah-jemaah ini sepatutnya sudah mempunyai OIC sendiri. Negara-negara Islam hari ini mampu bergerak secara berjemaah (walaupun kurang berkesan) dengan menubuhkan OIC. Negara-negara yang saling berperangpun boleh duduk semeja dan berbincang, mengapa para pimpinan orang-orang soleh ini tidak boleh berbuat demikian?

Bayangkan kalau jemaah-jemaah Islam hari ini mempunyai OICnya sendiri! Bahkan kalau mampu membentuk majlis syura! Apa-apa isu sejagat dibincangkan bersama. Bayangkan apa yang boleh dibuat oleh himpunan orang-orang soleh ini! Agaknya apa reaksi musuh-musuh Islam? Apa reaksi Zionis?

“Bergerak sebagai satu umat” tidak akan mengurangkan apa-apa yang mereka bawa dalam jemaah masing-masing selama ini. Mereka masih bebas bergerak dan beramal dalam jemaah sendiri tetapi dalam masa yang sama ada organisasi di peringkat global bersama jemaah-jemaah lain.

Kita berangan-angan dahulu. Bayangkan semua jemaah Islam yang benar sudah ada satu organisasi di peringkat global. Katakanlah mereka berjaya membentuk syura. Antara ahli syuranya ada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin, pemimpin utama Jemaat Tabligh, pemimpin utama Jemaat-e Islami, pemimpin utama Naqsyabadiyyah, pemimpin utama Hizbut Tahrir dan pemimpin utama jemaah-jemaah lain sedang duduk semeja membincangkan masalah Palestine, masalah hinaan Barat kepada wanita Muslim berhijab, membincangkan hiburan alternatif untuk orang awam Muslim, membentuk satu dana bersama, menghantar pasukan bantuan kepada mangsa Tsunami di bawah panji-panji OIC jemaah-jemaah “Bergerak Sebagai Satu Umat” ini… masyaallah…!

Tapi kita faham kaum Salafi Wahhabi tidak akan menganggotai OIC ini kerana bagi mereka jemaah-jemaah yang ada tidak lain pelengkap kepada 72 golongan umat Islam yang sesat, mereka saja satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan. Kita buat juga tawaran, kalau mereka tidak mahu- lagi bagus. Dikhuatiri nanti akan menjadi virus kepada perpecahan pula. Kaum ekstremis Syiah juga begitu.

Kita kena faham, zaman Madinah kedua tidak akan berlaku selagi umat ini tidak “digerakkan sebagai satu umat”, percayalah.

Katakanlah kita berjaya mendapatkan daulah kehalifahan, apa akan berlaku kepada umat dalam keadaan jemaah-jemaah ini masih tidak punya hubungan sesama mereka? Kukuhkah daulah itu?
Rasulullah persaudarakan Muhajirin, Aus dan Khazraj terlebih dahulu sebelum membentuk daulah. Selain itu baginda persaudarakan juga para hamba dengan tuan-tuan dan masyarakat awam. Langkah-langkah ini berjaya mewujudkan sebuah daulah teragung di muka bumi. Fikirkan…

Persoalan terpenting- mampukah tokoh-tokoh berbilang jemaah ini bertolak-ansur sesama mereka padahal selama ini merekalah yang sering mendakwahkan agar manusia bertolak-ansur?
Mampukah mereka membuang ego (sekiranya ada) dengan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jemaah-jemaah lain?
Sanggupkah membuang ketaksuban (sekiranya ada) seperti “Jemaah aku yang paling sunnah”, “Jemaah akulah yang lebih tinggi darjatnya daripada semua jemaah yang ada” ataupun “Jemaah aku sajalah yang dijanjikan sebagai jemaah akhir zaman “ dan sebagainya?

Idea ini sentiasa disentuh dalam slogan saya ‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT” pada kebanyakan hasil karya.

Sedikit penerangan juga ada dalam “PENJELASAN UNTUK ENCIK IBRAHIM 2

dan

PELUMBA TAJDID” di

BERCIRI SALAFI SEGAR

Susah untuk Tabligh memuji ulama dan jemaah lain, seolah-olah tidak pernah terfikir untuk menjalin kerjasama dalam hal-hal yang disepakati. Dalam kalangan orang bawahan jemaah Tabligh, sering pula timbul perasaan memandang rendah para ulama dan usaha jemaah-jemaah lain.

Dialog ana dengan seorang karkun beberapa tahun dahulu. Mungkin yang ini lebih menjelaskan beberapa hal, dan dapat membandingkan antara dakwah Tabligh dengan saranan Tajdid Segar.
sini

Sikap pimpinan dan ahli.

Sehingga kini, jika seseorang penggiat Tabligh ingin bercerita kepada saya tentang usaha-usaha Tabligh termasuklah ‘Bayan 2 Setengah Jam’, saya dengan senang hati bersedia mendengarnya. Tetapi kemudian, apabila saya pula ingin bercerita tentang usaha dakwah jemaah yang saya anggotai ataupun jemaah-jemah lain, dia tak mahu dengar. Kalau didengarnya pun dengan wajah yang mencuka sedangkan ketika saya mendengar dakwahnya wajah saya cerah. Ia boleh mendakwahkan fahamannya kepada orang tetapi orang lain tidak boleh mendakwahkan fahaman mereka kepadanya. Umat Islam boleh maju dengan cara begini?

Sering rakan-rakan Tabligh mengajak saya kembali ke markas pada setiap malam Ahad. Ada juga yang mengajak ‘keluar 3 hari’. Saya boleh mengikuti aktiviti tersebut tapi dengan syarat ‘win-win’. Sanggupkah pula selepas ini dia mengikut aktiviti-aktiviti dakwah saya dan ‘keluar’ mengikut cara saya selama tiga hari? Setakat ini belum jumpa lagi.
Aktiviti jemaahnya disuruhnya kita ikut, tapi aktiviti jemaah kita tidak dipandangnya. Kenduri di rumahnya mesti kita pergi, tapi kenduri di rumah kita dia tak mahu datang (tamsilan). Adil?

Sikap sebeginilah yang mahu kita hapuskan dalam dakwah Tajdid Segar.
Pada saya, datanglah wakil dari jemaah manpun untuk memberi penerangan, saya suka untuk mendengarnya. Tapi… ‘win-win’- dua jam si wakil mempromosikan fahamannya, dua jam juga selepas itu untuk saya promosikan fahaman saya. Saling memberi dan saling menerima. Sekiranya untuk mendengar penerangan sebelah pihak sahaja, saya kurang berminat.

Begitulah antara sebab saya tidak dapat terus kekal dalam jemaah Tabligh sahaja. Apa-apa pun, saya menyentuh jemaah Tabligh di sini kerana soalan tuan begitu. Maksudnya, jemaah-jemaah lain pun ada beberapa kelemahan dan kekurangan tersendiri. Hendaklah difaham, saya tidak meninggalkan (dengan maksud tidak aktif) jemaah Tabligh sahaja, ada beberapa jemaah lagi yang saya tinggalkan. Ada yang belum sempat aktif pun, terpaksa saya tinggalkan.

Untuk menghubungi saya, tuan boleh gunakan ‘private message’. Rasanya tuan ada buat ‘testing’ dan berjaya. Boleh juga melalui e-mail alexanderwathern@yahoo.com.
Wallahualam.

* Sesiapa yang belum meneliti kesemua link yang disertakan, tidak perlulah membuat sebarang komen kerana dikhuatiri anda komen sesuatu yang anda tidak faham sepenuhnya.