Wednesday, February 27, 2008

Kejahilan Anti-Hadis & Jawapan Kita

Antara pengikut anti hadith yang lain dikenali sebagai Mahmud Abu Rayyah dan bukunya bertajuk Adwa’ ‘ala Sunnah al Muhammadiyyah dan telah dijawab oleh Syekh Mustafa As Siba’I di dalam bukunya yag terkenal iaitu al Sunnah wa Makanatuha fi al Tashri’ al Islam. Antara hujjah yg dikemukakan oleh anti hadith ini ialah :


Sunnah tidak direkod atau dibukukan ke dalam penulisan dimasa kehidupan RasuluLLah S.A.W. Dan sebenarnya ia adalah hasil daripada larangan rasuluLlah kepada para sahabat untuk menulis hadith. Ia mewujudkan ketidak sepakatan antara ulama’ mengenai status hadith dan menurut Abu Rayyah adalah punca utama kepada kemunculan banyak hadith maudu’. Akibatnya, ada kemungkinan terdapat banyak hadith yang sebenarnya dibuktikan sebgai hadith soheh tetap adalah produk dari hadith rekaan oleh perawi yang mempunyai kecenderungan ke arah itu. Berdasarkan fakta ini, tidak rasional bagi Muslim untuk menerima sunnah sebagai sumber Syari’ah dan pengetahuan[1].


Jawapan kepada ANTIHADITH


Kesilapan besar pada hujjah ini adalah cubaan untuk mengaitkan RasuluLLah sebagai punca menyebabkan berlakunya kemunculan hadith maudhu’ (hadith palsu). Ia menyalahkan baginda iaitu sekiranya baginda mengarahkan para sahabat untuk mendokumentasikan Sunnah, tentunya jenayah memalsukan hadith akan dapat dielakkan.


Hujjah seperti ini menurut al Sibai’ sungguh menjijikkan bagi seorang yang mengaku dirinya sebagai Muslim!. Bahkan Abu Rayyah telah memandang rendah bahkan memperlekehkan kepintaran dan sifat keintelektualan baginda yang terkenal dengan sifat fatanah (bijaksana) di dalam perkara yang berkaitan kehidupan seharian dan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam. Seperti yang dipersetujui oleh jumhur ulamak bahawa fatanah adalah satu daripada sifat kenabian yang ada pada Nabi Muhammad yang sepatutnya setiap umat Islam tahu mengenainya[2].


Malangnya Antihadith ini (AbuRayyah dan pengikutnya yang sefikrah dengan dia) tidak tahu fakta ini sedangkan ia ingin dikenali sebagai Muslim yg moden dan membataskan dirinya dengan Sunnah sebagai sumber syari’ah dan pengetahuan. Pada masa yang sama, Abu Rayyah kelihatan lupa bahawa larangan kepada para sahabat untuk menulis Sunnah lebih kepada pengecualian atau mempunyai had tempoh masa dan bukannya suatu polisi yang kekal.


Larangan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa perkara.


Yang pertamanya, peralatan atau material yang tidak mencukupi untuk tujuan pembukuan yang kebanyakannya didapati pada masa itu telah digunakan untuk menulis al Qurran yang secara berterusan disampaikan pada RasuluLlah S.A.W.


Antara sebab lain larangan tersebut adalah kerana ketidakbolehan untuk membezakan antara ayat Allah yang terkandung di dalam al Quran dan dari perkataan manusia yang berasal dari Nabi Muhammad S.A.W. larangan ini adalah hanya berlaku terutamanya pada peringkat awal penurunan wahyu al Quran di mana Muslim ketika itu telah diberi amaran agar tidak berada di dalam kekeliruan di antara perkataan Nabi Muhammad S.A.W dengan al Quran dan sebaliknya.


Dimana jika timbulnya kekeliruan para sahabat selalu bertanya dengan rasuluLlah samada ia adalah wahyu dari Allah atau dari ijtihadnya sendiri. Kemudiannya, selepas para sahabat semakin bijak dan biasa dengan perbezaan antara ayat Allah dan perkataan rasuluLlah, larangan tersebut secara perlahan-lahan telah dilonggarkan, terutamanya kepada para sahabat yang telah diiktiraf dan mendapat keizinan yang khusus dari rasuluLlah sendiri. Jadi hujjah antihadith ini dengan mengatakan bahawa ketiadaan dokumentasi pada zaman rasuluLLah tidak semuannya benar.


Terdapat bukti dari sahabat yang bernama Abdullah ibn Amru telah menulis apa yang telah dilihat disaksikan dan didengari dari rasuluLlah di dalam satu manuskrip yang dipanggil al Sahifah al Sadiqah. Dia telah melakukannya melalui usahanya dengan berurusan dengan RasuluLlah untuk mendapatkan keizinan, persetujuan dan pengesahan samada apa yang dicatitnya itu adalah benar atau tidak. Sekiranya ia tidak benar maka ia akan meminta rasuluLLah untuk membetulkannya[3].



[1] A Siba’I, al Sunnah wa Makanatuha p. 29
[2] Ibid, p. 29
[3] Bashier, Sunshine at Madinah p. 30

sumber

Siapa di Sebalik Anti-Hadith

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat secara langsung di dalam antihadith ini juga terdiri dari pemikir2 yahudi dan kristian untuk memesongkan akidah umat Islam di antara mereka yang berminat dengan hadith ini ialah :

A.J Wensinck, A. Sprenger, J. Horovitiz, T.W Juynboll, Edward, E. Salisbury, O.V Hondas, L. Krehl, W.M Watt, J. Schacht, J. Robson

Seorang yahudi yang bernama I Goldhizer yang cuba membuat perbandingan di antara pengajian hadith serta kesusateraannya dengan kesusasteraan yahudi dan kristian. Antara buku yang berkaitan dengan karyanya ialah Muhammedanische Studien. Dengan membawa keraguan antaranya:

  1. Hadith dan kesusasteraannya diragui pada abad pertama Hijrah. Hal tersebut kerana pada masa itu tidak ramai orang Islam yang pandai menulis dan membaca serta tidak didapati kitab hadith yang dikumpul dalam bentuk tulisan.
  1. Hadith merupakan suatu yang diada-adakan dan bukan suatu yang asli daripada idea Nabi Muhammad. Justeru hadith merupakan hasil perkembangan semasa juga merupakan idea-idea yang direka oleh umat Islam.
  1. Bahkan I Goldziher cuba memesongkan fahaman dan pegangan umat Islam tentang hadith mengatakan bahawa sebenarnya hadith itu tidak wujud, ia adalah rekaan dan ciptaan NAbi Muhammad berasaskan nafsunya sendiri

Jawapan kepada ANTIHADITH :

Semenjak zaman nabi dan para sahabat terdapat ramai sahabat yang pandai menulis dan hadith memang dicatat sejak zaman rasuluLlah antaranya dokumen rasmi dan al hadith secara rasmi. Cthnya At tabari ada mencatatkan bahawa rasuluLlah pernah mengirim surat kepada raja Najasyi yang memerintah Habsyah supaya memberi layanan yang baik kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negeri tersebut.

Perlembagaan Madinah atau sahifah madinah merupakan perlembagaan pertama yang ditulis dalam sejarah.

Terdapat ramai sahabat yang pandai dan mencatat hadith. Antara mereka ialah Abu Umamah, Abu Ayub al Ansari, Abu Bakar as Siddiq, Abu Sa’id al Khudri, Anas bin Abd Malik, al Barra’ Ibn ‘Azib. Jabir Ibn Samurah, Mu’az bin Jabal, Umar al Khattab, Mu’awiyyah bin Abu Sufyan dan Abdullah bin al Zubir.

Walaupun orientalis mendakwa meragui keaslian hadith disebabkan jarak masa dengan zaman nabi adalah jauh. Dakwaan itu juga tidak benar, kerana hadith dijaga dengan baik oleh para sahabat dan umat Islam. Di masa para sahabat telah wujud Sahifah atau lembaran yang mengandungi hadith Nabi antaranya Sahifah Sa’ad bin Ibn Ubadah al Ansari, Sahifah Samurah Ibn Jundab, Sahifah Jabir Ibn Abdullah, Sahifah Ibn Abbas dan Sahifah Abu Hurairah dan ia diakui oleh sesetengah orientalis seperti Sprenger dan menunjukkan dakwaan I Goldziher tidak berasas.

Orientalis mengatakan bahawa hadith adalah ciptaan Nabi Muhamaad sendiri berasaskan hawa nafsunya. Tanggapan ini adalah tidak munasabah kerana sejak kecil RasuluLlah terkenal dengan sifat al Amin dan baginda seorang yang Ummi. Firman Allah: Surah An Najm ayat 3-4 :

“ Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada al Quran atau hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya”

sumber

Epilog Politik Trilogi

Ini adalah entri terakhir berkenaan politik buat pilihan raya umum kali ini. Saya berjanji tidak akan ada lagi entri politik selepas ini. Saya pernah memberitahu secara ringkas dahulu bahawa perkahwinan saya dengan politik akan gagal. Saya bukan political junkie. Namun ini tidak bermakna bahawa saya mengabaikannya sama sekali. Malah sebenarnya saya sangat sedih kerana tidak dapat mengundi tahun ini.

Sepanjang saya menulis di blog ini semenjak November 2004, inilah kali pertama saya benar-benar menyentuh secara langsung tentang senario politik tanah air. Namun demikian, sepanjang dua siri penulisan saya yang lepas, saya teguh dengan pendirian untuk tidak menghasilkan tulisan yang bersifat untuk 'mengconvert' seseorang kepada parti yang saya sokong. Tulisan saya hanya berniat untuk mencetuskan sifat berfikir dan semangat inkuiri kepada para pengundi kita.

Sudah tentu, saya ada parti yang saya sokong. Terus-terang saya katakan bahawa saya tidak berdiri di atas pagar dalam hal-ehwal politik. Pernah dengar kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher?
Standing in the middle of the road is very dangerous; you get knocked down by the traffic from both sides.

Namun saya juga tidak fanatik kepada apa yang saya pilih. Fanatik berlaku apabila yang salah dikata betul dan yang betul dikata salah. Oleh itu, saya benar-benar berharap agar suatu hari nanti ahli-ahli politik di Malaysia boleh memiliki pendirian seperti Datuk Shahrir Abdul Samad yang berani untuk tidak bersetuju dengan suara majoriti ahli-ahli parti yang diwakilinya, iaitu BN/UMNO. Saya ingin benar melihat ahli-ahli politik kita menjadi lebih matang dengan memahami bahawa:
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. (Sultan Muzaffar)

Polisi saya dalam politik mudah sahaja. Saya lebih menitik-beratkan calon berbanding parti yang diwakilinya, seperti mana yang dihuraikan dengan baik oleh Rausyanfikir:
Islamik (walaupun akidahnya bukan Islam) dalam berkerja seperti Lee Lam Thye sewaktu beliau menjadi wakil rakyat di Bukit Bintang adalah lebih baik dari seorang ustaz yang menjadi wakil rakyat yang hanya petah bercakap di pentas ceramah berbanding menyelesaikan masalah rakyat secara praktikal.

SEJENAK TENTANG MANIFESTO NEGARA KEBAJIKAN

Dalam pilihan raya kali ini, parti-parti yang bertanding mengeluarkan senarai manifesto yang bertujuan untuk mengurangkan kesempitan hidup rakyat. Sebelum kita percaya kepada mana-mana manifesto, amati 3 poin penting yang ingin saya sampaikan ini.
  1. Prinsip Pareto
  2. Kos sara hidup di Malaysia murah?
  3. Ekonomi yang meningkat = Taraf hidup juga meningkat?

1) Prinsip Pareto

Prinsip ini juga dikenali dengan Hukum 80/20 yang mana ia pertama kali diaplikasikan dalam lapangan ekonomi. Apabila prinsip ini diaplikasikan dalam negara kita (mahu pun negara lain), maka secara kasarnya 80% kekayaan Malaysia dipegang oleh 20% rakyatnya.

Oleh itu, 80% rakyat kita hanya mendapat 20% sahaja kekayaan yang dijana oleh ekonomi negara kita. Siapa dia 80% rakyat yang dimaksudkan ini? Mereka adalah golongan kelas pertengahan dan miskin. Keluarga saya adalah dari kelas pertengahan, maka kami tahu bagaimana peritnya hidup di Malaysia sekarang ini dalam keadaan harga barang yang semakin naik dan naik.

Jikapun anda orang yang kaya (yang mewakili 20% rakyat Malaysia), tolonglah kami yang 80% ini. Undilah mereka yang benar-benar mampu untuk mengurangkan keperitan hidup golongan 80% ini. Kepada golongan kelas pertengahan pula, anda sendiri tahu bagaimana harga barang sekarang. Mari kita berdoa agar tragedi ngeri "harga-minyak-naik-tidak-berapa-lama-setelah-tamatnya-Pilihanraya-Umum-2004" supaya tidak berlaku lagi pada tahun 2008 ini.

Konotasi "mengurangkan keperitan rakyat" juga tidak semata-mata merujuk kepada tahap kemurahan hati bantuan kewangan yang dihulurkan itu. Saya juga merujuknya sebagai semudah mana bantuan itu hendak diagihkan. Tolonglah, saya kalau boleh tidak mahu melihat lagi Malaysia tersenarai dalam buletin yang saya selalu terima dari Muslim Aid. Negara kita masih kaya. Saya fikir negara-negara Islam lain lebih layak untuk menerima bantuan Muslim Aid yang bernilai hampir RM 300K itu. Afghanistan dan Kemboja pun tidak menerima sebanyak Malaysia.

Jangan biarkan karenah birokrasi menyebabkan seorang anak kecil yang tinggal di sebuah pondok usang beratap rumbia, tidur dengan perut berkeroncong, di dalam sebuah negara yang bernama Malaysia.

[muslimaid.jpg]

£45,883 bersamaan kira-kira RM 291,000


2) Kos sara hidup di Malaysia murah?

Baru-baru ini akhbar nasional kita mengeluarkan statistik yang cuba untuk membandingkan harga barangan negara kita dengan negara lain. Saya tidak akan melarang anda untuk membacanya. Cuma jika anda ingin mempercayainya, sila dengar ini dahulu.

Di Ireland, pekerja yang sapu-sapu jalan pun akan mempunyai gaji minimum €8/jam. Dalam sebulan, biasanya mereka boleh mendapat sekurang-kurangnya €1000. Saya tekankan bahawa itu nilai gaji bulanan minimum yang boleh diperolehi oleh seorang tukang sapu. Berapa besar nilai €1000 ini?

Pelajar Malaysia yang belajar di sini sudah boleh hidup selesa dengan €700/bulan. Malah dengan €700 ini, ramai di antara mereka yang mampu lagi untuk makan angin di negara-negara Eropah sekurang-kurangnya setahun sekali. Ini kerana di sini, harga barangannya murah dan kos hidup pula rendah berbanding Malaysia.

€700 ini besar nilainya di sini. Harga sebuah laptop biasa pun selalunya tidak melebihi angka tersebut. Sekarang beritahu saya apa yang kita boleh beli di Malaysia dengan gaji RM 700/bulan? Berapa bulan punya gaji perlu kita kumpulkan untuk membeli laptop Dell Inspiron 1525 yang berharga RM 2099 di Malaysia? (Dell.ie menjualnya pada harga runcit €479).

Maka bagi saya, statistik yang dikeluarkan dalam akhbar itu sebenarnya tidak tepat dan mengelirukan. Ia tidak mengambil kira nisbah jumlah gaji/harga barangan.

Anda mungkin seorang yang kaya-raya dan tidak ada masalah kalau harga barang naik. Namun ingatlah bahawa majoriti rakyat (iaitu 80% rakyat) tidak kaya. Saya tinggal di Padang Jawa. Ini kampung moden yang terletak di Shah Alam yang merupakan antara bandar paling pesat membangun di Malaysia. Sekali-sekala ketika saya menunggang motorsikal untuk ke masjid, di suatu senja yang hening, saya akan melihat seorang ayah ditemani anak perempuan kecilnya yang masih berbaju sekolah rendah, sedang terbongkok-bongkok mengorek dan menggodek buangan sampah untuk mencari barang buangan yang boleh dikitar semula untuk dijual.

Sekali-sekala juga, saya akan melihat seorang ibu tua lumpuh yang duduk di atas kerusi roda, bersama dua orang anaknya yang masih lagi kecil, berhijrah dari satu buangan sampah ke buangan sampah yang lain. Tujuannya tetap sama seperti ayah di atas: Mencari sampah untuk dijual bagi mendapatkan sesuap nasi.

Kasihani mereka.

3) Ekonomi yang meningkat = Taraf hidup juga meningkat?

Sila fahami bahawa ekonomi yang baik tidak bermaksud taraf hidup rakyat yang 80% itu juga akan baik. Baca artikel ini jika mahu memahaminya dengan lebih lanjut.

EPILOG POLITIK TRILOGI

Maka buat kali terakhir, saya menyeru kepada pembaca-pembaca blog ini yang bakal mengundi di pilihan raya kali ini dan yang akan datang, supaya fikir dahulu sebelum pangkah. Pastikan juga anda tahu apa yang membuatkan undi anda terjatuh dalam kategori undi rosak. Dan tolonglah turun mengundi. Kalau masih buntu untuk memilih yang mana, maka choose the lesser of two evils.

Sebelum saya mengakhiri tulisan ini, ingat lagi dengan 15 Perkara yang Saya Belajar Dari Google Trends? Ini sedikit kemas kini tentang salah satu dari 15 perkara tersebut:


Freedom or bondage, it's your vote! Ke arah masyarakat yang tidak idiokrasi.

---
Artikel lain dalam siri Politik Trilogi:
1) Pusara di Pilihan Raya
2) Bahana Perang Bendera dan Poster

lawati sumbernya

Thursday, February 14, 2008

Peranan Daie dalam Isu di Ghaza

Seorang daie kepada Allah adalah umpama jantung yang hidup bagi umat Islam, yang bergerak dan menggerakkan umat demi menangani isu-isu yang mereka hadapi, juga menyedarkan mereka tentang perancangan jahat musuh terhadap mereka. Bahkan lebih daripada itu, dia juga berperanan sebagai ketua didalam perjuangan mereka.

Oleh itu, dakwah kepada Allah tidaklah terbatas kepada ibadat sahaja bahkan ia juga merangkumi seluruh isu-isu umat Islam. Ia juga merupakan tunjang di dalam berdakwah kepada Allah. Justeru, tidak sepatutnya seorang daie berlepas tangan daripada menangani isu-isu umat yang akan menentukan masa depan mereka serta menyedarkan manusia seluruhnya (tanpa mengira sesiapa) tentang perkara-perkara yang mampu memberi kebaikan kepada mereka. Dia harus memimpin mereka menuju keredhaan Allah (swt).

Boleh saya katakan bahawa di antara perkara yang paling wajib pada waktu ini ialah membantu saudara-saudara mujahidin kita di Ghaza. Justeru, tidak seharusnya seorang daie meletakkan dirinya pada fahaman Islam yang sempit seperti ibadat dan muamalat sahaja dan tidak mempedulikan isu-isu semasa umatnya. Bahkan menjadi kewajipannya untuk sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa umat Islam dengan penuh kesedaran terhadap setiap perkara yang berkaitan dengannya. Dia seharusnya mengetahui hakikat sebenar di sebalik setiap perkara yang berlaku.

Para du’at juga berperanan untuk memberi kesedaran kepada umat supaya menentang penjajah dengan menjelaskan bahawa ianya dituntut oleh Islam dengan memberi contoh-contoh daripada sirah Nabi dan para sahabat juga daripada sejarah umat Islam seluruhnya. Dia harus menerangkan pandangan Islam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penjajahan dan apakah persediaan dan peranan kita di dalam menangani masalah tersebut.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Ghaza seperti pengeboman dan pembunuhan saudara-saudara kita memerlukan renungan yang serius daripada para du’at yang ikhlas. Ia juga menuntut mereka supaya menjelaskan kepada umat bahawa ia merupakan isu akidah yang paling utama bagi kita sebagai orang-orang Islam. Mengambil berat tentang isu-isu ini adalah dikira sebagai ibadah yang dijajikan ganjaran yang sangat besar oleh Allah (swt). Sesungguhnya apa yang berlaku di bumi Ghaza sekarang daripada usaha-usaha yang gigih untuk melemahkan para mujahidin dan mengalahkan mereka merupakan fenomena yang jelas terhadap perancangan-perancangan jahat Yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menggagalkan kebangkitan Islam seluruhnya.

Boleh saya simpulkan bahawa peranan para du’at terhadap isu ini ialah seperti berikut :-

Pertama : Menjelaskan hakikat perkara yang berlaku sekarang yang sebenarnya merupakan isu akidah.

Kita meyakini bahawa AlQuds adalah tanah suci dan tanah waqaf milik kita dan tidak harus bagi seseorang pun daripada umat islam untuk berundur daripadanya walaupun sejengkal. Kita mempercayai bahawa dengan menguasai Palestin kita dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaannya. Kita tidak mengharapkan sedikit pun daripada kepentingan duniawi yang sementara.

Kedua : Menerangkan kepentingan bantuan kewangan dan motivasi.

Para du’at hendaklah menjelaskan ganjaran dan kedudukan infaq dan kepentingan mengerahkan segala tenaga, usaha, dan harta untuk membantu ahli keluarga kita di Ghaza sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah. Mereka harus menganggap bahawa semua itu adalah sebahagian daripada jihad dengan harta. Kita hendaklah menyeru dan memberi galakan kepada saudara-saudara kita yang lain supaya mereka sama-sama menyumbang di jalan Allah. Para du’at hendaklah menerangkan kepada umat tentang kepentingan sokongan dalaman bagi saudara-saudara kita di Palestin dengan membuktikan bahawa mereka bukanlah bersendiri di dalam memusuhi Yahudi, tetapi sebenarnya kita bersama dengan mereka. Ini semua dapat dilakukan dengan membantu mereka dengan menggunakan segala wasilah yang dimiliki berdasarkan kemampuan kita.

Ketiga : Mewariskan hakikat-hakikat isu Palestin kepada setiap lapisan masyarakat.

Kita harus menjelaskan kepentingan mengetahui seluruh hakikat-hakikat isu Palestin bagi setiap lapisan masyarakat terutamanya kanak-kanak supaya mereka membesar dengan kefahaman tersebut dan supaya mereka merasai hak mereka terhadap bumi suci ini. Ini bertujuan supaya isu ini tidak luput daripada pegangan generasi masa hadapan dengan berlalunya masa kerana ia merupakan satu perkara yang diimpikan oleh Yahudi.

Keempat : Menggalakkan manusia supaya menyumbang dan berkorban.

Sumbangan ini samada dengan harta, waktu mahupun tenaga. Kita harus menerangkan bahawa sumbangan ini merupakan usaha yang paling sedikit yang mampu dilakukan untuk membantu para Mujahidin serta menjelaskan kelebihan menyumbang, berkorban dan membantu orang Islam yang lain.

Kelima : Menjadikan masjid sebagai menara-menara ilmu.

Iaitu dengan mengadakan kelas-kelas pengajian, pameran dan sebagainya dan menggunakan dewan-dewan organisasi, kelab, dan badan-badan tertentu untuk mempamerkan gambar-gambar dan video-video tentang apa yang berlaku di Ghaza daripada pengeboman, pencerobohan dan seumpamanya. Selain itu, kita harus mengatur persidangan-persidangan untuk membincangkan tentang apa yang patut dilakukan dan apakah peluang-peluang yang ada untuk menambah kesedaran umat tentang krisis yang sedang melanda.

Keenam : Menanam sikap kesungguhan dan positif di dalam jiwa.

Iaitu dengan menjelaskan bahawa menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk menentukan apakah peranannya di dalam membantu saudara-saudara di Palestin berdasarkan kemampuannya. Ini bertujuan supaya dia dapat memberikan alasan apabila ditanya dihadapan Allah kelak. Ini kerana tanggungjawab tersebut merupakan tanggungjawab setiap individu. Menjadi kewajiban kita untuk berusaha sedaya upaya di dalam menangani isu ini sehinggalah ia menjadi kesibukan kita.

Ketujuh : Menjelaskan kepentingan isu Palestin.

Hendaklah kita menjelaskan kepada masyarakat umum bahawa isu Palestin merupakan titik permulaan di dalam meneruskan agenda dongeng Yahudi “Israel Alkubra”. Dan orang-orang yahudi tidak pernah dan tidak akan sekali-kali menjadi pendokong kesejahteraan dan keamanan. Ianya terbukti dengan jelas di dalam sejarah sejak mereka membunuh para nabi di zaman lampau sehinggalah mereka membunuh kanak-kanak, wanita dan pesakit-pesakit di zaman ini.

Kelapan : Menekankan kepentingan tarbiyah iman.

Kita harus menekankan pentarbiyahan individu supaya dia mampu menjaga ibadat dan adab-adab Islam dan menjelaskan bahawa kecacatan berpunca daripada diri kita sendiri sebelum ianya datang dari luar. Demikian juga kita harus menerangkan kepelbagaian jenis-jenis jihad yang mana ianya tidak terbatas kepada satu peranan sahaja. Kita tidak sepatutnya memperkecilkan peranan kita sebagai saudara seislam iaitu berdoa untuk saudara-saudara yang ditindas, qiamullail dan seumpamanya. Umat harus ditarbiyah supaya menjauhi segala sebab-sebab kelemahan yang menghalang kemaraan untuk menentang musuh seperti kelemahan keinginan, produk, jiwa (takut dan bakhil). Mereka harus merasa bangga dengan Islam.

Kesembilan : Mengembalikan kepercayaan umat kepada diri mereka secara individu atau jemaah.

Para du’at berperanan mengembalikan kemampuan umat menghadapi pelbagai jenis kesusahan, cabaran dan ugutan dan menggilap keupayaan mereka melawan perasaan putus asa yang mungkin akan menguasai mereka disebabkan oleh kekuatan musuh. Mereka harus yakin dengan bantuan Allah sekiranya mereka merealisasikan sebab-sebab bagi pertolongan Allah. Allah berfirman :

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنْ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمْ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنْ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمْ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيم(111 :التوبة)
وقال سبحانه: ﴿وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ) (الروم: من الآية 47)
وقال:﴿حَتَّى إِذَا اسْتَيْئَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا) (يوسف: من الآية 109)
وقال تعالى } :كَتَبَ اللَّهُ لأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ) (المجادلة 21:)

Kesepuluh : Menggunakan senjata boikot.

Kita perlu sentiasa memberi peringatan kepada umat tentang kepentingan memboikot barangan-barangan musuh serta menjelaskan bahawa memboikot barangan musuh dikira sebagai satu ibadah yang mampu mendekatkan diri kepada Allah. Juga tidak memperkecilkan amalan tersebut walaupun dengan memboikot barangan yang kecil dan sedikit.

sumber

Syi'ah Mencela Siti Aisyah

Syiah mengajar penganutnya untuk membenci para sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Hanya segelintir sahaja yang selamat dari kejian dan laknat mereka. Mereka tidak (*kurang) melaknat Iblis, tidak juga Fir`aun atau Haaman atau Namrud, tetapi mereka penuhkan kitab-kitab mereka dengan cacian dan makian terhadap para sahabat yang telah berjuang bersama Junjungan Nabi s.a.w.

Ummahatul Mu'minin, para isteri Junjungan yang mulia juga tidak lepas dari kejahatan puak Syiah Imamiyyah Rafidhiyyah ini. Ummul Mu'minin, Sayyidah 'Aisyah r.'anha pun tidak lepas dari kejian dan kebencian mereka. Jikapun para sahabat tidak ma'shum, maka adakah itu menjadi alasan untuk menyuruh umat membenci dan mengkeji mereka?

Hanya ajaran yang memusuhi Islam sahaja yang akan mengajar untuk berbuat sedemikian. Sungguh Syiah adalah musuh Islam, perbuatan dan ajaran mereka lebih dahsyat dan lebih keji dari Wahhabi. Jika Wahhabi menyerang dan memperlekehkan para ulama kita, maka Syiah pula lebih ekstrem lagi daripada mereka, bukan sahaja ulama kita tapi kedurjanaan mereka pergi lebih jauh dengan menyerang para sahabat dan Ummahatul Mu'minin. Allahu ... Allah, jangan pulak kome kata ambo ini Wahhabi plak, idak ambo Sunni Syafi`i Asy`ari. Menentang Syiah bukan bererti Wahhabi dan menentang Wahhabi bukan bererti Syi`i. Nahnu Sunniyyun Syafi`iyyun.

sumber

Kekang Sifat Was-was

Khannas

Apabila melihat ular berbisa di dalam cermin, sudah tentu ular itu tidak akan mampu mematuk kita. Apabila kelihatan api yang marak menyala di dalam cermin, sudah tentu juga ia tidak akan membakar kita. Apa sahaja yang imejnya kelihatan pada cermin, sesungguhnya ia tidak akan mampu menyentuh kita.

Itulah perumpamaan yang Bediuzzaman Said Nursi gambarkan ketika berbicara tentang was was.

Penyakit was-was sebenarnya sangat berbahaya kepada 'aqidah. Penyakit ini sering menghinggap orang yang lemah dan lembut jiwanya.

Pelajar saya di UiTM mermacam-macam ragam dan karenah. Ada segelintir pelajar yang baik akhlak dan solat mereka, tetapi telah dihinggapi penyakit was-was. Kalau mengambil wuduk sehingga berkali-kali, basah lencun baju mereka. Telekung yang dipakai juga basah. Ye lah, sekejap-sekejap dibuka semula, kononnya wuduk tadi tidak rata.

Sekejap-sekejap dia teringat, air dibilik air terpercik kena pakaian dan kaki. Ketika ambil wuduk pula, sungguh lama kerana merasakan air belum rata. Kalau mandi wajib juga berkali-kali. Lepas mandi, mandi. Lepas mandi, mandi.

Bila masuk bab mengangkat takbir juga... astaghfirullah... terlalu sukar untuk dia yakin. Sehingga mengganggu orang di sebelah ketika solat berjama'ah. Itu baru contoh wuduk, mandi wajib dan takbir.

Dalam hal-hal lain juga... was-was sangat berbahaya. Contohnya seorang lelaki, tiba-tiba terbayangkan gambar salib, atau tiba-tiba dia merasakan dirinya telah syirik dan menjadi kafir. Sekiranya dia terus-terusan berfikir perkara itu, ia akan memberi impak yang sangat berbahaya.

Sudah menjadi tabiat was-was, apabila semakin difikir...ia akan terus berkembang membesar dan semakin besar.

Sebenarnya was-was dan khayalan dalam fikiran yang tidak mempunyai bukti dan sandaran khusus seumpama imej dalam cermin. Is sedikit pun tidak membahayakan manusia. Ia sebenarnya tidak ada. Cuma dasais syaitan yang menipu manusia. Dan dasais syaitan itu sebenarnya sangat lemah (dha'ifa). Tipu daya syaitan boleh dipatahkan dengan keyakinan.

Bagi para pelajar saya ataupun sahabat yang dihinggapi was-was, anda perlu tahu sebenarnya kerisauan anda itu sebenarnya tidak ada. Ia hanyalah khayalan yang tidak ada sandaran. Ia hanyalah seumpama imej dalam cermin. Tidak mampu menggugat atau mencederakan.

Manusia yang sering risaukan aqidah dan keimanannya, dengan mendengar bisikan-bisikan syaitan kononnya iman telah gugur, atau telah syirik dan lain-lain lagi.... itu juga tidak ada, buktinya hati manusia itu sendiri sangat risau dan gelisah soal aqidahnya. Dia sendiri tidak redha.

Soal was-was dan dasais syaitan, mesti segera dicantas dari dalam diri. Sesuatu yang tidak pernah wujud, jangan diwujudkan dengan membesarkan rasa was-was. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah. Banyak-banyaklah mencantasnya dengan beristi'azah. A'uzubillahhi min al-syaitan al-rajim.

sumber

Palestin Perjuangan Kita Semua (video)