Saturday, September 20, 2008

Mengungkap Kesesatan Ahmadiah



Kembali Kepada Disiplin Ilmiah

Perbezaan pendapat adalah fitrah


Sudah semestinya, perbezaaan pendapat dan dalam berfikir, menilai dan menghukum sesuatu adalah fitrah yang bersifat tabii, yang mempunyai hubungan-hubungan dengan kelainan peribadi. Oleh itu, tidak mungkin sesebuah pendapat hanya ditegakkan atau dibuat oleh seorang sahaja, sedangkan di dalam keperluan sosial, pemikiran dan amalan itu memerlukan kemahiran yang berbeza-beza.


Adalah menjadi sunahtullah, hikmah penciptaan oleh Allah SWT Yang Maha Mulia kepada hamba-Nya yang mempunyai bakat dan perbezaan masing-masing. Ia berbeza dari pelbagai sudut seperti keadaan fizikal, bentuk kejadian atau sifat-sifat yang dilakukan dan tiap-tiap sesuatu tersebut dipermudahkan oleh Allah SWT mengikut kejadian yang telah diciptakan-Nya.


Di kalangan manusia sendiri mempunyai kepelbagaian. Ada di antara mereka kerap menganiayai diri sendiri, ada yang mengambil jalan pertengahan dan ada yang mendahulukan kebaikan. Firman Allah SWT: Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sering berselisih pendapat. (Hud: 118)


Maka, dalam mendepani segala kepelbagaian ini, mengapa ia makin disukarkan oleh kalangan umat Islam sendiri, hanya kerana kepelbagaian dalam wadah yang dipegangi. Malang, kepada umat Islam yang menyangka perjuangan sebenar adalah berdasarkan kepada kelompok serta perkumpulan tertentu. Mengapa matlamat satu ummah yang diikat atas akidah Islam yang satu tidak dijadikan matlamat perjuangan bersama?


Maka, melalui perbezaan pendapat, ia menggambarkan ketinggian ilmu seseorang. Ia adalah fenomena yang sihat dengan menunjukkan kekayaan pemikiran serta kesediaan melihat dan menilai dari pelbagai sudut dan saling menjadi pelengkap kepada satu dengan yang lain.


Perselisihan pendapat yang furuk akhirnya mengakar kepada yang lebih besar sehingga memisahkannya tanpa sedar kepada perpecahan ummah yang tidak berkesudahan. Pandangan yang berat sebelah berlaku dan tertumpu kepada penilaian yang kacau bilau daripada zanni bertukar kepada qat'i, mutasayabih kepada muhkam dan am kepada khas.


Jika dilihat sejarah terdahulu, para Salaf Salihin Ridwanullahi 'Alaihim selalu berbeza pendapat, namun perbezaan tersebut tidak sampai kepada menjadi sebab persengketaan sesama mereka. Ini disebabkan sifat tawaduk yang dipupuk di kalangan mereka bahawa teguran adalah jalan kepada kebenaran. Jelas membuktikan, contoh yang dianjurkan kepada ummah terkemudian ini adalah faktor kesatuan hati mereka melebihi segala-galanya.


Setiap urusan perbezaan mereka dikembalikan kepada empunya segala hak iaitu Allah SWT. Atas sikap merendah diri kepada Allah SWT, maka para Salaf Salihin Ridwanullahi 'Alaihim ini terselamat dari penyakit kejiwaan, walaupun di kalangan mereka diuji oleh Allah SWT dengan penyakit fizikal.


Krisis yang dihadapi oleh ummah kini adalah krisis pemikiran dan masalah yang kita depani ialah ketiadaan kepimpinan yang menghadami tuntutan syariah Islam. Sekiranya umat Islam memiliki alam pemikiran yang sihat serta berasa yakin dengan menjunjung penuh undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah, nescaya risalah kemajuan bercirikan acuan Islam dapat ditegak teguh.


Walaupun umat Islam menghadapi kesukaran hidup dan berdepan dengan cabaran kebendaan, namun keyakinan bahawa setiap kesukaran itu pasti ada kelapangan pasti akan memartabatkan kekuatan Islam. Islam telah menghentikan perpecahan dan percakaran sesama sendiri, dan Islam juga telah mengarahkan bangsa Arab kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa lagi Hak. Islam juga membatalkan semua tuhan yang palsu.


Umat Islam pada hari ini bukan menderita disebabkan kekurangan kebendaan dan keperluan. Tetapi mereka lantas bertukar menjadi ummah yang pasif dan rosak disebabkan kehilangan makna perpaduan dan persamaan hak. Malah ummah hari ini juga rosak disebabkan kecederaan kepada akhlak dan menolak hukum syarak.


Justeru, perlu ada usaha pembinaan semula di kalangan umat Islam ini dengan mengembalikan disiplin dalam kaedah berfikir. Mengembalikan umat ini kepada kitab-kitab usul adalah satu permulaan ke arah kejayaan. Di dalamnya, para ulama kita telah menyusun garis panduan, kaedah-kaedah untuk membanding dan menilai disiplin ilmu pemikiran dan keharusan membuat keputusan ketika berlaku pertembungan.


Melalui pengkajian akan berlaku pengembangan kekuatan perpaduan ummah. Titik-titik perselisihan yang tidak menggugat akidah hendaklah ditinggalkan. Manakala, usaha menonjolkan titik persamaan perlu dipertingkatkan demi kesejahteraan umat Islam.


Kesedaran bahawa seseorang yang ingin menyertai lapangan ijtihad perlu menguasai alat-alatnya, di samping akhlak dan adabnya supaya ia terpelihara daripada penyelewengan.


Maka, adalah menjadi harapan agar ummah diutamakan, serta titik perbezaan ditinggalkan. Kepentingan ummah harus diangkat menjadi tujuan dan matlamat yang pada akhirnya bersifat menyatu.


sumber

Awas! Artikel Menghina Islam

http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/AWAS!22.pdf