Friday, November 6, 2009

Tahniah kepada NGO2 yang Menolak Dr. Asri

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


2. Jemaah Islah Malaysia (JIM)


3. Persatuan Ulama Malaysia


4. Persatuan Ulama Kedah


5. Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Malaysia


6. Yayasan Sofa Negeri Sembilan

7. Persatuan Peguam Syari'e Malaysia

8. Persatuan Peguam Muslim Malaysia

9.Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)

10. Yayasan Jenderami

11. Yayasan Paksi Kedah

12. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

13. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

(isu jawatan)

Definisi Wahabi

WAHABI itu ialah "MANUSIA YANG MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa, al-Fikrah.net dan lain-lain.

Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah dan Ahbash.

Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).

Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA.

(*inysaallah akan ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa)

KESUDAHANNYA

Selepas ini janganlah ada lagi ‘MADAH BERHELAH’ seperti:

“Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
“Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain.

INILAH DEFINISI WAHABI.

23 DISEMBER 2007
13 ZULHJJAH 1428

Wednesday, October 7, 2009

Awasi Fahaman Islam Liberal


Tekun...para peserta yang mengikuti seminar di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KALANGAN Muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.


Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.


Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan al-sunnah dan al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.


Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim


Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang Keesaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang di utus menyampaikan wahyu-Nya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).


Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (ar-Ruum: 30).


Namun, manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding al-Quran dan al-sunnah sebagai pegangan untuk kekal meng-Esakan Allah SWT.


Menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran moden mengsinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui liberalisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.


Katanya, agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat kemanusiaan dan perkara rekaan.


"Semua agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak," katanya.


Ini telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhum-Nya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (ali-'Imran: 85).


Oleh itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.


Malah tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural, rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.


"Kerana kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka' kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman liberalisme dan pluralisme' pada Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun pada 10 November lalu.


Seminar sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.


Ancaman Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu.


"Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya.


Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri.


Kata beliau, Islam berasaskan al-Quran dan al-sunnah untuk menegakkan akhlak berbeza dengan langkah menjaga moral yang dilaungkan Islam liberal.


Melalui liberalisasi agama pula tambahnya, wujud sekularisme yang menyaksikan semua perkara berkaitan urusan dunia dipisahkan daripada syariat agama.


"Usaha pembaratan ini sudah bermula sejak Perang Salib lagi kerana musuh Islam sedar Muslim tidak dapat dikalahkan selagi kita berpegang teguh akidah al-Quran dan al-sunnah," tegasnya.


Maka itu katanya, wujud pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan Islam liberal memesongkan soal aqidah Muslim.


Pegawai Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid pula memberitahu, usaha terbaru proaktif memesongkan akidah Muslim adalah mengedarkan buku-buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kepercayaan Kristian berbahasa Melayu bertajuk Al-Kitab: Berita Baik secara percuma oleh kumpulan pendakyah Kristian.


Buku olahan baru dan semasa dari Kitab Bible dan Gospels Kristian itu juga turut dijual di kebanyakan kedai-kedai buku sebaris dengan kitab-kita Islam dengan meluas.


"Pengedaran tulisan khat arab yang dipetik dari buku-buku bible dan gospels pegangan Kristian yang menyerupai ayat-ayat al-Quran juga sedang bertebaran dan memenuhi ruang rumah, kedai, pejabat dan sesetengah tempat ibadah Muslim," jelasnya.


Sebab itu, tegas Rashidy, umat Islam yang dangkal agama dan bahasa Arab perlu lebih berhati-hati dan prihatin dalam memilih kitab dan tulisan khat serta kaligrafi Bahasa Arab.


"Bible telah diterjemah ke dalam lebih 2,000 bahasa, tetapi Buku Al-Kitab: Berita Baik edisi Bahasa Melayu bukanlah dari Taurat dan Holy Bible Kristian yang asli," jelasnya.


Sebaliknya kata beliau, ia mengandungi ayat-ayat untuk menyuntik idealisme Yahudi-Kristian ke pemikiran dan akidah Muslim Melayu yang membacanya.


Beliau yang banyak terlibat dalam dialog dan perdebatan mengenai Islam dan Kristian dengan paderi serta pendakyah agama seluruh dunia itu membuat pendedahan tersebut ketika membicarakan tajuk 'Ancaman Kristianisasi di Malaysia' pada seminar tersebut.


Menurut Rashidy, identiti Islam pada umatnya sekarang sudah hilang dan hampir seluruh kehidupan harian kebanyakan Muslim dikuasai budaya dan idealisme Kristian-Yahudi.


"Sebab itulah ramai Muslim yang terpesong akidahnya dan tidak kurang pula yang begitu mudah dimurtadkan," ujarnya.


Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Hukum Hakam (Istinbat) Jabatan Mufti Selangor, Mat Jasi Kamos pula berkata, kejahilan Muslim mengenai Islam menjadi punca utama akidah mereka terpesong.


Kerana jahil katanya, ramai mengambil jalan pintas untuk 'mendapatkan syurga' dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga tidak dapat membezakan antara mukjizat, karamah (keramat) dan istidraj (luar biasa) yang dibawa oleh seseorang atau kumpulan atas nama agama.


"Akibatnya ramai yang bertuhankan kepada sesama manusia dan mereka juga taksub dengan kebendaan sehingga memesongkan akidah," katanya.


Begitupun kata Mat Jasi, setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi mengembalikan akidah Islam kepada sesama manusia.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Tokoh-tokoh Iselam Liberal di Indonesia

Kalau datang ke Indonesia, anda akan bertemu digerai-gerai atau kedai buku, Majalah Madina. Harganya cuma Rp 25,000. Sekitar RM 10.00.Dengan kulit berwarna dan penampilan yang menarik, pasti ramai yang meminatinya atau terdetik untuk menatapinya. Majalah yang sarat dengan informasi-informasi baru dan isu-isu bekaitan dengan Islam ini diterbitkan setiap bulan oleh Digital Madina yang mempunyai website www.madina.co.id

Tapi, siapa tahu disebalik wajah Islamik majalah ini, terselit beberapa ruangan ‘golongan meragukan Islam’. Jika dibuka pada halaman awal, kita boleh melihat nama Komaruddin Hidayat (Prof.Dr) sebagai Dewan Redaksi majalah ini, Abdul Moqsith Ghazali sebagai penjawab diruangan soal jawab agama (Tanya Madina), Ihsan Ali Fauzi sebagai salah seorang penulis dan Samsurizal Panggabean. Soalnya, siapakah mereka ini sehingga diberi ruang yang sangat luas untuk berbicara dan mengendalikan majalah ini.

Mari kita kenali mereka:

1) Komaruddin Hidayat (Prof.Dr)

Beliau lahir pada 18 Okt 1953 di Magelang. Belajar di Pondok Pesantren Magelang (1969). Sarjana Fak.Usuluddin di IAIN Jakarta (1981). Master dan Phd Bidang Falsafah pada Middle East Technical University, Ankara, Turki (1995). Post Doctorate Research Program di Harfort Seminary, Conecricut, AS selama 1 semester (1997). International Visitor Program (IVP) ke AS (2002).

Sekarang berkhidmat di UIN Jakarta sebagai Guru Besar Falsafah Agama (2001-sekarang). Pensyarah Pasca Sarjana Universiti Gadjah Mada (2003-sekarang). Direktor Pasca Sarjana UIN Jakarta (2005-sekarang). Rektor UIN Jakarta (2006-2010).

Antara penulisan beliau: Masa Depan Agama (1995), Menafsirkan Kehendak Tuhan (2003) dan Wahyu di Langit dan Wahyu di Bumi (2002).

Beliau sebelum ini adalah pembela dan ‘jurubicara’ kepada Nurcholis Madjid ( JIL Indonesia) walaupun sejak akhir-akhir ini beliau tidak berapa aktif lagi menyebarkan fahaman Pluralisme (agama semua sama sahaja).

2) Abdul Moqsith Ghazali

Beliau lahir di Jawa Timur pada 07 Jun 1971. Ia menyelesaikan Sarjananya di UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Bertugas sebagai pensyarah di UIN Jakarta. Antara jawatan lain ialah Koordinator Kajian Jaringan Islam Liberal (JIL). Aktif menulis di akhbar Kompas, Tempo, Media Indonesia, Indo Pos dan Suara Pembaruan.

Menjadi editor dan contributor di buku-buku Islam Liberal : Ijtihad Islam Liberal (penyunting) – Jakarta: JIL, Jun 2005 dan lain-lain.

Antara ‘fatwanya’ : “menurut saya, pernikahan tersebut (perempuan Muslimah dengan lelaki Katholik) tetap sah dengan berlandaskan kepada 2 argumen berikut- Pertama: tidak dijumpai nas dalam Al-Qur’an yang melarang secara sorih (jelas) dan larangan-larangan ini hanya ada didalam buku-buku tafsir dan tidak ada dalam Al-Qur’an. Pada hemat saya, ketiadaan dalil dalam Qur’an adalah dalil bagi bolehnya pernikahan tersebut”.

Bila ditanya oleh seorang ibu yang anaknya ingin murtad, beliau menjawab dengan mengemukakan 3 ayat : (Al-Kafirun: 6), ( Al-Kahfi: 29) dan ( Al-Baqarah: 256). Maka berdasarkan ayat ini maka cukup jelas bahawa manusia itu tidak dipaksa untuk memeluk satu agama dan keluar dari agamanya. Tuhan memberi kebebasan penuh kepada manusia untuk beriman atau tidak, beragama Islam atau tidak. Kalau tuhan tidak memaksa hambanya untuk beriman, maka lebih-lebih lagi orang tuanya”.

“Namun sekiranya dia telah tetap hati untuk pindah agama, maka tidak ada pilihan lain kecuali ibu mesti mengikhlaskan pemergiannya ke agama lain itu. Sesuai dengan perintah Qur’an diatas, tidak boleh ada pemaksaan menyangkut perkara agama”.

3) Ihsan Ali Fauzi

Beliau adalah kandidat doctor di Ohio State University Columber, AS. Selesai Sarjana di di Ohio Universiti Athens, AS. Beliau antara orang awal yang menyerukan Liberalisme Islam. Bersama Ulil Absar Abdalla, beliau mendirikan Jaringan Islam Liberal (JIL).

4) Samsurizal Panggabean

Beliau menghabiskan 2 sarjananya di jurusan Tafsir Hadith Fak.Syariah di IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta dan Jurusan Hubungan International Fisipol UGM. Menulis buku : Wajah Islam Liberal di Indonesia (2002). Beliau menyeru agar Metodologi Tafsir dikembangkan selaras dengan kesedaran Islam Liberal.

Mereka inilah antara watak-watak utama yang memperluaskan JIL di Indonesia. Ya, di Malaysia majalah Al-Islam pernah menjadi ‘tapak’ golongan Muktazilah ini yang pernah menafikan adanya azab kubur, siksa hari Qiamat. Saya tidak tahu manusia itu masih ada lagi atau tidak di Al-Islam.

Catatan : Nantikan pendedahan berikutnya mengenai tokoh-tokoh besar JIL di Indonesia yang turut menganut ‘Pluralisme’ iaitu fahaman bahawa semua agama adalah sama, benar dan semua akan ke syurga. Jangan terkejut, ada dikalangan pensyarah-pensyarah ini yang menguruskan pernikahan pasangan yang berbeza agama khasnya pelajar Islam dan Kristian di Jakarta.

sumber

Debat dengan Qadiani

Artikel Oleh ibnuhasyim

"Catatan Perjalanan Dari Medan:

 SEPAS subuh panggung itu sudah penuh sesak dengan orang ramai yang hendak dengar debat dengan aliran yang baru sampai itu. Debat itu diadakan di panggung (bioskop) “Hok Hoa” Medan pada 15 November 1935, iaitu masa penjajahan Belanda. Masa itu masyarakat Islam di Medan dikejutkan dengan datangnya seorang India bernama Mohammad Sadiq dengan pembantunya seorang asal Sumatera Barat Abubakar Ayub pada tahun 1934. Mereka membawa ajaran Ahmadiyah Qadian. Mereka menentang diadakan satu debat dengan tokoh-tokoh Ulama Islam.

Penyebar Ahmadiyah Qadian itu membawa satu gerobak kitab-kitab alirannya, sedangkan di pihak ulama Islam seperti Tengku Fachruddin (Ketua Majelis Syar’i Kerajaan Serdang), Tuan Syech Mahmud Hayat (Muhammadiyah), H. Ismail Lubis dan H. Abdul Majid hanya membawa secarik kertas saja. Tetapi tiba-tiba puak-puak Ahmadiyah Qadian itu meninggalkan ruangan muzakarah, tak jadi nak debat, dengan tiada alasan menasabah. Ertinya cabut lari sebelum berhujjah.

Maka para ulama yang hadir mengeluarkan pernyataan sebagai berikut (saya salin dalam bentuk tulisan asal):

{ MAKLUMAT:
Bagaimanakah pendapat dan putusan ahli-ahli Agama Islam terhadap Mirza Gulam Ahmad dan pengikut-pengikutnya?

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA.
Oentoek mendjelaskan dan menjatakan dengan seterang-terangnya tentang kepertjajaan dan i’tikad partai Ahmadiyah Al-Qadiany menoeroet poetoesan

‘Oelama-oelama Islam yang bersendikan Al-Quranoelkarim dan Al-Hadits beserta Idjma’ Oelama, teroetama oelama-oelama di Sumatera Timoer, maka oleh Komite Pembanteras i’tikad Ahmadiyah Al-Qadiany jang didirikan pada tanggal 10 Nopember di Medan telah mengemoekakan pertanjaan pada seloeroehnya oelama-oelama Islam terseboet dari keadaan i’tikad mereka itoe.

PENDAPATAN DAN KEPOETOESAN
Menoeroet penjelidikan dan pemeriksaan ahli-ahli Agama Islam maka njata dan teranglah menoeroet dalil-dalil (boekti-boekti) bahwa:

1. Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany jang mengaku dan mendakwakan dirinja Nabi (Rasul) dikemoedian Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengakoean ini menjebabkan akan ianya murtad (kafir).

2. Demikian djuga pengikoet-pengikoetnja jang mereka itu mengakoei dan mempertjajai bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Gadiany berpangkat Nabi dan Rasoel dikemoedian Nabi Moehammad s.a.w maka dengan kepertjajaan ini mereka menjadi kafir.

KESIMPOELANNJA:
MIRZA GULAM AHMAD AL-QADIANY KAFIR (MOERTAD). PENGIKOET-PENGIKOETNJA DJUGA KAFIR (MOERTAD) BERLINDUNGLAH KITA DARI KEADAAN INI.

Di sinilah dinjatakan nama-nama oelama-oelama Islam jang telah mengkafirkan akan mereka itu;

1. J.M.T.Fachruddin Ketua Madjlis Syar’iy Kerajaan Serdang di Perbaungan.
2. Kadhi Perbaungan.
3. Sjech Al-Hadji Zainuddin bekas Mufti Kerajaan Serdang di Perbaungan.
4. Sjech Al-Hadji Mhd. Yunus Guru Besar Maktab Al-Islamiyah, Medan.
5. Sjech Al-Hadji Mhd. Ziadah bekas Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
6. Sjech Abdullah Afifuddin Guru Besar Madrasah Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
7. Abd. Rahim Abdullah Guru Madrasah, Al-Maslurah Tandjung Pura, Langkat.
8. Al-Hadji Mhd. Nur Abd. Karim Kadhi Tandjung Pura, Langkat.
9. Al-Hadji Dja’far bekas Guru Besar Al-Islamiyah Medan Deli.
10. Madjlis Al-Fatwa Al-Djam. Washliyah Medan Deli.
11. Al-Hadji Abd. Madjid Abdullah Guru Agama Medan Deli.
12. Al-Hadji Abd. Karim Guru Agama Bindjai.
13. Al-Ustaz Al-Hadji Abd. Halim Hasan Guru Besar Madrasah Al-Ariyah Bindjai.
14. Abd. Rahim Hitamy Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
15. Zainal Arifin Abas Guru Madrasah Arabiyah Bindjai.
16. Al-Hadji Abd. Wahab Guru Agama Bandar Sinembah Bindjai.
17. Al-Hadji Mhd. Nur Khadi Bindjai
18. Al-Haji Mahmud Ismail Lubis Kadhi Sei. Kerah Medan.
19. Al-Hadji Islas Kadhi Suka Piring Medan.
20. Al-Hadji Zainal Abidin Kadhi Pematang Siantar, dan 33 oelama lainnya.

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA

Maka menilik keadaan ini terang dan njatalah:

1. Mirza Gulam Ahmad dan pengikoet-pengikoetnja kafir (keluar dari agama Islam).

2. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Allah, yaitu dengan perkataan: “Asjhadu Alla Ilaaha Illalloh” binasa dan tiada diterima selama mereka tetap ber’itkad sebagai tersebut.

3. Pengakoean (Asjsjahadah) mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan perkataan “Asjhaduanna Muhammadarrasuululloh”, djuga tidak makbul (sia-sia) selama mereka tetap beri’tikad sebagai tersebut.

4. Pergaulan dan perhubungan serta persaudaraan setjara Islam telah poetoeslah di antara umat Islam dengan mereka itu :

(i). Dua kalimah Asjsjahadah yaitu “Asjhadu Alla Illallooh wa asjhaduanna Muhammadarrasuullullooh” jang mereka otjapkan dan mereka tuliskan di papan-papan mereka jang tergantung di muka-muka rumah mereka itu, tidak lain melainkan sebagai umpan atau topeng untuk menjesatkan umat Islam terutama umat Islam jang kurang pengetahuannja.

(ii) Da’wah atau pengakuan mereka bahwa mereka itu orang Islam pengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut Kitabullah Al-Quranul Karim, tidak benar dan kosong semata-mata. Hal ini tidak lain melainkan perkakas untuk penjesatkan umat Islam soepaja terdjerumus pada djaring mereka.

(iii) Segala perkataan-perkataan jang manis-manis baik jang diutjapkan dengan mulut mereka sendiri ataupun jang tertulis di dalam majalah-majalah dan soerat sebaran (maklumat) jang sengadja mereka terbitkan demikian djuga jang mereka masukkan di dalam surat-surat chabar jang dari kalimat-kalimatnja ada terbajang bahwa partai mereka ada tunduk di bawah pandji-pandji Islam dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. adalah doesta dan tipoean semata-mata.

KAOEM MOESLIMIN DAN MOESLIMAT SELOEROEHNJA
Sebagai telah njata dan terang bahwa Mirza Gulam Ahmad Al-Qadiany dan pengikoetnja adalah dengan sebab i’tikad mereka telah menjadi murtad (kafir). Oleh sebab itu mka segala perhoeboengan dan pertalian yang tiada diharoeskan pada Sjara’ antara oemat Islam dengan lain-lain Islam, maka tiada diharoeskan djuga dengan mereka itu. Soepaja umat Islam seluruhnja dapat mengetahui di sini diterangkan hal-hal yang terbesar misalnya.

1. Kalaoe mereka mati tidak harus (haram) disembahjangkan dan dikoeboerkan di tanah perkuburan (tanah wakaf orang Islam).

2. Perkawinan (nikah) mereka tidak sah dan tidak halal dengan orang Islam.
3. Sembelihan mereka tidak halal dimakan orang Islam.

4. Tidak harus dibebaskan mereka beribadat di Mesjid-mesjid dan langgar-langgar serta surau-surau wakaf orang Islam.

5. Kitab Al-Quran an Al-Hadis serta kitab-kitab Agama kepoenjaan orang Islam tidak haroes diserahkan ketangan mereka.

6. Oemat Islam tidak diharoeskan memberi salam kepada mereka.

7. Antara oemat Islam dengan mereka tidak poesaka mempoesakai.

8. Dan lain-lain. }

Jadi, soal Ajaran Mirza Ghulam Ahmad Al-Qadiany bukanlah perkara baharu. Ia sudah lama dijelaskan kesesatannya. Khalifah Abu Bakar Khalifah Islam Pertama berpusatkan di Madinah selepas kewafatan Rasulullah SAW... beliau mengambil-alih pemerintahan Islam, langkah awalnya ialah memerangi 'Orang Murtad'. Pertama murtad kerana ada yang mengaku jadi 'nabi', seperti Musilamah Kazzab selepas kewafatan Nabi, dan orang yang tidak mahu keluarkan zakat walaupun mereka juga mengaku beragama Islam.

Pada saya, hukum orang murtad hanya boleh wujud dalam pemerintahan yang dasar negaranya adalah dasar Islam. Kalau negara itu negara sekular seperti Malaysia, Indonesia dan sejenis dengannya, yakni Perlembagaan dan Undang-undang Dasarnya bukan Islam, maka jadilah seperti terjadi sekarang. Tak boleh selesai. Ulamak-ulamak disumbat mulut mereka menjadi 'syaitan bisu' tidak boleh menyatakan kebenaran. Kerana perlaksanaan Islam dalam negara cuma tempelan bukan dasar, bukannya Islam yang memerintah, tetapi Islam diperintah!!

Sekian, wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim
Medan.

sumber

Inilah Kerajaan Tuhan oleh Lia Eden

Isnin 15 Dis lalu, hampir kesemua akhbar dan website Indonesia memaparkan berita penangkapan kali ke dua pihak berkuasa Indonesia ke atas Lia Eden atas dakwaan penodaan agama. Lia Eden seorang wanita berumur 61 tahun pernah ditahan selama 22 bulan dan keluar pada 29 Okt 2007 setelah beliau mendakwa dirinya adalah isteri kepada Jibril (baca: Syaitan) yang sering menemuinya untuk memberi wahyu.Untuk kali ini, beliau ditahan bersama 28 pengikutnya atas dakwaan menyebarkan sebaran setebal 40 halaman berupa seruan agar dihapuskan semua agama khasnya Islam.


Lia mengaku arahan penghapusan itu datang dari Tuhan kepadanya secara berkala dan beliau turut menerima ‘wahyu’ bahawa pemerintahan Susilo dan Jusuf Kalla tidak layak memimpin lagi.


Siapakah Lia Eden ?

Nama asalnya ialah Syamsuriati. Anak kelahiran Surabaya tanggal 21 Ogos 1947 ini telah menubuhkan agama baru yang dikenali sebagai Salamullah dan mengetuai Kerajaan Tuhan Eden. Kini Lia Eden, mempunyai sebuah kerajaan syurga di Jalan Mahoni 30, Senen, Jakarta. Pengikutnya digelar Kaum Eden. ( Eden adalah disandar kepada nama syurga ‘Adn yang dicipta oleh Lia ).


Apa pengakuan dan dakwaannya ?

Pada tahun 1974, beliau mendakwa telah melihat sebuah bola berwarna bercahaya kuning berputar di udara dan lenyap sewaktu baru sahaja berada diatas kepalanya. Pada 27 Okt 1995, beliau mengaku ketika sedang solat, beliau merasai kehadiran pembimbing rohaninya, Habib Al-Huda yang mengaku dirinya Jibril. Sejak 1997, beliau mengaku menerima bimbingan Jibril sampai sekarang.


Beliau telah melantik Abdul Rahman seorang alumni dari Faklutas Ushuluddin dan Filsafat UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta menjadi Imam Besar kepada Kerajaan Tuhan Eden. Awalnya beliau dilantik menjadi Imam Mahdi, namun sekarang Abdul Rahman dianggap oleh Lia Eden sebagai reinkarnasi (jelmaan) Nabi Muhammad. Nabi palsu Abdul Rahman ini turut dipenjara selama 3 tahun oleh mahkamah Agung, 09 Nov 07 lalu.


Siapa pembela dan pendokongnya ?

Sebagaimana perkara kebenaran mempunyai penyokong dan pendokong, maka tidak ketinggalan kebatilan juga ada penyokong dan pendokongnya. Berikut tokoh-tokoh utama yang menjadi simpatisan mereka :


1) Sejumlah mahasiswa IAIN Jakarta berdemo dihadapan Polda Metro Jaya (kantor polis) ketika Lia Eden ditahan pada Januari 2006.


2) Lia Eden mengaku sering berkonsultasi dengan Rektor UIN Jakarta, Kamarudin Hidayat jika Lia ada masalah dan Lia juga pernah membuat puisi khas untuk Komarudin Hidayat dan disebut puisi itu adalah wahyu Jibril.


3) Komarudin Hidayat ketika kuliah di Turki menyepakati reinkarnasi (jelmaan) Anand Krisna (menyatu dengan Tuhan) dan diaminkan oleh Lia Eden. Buku Islam Esoteris: Kemuliaan dan Keindahannya karangan Anand Krisna diberi kata pengantar oleh Komarudin Hidayat, Rektor UIN Jakarta.


4) Komarudin Hidayat juga memberi hutang kepada Lia Eden untuk sebarkan kesesatannya dan dibelakang, beliau membela pula (kerana berkali-kali mendapat pujian dari wahyu Lia sejak 2006 ).


Dipetik dari buku: Nabi-Nabi Palsu & Para Penyesat Umat – Ust Hartono Ahmad Jaiz.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Lia Eden, wahyu-wahyu yang diterimanya dari Jibril ( baca: Syaitan ), ramalan-ramalan beliau tentang kejadian-kejadian yang akan menimpa Indonesia dan lain-lain, anda boleh layari website Lia Eden di http://www.liaeden.info/indonesia/index.php


Untuk membaca fatwa-fatwa daripada Majlis Ulama’ Indonesia tentang ajaran sesat-ajaran sesat di Indonesia termasuk ajaran Anand Krisna, Lia Eden dan lain-lain, anda boleh layari website http://swaramuslim.net/galery/sekte/index.php


Maklumat lanjut tentang Lia Eden, boleh dilayari di http://id.wikipedia.org/wiki/Lia_Eden atau http://ms.wikipedia.org/wiki/Lia_Eden atau www.arrahmah.com .


Mungkin Lia Eden elok kahwin dengan Ayah Pin. Lia Eden ada Kerajaan Tuhan, Ayah Pin ada Kerajaan Langit.:)


Gambar kecil: Rektor UIN Jakarta.


sumber

Antara Tokoh-tokoh Kelahiran Al-Azhar


HASSAN AL-BANNA


Universiti Al-Azhar telah banyak melahirkan tokoh yang memberi sumbangan besar kepada dunia dan Islam secara khususnya.


Antara individu-individu lulusan universiti Islam tertua dunia ini yang dikenali ramai dalam sumbangannya adalah Hassan Al-Banna yang terkenal sebagai reformis sosial dan politik Mesir serta pengasas kepada Ikhwanul Muslimin iaitu kumpulan terbesar dan paling berpengaruh dalam penggerak kebangkitan semula agama.


Dilahirkan pada 1906 di Mahmudiya, Mesir, beliau telah terlibat dengan pembaharuan seawal usia 13 tahun. Hassan juga menyertai demonstrasi dalam revolusi 1919 bagi menentang penjajahan British.


Berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 14 tahun, Hassan memulakan pengajian di Dar al-Ulum, Kaherah pada 1923 ketika berusia 16 tahun. Sepanjang empat tahun di ibu negara Mesir memberi pendedahan kepada beliau tentang situasi politik dan bagaimana corak sekular dan Barat telah menembusi masyarakat.


Pada waktu ini jugalah Hassan menyedari bahawa golongan muda semakin jauh daripada landasan agama dan percaya hati dan minda pemuda- pemudi Islam adalah penting dalam mempertahankan kemurnian Islam.


Hassan turut mengikuti kuliah di Al-Azhar yang memberi pendedahan mengenai pandangan-pandangan ulama yang terkini serta ilmu dakwah untuk menyebarkan Islam.


Menjadi guru bahasa Arab pada usia 21 tahun di sebuah sekolah di Ismailiyya dan pada masa tahun yang sama Hassan, adiknya Gamal al-Banna dan lima sahabatnya bersumpah sehidup semati untuk mempertahankan Islam sekali gus tertubuhnya Ikhwanul Muslimin.


Pertubuhan itu seterusnya berkembang pesat dengan lebih setengah juta keahlian tidak termasuk cawangan-cawangan di negara-negara Arab lain malah turut menghantar ribuan tentera dalam perang terhadap Israel pada tahun 1948.


Hassan telah ditembak mati di sebuah pasar pada Februari 1949 pada usia 43 tahun.


Taqiuddin al-Nabhani


Seorang lagi pemimpin terkenal yang dikenali dari Al-Azhar adalah Taqiuddin al-Nabhani, pengasas kepada Hizbut Tahrir.


Dilahirkan pada 1909 di Ijzim, Haifa dan merupakan pakar perundangan Islam dan telah menghafaz Al-Quran pada usia 12 tahun lagi sebelum meneruskan pengajian peringkat rendah dalam bidang Syariah di Haifa.


Beliau mengambil langkah drastik dengan mengikuti kuliah di Al-Azhar dan Dar al-Ulum serentak pada 1928 dan berjaya lulus dengan cemerlang yang membolehkannya mendapat Diploma Syariah Universal.


Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di Al-Azhar anjuran cendekiawan terkenal seperti Sheikh al-Akhdar Hussein memberi peluang kepada beliau untuk mengasah kemahiran dalam perdebatan serta perbincangan.


Selepas pulang ke Palestin beliau berkhidmat sebagai guru dari 1932 hingga 1938 dan Taqiuddin kemudiannya beralih ke arah sistem kehakiman Islam yang masih menggunakan sistem perundangan era Uthmaniyah.


Pada awal 1953, beliau dan beberapa rakan menubuhkan Hizb ut-Tahrir di Quds, Baitulmaqdis namun pembentukan parti tersebut ditentang oleh Jordan yang seterusnya membawa kepada pengharamannya, namun Hizb ut-Tahrir terus berkembang ke seluruh dunia Islam malah turut sampai ke Aceh, Indonesia.


Selepas Taqiuddin meninggalkan Jordan buat sementara waktu untuk melawat Damsyik dan Beirut pada 1955, kerajaan Jordan mengharamkan beliau untuk kembali ke negara itu memaksanya Hizb ut-Tahrir menukar pusat operasi ke Damsyik dan Beirut.


Taqiuddin dipenjarakan di Iraq semasa melawat negara itu pada 1973 dan diseksa teruk namun dilepaskan hanya kerana pihak keselamatan membuat kesilapan apabila mengenal pasti beliau sebagai anggota Hizb ut-Tahrir dan bukan sebagai ketuanya.


Tekanan berterusan dari kerajaan Jordan memaksa beliau melepaskan peranan kepada masyarakat dan tidak lagi dilihat di khalayak ramai kerana takut dibunuh namun beliau meninggal dunia di Beirut pada 20 Disember 1977.


Sheikh Ahmad Yassin


Pengasas Pergerakan Hamas, Sheikh Ahmad Yassin juga merupakan salah seorang daripada lulusan Al-Azhar yang giat memperjuangkan agama, negara dan bangsa,


Sheikh Ahmad Yassin dilahirkan pada tahun 1937 di perkampungan Al-Jura berdekatan bandar Majdal yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Mandat British Palestin sebelum berpindah ke Gaza selepas kampung tersebut musnah dalam Perang Israel 1948.


Mengalami kecederaan ketika bersukan pada usia 12 tahun yang membawa kepada kecacatan anggota sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.


Ia bagaimanapun tidak menghalang beliau dari melanjutkan pelajaran di Al-Azhar selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, ketika pergerakan Islam dan perjuangan nasionalis Arab sedang berkembang pesat.


Yassin kemudian menyertai Ikhwanul Muslimin ketika pengajian beliau di Al-Azhar dan seterusnya terus melibatkan diri dengan cawangan kumpulan tersebut di Palestin.


Semasa Intifada pertama pada tahun 1987, Yassin dan rakan baiknya Abdel Aziz Al-Rantissi menubuhkan Hamas dan menjadi pemimpin kerohanian kumpulan tersebut yang menekankan perjuangan menentang Israel.


Ditangkap dua tahun kemudian bersama hampir 200 anggota Hamas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menyerang askar Israel dan penduduk Palestin yang disyaki bersubahat namun Hassan dibebaskan pada tahun 1997 selepas campur tangan arwah Raja Hussein dari Jordan.


Setibanya di Gaza pada 6 Oktober 1997, Yassin mengisytiharkan bahawa sekiranya Israel berundur dari Tebing Barat dan Gaza serta menutup kesemua penempatannya, maka Hamas bersedia berdamai dengan Israel.


Pada September 2003, tiga tahun selepas kebangkitan Intifada kedua di Palestin, Israel gagal dalam cubaan membunuh Yassin namun beliau terkorban pada tahun berikutnya apabila peluru berpandu mengenai keretanya ketika dia baru keluar dari sebuah masjid di Gaza.


- MOHAMAD FIKRI ROSLY

sumber


* perkara penting untuk dicontohi ialah semangat mereka dalam berjuang.

Saturday, August 29, 2009

Tarawih vs Fardhu

Dakwah Tajdid Segar mengajar kita supaya bijak memilih antara ‘YANG PENTING’ dengan ‘YANG LEBIH PENTING’, dan antara ‘YANG UTAMA’ dengan ‘YANG LEBIH UTAMA’. Pada bulan Ramadhan ini kita lihat banyak orang yang masih tersilap ataupun terkeliru dalam membuat pertimbangan. Sebahagiannya memang tidak tahu manakala sebahagian lagi buat-buat tidak ambil tahu sedangkan mereka memang sedia tahu.

Solat fardhu berjemaah bagi lelaki ialah satu tuntutan, dengan tuntutan yang berat. Solat tarawih berjemaah pula hanyalah solat sunat. Bahkan Nabi Muhammad saw sendiri lebih banyak melakukan solat sunat tarawih bersendirian di rumah berbanding di masjid. Tapi masyarakat kita umumnya melebihkan solat sunat tarawih berjemaah berbanding solat fardhu Isya’ dan Subuh berjemaah. Dalam contoh yang mudah, kita mengejar-ngejar satu kerja yang bayarannya RM 10 sehari berbanding satu kerja yang gajinya RM 100 sehari. Kan tidak bijak bertindak begitu?

Dari segi keutamaan, ibadah yang sunat tidak boleh menandingi keutamaan ibadah yang wajib. Maksudnya, jika kita perlu memilih antara untuk hadir antara solat fardhu Isya’ berjemaah dengan solat sunat tarawih berjemaah, kita sepatutnya memilih solat Isya’. Begitu juga dengan solat berjemaah fardhu Subuh. Tapi yang biasa saya lihat (di tempat anda mungkin ada perbezaan), jumlah jemaah lelaki pada waktu solat tarawih lebih banyak daripada waktu solar Isya’. Bertambah lengang pula pada waktu Subuh.

TARAWIH VS FARDHU

“Barangsiapa solat Isya’ berjemaah, (dia) seolah-olah BERSOLAT SEPARUH MALAM. Dan barangsiapa (selepas itu) solat Subuh berjemaah (pula), (dia) seolah-olah BERSOLAT SEPANJANG MALAM.”

(Muslim, Ahmad dll)

“Barangsiapa yang solat Isya’ dan Subuh berjemaah, itu seolah-olah SOLAT SEPANJANG MALAM.”

(Ahmad, Abu Daud dll)

Jangka masa solat tarawih antara 30 minit ke 1 setengah jam lebih kurang. Bandingkan dengan jumlah masa ‘solat seluruh malam’. Katakanlah malam mengikut waktu Semenanjung Tanah Melayu bermula dari pukul 7.30 senja hinggalah pukul 5.30 subuh. Ada lebih kurang 10 jam! Jika kita mengerjakan solat Isya’ berjemaah, seolah-olah kita sentiasa dalam keadaan bersolat sunat selama 5 jam. Dan jika kita tambah dengan solat Subuh berjemaah, seolah-olah 10 jam. Bandingkan dengan tempoh masa solat tarawih.

Bagi kita yang tahu, memang nampak pelik benar perlakuan sebahagian besar masyarakat kita yang mengejar solat tarawih berjemaah tetapi meringan-ringankan ataupun mengabaikan terus solat fardhu berjemaah.

KESILAPAN KITA

Ali biasanya sengaja tidak datang solat fardhu Isya’ berjemaah tapi istiqamah datang solat tarawih berjemaah. Ahmad pula memang rajin datang solat fardhu Isya’ berjemaah, tapi biasanya selepas itu terus pulang tanpa bertarawih berjemaah.

Situasi yang biasa kita lihat, orang tidak kata apa-apa dengan perlakuan Ali tetapi orang memandang agak serong kepada Ahmad. Padahal antara dua perlakuan ini, Ahmad yang benar.

KELEBIHAN-KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

“Solat berjemaah adalah 27 KALI LEBIH BAIK daripada solat secara bersendirian.”

(Bukhari, Muslim dll)

Ada dalam kalangan masyarakat kita yang memang suka solat fardhu di rumah walaupun tanpa ada sesuatu keuzuran. Mereka (kadang-kadang kita dan saya sendiri pun) buat endah tak endah saja dengan janji Allah untuk mengurniakan kelebihan 27 kali jika solat berjemaah. Tapi cuba kita tukarkan bilangan 27 itu dengan wang!

Sesiapa yang solat fardhu di rumah akan dibayar RM 1 oleh kerajaan. Sehari semalam dapatlah RM 5. Sesiapa yang solat fardhu berjemaah di masjid surau pula akan dibayar RM 27 setiap satu waktu. Dalam sehari semalam dapat RM 135. Sama-sama kita fikir, di mana masyarakat kita akan menunaikan solat fardhu mereka? Alamatnya penuhlah masjid dan surau. Pada waktu Maghrib mungkin ada masjid surau yang tidak cukup ruang.

Bukan anak-anak lelaki saja yang dipaksa oleh ibu bapa mereka ke masjid, tak mustahil anak-anak perempuan pun akan dipakaikan pakaian lelaki dan digesa pergi sama. Mana taknya, seorang anak boleh dapat RM 27, lima orang anak sudah RM 135 untuk satu kali solat!

Sekadar inilah taraf keimanan orang kita (tak terkecuali saya sendiri) dalam soal solat fardhu berjemaah ini. Kita memandang DUIT lebih besar daripada kasih sayang Tuhan dan pahala. Dalam dakwah Tajdid Segar ini, kita mestilah mengasuh diri kita dan seterusnya masyarakat dan umat supaya memandang kasih sayang Tuhan dan pahala adalah lebih penting untuk diperolehi.

KELEBIHAN-KELEBIHAN MENUJU KE TEMPAT BERJEMAAH

“Apabila seseorang itu berwudhuk dengan sempurna ( di tempatnya/ rumahnya) dan menuju ke masjid dengan niat semata-mata hendak solat, maka SETIAP LANGKAHNYA MENDAPAT PAHALA dan MENGHAPUSKAN DOSA.”

(Bukhari)

Tidakkah kita berasa rugi akan setiap langkah kita jika solat fardhu di rumah? Sekali lagi kita kalah dari segi DUIT vs kasih sayang Tuhan dan pahala. Bayangkan jika pemerintah bersetuju membayar RM 1 untuk setiap langkah dan menghapuskan RM 1 daripada hutang-hutang kita untuk setiap langkah? Seratus langkah bermaksud dapat RM 100, dan hutang kereta/ rumah/ peribadi kita ditolak RM 100! Alamatnya berbondong-bondonglah tua muda ke masjid dan surau.

Ada pula yang pandai menjawab, “Alaa ustazz, zaman sekarang orang naik motor, basikal, kereta. Mana ada langkah-langkah dah!” Jawapannya- Allah Maha Tahu kaedah untuk mengira jumlah langkahan kita. Segala duit minyak, duit tayar, duit beli kenderaan dan lain-lain akan mendapat ganjaran yang lumayan daripada Allah SWT.

Cuma jangan lupa SYARATNYA- berwudhuk di rumah siap-siap.

“Barangsiapa berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang, maka Allah akan menyediakan baginya satu rumah jamuan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid.”

(Bukhari, Muslim, Ahmad dll)

“7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (pada hari akhirat)... (salah satu golongan ialah) seorang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.”

(Bukhari & Muslim)

Orang yang hatinya jauh dengan masjid tentulah tidak termasuk dalam perjanjian ini.

“Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu pergi ke masjid pada waktu malam gelap kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada Hari Hisab nanti.”

(Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Al-Hakim)

“... dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat dalam solat Isyak dan solat Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya WALAUPUN DENGAN CARA MERANGKAK".

(Muslim)

Tapi kita yakin, jika ada pihak yang mahu membayar RM 27 untuk satu waktu, memang akan ada orang yang mahu datang walaupun terpaksa merangkak.

AWAS SAUDARAKU!

“Seandainya seorang (lelaki) itu tidak pergi ke masjid padahal dia mendengar azan tanpa uzur syar’i yang kuat, maka solatnya ( di rumah) TIDAK AKAN DITERIMA.”

(Abdu Daud & Ibnu Majah)

Kita ‘check’ amalan masing-masing. Sudah berapa lama sebenarnya solat kita tidak diterima oleh Allah? Jadi selepas ini, rajin-rajinlah ke masjid dan surau. : )

“Kalau seseorang itu ingin menemui Allah pada hari Hisab (hari perhitungan) SEBAGAI SEORANG MUSLIM, dia mestilah bersembahyang di tempat azan dilaungkan iaitu di masjid (ataupun surau).”

(Muslim & Abu Daud)

Kita renung sendiri juga... kita mahu bertemu dengan Allah nanti sebagai seorang apa?

Sabda Rasulullah saw: “Aku ingin menyuruh budak-budak mengumpul kayu api banyak-banyak untukku, dan kemudian aku hendak pergi dari rumah ke rumah orang-orang yang (sengaja) solat di rumah masing-masing tanpa sesuatu uzur, lalu MEMBAKARNYA.”

(Muslim)

Betapa beratnya kesungguhan baginda Rasulullah dalam soal berjemaah ini. TAPI, jangan pula kita melebihi kesungguhan baginda dengan pergi membakar pula rumah-rumah mereka yang sengaja tidak mahu berjemaah!! Nabi sendiri tidak buat begitu, sahabat pun tidak, para ulama pun tidak. Sabda Nabi ini sekadar untuk menunjukkan KESUNGGUHAN bagainda dan betapa BERATNYA TUNTUTAN solat fardhu berjemaah.

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Kalau kamu bersembahyang di rumahmu, maka kamu sudah MENINGGALKAN SUNNAH Rasulullah saw. Dan apabila kamu meninggalkan sunnah-sunnahnya maka SESATLAH KAMU”

(Muslim & Abu Daud)

Apa macam?

Tambah lagi. Orang bertanya kepada Ibnu Abbas: “Bagaimanakah dengan seseorang yang berpuasa sepanjang hari dan mengerjakan solat sunat sepanjang malam, tetapi tidak pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan solat Jumaat?”

Jawab Ibnu Abbas: “Dia ialah PENGHUNI NERAKA.”

(Turmizi)

Hebatnya para abid (ahli-ahli ibadah) ini, tapi Abdullah bin Abbas berani mengatakan “Dia ialah penghuni neraka”.

Ada seorang buta datang mendapatkan Nabi S.A.W, katanya: “Ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dipohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh Nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “Apakah engkau dengar panggilan azan?” Jawabnya: “Ya.” Maka sabda baginda: “Kalau begitu, datanglah!”

(Muslim)

Maksudnya rumah orang buta ini tidak jauh sangat dari masjid. Jadi dia kena datang. Bagaimana dengan kita yang tidak buta ini?

BEBERAPA KEMUSYKILAN

Persoalan 1:

“Saya ada sedikit kesukaran untuk tiba awal ke masjid. Biasanya ketika saya sampai, orang sudah habis berjemaah. Jadi, kalau saya pergi pun tak guna juga.”

Jawapan:

“Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna (di rumah) kemudian pergi ke masjid, dan didapatinya solat berjemaah sudah selesai, akan menerima PAHALA SAMA BANYAK dengan orang-orang yang solat berjemaah. Tidaklah kurang suatu apa pun daripada pahala orang-orang yang sudah solat berjemaah.”

(Abu Daud, An-Nasa’i & Al-Hakim)

Tapi... jangan sengaja pergi lambat. Hadis di atas berkaitan dengan orang-orang yang ada usaha untuk pergi awal tetapi terlewat.

Selain itu, ganjaran-ganjaran di bawa tajuk “KELEBIHAN-KELEBIHAN MENUJU KE TEMPAT BERJEMAAH” di atas tadi tetap diperolehi juga walaupun kita terlewat berjemaah. Kan masih terlalu untung besar?

Jangan lupa SYARATNYA – berwudhuk di rumah siap-siap.

Persoalan 2:

“Di tempat saya memang tidak hidup solat berjemaah. Kalau saya pergi pun, sayalah siak, sayalah bilal dan sayalah imam merangkap makmum.”

Jawapan:

Anda tetap mendapat kesemua ganjaran dalam persoalan 1 tadi insyaallah. Yang pentingnya, anda dan orang-orang di bawah anda (anak isteri) sudah terlepas daripada tuntutan fardhu kifayah sedangkan warga kariah anda yang lain masih menanggung dosa kerana gagal melaksanakan fardhu kifayah. Sekiranya anda dapat seorang lagi untuk berjemaah, bermaksud anda sudah menyelamatkan seluruh kariah.

Persoalan 3:

“Saya ahli hakikat sedangkan imam-imam di tempat saya semua ‘sembahyang kulit’ saja.”

Jawapan:

Persoalan hati dan pemahaman hanya Allah yang Maha Tahu. Kita serahkan kepada Dia. Yang pentingnya kita penuhi tuntutan sunnah Rasulullah iaitu solat berjemaah di masjid/ surau.

Jika di tempat itu sesiapa pun boleh jadi imam (tidak ada jawatan khas), jadikanlah diri anda orang yang layak sebagai imam. Untuk mendalami ilmu keTuhanan boleh anda habiskan bertahun-tahun, tentu mudah saja untuk ambil sedikit masa mempelajari ilmu jadi imam yang tidak sesukar belajar ilmu hakikat.

Persoalan 4:

“Saya tak mahu solat tarawih kerana ada urusan lain. Tapi lepas solat Isya’, segan pula nak balik sambil diperhatikan jemaah yang lain. Jadi lebih baik tak pergi langsung.”

Jawapan:

Anda terpaksalah berlatih buat muka selamba badak. Lama-lama nanti akan biasa. : )

Persoalan 5:

“Bolehkah sesekali saya solat berjemaah di rumah bersama-sama keluarga? Pada saya ia satu strategi dakwah juga.”

Jawapan:

Boleh.

Persoalan 6:

“Bila masanya kita boleh tidak pergi berjemaah?”

Jawapan:

Jika ada urusan penting yang memang susah untuk ditinggalkan (nilai sendiri tahap kepentingannya).

Jika ada ujian dari tentera Tuhan seperti hujan lebat, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, terlalu panas, angin kuat dan seumpamanya.

Jika ada kemungkinan keselamatan terancam seperti dalam suasana perang, penjenayah berleluasa, ada musuh peribadi yang memang menanti peluang hendak menjahanamkan kita, binatang liar/ buas (harimau, serigala, babi hutan dan lain-lain) berkeliaran, wabak penyakit menular dan seumpamanya.

Jika tidak sihat sama ada diri sendiri ataupun ahli rumah.

Jika takut terjumpa orang yang kita berhutang kepadanya (dalam keadaan kita memang belum mampu membayarnya setelah kita berusaha) kalau-kalau dia menggesa kita membayar.

Dan lain-lain sebab yang munasabah.

Persoalan 7:

“Saya memang hendak pergi berjemaah, tapi di tempat saya memang tak ada sesiapa yang mampu jadi imam. Yang mampu tak datang pula. Tinggallah yang tak mampu. Akhirnya semua takut hendak datang.”

Jawapan:

Kena pakat-pakat usaha bodek orang yang mampu itu supaya datang. Kena keluarlah sikit tenaga, masa dan wang.

Anda sendiri kena usahakan agar anda mampu jadi seorang imam.

Persoalan 8:

“Makam saya lebih tinggi daripada makam imam yang dilantik. Bacaan saya pun lebih fasih daripadanya. Bagaimana saya hendak berimamkan dia?”

Jawapan:

Majoriti ulama mengatakan Saidina Abu Bakar sebagai sahabat yang paling afdhal. Tapi banyak juga ulama memilih para sahabat lain seperti Abbas, Fatimah, Saidina Ali dan lain-lain.

Berdasarkan maklumat ini, Saidina Ali contohnya tidak ada masalah untuk berimamkan sahabat yang lain walaupun dia sahabat paling afdhal, malah boleh jadi juga dia sahabat yang terfasih bahasanya memandangkan dia membesar dalam jagaan Rasulullah, yang berinteraksi begitu lama dengan Rasulullah.

Jadi, anda datang sajalah solat berjemaah.

MASALAH ORANG PEREMPUAN PULA

Memang terpuji kesungguhan makcik-makcik dan kakak-kakak yang begitu gigih ke masjid surau sepanjang bulan Ramadhan ini. Sehinggakan pada waktu Subuh pun berlumba-lumba ke masjid surau, seolah-olah satu kemestian (walaupun bukan kewajipan) pula. Sebenarnya kaum wanita tidak dituntut solat berjemaah fardhu di masjid surau. Lebih afdhal solat fardhu di rumah.

Namun begitu, tidaklah menjadi kesalahan untuk pergi. Malahan lebih baik pula jika ada pengajian, majlis-majlis syiar Islam, untuk mengerjakan solat tarawih dan lain-lain.

Yang jadi masalahnya ialah apabila si wanita begitu istiqamah untuk solat berjemaah di masjid surau tapi tidak pula menggesa anak-anak lelaki, suami, abang, adik lelaki dan bapa mereka untuk pergi. Mereka merasakan solat fardhu berjemaah Isya’ dan Subuh itu satu tuntutan yang seakan-akan mesti mereka penuhi, tetapi buat tidak tahu saja ahli keluarga mereka yang lelaki. Sekiranya gesaan sudah dibuat selalu dan mereka yang lelaki masih degil, tak mengapalah. Nak buat macam mana...

PENUTUP

Kepada semua- sekarang kita sudah ada pemahaman dalam hal ini. Mulai saat ini, kita semua bertindaklah agar ‘YANG LEBIH UTAMA’ dan ‘YANG LEBIH PENTING’ didahulukan. Bermula dengan diri kita, keluarga kita dan seterusnya masyarakat kita.

Kepada kaum wanita- gesalah kaum lelaki pergi solat fardhu berjemaah, bukannya anda pula yang tergesa-gesa untuk melakukannya.

Kepada para pendukung, peminat dan pemerhati dakwah Tajdid Segar pula- dalam dakwah ini kita mestilah membereskan perkara-perkara pokok/ asas terlebih dahulu. Apa guna kita berbicara hal yang besar-besar sedangkan tuntutan-tuntutan asas (seperti solat fardhu berjemaah ini) gagal kita penuhi. TAPI, dalam usaha kita membereskan yang asas, jangan kita tinggalkan terus pula hal-hal yang besar-besar. Kita sangat mementingkan KESEIMBANGAN.

Wallahualam.

p/s : Kuliah saya yang ada sedikit-sebanyak dengan hal di atas ada di sini:

http://ribuanceramah.blogspot.com/2009/08/abu-zulfiqar-permasalahan-solat-tarawih.html

sumber