Monday, June 22, 2009

Kerja Nan Indah



" Letih sungguh hari ni. Kerja macam biasa je, tak lah banyak sangat, tapi letih semacam je. " saya luahkan segara rasa hati saya kepada seorang sahabat hari ini. Letih kadang-kadang bukanlah disebabkan kerja saya, kerana ianya rutin harian, saya tidak menganggap kerja sebagai punca keletihan yang melampau yang dirasai sejak dua hari ini.

Kerja Sebagai Ibadah

Kerja bukanlah satu bebanan jika ianya sesuatu perkara rutin yang kita sukai. Mungkin ada sesetengah kerja cuma dianggap sebagai punca rezeki bagi menampung keperluan diri, anak-anak dan keluarga. Jika kerja yang dijalankan ini dipandang sebagai lubuk mencari duit semata-mata makan tugas yang dilakukan seharian akan cepat dianggap sebagai bebanan, membosanakan dan akhirnya tugas-tugas ini dilakukan secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh hanya seperti melepaskan batuk di tangga.

Jika kerja dianggap sebagai salah satu ibadah, maka kerja yang dilakukan secara rutin ini akan menjadi lebih mudah. Meyakinkan diri melaksanakan sesuatu perkara sebagai ibadah bukanlah sesuatu perkara yang mudah dilakukan walhal Allah s.w.t dengan jelas menyatakan setiap penciptaan makhluk ini adalah ditugaskan untuk beribadah seperti terdapat di dalam Surah Az-Zuriat ayat 56

" Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku "

Maksud ibadah di sini bukanlah semata-mata melaksanakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan haji . Ibadah itu tersendiri terbahagi kepada ibadah yang asas dan umum. Umum di sini bermaksud segala perkara yang dilakukan di dalam kehidupan dengan niat kerana Allh s.w.t maka ianya dianggap satu ibadah. Sesuatu kerja hanya dianggap sebagai ibadah jika ciri-ciri ibadah dapat dicapai, antaranya kerja yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah, melakukan kerja yang halal, dilaksanakan dengan cara yang betul serta memanfaat tanpa mengabaikan ibadah khusus seperti solat dan sebagainya.

Hormon Pengaruh Emosi

Keletihan dan tension bukanlah berkait rapat dengan permasalah ibadah di dalam kerja. Jika seseorang mengalami stress dan letih bukanlah bermaksud kerjanya tidak selari dengan konsep ibadah. Kita cuba melihat perkara ini dari konteks sains dan emosi kerana Islam itu tidak pernah terpisah dari sains. Menurut Dicitionary of Psychology terbitan 1973, emosi akan terhasil daripada individu yang berbeza walaupun dari kerja yang sama. Emosi juga wujud secara subjektif dan biologikal diri. Di sini emosi boleh sahaja berlaku melalui tindakbalas badan terhadap sesuatu pekerjaan.

Hormon juga memainkan peran penting di dalam tindakbalas emosi manusia, hormon kartisol yagn berlebihan sebagai contohnya akan menyebabkan kekurangan penghasilan hemoglobin di dalam badan sehingga berlaku kekurangan oksigen dan seterusnya menyebabkan fungsi otak dan badan menjadi lemah.


Dudipatsar

Keindahan Sebagai Penawar Stress


Terdapat pelbagai kajian dan pandangan mengenai kaedah mengawal emosi dan mengurangkan stress ini. Ibadah khusus menjadi aspek terpenting di dalam mengawal emosi diri, seperti melaksanakan solat tahajjud, berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t merupakan terapi yang amat berkesan dalam mengekalkan emosi positif. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin di dalam bukunya Terapi Solat Tahajjud; Mukjizat Penyembuh Penyakit, solat tahajjud dapat menurunkan hormon kartisol dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Antara lain kaedah yang berkesan dalam mengawal emosi dan mengurangkan stress ialah memandang sesuatu yang menenangkan fikiran dan jiwa.

Pemandangan hijauan pepohon, gunung-gunung, lautan, langit dan matahari terbenam merupakan salah satu keadah yang berkesan di dalam mengurangkan masalah stress. Allah s.w.t itu sendiri bersifat jamal iaitu indah dan Allah sendiri menyukai akan keindahan, maka dengan melihat sesuatu yang indah secara langsung memuji sifat Yang Maha Pencipta dan Maha Indah yang secara langsung merupakan zikir yang dapat menenangkan jiwa dan emosi seperti firman Allah s.w.t

"Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera di laut yang membawa apa yang berguna kepada manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah mati ( kering ) dan Dia sebarkan di bumi segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, Sungguh terdapat tanda kebesaran Allah bagi kaum yang memikir "Al-Baqarah ayat 164

Saya cuba membayangkan diri berada di padang Dudipatsar menghadap Tasik Dalal di Selatan Kashmir kemudian mengemudi perahu menyusuri sungai Oshiri di Nikko, Jepun sambil mendengar aluan zikir air terjun Kegon. Ahhh....alangkah indah dan tenangnya jiwa dengan keindahan alam ciptaanNya.

sumber

Tuesday, June 2, 2009

Laman "Ikhwan Tajdid Segar" Berwajah Baru

Silakan ke http://freshersbrotherhood.blogspot.com/

Jangan lupa dapatkan butang Tajdid Segar!

Himpunan Seluruh Artikel/ Bahan Blog Ini

NOVEMBER 2009

OKTOBER 2009
OGOS 2009

JULAI 2009


JUN 2009

MEI 2009

APRIL 2008

NOVEMBER 2008
OKTOBER 2008
SEPTEMBER 2008
OGOS 2008
JUN 2008

MEI 2008

APRIL 2008

FEBRUARI 2008

JANUARI 2008

DISEMBER 2007

Persoalan 'Solat Hajat'
Makan Burger dan Sunnah?
Abdullah bin Saba' Hanya Khayalan?
SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah 2)
SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah 1)
FITNAH WAHABBI
TAQIYAH SALAFI TUA
MENCELAHNYA SEORANG YANG ‘BENAR’ AQIDAHNYA
Jaringan Tajdid Segar: SATU UMAT
MEREKA MENENTANG Tajdidsegar PALSU!
Syeikh Nuruddin Patahkan Tohmahan Dr. Asri
MINDA MUFTI
Umat Islam Kena Ambil Tahu Agama Lain
Apa Kata Ustaz Ashaari
Menolak Syiah Yang Memusuhi Sahabat (video)
Anda Terlepas Bahan-bahan Bulan November?
Kegilaan Orang Kita
Aqidah Salahuddin al-Ayyubi
Fokus Isu Lebih Penting- Ustaz Nasharuddin
Saranan Perpaduan
Tajdid Tak Segar!

NOVEMBER 2007

Mufti Perlis Hentam Parti Islam Lagi!
Jangan Abaikan Seni Tempur & Beladiri
Nota Tentang Ahmadiah Qadiani
Zaman Kejatuhan Islam... sedihnya...
Iselam Liberal Bermaharajalela Dalam Filem GUBRA
Fahaman Wahhabi Meracuni Generasi Muda Indonesia
Himpunan Saranan Tajdid Segar
Ke Mana Boleh Dihalakan Wang Perokok?
Kita Tidak Ada 'Jantan' Lagi
Selamatkan Ummah Daripada Bahaya...
Ustaz Sidek Nor Menolak Salafi Tua & Sekular (1 dp...
MEREKA SANGGUP KETEPIKAN AL-KITAB DAN AS-SUNNAH
BERSIH- Al Jazeera
MUFTI PERLIS DAN BERSIH- Az Abrar
WAHABI MENYAMAR- Jihad Wahabi
Baca Quran di Kuburan: Menolak Artikel Azwira

Tajdid Oh Tajdid - Al Qasam
Ahli Sunah Larang Ithbat Tempat Bagi Allah
6 Bulan Bersama PRO-TAJDID
LAWAN IFC oleh Dr. Badrul Amin
VIRUS 6 BERADIK
Jelas, Sekular Berlawanan Dengan Islam!
PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG TAJDID SEGAR
ISLAM HADHARI oleh Ustaz Azhar Idrus
Maulana Asri Yang Sering Bermasalah
Kesesatan Syiah
Terkini di blog PRO-TAJDID
PELUMBA TAJDID
KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH
PANDUAN UNTUK PENDAKWAH
CARA MENYUSUN “FOLDER” AGAMA ISLAM
Kahar Ahmad Mengaku Rasul Melayu
Siri Al-Kuliyyah: Bidaah
Saya Juga Salafi Seperti Anda!
Muhammad Abdul Wahhab Dalam Era Tajdid Se-Dunia Ku...
PENANGAN TAJDID SEGAR: Salafi Tua @ Wahhabi Mula M...
Katakan Tidak Kepada Wahabi
AWAS, Tajdid Segar Tiruan!
Dakwah Tajdid Sebenar