Friday, November 6, 2009

Tahniah kepada NGO2 yang Menolak Dr. Asri

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


2. Jemaah Islah Malaysia (JIM)


3. Persatuan Ulama Malaysia


4. Persatuan Ulama Kedah


5. Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Malaysia


6. Yayasan Sofa Negeri Sembilan

7. Persatuan Peguam Syari'e Malaysia

8. Persatuan Peguam Muslim Malaysia

9.Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)

10. Yayasan Jenderami

11. Yayasan Paksi Kedah

12. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

13. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

(isu jawatan)

3 comments:

Unknown said...

Dr. Salafi Muda,
Dalam hal ini, 10 NGO mahukan dialog tertutup diadakan untuk merungkaikan masalah yang bersimpul-simpul. Komen saya boleh dibaca di sini.
Terima kasih.

n.ajis said...

Mengapa mahu dialog tertutup? Takutkah? Jgn ingat rakyat malaysia bodoh...majoriti berpelajaran. Ini bukan zamannya "barangsiapa banyak bertanya maka lemahlah imannya". Setiap rakyat berhak mendengar hujah-hujah puak yang suka menuduh orang lain wahhabi kerana nampaknya tuduhan tersebut tidak berasas.

maknun said...

salam yg ariff Dr.

mohon dipanjangkan kepada Dr. Asri jika boleh agar maklum balas beliau dapat diterima, syukarn

Dr Asri diminta jawab ceramah didakwa fitnah
SINAR HARIAN 17 NOV 2009

SEREMBAN 17 Nov 2009– “Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin perlu
memberi penjelasan mengenai maksud di sebalik ucapan dalam salah satu
ceramahnya yang dianggap fitnah,” kata Yang Dipertua Persatuan Keluarga
Jamalullail Perak Malaysia, Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail.

“Dr Asri perlu tampil memberi penjelasan kepada umum berkenaan
ucapan beliau apabila menyentuh mengenai golongan Alawiyyin ketika
mengadakan ceramah di Masjid Alwi, Kangar pada 26 Februari, dua tahun
lalu.

“Pihak persatuan beranggapan apa yang diperkatakan Dr Asri telah
menimbulkan satu penghinaan dan fitnah tanpa disedari apabila
memperkatakan fakta yang salah,” katanya ketika ditemui.

Syed Abdullah mendakwa, kenyataan menerusi ucapan dibuat Dr Asri adalah tidak benar.

“Dr Asri tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan fitnah dan
penghinaan sebegitu rupa kerana ia sedikit sebanyak membangkitkan
kemarahan umum terutama mereka yang berketurunan Syed.

Sehubungan itu, katanya, persatuan berharap Dr Asri memberi
penjelasan sebenar mengenai motif sebenar beliau berkata demikian
supaya mampu menyelesaikan segala kekusutan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sebuah laman blog tempatan
yang memaparkan ucapan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
yang berunsur penghinaan serta fitnah kepada golongan Alawiyyin dalam
satu ceramah di Masjid Alwi, Kangar pada 26 Februari 2007