Sunday, December 30, 2007

Persoalan 'Solat Hajat'

Email yang ana terima :

Assalamualikum...Alhamdulillah, telah sempurna majlis yang diadakan di Masjid West End. Selepas tazkirah, memang agak terkejut apabila dikatakan Solat hajat ni nabi tak buat.

Maklumlah, saya ni mana ada ilmu agama banyak sangat, namun ni la pertama kali saya dengar solat hajat nabi tak buat. Bagus penceramah kita uztadz haji Rosli menerangkan tentang perkara ini dengan hujah nya nabi tidak pernah buat.Namun disini, saya ingin bertanyakan mengapakah tidak dirujuk kepada 4 mazhab besar dalam ahli sunnah waljamaah. Memang benar kita berpegang pada sunnah dan Al-Quran, namun tak layak kah untuk 4 mazhab besar ini dijadikan rujukan.

Oleh itu, saya ingin bertanya, apa pandangan 4 mazhab ini berkenaan dengan sembahyang hajat terutama mazhab syafie kerana saya mengamalkan tarikat imam syafie RAH. Sekiranya keempat2 mazhab ini mengatakan tidak ada sembahyang hajat, maka saya rasa benarlah tidak ada sembahyang hajat. Namun sekiranya ada salah satu mazhab bersetuju mengenai sembahyang hajat, tidak salah la kita untuk mengamalkannya.

Saya beratanyakan ini kerana, sepanjang pengetahuan saya, sembahyang hajat ni takpe kot cuma buat sendirian je. Takde jemaah. Rasa2nya kot. So, ada sesiapa boleh beritahu pendapat keempat2 mazhab berkenaan sembahyang hajat?

Terima kasih
Ismail Ahmedy

Penjelasannya:

Disini akan diterangkan dengan beberapa rujukan kepada kitab-kitab yang ada di pondok kami. Salah satunya dalam kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221 yang menegaskan:Sungguhpun begitu, terdapat hadis sahih mengenai solat hajat. Hadis ini yang dikeluarkan oleh Tabarani,Baihaqi dan lainnya ( Hakim, Nasaie dan lain-lain ).

Daripada Usman bin Hunaif bahawanya seorang seorang lelaki berulang alik pergi kepada Syaidina Usman Affan untuk ditunaikan sesuatu hajatnya.Akan tetapi Syaidina Usman tidak mengendahkannya. Ibnu Hunaif memberi pengesyornan kepada lelaki tersebut dengan katanya: “pergilah ketempat mengambil wudhuk dan tujulah ke masjid serta sembahyanglah dua rakaat ( solat hajat ) serta berdoa” : Ya Allah! “Aku pinta dan aku menghadap kepada Engkau dengan berkat nabi kami Muhammad s.a.w, Nabi berkat semesta alam. Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan keberkatan engkau supaya Dia Tuhanku tunaikan hajatku” serta engkau sebutkan hajat engkau.Kemudian lelaki itu melakukan apa yang disuruh oleh ibnu Hunaif. Lalu ditunaikan hajatnya oleh Syaidina Usman dengan serta merta.

Lelaki tersebut berjumpa dengan Ibnu Hunaif kembali dan mengucapkan terima kasih dengan katanya “Jazakallahu khairan.” Tidaklah Syaidina Usman tunaikan hajatku sehinggakan selepas engkau katakan segala itu kepadaku, lalu Ibu Hunaif menegaskan: “Demi Allah! Tidaklah aku katakan kesemua itu daripada pihak diriku sendiri, akan tetapi aku telah menyaksikan Rasulullah s.a.w didatangi seorang buta yang telah mengadu tentang hilang daya penglihatannya. Baginda bersabda: “adakah boleh engkau bersabar dengan apa yang kamu alami? Beliau menjawab: “ Ya Rasulullah! Tidak ada bagiku orang yang boleh pimpin dan menunjuk arah untukku. Ini adalah kesusahan bagiku. Lalu baginda bersabda “pergilah ketempat wudhuk serta berwudhuklah kemudian sembahyang dua rakaat ( solat hajat ).
Ini adalah terjemahan daripada kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221.

Berkenaan Solat Hajat di sisi Mazhab 4,tersebut di dalam kitab fekah empat mazhab karangan Abdul Rahman al-Jaziri dalam kitabullsolah bahawa solat hajat disunatkan dengan disepakati oleh keempat-empat mazhab. Beliau menegaskan, “disunatkan bagi mereka mempunyai hajat yang disyarakkan bahawasanya dia sembahyang dua rakaat. Sebagaimana datang hadis melalui sabda Nabi s.a.w,”sesiapa yang ada baginya sesuatu hajat kepada Allah atau terhadap seseorang anak Adam maka hendaklah ia berwuduk serta mengelokkannya kemudian hendaklah ia solat dua rakaat serta memuji Allah Taala dan selawat kepada Nabi s.a.w lalu berdoa….”Ini pula merupakan terjemahan daripada kitab empat mazhab yang dikatakan hadis dhaif.

Walaupun hadis ini merupakan sanad yang dhaif tetapi hadis daif boleh diamalkan pada kelebihan amalan, kelebihan seseorang atau kelebihan sesuatu, menggemarkan sesuatu perkara dan menakuti dan menjahui sesuatu perkara. Ia boleh digunakankan selagi hadis itu tidak maudu’. Hadis maudu’ ialah hadis yang direka-reka. Begitu juga dengan hadis yang bersangatan dhaif, maka kedua-dunya tidak boleh digunakan pada tiga perkara tadi.Di dalam kitab Arba’ien (hadis 40) pula, Imam Nawawi berkata: “Para Ulama” telah bersepakat mengenai harus beramal dengan hadis dhaif pada kelebihan-kelebihan amalan”. Ijmak para Ulamak’ yang telah dinukilkan oleh Imam Nawawi ini merupakan bantahan terhadap mereka yang mengingkari keharusan beramal dengan hadis dhaif pada perkara tersebut. Inilah seperti yang diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam syarah kitab Arba’ien.Mengenai solat hajat secara berjemaah adalah diharuskan,bahkan apa-apa jua solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah diharuskan melakukan secara berjemaah. Ini adalah sebagaimana tersebut dalam kitab sahih Muslim pada bab ‘harus berjemaah pada solat sunat’. Nabi solat sunat secara bejmaah bersama Anas,emak dan emak saudaranya. lihat kitab Sahih Muslim…….

Wallahua'lamm....

http://halimislamic.blogspot.com/

Makan Burger dan Sunnah?

Oleh Songkok Putih

Hari ini saya ambil kesempatan untuk menulis sedikit pandangan saya mengenai satu perkara yang tak banyak kaitan dengan Laman TKO secara langsung. Cadangan meminta saya menulis sekurangnya sekali seminggu berkaitan dengan laman ini memang sentiasa ada dalam ingatan saya. Perkembangan Laman, tips-tips penggunaan, maklumat terbaru dan kenapa bahagian-bahagian sisipan setiap penjuru di bina sepatutnya saya telah lama menulis untuk pengetahuan semua pengunjung, tapi malang hanya berada dalam fikiran tetapi masih belum sempat diluahkan di sini.

Makan Burger

Berbalik kepada Makan Burger, katakan anda seorang pengemar makanan ringan Burger sebagai makanan asas. Mungkin anda pernah berada di luar negara atau anda terpengaruh dengan iklan, mungkin anda jenis malas nak basuh tangan... Semuannya bukan perkara yang nak dibahaskan di sini, pokoknya makan burger. Burger yang dibuat dengan dengan barangan halal, dari duit yang halal dan dimakan untuk menganyangkan...Makanpun dengan cara Islam, iaitu mulai dengan niat yang ikhlas Lillahi Taala.. Niat adalah asas sesuatu perbuatan, pasal itu Iman Nawawi meletakkan hadis ini hadis pertama dalam kitabnya.

Katakan anda menjadikan amalan semasa memakan burger ini anda membaca surah Al Fatihah dan Al Ikhlas disamping membaca Bismillah. Amalan ini pula telah menjadi ikutan kepada keluarga anda dan sahabat-sahabat anda tanpa diminta kerana melihat dan berkenan dengan cara anda ini.

Bidaah

Suatu hari, kawan anda datang memberitahu bahawa seorang ‘alim’ mengatakan bidaah makan burger dan amalan yang dibuat semasa makan burger tersebut kerana nabi tak buat pun..Nak buat macam mana, burger pun tak ada zaman nabi.

Anda boleh fikir sendiri apa rumusan anda dengan masalah ini...

Iman Ghazali dan Kitabnya

Iman Ghazali yang berada di zaman celaru dengan pelbagai amalan yang baik dan yang buruk bercampur aduk, telah mengarang satu kitab yang cukup baik untuk dijadikan rujukan umat kemudian yang pasti lebih bercelaru lagi. Catatan berharga ini cukup baik untuk kita baca dan amalkan.

Dalam kitabnya dimasukkan pelbagai maklumat, termasuk amalan-amalan baik generasi yang kemudian selepas daripada genarasi Rasulullah s.a.w. yang memang beliau tidak pernah menulis bahawa itu adalah hadis atau sunnah. Hanya sekadar menulis perkara baik untuk maklumat pembaca beliau.

Tapi malang ada dikalangan manusia mempertikaikannya tanpa mengusul apa yang hendak disampaikan oleh pengarang tersebut.

Sarahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Saya cuba menyiarkan Sarahan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang kitab Al Ghazali ini serta berhasrat untuk kita memahami isi dan hasrat yang ingin disampaikam oleh Al Ghazali untuk generasi terkemudian. Banyak perkara yang baik boleh kita amalkan walaupun tak hadis. Nak ke tau tak nak bergantung kepada kita...

Saya juga menyiarkan sarahan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq yang membahaskan perkara dalam pandangan semua mazhab iaitu perbahasan mengikut apa yang ada pada hadis Rasulullah s.a.w. Pengajaran kitab ini oleh Tuan Guru telah lama dan semuanya dikumpulkan daripada kaset, di tukar kepada format realPlayer dengan 5.0 bkps dan akhir sekali ditukar kepada MP3 (Pasal tu kualiti tak beberapa bagus), antara bertujuan untuk memberitahu semua pengunjung bahawa mengikut sunnah, ikut hadis ini telah lama dibahaskan dalam PAS, hanya yang baru kenal perjuangan Islam terkemudian ini melalui “saluran tak tersengaja” sahaja yang buat kecoh kononnya merekalah yang ingin kembali kepada sunnah Rasulullah s.a.w. dan mempertikaikan ulama dalam PAS, malah ulama-ulama terdahulu seperti Al Ghazali...Ulama dalam PAS, Al Ghazali semuanya tak maksum, tetapi banyak pengajaran boleh dimanafaat dan mengajar kita mengenal Islam sebenar.

Saya sendiri mendapat pendidikan sekular, tetapi semasa kecil belajar kitab kuning dengan arwah Ustaz Omar Shukri Embong (Pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu) yang banyak mengajar berfikir dan tidak mudah menghukum..

Maaf jika apa yang diluah tak baik tetapi dah lama terpendam...

sumber

Abdullah bin Saba' Hanya Khayalan?

Ramai pihak kebelakangan ini cuba menimbulkan rasa curiga terhadap Abdullah bin Sabaâ bahawa kewujudannya di dalam sejarah adalah tidak jelas, malah ditegaskan oleh sesetengahnya dengan bahasa yakin bahawa Abdullah bin Sabaâ itu tidak wujud sama sekali.

Dr. Amahzun di dalam thesis beliau Tahqiq Mawaqif al-Sahabah fi al-Fitnah min Riwayaat al-Imam al-Thabari wa al-Muhaddithin menyimpulkan bahawa golongan yang menafikan atau mengesyaki kewujudan Abdullah bin Sabaâ itu terdiri daripada segelintir Orientalis dan pengkaji Arab serta kebanyakan Syiah kontemporari.

Suatu perkara yang sangat menghairankan, bagaimana seseorang itu boleh tanpa malu menafikan kewujudan Abdullah bin Sabaâ, sedangkan biografi dan komentar ulama mengenainya memenuhi buku-buku, bukan sahaja dari kumpulan Ahli Sunnah malah Syiah sendiri.

Kisah mengenai Abdullah bin Sabaâ dan fitnah yang dinyalakannya untuk memecah belahkan umat Islam di era Uthman bin Affan, bukan hanya termaktub setakat di dalam Tarikh al-Thabari yang disandarkan kepada riwayat Saif ibn Amr al-Tamimi sahaja. Abdullah bin Sabaâ dan kisahnya bertebaran di pelbagai sumber lain. Bezanya, riwayat di dalam Tarikh al-Thabari itu lebih terpeinci berbanding riwayat yang lain, itu sahaja. Lantas riwayat itu sering dinukil oleh para penulis yang mencari maklumat.

AL-THABARI DAN TARIKHNYA

Suka saya tegaskan bahawa manhaj al-Thabari di dalam kitabnya sudah dinyatakan dengan jelas di dalam Muqaddimah kitab itu sendiri. Tarikh al-Thabari bukanlah sebuah teks sejarah yang telah sedia dipakai sebagai rujukan. Ia adalah bahan mentah.

Al-Thabari memasukkan SEMUA riwayat yang sampai kepadanya ke dalam buku itu tanpa dibezakan di antara maklumat dusta, mahu pun benar. Namun setiap riwayat disertakan dengan sanad, dan sanad itulah yang perlu dikaji untuk dibezakan antara maklumat yang baik, mahu pun dusta; atas peringatan oleh al-Thabari sendiri.

Walaupun ramai ahli sejarah termasuk Ibn Khaldun tidak begitu menyetujui pendekatan al-Thabari yang sekadar meriwayat tanpa analisa, namun kaedah al-Thabari itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tarikh al-Thabari menjadi rujukan luas seseorang itu melihat bagaimana satu-satu peristiwa diriwayatkan dari dimensi Ahli Sunnah, Syiah, Khawarij dan sebagainya. Dengan syarat, sanad dianalisa dan diambil kira.

Keburukan mana-mana riwayat di dalam Tarikh al-Thabari bukan suatu celaan ke atas Imam al-Thabari kerana manhajnya sudah dinyatakan dengan jelas. Tegasnya, Tarikh al-Thabari bukan buku untuk si malas, atau mereka yang suka dengan ‘rumah pasang siap!’

Apa-apa pun, menafikan kewujudan Abdullah bin Sabaâ adalah suatu penghinaan kepada para ulama yang telah membahaskannya, dan suatu penyelewengan sejarah yang penuh dusta.

ABDULLAH BIN SABA DI SISI AHLI SUNNAH

Keterangan mengenai perihal Abdullah bin Sabaâ telah dinyatakan oleh Abdul Rahman bin Abdullah bin al-Harith al-Hamdani atau lebih dikenali sebagai Asya Hamdan. Beliau meninggal dunia pada tahun 83H / 707M) [Asya Hamdan, Diwan, ms. 148, al-Thabari, Tarikh al-Rusul, jilid 6 ms. 83].

Maklumat mengenai hal ini juga terdapat di dalam kitab al-Irjaa oleh al-Hasan bin Muhammad bin al-Hanafiyyah (meninggal dunia 95H / 713M) [Diriwayatkan oleh Ibn Abi Umar al-‘Adani di dalam kitab al-Iman, ms. 249].

Terdapat juga riwayat mengenai Abdullah bin Sabaâ di dalam riwayat daripada al-Syabi (meninggal dunia 103H / 721M) [Ibn Asakir, Tarikh Dimasyq (manuskrip), jilid 9 ms. 331)
Dr. Amahzun terus menyenaraikan lebih daripada 30 sumber Ahli Sunnah dari pelbagai zaman, bermula dari kurun pertama Hijrah, membawa ke era Abu al-Hasan al-Asyaari sampailah ke zaman al-Suyuthi (meninggal 911H / 1505)

ABDULLAH BIN SABA DI SISI SYIAH SENDIRI

Kehadiran Abdullah bin Saba di dalam sejarah kehuru-haraan fitnah, bukanlah kisah yang direka-reka oleh Ahli Sunnah untuk membuktikan kemasukan anasir Yahudi di dalam gerakan Syiah.

Keterangan mengenai Ibn Saba ini turut memenuhi kitab-kitab yang dikarang oleh Syiah sendiri sebagaimana yang dinukilkan daripada Saad bin Abdullah al-Qummi Abu al-Qasim, iaitu seorang Muhaddith Syiah Imamiah (meninggal dunia 301H / 913M). Al-Qummi menyatakan bahawa Abdullah bin Saba adalah orang pertama yang mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan para Sahabat, melepaskan diri dari mereka dan mendakwa bahawa Ali yang menyuruhnya berbuat demikian (Al-Qummi, al-Maqaalaat wa al-Firaq, ms. 20).

Begitu juga dengan riwayat yang dinyatakan oleh al-Hasan bin Musa bin al-Hasan al-Nubikhti, Abu Muhammad (meninggal dunia 310H / 922M) di dalam kitabnya Firaq al-Syiah, ms. 23.
Juga Abu Hatim al-Razi (meninggal dunia 322H / 933M), di dalam kitabnya Al-Zeenah fee al-Kalimaat al-Islaamiyyah, ms. 305.

Seterusnya seorang ilmuan Jarh wa Ta'dil Syiah iaitu al-Kishi (meninggal dunia 340H / 951M) meriwayatkan dengan sanad kepada Abu Jaâfar Muhammad al-Baqir dengan katanya, Sesungguhnya Abdullah bin Saba' menuntut Nubuwwah, mendakwa bahawa Amir al-Mu'minin - ‘alayhi al-Salaam - adalah Allah - jauh dan Maha Tinggilah Allah dari dakwaan itu dengan ketinggian yang agung [al-Kishi, al-Rijaal, ms. 98 -99.

Al-Kishi juga menyatakan riwayat yang diambil daripada Aban bin Uthman yang berkata bahawa "aku mendengar Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq berkata,laknat Allah ke atas Abdullah bin Saba yang mendakwa adanya Rububiyyah pada Amirul Mukminin sedangkan demi Allah, Amirul Mukminin (Ali) itu adalah seorang hamba yang taat kepada Allah. Celakalah ke atas sesiapa yang berdusta ke atas kami. Ada kaum yang memperkatakan tentang kami apa yang tidak kami perkatakan tentang diri kami sendiri. Kami berlepas diri kepada Allah dari mereka, kami berlepas diri kepada Allah dari mereka [al-Kishi, Marifah Akhbaar al-Rijaal, ms. 70]

Abu Jaâfar al-Thusi (meninggal dunia 460H / 1067M) juga menyatakan bahawa Ibn Saba' kembali kepada kufur dan menzahirlah al-Ghuluw (melampau) [Abu Ja’far al-Thusi, Tahdzeeb al-Ahkaam, jilid 2 ms. 322.

Di dalam thesis PhD Dr. Amahzun, beliau terus menyenaraikan hampir 20 sumber Syiah dari pelbagai era yang menyatakan tentang Abdullah bin Sabaâ itu sendiri. Maka dakwaan bahawa al-Thabari bersendirian membawa kisah palsu ini yang dinisbahkan kepada Saif ibn Amr al-Tamimi, merupakan suatu penyelewengan fakta di dalam penyalaan fitnah dan kekeliruan di dalam masyarakat, khususnya 'pembaca ringan' yang tiada upaya menelaah sumber rujukan asal.

Ihsan Ilahi Zahir yang mempunyai kajian meluas terhadap Syiah sama ada di dalam sumber berbahasa Arab dan Parsi, berkata di dalam kitabnya al-Syiah wa al-Tashayyu (ms. 64), Tokoh-tokoh Syiah mutakhir seperti al-Mudzaffari di dalam kitabnya Tarikh al-Syiah turut mengakui akan kewujudan Abdullah bin Saba. Begitu juga dengan tokoh seperti al-Sayyid Muhsin al-Amin di dalam ensiklopedianya. Dan selain daripada mereka itu adalah ramai dan ramai…

Syiah kontemporari sememangnya mempopularkan trend yang menggambarkan Abdullah bin Saba sebagai seorang yang diragui kewujudannya, malah mungkin sekadar lagenda yang jauh dari realiti. Antara tulisan Syiah semasa ini adalah Ali al-Wardi di dalam kitabnya Wuâadz al-Salatheen, ms. 273, Kamil Mustafa al-Shibi di dalam kitabnya Al-Silah bayn al-Tasawwuf wa-l-Tashayyu , ms. 41 dan 43 serta Abdullah al-Fayadh di dalam Tarikh al-Imamiyyah, ms. 95 dan Murtadha al-Askari di dalam kitabnya bertajuk Abdullah bin Sabaâ, jilid 1 ms. 148.

KESIMPULAN

Tuduhan yang cuba memencilkan kisah kewujudan Abdullah bin Saba kepada satu sumber sahaja iaitu Tarikh al-Thabari melalui susur galur Saif ibn 'Amr al-Tamimi yang dibelasah habis-habisan bagi menghapuskan saki baki wujudnya Abdullah bin Saba ini, adalah suatu tuduhan dangkal dan m (*tulisan seterusnya tidak ada)

sumber:

http://saifulislam.com/?p=231

Tuesday, December 18, 2007

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah 2)

Berbalik kita kepada Ustaz Rasul Dahri. Ustaz ini menulis sebuah buku yang menghentam Ikhwanul Muslimin ‘secara halusnya’ dengan hentaman ‘syirik wa kafir’ walaupun tidak dikatanya begitu. Samalah seperti kebiasaan kaum Wahabi yang lain, dikatanya setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat adalah ke neraka- ringkasnya BERDOSA. Kita bertanya, “Ikhwanul Muslimin zaman-berzaman meraikan Maulidurrasul yang jelas tidak pernah dibuat Nabi. Adakah semuanya termasuk Hasan al Banna, Said Hawa, Qardhawi, Fathi Yakan dan lain-lain berdosa kerana raikan Maulidurrasul?” Apa jawabnya? “Itu kami tak tahu, kami cuma menyatakan kaedah. Tuhan saja yang tahu.” Apa jenis jawapan ini?


Agama di sisi Allah hanyalah Islam, kita sedia maklum. Tiba-tiba datang seorang Hindu ataupun Shinto bertanya, “ Agama Hindu dan Shinto benar tidak di sisi Tuhan?” Apakah kita hendak menjawab, “Itu kami tak tahu, kami cuma menyatakan kaedah. Tuhan saja yang tahu.”
Begitulah keadaannya. Hendak mengatakan hanya agama Islam sajalah yang relevan di sisi Tuhan pada hari ini tidak berani. Akhirnya mereka sendiri terkena pula hembusan Islam Liberal.


Dalam kuliahnya itu Rasul Dahri mempertikaikan kata-kata Syeikh Said Hawa yang menggambarkan Ikhwan sebuah jemaah sufi. Asy-syeikh juga mengatakan Hasan al-Banna itulah khalifah sebenar. Pertikaian Ustaz Rasul Dahri ini bukanlah satu keganjilan kerana memang fitrahnya fahaman Salafi Wahhabi @ Wahabi anti dunia kesufian., tasauf dan tariqat.


Hasan al-Banna sebelum mengasaskan Ikhwanul Muslimin pernah melibatkan diri dengan beberapa jemaah lain termasuklah sebuah jemaah sufi Tariqat Hasafiah. Antara peribadi yang disanjungnya ialah Syeikh Syed Uthman, Syeih Salbi ar-Rijal dan Syeikh Muhammad Abu Syousyah. Ketika aktif dengan al-Ikhwan al-Hasafiah ini Hasan al-Banna ditemukan Allah dengan Ahmad al Sakri yang kemudiannya menjadi salah satu tonggak Ikhwanul Muslimin. Sungguhpun beliau menyaksikan dan mengalami sendiri pelbagai karamah tuan-tuan gurunya dalam tariqat ini namun hal itu tidaklah menjadikan dirinya taksub dan bertaqlid sahaja.


Hasil daripada pengalamannya dengan jemaah-jemaah sufi diselaraskan dalam dakwah Ikhwanul Muslimin. Sebab itulah kita dapati beliau menyusun aurad yang ma’tsur iaitu al-Ma’thurat (jemaah-jemaah tariqat memang sinonim dengan aurad masing-masing), memasukkan ‘baiah’ (yang ditentang keras oleh kebanyakan kaum Salafi Tua @ Wahabi), mementingkan zikir bahkan ‘sentiasa dalam keadaan berzikir’ (yang menjadi mata pelajaran teras kumpulan-kumpulan tariqat pada peringkat tertentu), tidak menolak tawasul (kecuali tawasul yang salah) dan lain-lain.


Semasa menjadi ahli Tariqat Hasafiah, Hasan al Banna mengamalkan Wazifah ar-Ruzuqiyyah setiap pagi dan petang. Amalan ini memberikannya idea untuk mengasaskan bacaan-bacaan al-Ma’thurat yang disaringnya daripada sumber-sumber yang ada kesahan. Pernah satu ketika beliau menziarahi makam Syeikh Hasan al-Hasafi setiap hari, hal ini yang sangat tidak menyenangkan mereka yang berfahaman Wahabi hari ini. Beliau berbaiah dengan Tariqat Hasafiah melalui Syeikh Syed Muhammad Abdul Wahab al-Hasafi.


Sebahagian golongan sufi dan fiqh punyai perbalahan ratusan tahun, dan sebahagian mereka berjaya didamaikan melalui dakwah Ikhwan, malah akhirnya saling isi-mengisi pula. Begitulah cara Ikhwan.


Seperti tuan gurunya, Syeikh Said Hawa juga tidak akan sengaja meninggalkan apa-apa yang berkesan daripada dunia tasauf. Malahan beliau ada menghasilkan buku Syarah Hikam! Kitab Hikam susunan Syeikh Ibnu Ataillah merupakan salah satu kitab besar kaum sufi. Syeikh Ibnu Ataillah inilah yang telah berjaya melunakkankan sedikit apa yang tidak kena dengan dakwah Syeikh Ibnu Taimiyyah.


Kitab Hikam menjadi kebencian sebahagian besar kaum Salafi Wahhabi. Namun begitu menurut Syeikh Said Hawa, Imam asy-Syahid Hasan al-Banna sendiri ada mengkuliahkan kitab ini kepada pemuka-pemuka Ikhwan. Kuliah peringkat tinggi memang dihadkan agar ilmu, iman dan amal para ahli seimbang dan tidak larut dalam hal ehwal kerohanian sahaja. Strategi ini sama saja dengan strategi yang digunakan oleh Maulana Muhammad Ilyas dalam jemaah Tabligh dan Ustaz Ashaari dalam Darul Arqam. Cuba cari karkun ( orang yang membuat usaha Tabligh) orang Malaysia yang diijazahkan Tariqat Chistiyyah oleh maulana-maulana Tabligh. Ada tak? Entahkan ada entahkan tidak. Mata pelajaran tariqat dan hakikat dikawal dengan baik, bukan asal jadi karkun sahaja terus belajar dan mengamal tariqat.


Ketidaksetujuan Ustaz Rasul Dahri makin bertambah kerana Syeikh Said Hawa mengatakan yang Ikhwan meyerahkan persoalan akidah mereka kepada dua orang iaitu Imam Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur Maturudi. Apa yang ditimbulkan itu memang benar. Ikhwan tidak pernah menolak aliran Asya'irah dan Ikhwan juga tidak pernah menolak apa yang benar dalam Tauhid Uluhiyah Tauhid Rububiyah. Apa saja yang baik dan benar cara huraiannya pasti mendapat tempat dalam Ikhwan. Kedua-duanya menjadi pegangan Ikhwan sejak zaman al-Banna. Tapi kita sedia maklum, kaum Salafi Wahhabi hampir keseluruhannya membidaahkan aliran Asya'irah dan Sifat 20. Maksudnya- Ikhwanul Muslimin bidaah ke neraka.


Syeikh Yusuf Qardhawi seorang tokoh Ikhwan yang rasanya tidak perlulah diehwalkan lagi. Majoriti umat Islam pernah mendengar namanya paling kurang pun.Beliau menghuraikan saranan-saranan dakwah Imam asy-Syahid dalam bukunya ‘Madrasah Hasan al-Banna’. Tentunya beliau layak menulis tentangnya memandangkan beliau sendiri salah seorang ‘lulusan madrasah tersebut’. Buku ini menjadi salah satu daripada modul dalam sukatan pelajaran tarbiah Ikhwan.


Beliau pernah dicalonkan sebagai Mursyidul Am Ikhwan tetapi selalu saja menolak atas dasar rendah hati, meraikan teman-teman dan mahu memaksimakan usaha terhadap tanggungjawab sedia ada. Maklumlah, namanya besar di peringkat sejagat. Banyak tanggungjawab, dikhuatiri tidak terbuat. Satu ingatan, jangan ditawar jawatan kepada kaum Salafi Wahhabi. Umumnya, tidak cukup tapak tangan, tapak perumahan mereka tadahkan. Sudah diberi jawatan berstatus ulama, dia mahu jawatan ketua ulama pula. Sudah diberi jawatan mufti, dia mahu ajwatan ketua mufti pula.


Ustaz Rasul Dahri menunjukkan sebuah majalah yang di dalamnya ada kata-kata Qardhawi berbunyi “Jadikanlah orang salafi ini sufi”. Cukup tidak berkenannya Ustaz Rasul Dahri akan kalimah-kalimah ini. Baginya yang betul ialah “Jadikanlah orang sufi ini salafi”. Mengapalah sempit benar pemahaman Tuan Ustaz? Ikhwan itu sufi tetapi tidak menyendiri. Ikhwan itu salafi tetapi tidak Wahabi.


Dikatakan pula Syeikh Qardhawi terpengaruh dengan fahaman Muktazilah. Kononnya Qardhawi beriktikad Tuhan itu Akal. Kata Rasul Dahri tidak ada nama Tuhan itu ‘Akal’ dan apa hukum mengatakan Allah itu Akal? Boleh jadi SYIRIK dan KUFUR tetapi dilapik semula mengikut kaedah dakyah Wahabi yang diperjelaskan sebelum ini dengan katanya ‘tapi jangan kata Qardhawi kafir, syirik dan lain-lain’. Hukum diletak tetapi pengumumannya dilapik. “Jangan kafirkan tokoh-tokoh Ikhwan, kita serah kepada Allah. Tapi tulisan tokoh-tokoh Ikhwan banyak yang merosakkan akidah.”


Fikir… kalau benar Qardhawi Muktazilah, masih betulkah akidahnya? Fikir…


Untuk lebih memenangi hati pendengar, Rasul Dahri membawa sebuah cerita. Kononnya ada seorang peminat tulisan-tulisan Qardhawi yang akhirnya menjadi seorang pendakwah Syiah. Kalau begitu, sesiapa yang mengaku bermanhaj Salaf di negara ini janganlah lagi membaca karya-karya tokoh-tokoh Ikhwan termasuklah Qardhawi, takut nanti berfahaman Syiah akhirnya.


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM) marah kepadanya, kata Ustaz Rasul Dahri. Kita yakin, ISMA dan PAS pun tidak senang dengan tulisannya. Kalau benar begitu, memang patut pun. Apa nak dihairankan kerana kaum Salafi Wahhabi yang bermuarakan minda Mufti Perlis dan al-Ahkam.net ( ada pendokong Rasul Dahri melabelkan mereka sebagai Salafi Murtad/ Wahabi Murtad) pun bukan main marah kepadanya. Sesama Wahabi sudah begitu, apatah lagi dengan yang lain-lain. Fahami isi puisi di bawah:


AKU DITIPU SALAFI TANAHAIRKU

Dulu aku salafi
Aku salafi melalui forum salafi terbesar di negara ini
Kononnya mereka kembali kepada sumber yang asal
Tapi…
Aku tertipu!

Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Kitab dan Sunnah
Tapi azan mereka berlagu, berdondang sayang
Adakah azan zaman Nabi berlagu?
Mereka bangga dengan azan Masjidil Haram
Yang masyhur itu
Yang Wahhabi itu
Betulkah Saidina Bilal dulu mendendangkan azan berlagu?
Kalau betul azan untuk dilagukan,
Tentu Nabi dan sahabat sudah buat dulu
Tapi malangnya tidak!

Mereka dakwa jemaah Tabligh sesat
Tapi sekurang-kurangnya
Azan jemaah Tabligh sama dengan azan zaman Nabi,
Tidak berlagu
Tak macam azan bilal Masjidil Haram
Yang mereka banggakan itu
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal!

Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Kitab dan Sunnah
Akupun kembalilah
Macam yang mereka dakwakan itu
Aku ditipu lagi!

Zaman Nabi mana ada jemaah-jemaah!
Semua orang satu jemaah.
Tak ada Tabligh, tak ada Hizbut Tahrir
Tak ada PAS, tak ada Ikhwan
Tak ada ABIM, tak ada JIM
Tapi…
Mereka haruskan jemaah-jemaah itu!
Bahkan mereka puja Qaradhawi,
Mereka kagum al-Banna
Itukan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin?

Memang penipu!
Sumber asal mengatakan umat Islam satu jemaah
Hanya satu golongan saja yang selamat daripada 73 golongan
Iaitu golongan salafi
Begitulah juga kata Albani
Begitulah juga kat Ben Baaz
Siapa buat pelbagai golongan, semuanya tidak selamat
Bagaimana mereka di forum itu mengaku salafi,
Tapi membenarkan umat Islam berpecah-belah
Membentuk pelbagai golongan
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal

Kononnya kembali kepada sumber yang asal
Zaman Nabi dan sahabat
Zaman itu tidak ada mazhab
Siapa yang buat mazhab
Bererti dia melakukan bid’ah
Sebab Nabi tak pernah buat, sahabat pun tidak

Tapi…
Tipu lagi.
Mereka ajar kitab Asy-Syafie, mereka puja dia
Bukankah sumber asal menunjukkan dia berbuat bid’ah?
Dia buat mazhab, Nabi tak buat
Sanggup mereka sanjung seorang tokoh ahli bid’ah!
Hukum orang tu bida’ah, orang ni bid’ah
Alih-alih mereka puja tokoh bid’ah
Mereka tidak kembali kepada sumber yang asal

Mereka dakwa hanya salafi satu golongan yang terselamat
Dariapad 73 golongan.
Tertipulah aku lagi…

Aku kaji situasi di dunia Arab.
Rupanya ada banyak kumpulan yang mengaku Salafi
Sesama mereka saling sesat-menyesat pula
Macam mana forum itu mendakwa
Hanya Salafi mereka yang terselamat?
Salafi lain pun nak selamat juga
Tapi saling menuduh sesat
Dan saling mengaku
Puak aku paling selamat
Puak akulah satu golongan yang terselamat itu
Lucunya

Ulama-ulama Salafi Saudi yang aku sanjung
Menghukum halal tentera Amerika bertapak di Saudi
Tiba-tiba orang forum kata tak boleh!
Padahal ulama-ulama itu tokoh Salafi utama dunia
Mereka lebih faham Salafi daripada orang-orang di forum
Tokoh-tokoh itu dah kaji
Dah kembali kepada sumber yang asal
Dan jawapannya boleh letak musuh Islam dalam negara
Untuk serang negara Islam lain si Iraq

Bila aku ikut fatwa ini
Mereka kata aku salah
Jadilah aku serba salah.

Sebenarnnya, mereka sendiri tidak kembali kepada sumber yang asal.
Pengakuan di mulut saja.
Aku lebih percaya Albani, Ben Baaz, Fauzan dan lain-lain.
Takkanlah mereka di forum lebih faham Salafi
Daripada ulama-ulama ini!
Betul tak?

Ini Salafi perasan.
Mereka bukan Salafi.
Mereka Salafi syok sendiri, buatan sini.
Cakap mereka di luar negara tidak siapa memandang
Tapi cakap ulama Saudi seluruh dunia pandang

Masuk saja laman Salafi Indon
Mereka mengutuk habis Salafi buatan sini
Kerana Salafi buatan sini
Menyokong ahlul bid’ah
Seperti al Banna, Timilsani, Qardhawi, Syed Qutb
Salafi sini sokong Ikhwan
Itukan bid’ah yang nyata?

Jelas
Salafi forum itu hanya perasan sendiri
Jemaah Salafi sendiri tidak mengaku mereka satu kumpulan
Tapi penyokong ahli bid’ah
Maksudnya Salafi sini sama saja dengan pembuat bid’ah

Kawan-kawanku sedarlah
Carilah Salafi sebenar
Bukan Salafi forum
Kembalilah kepada sumber yang asal
Bukan taqlid buta kepada mufti


Sumber:
http://alhakim.noonhost.com/hangat-di-pasaran-internet-vt173.htm


Dalam penerangannya, Ustaz Rasul Dahri seboleh-bolehnya cuba menggambarkan betapa rapatnya kaitan Ikhwanul Muslimin dengan Syiah. Patutlah tidak bersetuju benar para pendokong Rasul Dahri dengan laman-laman web berfahaman Wahabi di negara ini yang mempromosikan Syeikh Qardhawi. Apatah lagi terpapar pula wajah Tok Kenali, seorang ulama sufi tariqat sebagai penghias muka depan. Di sini kita boleh faham betapa bercelarunya fahaman Wahabi ini baik pada Wahabi Tulen mahupun Wahabi ‘Murtad’.


Menurut Ustaz Rasul Dahri lagi, banyaknya orang Malaysia yang terpengaruh dengan fahaman Syiah adalah kerana minat mereka terhadap Qardhawi. Qardhawi cuba menyatukan Sunnah dengan Syiah. Begitu juga dengan Ikhwanul Muslimin. Timilsani- salah seorang Mursyidul Am Ikhwan menghidupkan amalan ziarah kubur, yang biasanya dikaitkan dengan sufi dan Syiah. “Yang banyak bawa masuk Syiah ialah Ikhwanul Muslimin”, katanya. Akidah Ikhwan menyimpang dari Islam kerana akidah Ikhwan banyak merangkum jalan-jalan sesat yang lain.

Jadi kepada anda para pendokong Mufti Perlis dan al-Ahkam.net, rakan Salafi Wahhabi anda yang sama-sama mendakwa ‘manhaj kami yang paling sunnah dan paling salaf ‘ ataupun ‘manhaj kami saja yang sunnah dan salaf’ sedang mempertikaikan akidah anda. Bagaimana boleh dikatakan manhaj Salafi Wahabi saja satu-satunya yang terselamat daripada tujuh puluh dua golongan dalam keadaan anda sendiri berpecah kepada enam ataupun tujuh fikrah yang berlainan dan ada antaranya yang saling sesat-menyesatkan?


Rasul Dahri mendakwa dialah orang pertama yang tidak menyokong Hizbullah. Apakah dengan menyokong perjuangan Hizbullah menentang Zionis bermakna kita berfaham Syiah dan memenangkan Syiah ke atas Ahli Sunnah wal Jamaah? Kita sedia maklum, zaman-berzaman cara kaum Wahabi mempromosikan dakwah mereka ialah dengan menjadikan Syiah sebagai musuh utama. Dengan menjadikan Syiah sebagai mangsa, perhatian orang ramai akan tertarik kepada mereka. Kemudian barulah mereka tanam fahaman Wahabi secara beransur-ansur. Digambarkannya seolah-olah esok pagi Syiah akan menguasai dunia, maka orang-orang yang kurang cerdik pun berpusu-pusu mengalihkan perhatian kepada mereka (Salafi Wahabi) dengan anggapan merekalah calon terbaik mengekang Syiah, bersatu menentang Syiah mestilah di bawah panji-panji Salafi Wahabi.


Kita lihat di negara kita ini, forum-forum dan laman web berfahaman Salafi Wahhabi mencanangkan betapa hebatnya gerakan Syiah. Padahal dakwah sekular dan liberal jauh lebih mengancam. Dalam usaha menarik perhatian para penyokong Parti Islam Se-Malaysia, direka cerita betapa berkembang biaknya fahaman Syiah dalam PAS. Nasib baiklah rakyat negara ini banyak yang bijak berfikir, mereka tahu musuh yang mana yang berada pada ‘ranking’ pertama dan seterusnya mengikut urutan. Mereka tahu, kaum berfahaman Wahabi mengembar-gemburkan isu Syiah tidak lain dengan agenda untuk menarik sokongan kepada dakwah Tajdid Lapok sahaja, bukannya seratus-peratus ikhlas.


Ustaz Rasul Dahri yang kita sayangi menceritakan pengalamannya bersama ABIM. Dia mengaku telah membaca ratusan buku Ikhwanul Muslimin. Hebat! Persoalan kita, adakah dia membaca buku-buku Ikhwan dalam keadaan dia seorang Ikhwan ataupun orang di luar Ikhwan? Dia meneliti buku-buku Qardhawi dalam keadaan dia menerima tarbiah Ikhwan ataupun tidak? Dia berbaiah kepada Ikhwan atau tidak?


Hal ini menjadi penyakit kepada kebanyakan kaum berfahaman Wahabi. Sering berlaku salah faham apabila mereka membaca buku-buku Ikhwan. Yang lebih mengharukan apabila mereka bertanya kembali, “Betulkah Syed Qutb Ikhwan?”. ‘Eh, Qardhawi Ikhwan rupanya…” ‘Fathi Yakan pun Ikhwan juga?” Mengapa jadi begini?


Salah satu punca utamanya ialah hasil kerja tangan tokoh-tokoh berfahaman Wahabi juga. Mereka cuba mendiamkan hubungan para ulama ini dengan Ikhwan. Sebahagiannya melaga-lagakan idea-idea antara ulama Ikhwan. Hal ini kerana mereka faham, jika dihebohkan nanti umum akan menolak fahaman Salafi Wahhabi memandangkan dakwah Ikhwan jauh berbeza dengan dakwah Wahabi.


Kita tidak nafikan kefahaman mutlak datang daripada Allah. Kalau Tuhan hendak beri, tanpa membaca buku-buku Ikhwan pun seseorang itu boleh faham dakwah Ikhwan. Tapi, berapa kerat yang mendapat anugerah sebegitu? Umumnya, belajar silat melalui buku dengan belajar silat secara berguru berbeza kesan dan pemahamannya. Sedih kita melihat banyaknya generasi muda tanah air yang tersalah faham dengan Ikhwanul Muslimin dan Dr. Yusuf Qardhawi kerana mereka berguru tentang Ikhwan dan Qardhawi melalui orang-orang yang berfahaman Wahabi.


Selama ini pun ada ustaz-ustaz Wahabi yang mengajar kitab-kitab fiqh mazhab Syafie dalam keadaan mereka sendiri tiada ilmu yang mencukupi tentang kaedah-kaedah mazhab Syafie. Mengajar fiqh Syafie menggunakan kaedah Wahabi ataupun kaedah sendiri memanglah menghasilkan pemahaman yang berbeza dengan apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh tuan kitab. Kemudian dimanipulasikan dengan kata-kata, “Tengok, jauh beza tak apa yang diajar oleh Imam Syafie dengan amalan mereka yang mengaku bermazhab Syafie hari ini?” Anda sebenarnya dipermainkan dan menjadi mangsa ratahan mereka.


Tanyakan siapa guru mereka dalam hal ehwal mazhab Syafie. Guru mazhab Syafie mana yang mengijazahkan ilmu KAEDAH-KAEDAH MAZHAB SYAFIE kepada mereka? Yang paling utama dalam mana-mana mazhab pun adalah kaedah-kaedah mazhab tersebut, jadi tunjukkan sanad ilmu tersebut. Ijazah sangat penting (walaupun tidak mesti) untuk membuktikan yang mereka berguru kepada pihak yang berautoriti dan disahkan keilmuan mereka dalam hal itu oleh pihak yang berautoriti juga. Jika ada yang mengajar kitab-kitab mazhab Syafie dan mengatakan guru mereka dalam hal ehwal kaedah mazhab Syafie ialah Syeikh Albani contohnya, lama-kelamaan mereka akan berdusta atas nama kitab dan ulama kerana pemahaman dan huarian mereka pasti jauh berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh tuan kitab. Hendak mengajar tae kwondo tetapi selama hari ini belajar gusti, bolehkah? Apakah yang diajarnya itu nanti tae kwondo yang asli ataupun gusti yang dinamakannya ‘tae kwondo’? Fikir… gunakah akal yang Tuhan beri… jangan bertaqlid buta kepada ustaz ataupun kawan.


Tambah Ustaz Rasul, dia menjadi wakil ABIM pada tahun 1974. Antara perjuangannya ialah ‘jangan pakai seluar pendek’. Hari ini mungkin perjuangannya yang ini sudah berubah kerana sumber-sumber asal yang dikaji oleh sebahagian kaum berfahaman Wahabi menunjukkan paha bukan aurat.

ABIM bukanlah cabang Ikhwan di rantau ini tetapi idea-idea Ikhwan memang menjadi keutamaan ABIM. Usrah ABIM menggunakan buku-buku Ikhwan. Kitab tafsir ABIM ialah kitab tafisr Ikhwan iaitu Fi Zilalil Quran susunan Syed Qutb. Tidak ada buku-buku Ben Baaz ataupun Ibnu Taimiyyah. Begitu menurut Rasul Dahri menceritakan pengalaman usrahnya semasa bersama ABIM.


Daripada pengakuan seorang Wahabi sendiri ini, diharapkan anda yang mengaku Salafi (Wahabi) di luar sana mendapat gambaran perbezaan fahaman Ikhwan dengan Salafi Wahabi, perbezaan fahaman Said Hawa dengan Ben Baaz, perbezaan fahaman PKS (Indonesia) dengan al-Ahkam.net, perbezaan fahaman Qardhawi dengan Asri dan seterusnya. Jangan disamakan. Jangan terkeliru ataupun dikelirukan lagi. Cukuplah selama hari ini anda dikelirukan mereka.


Katanya, tidak ada Ikhwanul Muslimin di Malaysia dan tidak ada yang kata “Saya Ikhwanul Muslimin”. Ustaz, sebenarnya tuan sedang ditertawakan orang melalui kenyataan ini. Tidak ada yang mengatakan “Saya Ikhwanul Muslimin” mungkin benar kerana tidak ada seorang Ikhwan pun yang mudah-mudah akan membuat kenyataan sebegitu. Sefaham saya, kerahsiaan Ikhwan sangat dijaga. Tapi mengatakan tidak ada Ikhwan di sini, menjadikan tuan seorang yang ketinggalan zaman tetapi cuba berlagak tahu. Jika tidak tahu, lebih baik berdiam diri. Sekurang-kurangnya orang tidak tahu yang kita ‘tidak tahu’. Apabila kita bersuara saja, maka orang ‘confirm’ yang kita tidak tahu.


Al-Ma’thurat menjadi amalan harian seseorang Ikhwan setiap pagi dan petang. Bagi Ustaz Rasul, al-Ma’thurat susunan Imam asy-Syahid ini penuh syirik. Sekolah-sekolah JIM dikatakan mengamalkan kesyirikan ini. Saya sendiri mengamalkannya di samping 10 Bacaan Asas Darus Syifa susunan Ustaz Haron Din (yang ini pun begitu keras dibidaahkan oleh sebahagian Wahabi aliran Dr. Asri). Rupa-rupanya sudah puluhan tahun Syeikh Said Hawa, Syeikh Qardhawi, Syeikh Az-Zuhaili dan lain-lain berbuat syirik!


Yang lebih menarik ialah bahagian Ustaz Rasul Dahri menegur kesyirikan al-Ma’thurat kepada individu pengamalnya lalu dijawab, “Tak apalah, bahagian yang syirik itu akan kami betulkan.” lebih kurang. Sedaplah dia menghentam , “Air hujan banyak, buat apa hendak dibersihkan air kencing?” Maksudnya, banyak lagi doa-doa yang sahih, hendak betulkan apa yang syirik dalam Ma’thurat tu nak buat apa?


Jika benar penjawab itu menerima tarbiah yang benar dan faham dengan method Ikhwan, pasti tidak begitu jawapannya. Jelas lagi bersuluh tiada kesyirikan dalam al-Ma’thurat.Yang menjawab begitu ialah mereka yang pernah menerima tarbiah Ikhwan tetapi kemudiannya terpengaruh dengan fahaman Wahabi. Contoh terhampir ialah sebahagian golongan muda dalam JIM yang terpengaruh dengan fahaman Maszlee Malik.


Sedih rasanya melihatkan golongan muda yang baru mengenal dakwah ini dikekang pemikiran mereka dengan fahaman Wahabi. Kebanyakannya penuntut. Masuk usrah ataupun sertai program saja terus diperkenalkan dengan al-Ahkam.net sebagai sumber rujukan. Diulang-ulang nama Dr. Asri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus dan lain-lain seolah-olah mereka ulama besar lagi penting di tanah air kita. Hendak menyelamatkan fahaman golongan muda ini bukannya mudah kerana fitrah manusia biasanya cenderung kepada apa yang pertama mereka dapati. Hendak lari daripada bertaqlid dengan para ulama, akhirnya tertaqlid buta dengan kawan dan pimpinan- lagi parah. ‘Air paip yang lebih terjamin selamat ada, yang pergi cari air paya untuk diminum tu buat apa?’ : )


Ikhwanul Muslimin sendiri tidak terlepas daripada fitnah kaum Salafi Lapok @ Wahabi. Sebab itulah kini Ikhwan Mesir begitu berhati-hati mentarbiah bakal daie masa depan. Silibus yang tersusun rapi disiapkan untuk bakal-bakal Ikhwan yang datang dari luar Mesir. Dari rantau Nusantara khususnya ada jangkamasa tertentu yang mesti dihabiskan di Mesir dengan tarbiah dan dakwah Ikhwan. Pelajaran di universiti sudah tamat, namun pembelajaran dengan Ikhwan belum lagi. Mesti lumat betul-betul barulah dilepaskan pulang ke tanah air. Sesiapa yang pulang awal akan dikenakan bayaran (namun tidak ada paksaan untuk membayar) dan bayaran ini akan dimasukkan ke dalam tabung Ikhwan.


Hal ini untuk memastikan agar apa yang berlaku contohnya kepada anak didik IRC tidak berulang (sebuah blog menulis kononnya IRC diubuhkan untuk mengimbangi dakwah jemaah Tabligh, hal ini tidaklah menghampiri kebenaran). Orang tempatan yang menerima tarbiah IRC dua tiga tahun di luar negara kemudiannya pulang membawa manhaj Ikhwan. Malangnya tarbiah yang singkat ini menyebabkan ada antara anak didiknya yang lama-kelamaan menyimpang daripada manhaj sebenar Ikhwan. Sebab itulah ada antara mereka kini yang terpengaruh dengan fahaman Salafi Wahhabi @ Wahabi. Situasi ini berlaku di seluruh dunia. Akhirnya Ikhwan Mesir terpaksa mengambil tindakan yang sewajarnya.


Hari ini, kita lihat para Ikhwani yang pulang dari Timur Tengah terutamanya Mesir tidak menggabungkan diri terus dengan bekas-bekas anak didik IRC. Rata-rata mereka menerima tarbiah dan menamatkan sukatan yang lebih daripada sekadar dua tiga tahun. Fahaman mereka akan manhaj Ikhwanul Muslimin jelas dan mustahil dapat bersekutu dengan manhaj yang sudah bercampur-baur dengan fahaman Wahabi. Kita tidak nyatakan semua anak didik IRC begitu, tetapi segelintir. Jenis inilah yang menjawab “Tak apa, kami akan bersihkan apa yang syirik dalam al-Ma’thurat” sedangkan jawapan Ikhwani, “Kami akan terus mengamalkan al-Ma’thurat kerana memang jelas tidak ada apa-apa yang syirik di dalamnya”.


PENUTUP


Selagi tidak ditulis PENUTUP, celoteh penulis akan menjadi semakin panjang. Banyak lagi yang hendak diperkatakan kerana penulis insyaallah mampu menghuraikan hal-hal berkaitan hingga menjadi sebuah buku. Kesimpulannya, fahaman dan pegangan Ikhwanul Muslimin tidak sama dengan fahaman dan pegangan Salafi Wahabi. ‘Tidak ada bidaah hasanah’ pegangan Qardhawi tidak pernah sama dengan ‘tidak ada bidaah hasanah’ pegangan Wahabi walaupun bunyi dan susun atur hurufnya saling tak tumpah. Anda terutamanya golongan terpelajar, jauhkan diri anda daripada bertaqlid dengan rakan-rakan, ustaz-ustaz dan kuliah-kuliah yang berfahaman Wahabi. Anda sebenarnya berpindah daripada bertaqlid dengan ulama kepada bertaqlid dengan entah siapa-siapa. Seimbangkan input- baca sepuluh buku yang menyokong Dr. Asri ataupun Rasul Dahri, bacalah pula 10 buku yang berkontra dengan fahaman Salafi Tua mereka. Jadilah orang yang adil kepada otaknya sendiri. Islam pernah mencapai kegemilangannya di dunia ini tanpa kehadiran fahaman Wahabi, sebaliknya atas kemeriahan kaum sufi.


‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
‘BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD’


Bersama Dakwah Tajdid Segar!

Abu Zulfiqar


SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah 1)

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN


Meneliti sebuah rakaman kuliah Ustaz Rasul Dahri baru-baru ini membuatkan saya berfikir panjang, memohon gerak daripada Kekasih dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan karangan ini. Hal ini tidaklah bermaksud saya terpesona ataupun ‘termakan’ dengan pembicaraan Ustaz Rasul Dahri itu tetapi untuk menyampaikan beberapa perkara penting kerana peluang ke arah itu terbuka kini. Tidak sangka pula yang ia akan lahir melalui tontonan ke atas cakap-cakap ustaz ini. Begitulah, jika bukan kerana Iblis menderhaka, manakan lahir para rasul dan nabi dalam bentuk jasad. Betul tidak?


Kebenaran terpaksa diwartakan atas rasa cinta kepada Allah dan bertanggungjawab ke atas amanah yang diamanahkan sejak sebelum diri ini yang asal dimasukkan ke dalam jasad yang baru tumbuh ini. Suka ataupun tidak kenalah dinyatakan juga sekadar kemampuan kita yang serba dhaif ini. Kita yakin, hanya Allah yang berkuasa memberi faham, bukan makhluk. Namun begitu, usaha dan ikhtiar tidak sesekali kita ketepikan.


Tiga empat tahun lepas buat pertama kalinya saya membaca dan menonton hasil tangan Ustaz Rasul Dahri berkaitan perbahasan tahlil arwah. Kebanyakan hujah-hujah bawaannya yang pada saya longgar untuk dijadikan pegangan membuatkan saya kurang ambil pusing akan dakwah dan dakyahnya selepas itu. Hujah-hujah yang ada kalanya berisi penyelewengan, penipuan, salah faham dan buruk sangka itu hanya akan berkesan ke atas orang-orang yang malas menggunakan fikiran sahaja ( Lihat BAHAYA ISRAILIYYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT bahagian ke-3 http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=172&mode=&order=0&thold=0 ).


Saya tidak merasakan yang dakwah dan dakyahnya akan mendapat sambutan besar dan menggugat apa-apa yang penting di negara ini, jadi biarkanlah kelompok sempitnya terus wujud agar sekurang-kurangnya boleh juga kita jadikan contoh dalam pengajaran kita nanti. Selain itu, kelompok ini juga berguna untuk para peminat dan pendokong dakwah Tajdid Lapok @ Wahabi mengukur siapakah yang benar-benar Salafi Wahabi dalam kalangan dua ataupun tiga kelompok Salafi Wahabi di Malaysia kini dan dua tiga kelompok Wahabi yang belum tiba secara borong dari luar negara.


Rupa-rupanya Ustaz Rasul Dahri ada menulis tentang Ikhwanul Muslimin. Jadi dalam video itu dia mempromosikanlah hasil tulisannya, yang dengan kuasa Allah dan tanpa disedarinya yang dia juga sebenarnya sedang mempromosikan kelemahan dan kesilapannya kepada umum. Kelemahan dan kesilapan yang saya maksudkan hanyalah dalam HAL INI SAHAJA tanpa menafikan KEARIFANNYA dalam bidang-bidang lain. Begitulah kaedah memberi komen. Di samping itu, dia juga sebenarnya membuka pekung kecelaruan fahaman kaum Salafi Wahhabi @ Wahabi khususnya di negara ini dengan lebih jelas. Beruntung sungguh kita umat Islam Nusantara- “berjalan dua langkah tetapi jaraknya mencapai sepuluh langkah”.


Mulanya kita sentuh sedikit tentang sejarah gerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pemantapan pemahaman pembaca di bahagian isi-isi nanti sekalipun kita faham yang banyak pembaca sudah sedia maklum dengan sejarah Ikhwan meskipun mereka tidak ataupun belum berbaiah dengan Ikhwan (Lihat IKHWANUL MUSLIMIN & HASSAN AL BANNA http://www.forumforfree.com/viewtopic.php?t=905&start=0&mforum=no2christ ).


Sebaik-baik sahaja jatuhnya kekhalifahan terakhir umat Islam, yang SALAH SATU daripada punca kejatuhannya ialah akibat hasil tangan PARA PENGIKUT dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang MEMBERONTAK KEPADA DAULAH ataupun MENYERANG WILAYAH DAULAH ISLAM, Allah bangunkan satu jemaah baru yang bersifat global zahir dan batinnya iaitu Ikhwanul Muslimin Jemaah ini berusaha untuk bersederhana dalam segala hal dan menjauhi ketaksuban melulu. Ahli-ahlinya digerakkan atas MODAL TARBIAH dan PEMAHAMAN, bukan sekadar atas dasar semangat dan mengikut-ikut sahaja.


Ikhwan diasaskan di Mesir- bumi Nabi Musa yang juga bumi Firaun. Sebab itulah kita boleh temui sebaik-baik manusia dan juga sejahat-jahat manusia di sana. Ada Nabi Musa, adalah Firaun. Pengasas Ikhwan ialah Imam asy-Syahid Hasan al-Banna. Beliau bukanlah seorang ulama elit dalam mana-mana bidang tetapi mempunyai ilmu yang mencukupi untuk membicarakan semua bidang yang ada. Dan yang paling penting, beliau seorang genius dalam melahirkan dan melaksanakan saranan-saranan untuk mentajdid individu, mentajdid keluarga, masyarakat dan umat.


Banyak ulama handal yang sezaman dengan Hasan al-Banna tetapi mereka hanya mampu membawa perubahan dan menjaga keaslian bidang mereka sahaja. Berlainan dengan Hasan al Banna, beliau nampak cara-cara memperbaiki agama dan umat dalam semua lapangan. Seorang lagi genius pembaik umat yang muncul ketika itu ialah Maulana Muhammad Ilyas- pengasas gerakan Tabligh, cuma skop yang dibawa oleh Maulana kecil sedikit daripada bawaan Ikhwanul Muslimin. Perihal jemaah Tabligh insyaallah akan saya kisahkan dalam ruangan yang lain.


Secara UMUMNYA mereka ini bolehlah dianggap sebagai mujaddid kurun yang lalu berdasarkan perjuangan mereka yang di awal kurun, membawa sesuatu yang belum pernah difikirkan orang-orang sebelumnya, dakwah mereka bersifat sejagat merentasi batas-batas geografi, ajaran mereka merebak begitu laju bagaikan air meluncur ke serata arah dan beberapa pertimbangan lain yang biasanya digunakan dalam menentukan Mujaddid Kurun.


Namun, jika hendak dimuktamadkan seorang sahaja sebagai mujaddid kurun yang lalu, saya lebih cenderung kepada Hasan al-Banna. Hal ini memandangkan modul bawaan Imam asy-Syahid turut mempengaruhi individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan selain Ikhwan. Bagi jemaah Tabligh, modul bawaan Maulana Muhammad Ilyas digunakan oleh jemaah Tabligh sahaja dan tidak mendapat perhatian jemaah-jemaah selain Tabligh.


Banyaklah pihak yang mendakwa tokoh-tokoh mereka sebagai mujaddid untuk kurun itu dan ini, kita hormati pandangan mereka. Dalam dakwah Tajdid Segar, perbalahan untuk menentukan ‘tokoh akulah yang paling layak menjadi mujaddid’ bukanlah menjadi agenda (Lihat DAKWAH TAJDID SEBENAR http://protajdid.blogspot.com/2007/04/dakwah-tajdid-sebenar.html ). Jika tidak, perangai kita sama saja dengan kaum Salafi Wahhabi @ Wahabi yang mana memperjuangkan perkara-perkara kurang bermanfaat menjadi KEUTAMAAN dakwah mereka.


Perjuangan mentajdid diri, keluarga, masyarakat dan umat jauh lebih penting daripada perjuangan menentukan mujaddid ataupun membahaskan semula perkara-perkara yang sudah ada keputusan (iaitu KHILAF sebagaimana bawaan kaum Salafi Tua). Jika ada keluangan masa untuk berehat setelah penat berjuang, ketika itu bolehlah diisi dengan membincangkan perkara-perkara kurang penting seperti menentukan mujaddid ataupun menilai keputusan khilaf ini. TAPI… pada zaman ini masih wujudkah RUANG UNTUK BERISTIREHAT daripada berjuang? Jika benar anda pejuang, anda akan mendapati bahwa RUANG tersebut hampir-hampir tidak ada. http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/08/14/berapa-nilai-masa-pada-anda/#comment-355 .


Salah seorang yang tidak kita nafikan mempunyai idea-idea pembaharuan dan penyegaran yang baik pada masa kini ialah Ustaz Ashaari Muhammad (pengasas Darul Arqam dan kini Rufaqa’). Walaupun ajarannya ialah satu tariqat sebagaimana tariqat-tariqat lain, tetapi kelebihannya ialah ‘minda’ Ustaz Ashaari ini membawa pembaikan dan penyegaran yang pesat dalam semua aspek kehidupan Muslim- tidaklah tertumpu kepada hal ehwal tariqat dan hakikat sahaja. Banyak perkara baru yang tidak terfikir untuk dibawa oleh kelompok-kelompok lain berjaya direalisasikan sama dan pada zaman Darul Arqam mahupun zaman Rufaqa’. Zawiyah yang agak hebat pernah muncul dalam sejarah ialah di Uzbekistan pada zaman Syeikh Bahauddin Naqsyabandi dan tentunya pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Constantinople).


Jemaah Tabligh sendiri asalnya dan hingga kini adalah sebuah aliran tariqat, tetapi pembaharuan bijak yang dibuat oleh Maulana Muhammad Ilyas menjadikannya sebegitu rupa hari ini hinggakan kadang-kadang ahli-ahlinya sendiri tidak tahu hal tersebut. Tariqat tidak diperturunkan kepada semua ahli sebagaimana umumnya tariqat-tariqat lain kecuali kepada yang berkelayakan sahaja. Hal ini membuatkan usaha mereka untuk memperbaiki masyarakat awam begitu pesat dan berkesan. Golongan bawahannya sangat aktif lagi berkesan ke serata dunia menyebarkan dakwah asas agama Islam.


Di kala kebanyakan jemaah tariqat lain masih mengekalkan modul dan amalan yang mereka perolehi daripada para pendahulu mereka ratusan tahun yang lalu, Maulana Muhammad Ilyas, Ustaz Ashaari Muhammad dan asy-Syahid Hasan al-Banna membuat pentajdidan.


Memuji apa yang baik daripada Ustaz Ashaari Muhammad tidaklah menjadikan saya seorang pengikut apatah lagi pentaksubnya. Hal ini boleh disaksikan dalam puisi saya…


PABILA KUAMBIL SESUATU


Pabila kupetik untaian puisi Ustaz Ashaari
Itu bukan bermaksud temanmu ini ahli Rufaqa’
Jika kunyatakan kebaikan poligami
Bukan hujahnya aku pengikut al-Arqam

Pabila kulilit serban hitam di kepala
Itu bukan bererti aku pengikut Syiah
Kalau kaulihat aku menyokong Saidina Ali
Tidak bermakna temanmu ini pendokong Syiah Imamiah

Pabila mataku dihiasi celak
Apa buktinya aku seorang karkun?
Kaulihat jubahku seperti jubah Maulana Mustaqim
Jangan kauhukum aku ahli jemaat Tabligh

Pabila kusering mencontohi al-Banna
Tidak semestinya aku banyak menyetujui Qardhawi
Memang buku-buku Ikhwan rujukanku
Mana kalian tahu aku salah seorang saudara mereka?

Pabila tazkirahku bernada tazkirah Dato’ Nik Aziz
Mestikah aku bertaqlid penuh Ustaz Hadi Awang?
Kelibat aku selalu ada di ceramah
Tidak semestinya PAS platform perjuangan utamaku

Pabila tasauf kesufian menjadi bualan harianku
Tidak semestinya aku orang tariqat
Penampilanku yang biasa berjubah dan berserban
Jangan anggap kumenolak tali leher dan t-shirt

Pabila aku mengendalikan usrah
Bukan ABIM dan JIM saja yang berusrah
Ma’thurat menjadi aurad harianku
Adakah ISMA naunganku?

Pabila anak-anakku berpakaian tentera
Takkanlah aku terus menjadi al-Qaeda?
Ketika kumenulis kebaikan Taliban
Mestikah aku pendokong gerakan mereka?

Pabila kusokong Lasykar Jihad
Tidak kusokong wadah Wahhabi
Kalau kusokong beberapa fatwa Saudi
Ketahuilah temanmu ini bukan Salafi Lapok

Pabila kukagumi Syeikh Bahauddin
Takkanlah itu menunjukkan aku pentaksub Syeikh Nazeem
Kaulihat hatiku berzikir khafi Allah Allah
Bukan maksudnya kudatang dari Naqsyabandiyyah

Pabila kuberbaik dengan pimpinan dan ahli UMNO
Janganlah anggap temanmu ini pengundi Barisan
Seandainya kusokong langkah-langkah baik pemerintah
Jauh sekali untuk aku berfaham sekular

Aku…
Mengambil apa yang baik dan relevan
Yang berkesan buat diriku dan umat Islam

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

3 JUN 2007


Apa yang tidak kena dengan ‘minda’ Abuya tetap kita saring dan jika berpeluang membuat teguran dan pembetulan. Secara peribadi, saya memandang masalah-masalah yang menjadi penghalang kepada dakwah Ustaz Ashaari berpunca daripada kelemahannya mengatasi FITNAH ALAM MALAKUT atau apa jua nama yang semaksud dengannya (pemahaman tentang fitnah alam tersebut sedikit-sebanyak boleh diteliti dalam buku ‘ Mengenal Diri dan Wali Allah’ oleh Ustaz Mustafa Muhammad al-Jiasi al-Ahmadi). Hasil daripada kelemahan inilah yang menjadikan dakwahnya tidak sampai ke mana walaupun dia mempunyai kelebihan berbanding kebanyakan ulama lain. Jika Ustaz Ashaari berjaya mengatasi fitnah alam malakut ini, tidak mustahil dia salah seorang calon mjaddid untuk kurun ini. Hal ini tidaklah saya berminat untuk memanjangkannya di sini ataupun di mana-mana. Jika pihak Ustaz Ashaari merasakan ada kebenaran, buatlah koreksi. Jika tidak, terpulang saja.


Dakwah Ikhwan yang unik ini membuatkan idea-idea Ikhwan bersifat global. Ulama-ulama Ikhwan juga dianggap ulama oleh kalangan bukan Ikhwan dan meniti juga di bibir masyarakat umum. Antaranya Imam asy-Syahid sendiri, asy-Syahid Syed Qutb (pengarang tafsir Fi Zilail Quran) , Syeikh Fathi Yakan, Syeikh Said Hawa, Dr. Yusuf Qardhawi, Syeikh Wahbah az-Zuhaili, asy-Syahid Abdullah Azzam (master-mind jihad Afghanistan menentang Soviet), asy-Syahid Syeikh Ahmad Yaaseen (pemuka HAMAS), Syeikh Mustafa Siba’ie, Syeikh Sayyid Sabiq (pengarang Fiqh Sunnah) dan banyak lagi. Buku-buku mereka tersebar ke seluruh dunia dan menjadi rujukan malah ada jemaah yang menjadikan silibus dalam tarbiah mereka.


Bukan dengan niat untuk merendahkan-rendahkan tetapi sebagai wadah pembuka fikiran, cuba kita lihat tokoh-tokoh jemaah lain. Adakah mereka dikenali dan idea-idea mereka diterima sebagaimana tokoh-tokoh Ikhwan dikenali dan dipakai? Saya sering menguji pengetahuan orang ramai tentang hal ini dalam sembang-sembang santai bersama mereka.


Individu yang bergerak dalam satu-satu jemaah biasanya kenal dengan tokoh-tokoh jemaahnya dan mereka juga biasanya sekurang-kurangnya pernah mendengar tentang tokoh-tokoh Ikhwan mutaakhir ini. Daripada pemerhatian saya, nama yang mungkin dikenali daripada Hizbut Tahrir hanyalah Syeikh Nabhani. Itupun sangat sukar untuk mencari INDIVIDU YANG BUKAN HIZBUT TAHRIR (umum/ dunia/ sejagat) yang kenal dengan Syeikh Nabhani . Nama yang mungkin dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT daripada jemaah Tabligh hanyalah Maulana Muhammad Ilyas dan Maulana Muhammad Zakaria. Nama yang mungkin dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT daripada Jemaat Islami Pakistan mungkin Al-Maududi.


Nama yang mungkin dikenali UMUM /DUNIA/ SEJAGAT daripada Parti Islam Se-Malaysia, rasanya tidak ada. Tokoh-tokoh PAS dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT di Malaysia dan sekitarnya sahaja. Yang BUKAN UMUM di luar negara mungkin banyak yang kenal dengan pimpinan PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi Awang. Namun begitu, adakah idea-idea PAS dimanfaatkan mereka sebagaimana mereka memanfaatkan idea-idea Ikhwan? Tidak juga. Nama yang mungkin dikenali UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT (mereka yang bukan daripada dunia tariqat) daripada dunia tariqat keseluruhannya mungkin Syeikh Nazeem. Kalau dipecah-pecahkan lagi dengan mengambil satu-satu tariqat, UMUM/ DUNIA lebihlah tidak kenal. Tapi kita tidak nafikan yang nama tokoh-tokoh dunia agama Islam ini harum mewangi dalam kalangan mereka sendiri dan juga masyarakat sekitar lokasi aktiviti mereka, cuma tidak di peringkat UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT. Bagi orang-orang keagamaan pula, nama-nama ini memanglah biasa mereka dengar.


Bagaimana dengan tokoh-tokoh Salafi Wahhabi @ Wahabi? UMUM/ DUNIA/ SEJAGAT tidaklah mengenali mereka malah idea-idea mereka juga tidak menjadi perhatian mana-mana jemaah utama dunia Islam. Mereka dikenal dalam kelompok mereka sahaja dan dalam kalangan masyarakat sekitar yang terkena tempias aktiviti-aktiviti mereka. Apatah lagi kaum ini bukanlah sebuah jemaah mahupun gerakan Islam, hal ini membuatkan mereka tidak ada satu silibus tarbiah yang boleh diambil manfaat oleh selain kaum Salafi Wahhabi. Jika mereka menyusup ke dalam mana-mana jemaah Islam pun, jarum-jarum halus dakwah dan dakyah mereka diselitkan melalui silibus sedia ada jemaah tersebut sahaja. Kerja mereka menjadi lebih mudah sekiranya sesuatu jemaah itu memang tiada silibus khusus untuk ahli-ahlinya. Kumpulan yang anda sertai selama ini ada silibus yang tersusun rapi?


Kalau ada, bagus. Teruskan. Kalau tidak ada, sebaiknya kita MENAMBAHKAN MASA untuk MEMBUAT PENILAIAN DAN PERUBAHAN terhadap gerak kerja jemaah dan keberkesanannya. Tiada silibus dakwah bermaksud sesuatu jemaah itu berjuang dengan bermodalkan semangat dan isu semasa, bukannya bermodalkan tarbiah dan pemahaman.


Banyak pihak khususnya di Nusantara ini berasa kagum dengan kejayaan mengejut Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dalam pilihanraya Indonesia. Tahukah kita siapa di belakang PKS, ataupun dalam kata yang lebih tepat… siapa PKS sebenarnya?
PKS ialah cabang Ikhwan di Indonesia. Puluhan tahun mereka mengusahakan tarbiah sebelum menjelmakan diri sebagai sebah parti politik. Mereka punyai ahli-ahli teras yang terdidik dengan manhaj Ikhwanul Muslimin. Untuk mendapat kejayaan seperti itu ataupun lebih lagi, mahu tidak mahu kita terpaksa memakai sebahagian besar daripada apa yang mereka usahakan. Banyak lagi parti-parti berhaluan ‘Islam’ yang lebih dahulu wujud berbanding PKS, mengapa PKS yang menjadi pilihan di Indonesia? Sama-sama kita fikirkan dan BUAT PERUBAHAN.


Dulunya Ikhwan mempunyai banyak premis, kilang-kilang, media cetak dan lain-lain sebagaimana yang ditunjukkan oleh Darul Arqam dan Rufaqa’, malah jauh lebih banyak dengan keanggotaan jutaan orang di seluruh dunia Arab (Darul Arqam lebih kurang 10,000 orang). Tentera sukarelawan Ikhwan berjaya mengalahkan tentera Israel dan hampir-hampir menguasai Baitul Maqdis. Di kala tentera Ikhwan sudah boleh melihat bumbung Al Aqsa, tiba-tiba perang diberhentikan dan mereka dipanggil pulang. Begitulah permainan politik pemerintah dengan kuasa Barat. Pulang sahaja, ribuan orang ditangkap, dibunuh dan diseksa dalam penjara. Semua premis Ikhwan ditutup, dirampas ataupun dimusnahkan. Atas sebab itu, Ikhwan terpaksa bergerak secara ‘bawah tanah’. Namun dari sehari ke sehari Ikhwan semain kuat dengan jutaan anak didik mereka di seluruh dunia hari ini.


Bersambung ke bahagian terakhir...

FITNAH WAHABBI


- Introduksi - Baca Ini Dahulu!
- Bidaah dan Wahhabisma
- Wahhabi 1 - Petikan Berita
- Wahhabi 2 - Elakkan Membaca Hasil Tulisan Mereka
- Wahhabi 3 - Sheikh Albani
- Wahhabi 4 - Laman Web Bahaya & Sikap Suka Menyesatkan

- Wahhabi 5 - Mengapa Ihya 'Ulumuddin Tetap Bertahan?
- Wahhabi 6 - Mengapa Ihya 'Ulumuddin Tetap Bertahan? Bhgn II
- Wahhabi 7 - Zaini Dahlan dan Bin Baz
- Wahhabi 8 - Allah Tidak Berada di Langit
- Wahhabi 9 - Ikut Dalil yang Sahih!

- Sambut Birthday Nabi
- Mengenali Tokoh Kemerdekaan
- Mat Saleh 'Alim

SUMBER
http://hembusan.blogspot.com/search/label/wahhabi

TAQIYAH SALAFI TUA

TAQIYAH SALAFI TUA


“Im Namen Allahs, des Allerbarmers, des Barmherzigen.”


Inilah tulisan yang dijanjikan kepada Brother Sword of Deen @ Pedang Tajdid yang juga rakan seperjuangan dari blog The Sharpest Sword http://swordofdeen06.multiply.com/ . Ditujukan juga khususnya kepada semua ‘Brothers of Pro-Tajdid’ http://protajdid.blogspot.com/ dan umumnya untuk semua, termasuklah teman-teman ‘Brothers of Pro-NAJDid’ http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=index . : )


Brothers I’m calling
From the valley of… Fresh Tajdid
With nothing to… claim


Read!
Think!
Discuss!

Buat keputusan! : )


Tulisan saya bertajuk SALAFI TULEN MENOLAK DEMOKRASI http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=224&mode=&order=0&thold=0 menerima nukilan Sword of Deen.


SWORD MENULIS:
Pertengkaran antara 'salafi'...cuma apa yang merisaukan, adakah pertengkaran ini adalah pertengkaran yang sebenarnya ataupun 'pertengkaran' yang telah di’orchestrate’kan (terancang)?

Saya ambil contoh mudah..seperti kita tengok cerita gusti di TV. Ramai yang suka. macam ‘real-time drama’ plak. Tetapi sebenarnya sape menang sape kalah sape paling hebat untuk sesuatu musim sudah ditentukan. Tetapi penonton ramai tak amik kira benda tu dan secara tak sedar 'pergustian' itu dianggap sebagai 'benar'.

Apa yang merisaukan saya ialah golongan 'salafi' ini mengrekrut ramai orang-orang Islam ke dalam kumpulan mereka. kemudian dengan ramai ini mereka mengisytiharkan perang kepada yang 'bukan dari mereka' seperti golongan tajdid segar.

Tetapi, semakin lama tajdid segar berjaya mempertahankan diri dan membongkar rahsia penyeludupan diri mereka dalam masyarakat.

Adakah mungkin mereka sengaja 'buat-buat gaduh' untuk mengatkan maksud di sebaliknya iaitu 'kami bukan seperti yang tajdid segar katakan..kami bukan satu team..cuba tengok, kamipun gaduh kan? Mana orang satu team gaduh...'

Apabila teori konspirasi saya dulu disiarkan, ramai jugak yang melenting dan 'terasa' tak tentu pasal.

Dan kerisauan kedua, orang-orang yang mereka rekrut ni semakin lama semakin suka bergaduh sesama Islam.

Inikah taktik Yahudi? Tak kira macam mana, mereka akan memperangkan umat Islam sesama umat Islam.

ALEX
Apa yang Sword gambarkan itu memang ada dalam minda saya sebenarnya. Insyaallah saya akan utarakan pandangan saya tentang hal ini melalui tulisan terbaru nanti. Siap saja, saya akan ‘publish’. : )


“O Owner of the Judgement Day, show us the straight path”.
Amin.

Sumbangsaran kami terhenti di situ.
Kini sambungannya.



ORKESTRA WAHABI
Pada pandangan saya yang dhaif ini, perbalahan antara kaum Salafi Tua @ Wahhabi memang wujud dan ada kalanya begitu meruncing lagi genting. Temasya ‘Laga Ayam’ antara sesama kaum yang mendakwa ‘akulah paling selamat’ ataupun ada juga yang berbunyi ‘akulah saja yang selamat’ daripada 73 golongan umat Islam ini benar-benar berlaku TETAPI… mereka ada satu IKATAN SEMULAJADI yang mempertautkan hati-hati mereka. Agaknya mungkin sesuai kalau kita katakan ia sebagai KONTRAK SOSIAL TAK RASMI para Salafi Tua ini. Huraian bahagian ini akan diperjelaskan di bawah nanti, pada bahagian klimaks ataupun kemuncak karangan ini.


LAKONAN PENGGUSTI
Jelas lagi bersuluh para ‘stunt man’ itu berlakon. Muhammad Ali dan Mike Tyson tumbuk pakai ‘glove’, kena sebiji yang ‘kaw’ boleh TKO ataupun KO. Jaguh-jaguh K1, UFC dan lain-lain seperti Royce Gracie, Ken Shamrock (bergusti pro sekejap dulu), Yilmaz dan lain-lain kena kunci sikit mengelejat mengaku kalah.


Yang hairannya Undertaker, Hulk Hogan, The Rock, Ric Flair, Sting dan lain-lain tumbuk tangan kosong, siap dengan siku, lutut, sepak kelangkang, tendang perut dan sebagainya tapi boleh bergusti sampai setengah jam. Kalau kena kunci, boleh bertahan. Siap buat lawak seolah-olah kena sawan dan kemudiannya berjaya melepaskan kunci dengan aksi yang luar biasa.


Hebatnya menyaksikan hempasan ke atas gelanggang (kanvas yang memang tak sakit apabila jatuh), lontaran ke tali (‘gerenti’ patah balik), dihempok dengan tong sampah (daripada jenis yang sama saja setiap kali- mudah penyek), dipukul dengan kerusi besi (mesti ada di tepi gelanggang) dan lain-lain.


Teknik-tekniknya pula memang memperbodohkan kita. Aksi tumbuk dan tendang biasanya disertai hentakan kaki ke lantai gelanggang supaya bunyi berdentum. Piledriver tapi kepala sentuh sikit saja gelanggang, kadang-kadang tak kena pun. Clotheline mesti di dada, tak kena tengkuk. Bodyslam kadang-kadang kaki jatuh dulu. Gorilla press tak boleh buat sekiranya orang yang dijulang tidak bekerjasama menekan bahu penjulang dengan tangannya. Suplex tak dapat dilaksanakan sekiranya mangsa tidak tolong melonjakkan diri.


Pendek kata, macam-macam KEPELIKAN (Sword lebih mahir bab pelik-pelik ni) yang menyeronokkan tontonan kita, termasuklah saya. : )


SALAFI WAHABI MEREKRUT PEJUANG
Sudah tentu. Perang sudah mereka laksanakan sejak puluhan malah ratusan tahun yang lalu. Kita yang tidak mahu berperang sama sekali terpaksa juga mengangkat senjata mempertahankan diri di samping berdakwah lemah-lembut agar mereka menghentikan penyerangan. Apabila jelas mereka bukan jenis yang boleh dibawa berunding dan mustahil akan berganjak daripada penyerangan mereka, kita terpaksa menyerang kembali untuk membebaskan ‘wilayah-wilayah’ Ahli Sunnah tulen yang telah dirampas ataupun yang sedang diperangi.


Timbul masalah baru, orang-orang jahil menyampuk menunjuk pandai meminta kita menghentikan usaha kita kerana dikatakan membawa perpecahan. Malangnya si jahil tidak pula menyuruh pihak yang menyerang berhenti menyerang terlebih dahulu!


Contoh:
Zionis menyerang wilayah Islam mereka diamkan. Apabila umat Islam Palestin membalas balik maka dituduh pengganas! Inilah Barat (umum).
Bosnia dihenyak mereka diam. Apabila Bosnia sudah berjaya menyusun tentera dan bertindak balas, mereka datang dengan pantas menjadi pendamai. Inilah Barat.
Umat Islam Ambon dan Maluku dibakar mereka diam. Apabila mujahiddin berjaya mengumpul tenaga, mereka campur tangan. Inilah Barat.


Ringkasnya, perangai para jahil ini sama saja dengan Barat! http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=227&mode=&order=0&thold=0


TAJDID SEGAR SEMAKIN BERJAYA
Saya pun berpandangan begitu. Beberapa orang yang selama ini cenderung kepada fahaman Salafi Tua @ Wahhabi berjaya dilunakkan, sekurang-kurangnya mereka kini menjadi neutral. Saya percaya teman-teman Pro-Tajdid yang lain pun berjaya meneutralkan fahaman banyak individu yang asalnya terkena virus Wahhabi (salah satu daripada Virus 6 Beradik). Malahan, ada sebilangan kecil daripada mereka menjadi pendokong dakwah Tajdid Segar pula. Sefaham saya juga, setakat ini individu yang asalnya PRO-TAJDID (Segar) belum ada yang berubah haluan kepada PRO-NAJDID ataupun berpendirian ‘tongah-tongah’. Untuk masa akan datang, wallahualam.


TEORI KONSPIRASI
Kepada para pembaca yang belum berkesempatan meneliti karya Sword ini, silakan ke http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/60/Kepelikan_Mini_Jemaah2_Baru_Di_Malaysia_II_-_Teori_Konspirasi .


INI TAKTIK YAHUDI?
Tak pastilah siapa yang mula-mula mencipta taktik begini, namun ia memang sinonim dengan kaum Yahudi. Jadi biasanya orang akan sebut sebagai ‘taktik Yahudi’ saja. Samalah seperti mi segera, rata-rata orang sebut ‘maggie’ tak kira jenis apa. Begitu juga dnegan ubat gigi, banyak orang sebut ‘colgate’ walaupun ubat gigi itu berjenama Zaitun. Tahun 60-an 8o-an dulu, semua pinggan mangkuk mahal biasanya disebut ‘pyrex’ walaupun bukan jenama Pyrex. Tupperware satu lagi. Muazzin biasanya disebut Bilal walaupun Bilal bin Rabah sudah lama meninggal dunia.


Kumpulan ini, sewaktu mereka menyerang wilayah ataupun memberontak ke atas Daulah Islam Uthmaniyyah dulu, tak timbul pula soal ‘tidak harus’ melawan pemerintah beragama Islam tetapi ‘wajib’. Setelah mereka mendapat pemerintahan, pandai pula sebar ke seluruh dunia ‘tidak harus’. Salah satu alasannya sebagaimana yang disebut oleh Rasul Dahri, Nabi Musa yang lebih alim pun tidak melawan Firaun yang lebih zalim.


ISI UTAMA KITA KALI INI (KLIMAKS/ KEMUNCAK)


Kristian Katholik dengan Kristian Protestan punyai sejarah berdarah yang panjang. Selain itu berlaku juga perbalahan dengan lain-lain mazhab Kristian seperti Ortodoks, Anglican, Yehovah Witness, Kristian Unitary dan sebagainya. Tapi, apabila mereka berasa terancam dengan umat Islam, dengan pantas sebahagian besar daripada kumpulan-kumpulan ini membina kesatuan tenaga.


Syiah ada banyak aliran. Antara aliran-aliran ini saling tidak serasi. Ketidaksetujuan sering tercetus sejak zaman-berzaman. Tetapi, apabila mereka berasa terancam dengan Ahlus Sunnah, bagai air mengalir laju kebanyakan mereka membentuk kesatuan untuk bertindak balas.


Begitu jugalah dengan pembawa fahaman Tajdid Tua @ Wahabi ini. Ada lima enam kelompok yang utama dan antara mereka saling berbalah hingga ke tahap sesat-menyesat. Di Indonesia dan dunia Arab, situasi ini memang jelas. Di negara kita setakat ini masih didominasi dua kelompok besar (walaupun pada hakikatnya tidak sebesar mana) iaitu aliran Asri (mereka yang terpengaruh dengan ajaran Dr. Asri) dan aliran Dahri (mereka yang terpengaruh dengan ajaran Ustaz Rasul Dahri). Khilaf antara mereka hingga ke tahap syirik-mensyirik sama ada secara langsung ataupun tidak. Tetapi ingat, apabila kedua-dua puak berasa terancam dengan Ahlus Sunnah sejati, dengan serta-merta para pendokong kedua-dua puak bersekutu.


Sungguhpun ada dalam golongan Dahri yang melabel golongan Asri sebagai ‘Salafi Murtad’, sekiranya mereka terdesak, dengan siapa mereka akan merujuk? Tidak lain golongan Asri juga. Dengan siapa mereka akan membina pakatan? Puak Asrilah yang paling hampir dengan manhaj mereka. Betul kan?


Penganut fahaman Syiah terkenal dengan konsep TAQIYAH. Rupa-rupanya ada kaum Syiah yang melabelkan aliran Asri sebagai WAHABI TAQIYAH. Syiah bertaqiyah, Wahabi pun ada bertaqiyah juga. Saudara sepusat sepusing, mak lain-lain bapak asing-asing. Apabila difikir-fikirkan, ada benarnya juga kata-kata mereka ini.
Seperti aliran Dahri, sekiranya aliran Asri tertekan dan perlukan sekutu, siapakah yang akan mereka cari? Tidak lain aliran Dahri juga!


Dalam usaha untuk memenangi hati masyarakat, aliran Asri terpaksa melonggarkan banyak pegangan mereka sekalipun jika dilihat kepada sumber-sumber asal, tindakan mereka ternyata menjauhi sunnah. Aliran Dahri pula teguh dengan ‘sumber-sumber asal’ dan tidak gentar sekiranya mereka tidak dapat memenangai hati masyarakat, yang penting bagi mereka ‘sunnah’- tidak ada kompromi. Dari situasi ini, golongan Dahri adalah Wahabi Tulen manakala golongan Asri Wahabi Taqiyah. Tapi taqiyah mereka sementara belum dapat kuasa. Sudah dapat pemerintahan nanti, fahaman mereka akan merapat kembali dengan fahaman aliran Dahri.


Sumber-sumber asal (menurut Wahabi) mengatakan kenduri tahlil arwah bidaah, tapi ada golongan Asri yang dibenarkan menyertai majlis tersebut asal tidak mengambil bahagian- duduk untuk elak kutukan orang saja. Taqiyahlah namanya kan?
Sumber-sumber asal (menurut Wahabi) mengatakan tidak harus berpecah dan mewujudkan berbilang jemaah, namun ada golongan Asri bertaqiyah dengan menunjukkan manis muka kepada kepelbagaian jemaah seperti PAS, Ikhwanul Muslimin, Jemaat Islami, PKS dan lain-lain. Terpaksa buat begitu untuk membanyakkan sokongan.
Sumber-sumber asal (menurut Wahabi) tidak mengharuskan amalan-amalan kaum sufi tetapi ada aliran Asri bertaqiyah menyatakan sokongan kepada Tok Kenali, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Tariqat Hasafiah dan lain-lain.


PELERAIAN


La tahzan… tak akan ke mana fahaman Salafi Tua ini (penulis buku La Tahzan pun rupanya sudah dihukum kafir oleh seseorang daripada kaum ini http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=72 ). Mereka nampak sedikit kuat kerana berlindung di sebalik media dan penguasa. Dari segi kehujahan dalam beragama, sudah lama mereka tersungkur. Lebih bahaya, mereka ini juga berpotensi untuk bekerjasama dengan Islam Liberal sekiranya terdesak.


Berhati-hatilah.


‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
‘BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD’


Bersama Dakwah PRO-TAJDID, bukan PRO-NAJDID : )

MENCELAHNYA SEORANG YANG ‘BENAR’ AQIDAHNYA

by Shafizam on Tuesday, September 25 @ 02:16:49 EDT

Bila masa pulak Allah Ada nama Bapa?..Even nak bagi contoh pun jangan sampai merosakkan aqidah u sendiri..tak tau la kalau u mintak doa kat tuhan bapa..tuhan akal..macam qardawi tu.



ALEXANDERWATHERN:

Aslkm Tuan Shafizam, salam hormat.

(Sekiranya tuan tidak menerima salam daripada saya-seorang yang ROSAK AQIDAHNYA sebagaimana dakwaan tuan, maka tak perlulah dijawab. Jawab saja ‘salam hormat’, itupun kalau mahu. Lagipun tuan SHAFIZAM sendiri tidak memberi salam kepada saya, MUNGKIN kerana saya seorang yang rosak aqidahnya sebagaimana rosaknya aqidah Syeikh Qardhawi. Maklumlah, tulisan saya ini khusus untuk Anna (sebenarnya saya sedang menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang non-muslim, dan sedang mengajaknya kepada Islam apabila tiba-tiba Shafizam menyampuk dan mengganggu) dan tuan sekadar menyampuk. Menurut Islam, menyampuk juga ada tatacaranya, adab-adabnya. Mungkin kerana aqidah saya sudah rosak, dan Anna sendiri mungkin belum Muslim, maka kami tidak layak dilayan secara beradab. Tak apalah, mungkin itu cara ‘orang yang aqidahnya betul’ melayan orang lain).

Oh ya, di bahagian mana pernah saya nyatakan Allah ada NAMA ‘Bapa’? Pastinya tuan ada bukti yang jelas bersuluh kerana tuan seorang yang benar aqidahnya. Tolong tunjukkan.

Jawapan: ……………………….
(Mustahil dapat ditunjukkannya kerana memang tidak pernah ada)

Tuan pastinya seorang yang berani, kalau tidak masakan mahu menulis di sini. Orang yang benar aqidahnya tentu punyai keberanian yang luarbiasa. Oleh itu, harap tuan tunjukkan di mana boleh saya perolehi tulisan tangan tuan sendiri dalam ruang maya internet ini sama ada di blog, di forum ataupun di mana-mana saja. Jarang ada orang yang berani menghujat saya, kecuali orang itu memang punya pemahaman yang mantap dan pegangan agamanya selama ini bukan atas dasar taqlid buta. Lebih-lebih lagi tulisan tuan yang berkaitan dengan akidah, ‘copy n paste’ saya tidak mahu, saya mahu pemahaman tuan yang sebenar. Bukan apa, saya mahu belajar juga bagaimana akidah tuan yang benar itu supaya saya boleh perbaiki aqidah saya yang rosak. Silakan beri link.

Link: ………………………………………….

Tuan kena faham, saya sedang berdiskusi dengan seorang yang kita belum tahu apa agamanya. Diskusi antara agama ada kaedah-kaedah tertentu. Apabila saya berdialog dengan penganut agama Hindu, saya akan gunakan istilah Brahman. Ini tidak pernah bermaksud ada nama Tuhan ‘Brahman’.
Apabila berdiskusi dengan orang Yehovah Witness, saya gunakan istilah Yehovah.
Apabila berdiskusi dengan penganut Tao, saya gunakan istilah Tao.
Apabila berdiskusi dengan penganut Hindu-Buddha Nusantara, saya gunakan istilah Yang ataupun Hyang. Asal sebutan sembahyang iaitu ‘sembah Yang’ ataupun ‘sembah Hyang’. Hyang ataupun Yang itu adalah Tuhan sebenar sebagaimana Brahman dan Bapa. Ulama Nusantara dan kita semua menggunakan istilah sembah Hyang ataupun sembah Yang (solat) sehinggalah ke hari ini. Adakah para ulama dan kita orang awam mengatakan ada nama Allah ‘Hyang”?

Jawapan: …………………………….

Sekiranya jawapan tuan ‘ada’, maksudnya 99.9999 % umat Islam Nusantara rosak aqidahnya kecuali Tuan Shafizam seorang. Tapi, belum tentu juga, apakah tuan, ibu tuan, bapa tuan, guru tuan selama hari ini tidak pernah menggunakan istilah ‘sembahyang’ tetapi ‘solat’ ataupun ‘doa’?

Jawapan: ……………………………..

Jika ibu bapa dan guru-guru agama tuan pernah menggunakan perkataan sembahyang, maksudnya aqidah mereka semuanya rosak ataupun pernah rosak. Kalau tuan sendiri pernah guna istilah sembahyang, maka aqidah tuan sama rosaknya dengan saya dan Syeikh Yusuf Qardhawi. Jadi, yang tuan sibuk-sibuk mempertikai aqidah kami kenapa? Aqidah tuan sendiri belum selamat!

Jadi, apabila seseorang bertanya kepada saya tentang agama Kristian, saya gunakan istilah Bapa kerana Bapa memang Tuhan sebenar bukannya Jesus ataupun Roh Kudus. Syeikh Qardhawi tentu faham maksud saya. : )

Saya tahu ‘ulama besar’ yang menulis dan berceramah tentang ‘Dr. Qardhawi minta doa kepada tuhan akal dan tuhan bapa’ itu. Tapi sefaham saya, dia sendiri pernah menggunakan dan mungkin masih menggunakan istilah ‘SEMBAH HYANG’. Mungkin tuan bangga dengannya dan mungkin dia guru tuan. Persoalan saya, dari mana dia dapat nama Allah sebagai ‘Hyang’ ataupun ‘Yang’?

Jawapan terkini: ………………………….

Jika tuan dan dia gagal beri bukti ada nama Allah ‘Hyang’ ataupun ‘Yang’, maka aqidah anda berdua sama rosaknya dengan saya dan Qardhawi. Itu jawapan yang dia dan tuan kena cari sekarang. Selain itu, saya juga menuntut jawapan sedia ada, iaitu sebelum saya bertanyakan hal ini. Pastinya dia dan tuan sudah ada bukti ada nama Allah ‘Hyang’ ataupun ‘Yang’ sebelum saya kemukakan soalan ini. Kalau sekarang baru tercari-cari jawapan, maksudnya selama ini aqidah dia dan tuan memang rosak.

Jawapan sedia ada sebelum ini: ………………………………….

Seperti biasa, adab-adab dalam berdiskusi mestilah dipatuhi walaupun tuan memandang saya dan Qardhawi sebagai orang yang rosak aqidahnya. Kami juga manusia, hormatlah kami sebagai manusia sekurang-kurangnya.

Oh ya, teman-teman kita di al-Ahkam.net umumnya menyanjung tinggi Qardhawi. Kalau mengikut hukum tuan, aqidah mereka di sana tu rosaklah ya? : )
Jadi, cuba tuan yang berani lagi benar aqidahnya ini bawa isu tersebut ke al-Ahkam.net. Maklumlah, di sana berkumpulnya banyak pendokong Qardhawi (kata mereka la…) Kita sama-sama lihat apa jawapan para penyanjung Qardhawi di sana.
Tuan berikan link posting tuan di al-Ahkam.net nanti ya. Boleh saya lihat kekuatan hujah tuan dalam membuktikan rosaknya aqidah Qardhawi. Bersilat mestilah dalam gelanggang. Bersilat ‘sorang-sorang’ memanglah kita pemenangnya.

Link : ………………………………….

Akhirnya, sila fahami dulu adab-adab berdiskusi yang selaras dengan Islam di sini http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=208&mode=&order=0&thold=0

Akhir yang kedua, saya hanya akan menjawab kembali sekiranya tuan mengubah sikap dan menjadi seorang yang lebih beradab. Saya hanya akan menjawab semula apabila tuan bertanggungjawab ke atas semua persoalan. Jika tuan menjawab bahagian-bahagian tertentu sahaja, ataupun menjawab secara keseluruhan sahaja, ataupun cuba mengubah haluan perbincangan, ataupun menjawab dengan dakwaan-dakwaan kosong tanpa sokongan hujah-hujah sandaran, ataupun mengelak ke sana ke mari, ataupun sekadar meninggalkan celaan demi celaan lalu beredar ataupun yang seumpama dengannya… maka saya menganggap diskusi kita sudah selesai. Saya tidak berminat dengan perbalahan kosong yang penuh dakwa-dakwi tapi tiada tangggngjawab dan tiada nilai ilmiah.

Silakan wahai orang yang benar aqidahnya…

Alexanderwathern
25 SEPT 2007

*Tak berjawab pun! Begitulah biasanya cara Salafi Lapok.

MEREKA MENENTANG Tajdidsegar PALSU!

KAKIMAKAN
Sesat??? Ni sume fitnah si pak wahabi@salafi ke atas Ahlul-Sunnah wal Jamaah..

ABID641
Serban "besar" yg mrk pakai itu kalau d buka cukup utk kain kapan bagi mrk.kain nya ringan.kalau kamu perasan mujahiddin afghanistan biasa guna serban besar. Yg jahil aje tak tau hikmat.

VESPABIRUJAHAT
Tajdid segar..
Serban kan sunnah..jangan kutuk sunnah..tolong..itu pakaian nabi..cara hidup nabi..jaga adab..saya sedia pertahan sunnah..

SEANBRICK
Sebab bengong.dah tadak benda lain nak buat. Yg pakai serban elok2 dipertikaikan, yang tak pakai serban dia buat dono je. Lantak la diorang nak pakai besa ke, kecik ke, janji diorang pakai..kurang2 diorang pakai yang besar diorang tak kutuk orang yang pakai kecik..

MFRSTUDIO
Adakah ajaran rasul dahri menjadikan kamu sang editor 'tajdidsegar penyamar' sebagai seorang pengejek dan orang yang sering memandang sinis dan rendah orang lain. Daie sebenar adalah yang membaiki, mereka punya ikram ke atas muslim lain yang sangat tinggi. Maka perbaikilah!

HIZTE
Jikalau tajdidsegar seorang Muslim yang benar lagi haq maka berdakwahlah dalam kalangan kaum musyrik dan golongan yang anti-agama, bukan menuduh melulu terhadap golongan sufi yang sudah jelas mengamalkan ajaran Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta ijtihad-ijtihad ulama terdahulu.
Jikalau sufi itu sesat lagi tidak benar maka Syeikh Abhul Qasim Junaid al-Baghdadi dan syeikh-syiekh besar terdahulu yang membawa tasawuf itu juga sesat


Sumber: Komen-komen kepada video-video yang dimuat naik oleh Tajdidsegar si palsu.

Sila baca http://tajdidsebenar.blogspot.com/2007/11/penangan-tajdid-segar-salafi-tua.html

SUMBER

Sunday, December 16, 2007

Syeikh Nuruddin Patahkan Tohmahan Dr. Asri



MINDA MUFTI


MINDA MUFTI: Cakap orang ramai bukan penentu kebenaran

MINDA HAQ: Cakap hang sorang-sorang apatah lagi! Layakkah jadi penentu kebenaran?

MINDA MUFTI: Sebab itu saya begitu kehairanan apabila ada pertubuhan atau individu yang memakai label Islam tetapi memekik secara terbuka ‘kami pejuang demokrasi tulen’. Apakah mereka tidak sedar bahawa dalam demokrasi tulen yang difahami oleh pejuangnya ’suara ramai mengatasi suara Tuhan’. Sedangkan dalam Islam suara ramai dihormati tetapi tidak boleh memadamkan hakikat kebenaran.

MINDA HAQ: Budak sekolah pondok pun tahu apa itu hakikat demokrasi. Kumpulan label Islam itu pun tahu bahawasanya tidaklah sampai demokrasi itu kena mengundi mengenepikan tuhan. Hang bodo la mufti, hang petik perkataan orang, hang tafsir ikut pemikiran serong hang tu, kemudian hang salahkan orang tu balik. Pencuri profesional bertaraf celebrity!

MINDA MUFTI: Maka "cakap orang ramai" pun seakan mengambil tempat wahyu Tuhan dalam kehidupan mereka, lalu terhukumlah ramai manusia tanpa bukti melainkan atas nama "ramai orang cakap".

MINDA HAQ: Ye, betul tu tuan mufti, itulah yang terjadi di Arab Saudi...

MINDA MUFTI: Anta tidak ada PhD. Tidak ada asas ilmu mendeduksi hujah secara ilmiah.

MINDA HAQ: Memang ramai la PhD macam hang zaman la ni...berkandaq..

http://ordinarypapa.blogspot.com/2007/12/minda-mufti-pt1.html

Umat Islam Kena Ambil Tahu Agama Lain

Dalam kunjungan Uskup Canterbury ke Singapura beberapa hari lalu, dia menyeru para agamawan Islam mempelajari agama Kristian dan agama-agama lainn. Seruan yang sama disuarakan oleh Syeikh Hussam-Zeddin Farfour, rektor Universiti Al-Fath dari Syria.

Syeikh Farfour, dengan menggunakan bahasa Arab memperkatakan hal itu di hadapan 100 orang guru agama di Madrasah Aljunied Al-Islamiyah, Singapura. "Wajib hukumnya bagi setiap ulama Islam untuk mengetahui ajaran agama lain sebagai salah satu prinsip dalam berdakwah, " ujarnya.

Dalam ceramahnya, Syeikh Farfour juga menyentuh masalah hubungan umat Islam dengan Kristian ketika ini. "Sejak zaman awal Islam, Paus boleh datang ke masjid-masjid. Sekarang, ada sebahagian umat Islam yang melarang Paus berkunjung ke masjid-masjid, " tegasnya.

"Adanya agama yang berbeza-beza adalah sebahagian daripada rencana Tuhan. Meskipun kita berbeza pendapat dalam masalah teologi, bukan bererti kita tidak boleh hidup bersama dengan damai. "

Pada kesempatan itu, Syeikh Farfour mengajak umat Islam untuk memikirkan kembali beberapa aspek dalam Islam sebagai sebuah pembaharuan untuk menghadapi "krisis intelektual" saat ini.

Pembaharuan itu, kata Syeikh Farfour, tidak boleh berdasarkan konsep-konsep Barat seperti masalah feminisme, dan tidak harus mengabaikan tradisi-tradisi Islam. Pembaharuan itu, menurutnya, sangat penting terkait dengan isu-isu kontemporer seperti asuransi, perbankan, transplantasi organ tubuh manusia dan kloning.

"Pembaharuan harus dilakukan sebelum terlambat, sehingga umat Islam juga bisa memainkan peranan penting di dunia, " katanya.