Tuesday, January 29, 2008

TAJDID SEGAR TIDAK MENOLAK APA YANG BENAR & BERKESAN

SHAMIL MENULIS:

Assalamualaikum..
Segala puji hanya bagi Allah SWT.

Pelik!
Blog ini dibina atas unsur kritikan kepada salafi.
Apakah semua salafi itu sesat?
Yang pasti Ustaz Hasrizal pun adalah seorang salafi...

January 25, 2008 9:40 PM



PENJELASAN KITA:

Wlksm Tuan Shamil,

PERTAMA

Blog ‘TAJDID SEGAR TAJDID SEBENAR’ ini TIDAK SAMA SEKALI dibina atas unsur kritikan kepada salafi (Salafi Wahabi). Blog ini mengutamakan saranan-saranan Dakwah Tajdid Segar. SALAH SATU CABANG daripada saranan Dakwah Tajdid Segar ialah mengekang VIRUS-VIRUS DALAMAN ISLAM yang dikenali sebagai VIRUS 6 BERADIK. Salah satu daripada VIRUS 6 BERADIK ini ialah fahaman SALAFI WAHABI.

Jadi tuan sebenarnya baru melihat SATU RANTING daripada sekian banyak dahan-dahan Dakwah Tajdid Segar.

Bahan-bahan di bawah dapat memahamkan kita tentang Dakwah Tajdid Segar:


KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

DAKWAH TAJDID SEBENAR

PERSOALAN-PERSOALAN TENTANG TAJDID SEGAR

HIMPUNAN SARANAN TAJDID SEGAR (bah 1)

SEPUTAR TABLIGH, JEMAAH-JEMAAH & TAJDID SEGAR (bah 1)

TIDAK BERMAZHAB BIDAAH TERBAHAYA- Ramadhan al Buti

6 VIRUS DALAMAN

Fatwa Hiburan: QARDHAWI jawab ALBANI

KATAKAN TIDAK KEPADA WAHABI





KEDUA

Adakah semua salafi itu sesat?

Hanya salafi yang sesat sajalah yang sesat.

Semua jemaah-jemaah Islam ‘salafi’. Mungkin yang anda maksudkan ‘salafi’ itu ialah Salafi Wahabi. Kita jangan terpengaruh dengan dakwaan kaum Salafi Wahabi kononnya mereka ‘salafi’ yang lain-lain tidak.

SALAFI SEBENAR punyai BANYAK ciri. Tiga antaranya berjimat, menyatu-padukan dan merugikan musuh-musuh Islam. Padahal fahaman Salafi Wahabi merugikan masa umat Islam (dengan menjadikan perbincangan isu-isu khilaf sebagai agenda besar mereka), memecah-belahkan perpaduan umat Islam (kerana umumnya mendakwa fahaman mereka sajalah yang bersesuaian dengan al-Quran dan as-Sunnah) dan secara tidak langsung membantu kerja-kerja musuh-musuh Islam menjahanamkan Islam (kerana memecah-belahkan umat).

Kesaimpulannya, mereka bukan ‘salafi’ tetapi Salafi Wahabi- dua manhaj yang jauh berbeza.

SESAT itu bergantung kepada maksud SESAT pada diri tuan. Apakah SESAT itu bermaksud:

masuk neraka?

terkeluar daripada Islam?

banyak bawa keburukan berbanding kebaikan?

ada kesalahan sedikit-sedikit di sana-sini?

ataupun yang lain-lain?

Dengan membaca tulisan-tulisan di bawah, para pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat lagi kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh fahaman Salafi Wahabi:


PELUMBA TAJDID

KEMBARA DI NEGERI TERBIDAAH

BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYAT (bah 1)

BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYAT (bah 2)

BAHAYA ISRAILLIYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT (bahagian 3)

USTAZ ZAMIHAN vs USTAZ ASRI

USTAZ ZAMIHAN BETULKAN KESALAHAN DR. ASRI LAGI

QARDHAWI TOLAK DAKWAH TAJDID LAPOK

KERESAHAN BANG GURU

FIKRAH AL-AHKAM DINILAI

SALAFI TULEN MENDAKWA DR. ASRI AHLUL BIDAAH?

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah. 1 dpd 2)

SALAFI WAHABI vs IKHWANUL MUSLIMIN (bah. 2 dpd 2)

SALAFI TULEN MENOLAK DEMOKRASI?

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MENOLAK SALAFI TUA

PENANGAN TAJDID SEGAR: Salafi Tua @ Wahhabi Mula Mengamok!

MENOLAK DAKYAH DR. ASRI





KETIGA

Ustaz Hasrizal seorang salafi.

Di sini kita boleh lihat SALAH SATU perbezaan yang jelas antara pendokong Tajdid Segar dengan Tajdid Salafi Wahabi. Berulang kali sudah kita jelaskan, Tajdid Segar hanya MENOLAK APA YANG SALAH dan APA YANG LEMAH sahaja daripada fahaman Salafi Wahabi dan VIRUS 6 BERADIK lainnya. APA YANG BENAR dan BERKESAN tidak pernah kita tolak.

Mungkin kita beranggapan sebegitu kerana kita terbiasa dengan cara Salafi Wahabi- apabila tidak sehaluan dengan seseorang itu biasanya mereka tolak habis-habisan termasuklah yang benar.

Thomas Alva Edison ialah salah seorang idola saya. Apakah hanya kerana saya mengambil apa yang baik dan berkesan daripadanya maka saya dihukum Kristian, ataupun Yahudi, ataupun sesat dan sebagainya? Tentu tidak kan?

Begitu jugalah dalam hal Ustaz Hasrizal.

Dan apa yang saya perhatikan daripada mindanya di blognya, kesalafiwahabiannya tidaklah seteruk mereka yang di al-Ahkam.net, Dr Asri mahupun Rasul Dahri.

Kita juga boleh lihat, artikel-artikelnya yang dipetik tetap disaring. Apa saja yang dilihat boleh membantu perkembangan dakyah Salafi Wahabi ada disertakan ulasan dalam kurungan.

Tulisan-tulisan berikut insyaallah dapat memantapkan lagi pemahaman kita:



HADIS NAJD: Menolak Belaan Dr. Azwira

CUBAAN MEMBELA DR. AZWIRA

LAGI CUBAAN BELA AZWIRA: Diskusi Alex-Aljauzi

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (6)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (5)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (4)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (3)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (2)

Apa Ada Dalam SALAFIYAH WAHABIAH- SUATU PENILAIAN (1)

SEANDAINYA PENCERAMAH SALAFI TUA @ WAHHABI DATANG

SEANDAINYA PENCERAMAH SALAFI TUA @ WAHHABI DATANG (bah. akhir)

Mereka Sanggup ketepikan Al-Kitab & As-Sunnah



Baca, renung dan kaji, serta mohon petunjuk Tuhan.

No comments: