Saturday, November 17, 2007

MUFTI PERLIS DAN BERSIH- Az Abrar

Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid. Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan secara terbuka seperti yang di lakukan BERSIH .

http://spaceofilmu.blogspot.com/

2 comments:

iammi said...

"Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan secara terbuka seperti yang di lakukan BERSIH"

Betuk ke? Tak boleh tegur secara terbuka walaupun pemimpin buat atau biarkan rasuah? Jadi kita orang Islam mesti diam sajalah. Patutlah negara Islam banyak korup dan mundur. Tak boleh tegur pemimpin rupanya dalam agama kita.

DR. SALAFI MUDA said...

Seronok le pemimpin yang tidak baik bermaharajalela, ye tak?